Assalamualaikum,
Ha selalunya kalau kita online shopping yang kebanyakan nya akan berjumpa dengan preorder kan. Kalau direct ke kedai jarang sangat preorder. Preorder ni lebih kurang barang tu tak ada lagi dengan penjual, dia akan ambil order dulu berapa yang berminat untuk beli. Selepas sesuatu tarikh, dia akan order dan barang tersebut akan sampai dalam masa tertentu. Pembeli juga perlu bayar dahulu sebelum terima barang.
Kebanyakan pembeli ada yang ragu ragu lebih lebih lagi kalau barang yang mahal kan. Jadi bergantung lah pada pembeli kan sama ada nak percaya ke tidak pada penjual tersebut. Selalunya kita boleh tengok prestasi dengan view komen dari pembeli yang telah berurus niaga sebelum nya kan.
Di bahagian penjual pun tak nak ambil risiko,takkan lah nak order banyak banyak,belum tentu lagi akan habis ke tidak kan. So end up bergantung pada pembeli, kalau rasa boleh percaya teruskan,kalau was was baik tak payah.
Macam hany, ini kali pertama hany jual barang yang memerlukan preorder ni. Yang SAMPUL DUIT RAYA FROZEN ni lah. Memang perlukan preorder sebab supplier pun tak mahu la tanggung risiko tak habis banyak kan,jadi sebab itu lah perlu preorder. Hany rasa dalam setengah bulan jugak hany buka preorder. Di blog dan di FB. Alhamdulillah ramai yang berminat dan order awal dari tarikh tutup. Walaupn melepasi tarikh preorder,hany tetap ambil lagi kalau ada yang order.
Ni adalah antara rupa sampul duit raya yang hany sempat ambil gambar lah. Lepas dah dapat ni hany tengok yang oggy ni menarik jugak. Rugi tak order. Semua dah hany hantar,ada by pos dan ada by hand.
Tapiiii, rupanya ramai lagi yang berminat dengan sampul duit raya frozen ni. Minggu lepas banyak call,sms dan whatsapp bertanyakan ada stok lagi tak. Hany dah order lebih pun, tapi ada yang order last minit hany bagi je yang hany punya. Tak sangka jugak sambutan menggalakkan. Hany expect dalam 3,4 orang je akan order.
Memang tak boleh salahkan pembeli sebab akan ada yang ragu ragu,lagi lagi kalau yang nak order banyak. Tapi honestly kalau hany, memang takkan tipu. Buat ape tak ada faedah pun kan. Untung bukan ratus ratus pun. Tapi yer lah memang bergantung pada masing masing la nak percaya ke camne kan. Ramai jugak yang beli memang hany tak kenal langsung. Alhamdulillah mereka percaya lah kan.
Macam hany sendiri pernah beli yang preorder ni yang mahal mahal adalah dari membe sendiri so memang hany percaya dia.
Plan asal hany order sendiri punya sebab nak bagi free pada yang beli popia as a gift la kan. Tapi sebab tinggal sikit je maka yang beli popia banyak je hany dapat bagi free gift. Tak ada rezeki kan.
Okay,apapun bergantung pada diri sendiri lah. Kalau nak beli apa apa pun survey lah dulu. Tengok komen komen pada FB ke Insta penjual tu ke. InsyaALLAH semoga kita semua tak terkena dengan penipu online ni....aamiin...
4 comments:
kite beli bj amni pre order.. dlm 3 lai .. selai tu sgt lain dr gamba, sedey oooo ... dh le dia x inform kite.. tup2 bj smp x sama, phtu dia ckp dh suplier bg gamba cmtuh so x leh buat apa..
Zura,
Ha tu salah satu risiko kan. Tak sama la, barang x smpai la kan. Hany kalau bju memang susah nk beli online sbb masalah size la. Kalu kes mcm zura ni mmgla sakit hati kan. Tiba2 sampai lain jadinya...hmmm
Comei pulak sampul raya frozen tu.. budak2 suka la ni kan.. apa saje pun forzen. hehe
Akk ada juga bbpa kali terkena. Saiz x ngam.. lari jauh sgt pdhal tgk measurement yg diberi itulah saiznya.. bila dapat hah! godang besarnya.. sudahnya tersadai je x leh nak pakai. Nak tolak balik dorang x nak. pdhal kita dah tanya psl saiz tu siap bg ketinggian kita lg.. bukan rezeki!
@ena
ha mmg la budak2 suka sgt ni. tu mak budak beriya beli.
oter xleh eh ena? hadeihh susah jugak yg tak terima tukar ni kan. hany pernah dpt yg xngam size tp boleh tukar cuma kos byr sendiri. ok lah kan dr tak dpt pakai...
Post a Comment