Friday, August 22, 2014

Pre-Loved Item? Apa Kata Anda?

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Haaa masih banyak open house kah weekend ni? Dah semakin hujung Syawal ni rasanya banyak lagi yang buat open house kan. Kitorang ada hari sabtu 1, rumah exopismate dan ahad 1 di surau taman kitorang. Alhamdulillah...rezeki kan...

Okay,berbalik pada tajuk. Barang barang pre-loved...apa pendapat anda? Kiranya barang barang yang telah digunakan, tetapi dijual kembali dan masih dalam keadaan elok. Kan selalu ada yang jual preloved item ni. Henbeg ke,kasut ke,baju ke,barang barang baby ker...so bagi anda macam mana?

Bagi hany lah,hany tak kisah untuk beli preloved item ni. Tapiiii tetap hany elakkan dari beli secara online terutamanya kasut,baju. Sebab orang extra size macam hany ni kena cuba,kalau tak susah. Tak kira lah baru ke preloved. Untuk barang baby pulak...setakat ni memang tak ada lagi beli barang preloved. Online pun tak ada beli pun. Semua nya walk in la.

Untuk anak pertama ni memang banyak benda jugak kan kena beli. Sebab tu hany mencari jugak barang preloved ni. Hany tak kisah baju ke apa ke kan. Janji masih elok dan boleh dipakai. Macam carseat ke stroller ke memang tak beli pun lagi. Macam nak cari yang preloved la hehe...

So korang,kalau ada preloved item tu...inform lah ye. Kot kot la ada rezeki hany nak beli kan. Baju ke apa ker,hehe okay je untuk beki preloved item ni kan. Kot ada yang dah nak stop beranak...dan banyak lagi barang barang baby yang masih elok, war war kan lah ye ;)

Preloved item...yayyyyy or nayyy ;)

4 comments:

Si Matatajam said...

Nasib baik barang2 bb anak sulung dulu elok lg so M guna balik utk bb no 2 ni...

aziazib said...

hany kita tak pernah beli barang prelove tp selalu jual barang2 kita... hehe.. skrg tgh mabuk jual kat carousell. cer cari kat sana. untuk anak first ni xpe beli je yang first hand leh guna untuk yang kedua ketiga nanti insyaallah... macam azi baju dari yang first sampai nak masuk ke tiga ni masih leh guna lagi. xpe mahal skit tapi kualiti setanding harga.. berbaloi kan bila calculate...

Lady D'yot said...

saya ada 1 kotak lagi breastpad brand avent..nak beli ke? sgt berguna time masih dalam pantang la coz susu mencurah sampai basah baju..hihi..

cik daisy said...

hany...

aku ade:
-Tungku Herba (leesa formula)
-Tungku Besi

kalo ko plan nk bfeed baby, aku ade:
-Mom's Precious Cooler Bag
c/w Mom's Precious Reusable Ice pack with 3 pouch cover (3pcs)

-Mom's Precious 5oz/150ml Breastmilk Storage Containers (Pink & Blue) -- alah, botol utk letak expressed milk lps pam

hihihi!

~TQ Dear~

Followers