Tuesday, August 26, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil; Homeopati

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,
Hmmm...agak risau sebenarnya nak bercerita pasal hal ni. Noooo bukan hany kedekut tapi risau lah kan. Kot la jadi apa lak kan. Tapi hany ada terima beberapa orang minta share kan usaha serta ikhtiar kan. Sebab rasanya semua sudah maklum, kami menunggu lebih kurang 5tahun jugak untuk diberikan rezeki ni. Alhamdulillah semua nya kuasa dari DIA yang ESA.

Hany akan share usaha yang kami lakukan, sila jangan bertanya apakah masalah sebenar. Tak mahu lah sampai jadi lain macam kan. InsyaALLAH...sila ambil dan fikir dari sudut positif yer. InsyaALLAH semoga apa yang hany share ini bermanfaat buat semua. Dan kena ingat semua nya adalah REZEKI serta IZIN dari DIA, ALLAH yang ESA. aamiin...

Tahun ke2 kahwin, hany memang ada ambil supplement, tapi memang tak konsisten. orang cakap itu okay, hany ambil, orang kata ini menjadi...cuba. Teruk kan, sangat tak konsisten. Mungkin jugak badan pun tak sempat lagi nak terima khasiat yang tu, dah cuba yang ni kan. haha gelojoh okayyy.

Kalau tak silap tahun ke 3, kitorang ada mencuba Homeopati. Kitorang pergi yang dekat Ampang. Area Tesco ampang tu. cubalah google rawatan homeopati ni macam mana kan. Masa pergi tu macam biasa kena buat appoinment, so dia akan bagi waktu lah. kena datang sebelum atau tepat pada waktu yang dah dikhaskan untuk kita. Kalau terlambat, kena tunggu habis semua orang lain punya, baru kita punya turn balik.

Ni lah contoh ubat homeopati, rasa macam manis sikit. senang nak telan

Kita akan diminta berikan rambut untuk dia tahu apa masalah kita. Magik kan. memang ada betul la antara apa yang dia cakap tu. haha kagum pun ada. Dah dia belajar dalam bidang macam ni kan. Gunting rambut sikit dan bagi pada dia. kalau perempuan suami yang akan gunting kan. jangan risau. Then dia buat ubat pun berdasarkan apa masalah kita.

Okay,
ini antara pesanan dia, masa kami mula dengan rawatan. Kalau nak cuba apa apa supplement, tolong bagi masa sekurang kurangnya 6bulan. Jangan campur campur. Jadi dia minta kitorang untuk konsisten paling kurang selama 6 bulan dengan perubatan dia. Yes kitorang memang cuba, rasa masuk 8,9 bulan jugak la. Harga pun memang tak mahal. mampu lagi lah. InsyaALLAH...

Setelah lebih dari 6bulan, tapi tiada perubahan...doktor tu sendiri cakap, hmmm degil awak ni, kalau orang lain 4,5bulan dah ada perubahan/tindakbalas ;). Tu untuk hany, hehe hany senyum je...nak buat camne kan, maybe badan hany tak serasi dengan rawatan ni. tapi sekurang kurangnya hany cuba kan...

okay, ini antara usaha ikhtiar nya, baru 1 yer, nanti akan bersambung dalam entri lain.hihi bukan kedekut...tapi dah lewat, nak kena beradu dah ;)

** Klik sini untuk info klinik homeopati ni http://farmasi.hhhomeopathy.com/ **

2 comments:

haniazrina83 said...

Bagi no contact...update la post ni..senang orang nak refer :)

haniazrina83 said...

Bagi no contact...update la post ni..senang orang nak refer :)

~TQ Dear~

Followers