Assalamualaikum,
Alang alang dah buat karangan kan, marilah sambung sampai habis ini cerita. Kasi can la yer si hijau ni bercerita. Siapa tak excited kan setelah sekian lama menanti, akhirnya ALLAH kurniakan rezeki yang amat dinanti nantikan ini. Siapa yang pernah baca blog hany dari sebelum ni tahu lah kan.
Tahun ni genap 5tahun usia perkahwinan kami, Alhamdulillah akhirnya berkat doa keluarga serta rakan rakan ALLAH makbulkan. Alhamdulillah...aamiin.
Okay make it short...setelah scan pada hari sabtu tak nampak,maka menghitung detik lah menunggu isnin tu. Isnin lak malam pergi sebab nak pergi sekali dengan husband. Masa ni hany masih kerja sebab notis adalah 3 bulan.hantar pertengahan Januari so last day pertengahan April. Dapat tahu pregnant pertengahan Mac.
Isnin malam tu,elok lepas maghrib terus gerak pergi klinik Jameaton. Kalau sampai lepas kul8,masak lah menunggu. Memang ramai orang. Ibu mengandung dan untuk kanak kanak,memang ramai yang datang sini.
Masuk bilik,terus cerita. Hany selalu datang klinik ni,so dia dah tahu la history. Hany siap cerita dah datang sabtu tapi scan tak nampak. Haha dah macam mengadu plak kan. Eh saya ceritaka apa yang betul jer ;).
"Ok,kita scan,baring"....
Elok jer Dr.Jameaton letak alat scan kat perur tu, dia gerakkan 2 kali je kalau tak silap, terus nampak kantung. "Ha tu dia kantung tu,elok jer ha"
"Ok eh doctor? Normal ker?"
"Alhamdulillah,normal elok duduk dalam rahim"
Alhamdulillah...lega sangat. Lepas tu banyakla hany tanya apa xboleh makan,apa xboleh buat. Tapi DrJameaton sempoi gile jawapan dia. Kata dia sebenarnya semua benda boleh makan. Semua perkara yng biasa kita lakukan boleh je diteruskan. Cum berhti hati lah kan.
Contohnya, naik turun tangga; boleh je bukn tak boleh. Tapi jangan la naik turun main hentak2 berlari lari,macam biasa je lah. Dia kata selalu orang risu sangat sampaikan risau tak bertempat. Haaha hany lah tu. Ye lah doc,saya ni bukan senang nak dapat kan...haruslah cerewet dan berjaga jaga...
Alhamdulillah...itu jer lah buat setakat ni. Hehe lepas ni ada lah lagi pasal pregnancy kat sini. Alaaaaa kasi can kat hany kannn. Nak juga mencoret,yer lah pengalaman setiap orang pasti berbeza kan...
Buat mereka yang masih menantikan Rezeki ini, BERUSAHA, JANGAN BERPUTUS ASA. Rezeki ada untuk setiap orang. InsyaALLAH nanti hany share antara usaha yanh dilakukan...
- Subscribe to RSSkeep updated!
Thursday, July 17, 2014
Sambungan; Penantian 5 Tahun
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
Blog Archive
-
▼
2014
(113)
-
▼
July
(17)
- Soalan Soalan Wajib Yang Akan Ditanya ;)
- Perjalanan Balik Kampung
- 27 Ramadhan
- Ramadhan & Syawal…
- Lipstik Ikut Warna Darah
- Pre-Order & Pembeli
- Sambungan; Penantian 5 Tahun
- Dah Pandai Mintak Budu...
- Saat Menatap 2 Line
- Strechmark
- Dia datang bosan pulak dah…
- From kelate With Love
- MOMStudy & Free Avent Breast Pump
- Rezeki ALLAH...
- Borong Minyak Masak
- JDT: Sampul Duit Raya JDT (Limited Stock)
- Dok Larat....
-
▼
July
(17)
Powered by Blogger.
6 comments:
Betullah tu...boleh je makan apa apa..tapi jangan berlebihan...
mesti excited kan.. first experience..
Yahoo!!
Tahniah hany..
Take care dik..
Of coz ler... walau sesiapa pun pasti teruja.. sekian lama menunggu kan.. setelah melalui suka dan duka. Akhirnya Allah kabulkan.
Sedangkan MM yg dengar ni pun tumpang teruja, ini kan pula tuan punya badan. Alhamdulillah sgt!. Moga cumil dan bijak anakmu Hany.
as salam,
tahniah hany, sy tumpang gembira dgn berita gembira kalian.
jaga diri, baby dan semuanya la. insyaAllah semua akan baik2 saja.
mmg btul xkisah pon ekceli, bole mkn, bole jlnkan aktiviti, bole apa2 ja asalkan tidak memudaratkan kesihatan. cuma beringat2 je lah.
insyaAllah Allah pelihara.
mcm sy dr awal hingga la lg 2minggu nk bersalin naik turun tangga 3tingkat, Alhamdulillah berjaya cuma termengah2 dan akan rest 5min bfore start ngajar..hihi..sweet momment..tp penat la. serius dgn berat mencecah 80kilo anak kedua nih, sgt2 penat kdg2 mcm nak pitam. tu hampir 3tahun lalu.. cerita lama..
insyaAllah jika diberikan Allah nak lagi tambah utk kali ke-3.hikhik..
ooppsss sori terpanjang pulop kalini. dah lama x drop komen sini.
btw tahniah lg skali k. take care.
wasalam.
xcited nyeee bc story hany..
part nangis dlm toilet tu ku alami jgk ms dpt amni , cz dh 5thn tunggu ... time tu dh 8minggu , ,cume malas nk cek ... kui3..
mkn mmg leh bantai je, cume kalau bly jgn mkn yg tajam2 cz 1st preg kite x tau tahap ketahanan rahim kite..
Post a Comment