Friday, September 30, 2016

Dekoder Mytv Diedarkan Secara Percuma

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ha...
Sekarang dah diedarkan dekoder mytv percuma ni. Tapiiii bukan semua orang dapat ya. Mereka yang layak adalah penerima BRIM. Tapiii tak semua penerima brim dapat.  Tak silap ikut info lebih kurang 6juta penerima brim, tapi hanya 2juta sahaja yang layak mendapat dekoder mytv ni. Macam mana nak tahu? Nah semak kelayakan melalui link ni ya.
Masukkan no ic. Hanya yang layak dapat brim sahaja. Tapi tak semua yang dapat brim, akan dapat dekoder ni. Ye lah yang dapat brim 6juta, dekoder ni diedarkan secara percuma 2juta sahaja. Macam mana kriteria yang terpilih? Wallahualam... yang pasti mana mana kawasan yang tak dapat liputan lagi memang takkan dapat la dekoder free ni. 
Macam mak hany alhamdulillah dapat. Kitorang sendiri memang dah dapat yang trial version punya. Adik ipar kerja mytv ni, hari tu memang banyak dekoder trial yang nak dihabiskan, so kitorang dapat la jugak kan. Bezanya trial tu, di bahagian atas akan tertulis ssiatan ujian dtt. Memang tak hilang la tulisan ni.hahaha naseb la kan...
Ini dekoder yang diedarkan secara percuma. Isi dalam tak pasti warna apa. Macam yang trial version dekoder warna putih.
So, apa yang bagusnya kan. Macam ni lah secara ringkas nak explain. Kan selalunya siaran tv yang kita dapat biasa tak clear sangat kan. Mesti ada bintik2 putih mcm snow kan. Jarang lah kalau yang tak pakai apa apa ni dapat clear cantik superb kan. So mytv ni, masih lagi siaran biasa, tapi cantik clear macam korang pakai astro. Tapi beshnya bila hujan SIARAN MASIH ELOK, TAK TERGANGGU. Ha itu lah yang beshnya. 
Selain siaran biasa tv1 tv2 dan seterusnya yang free tu, akan datang akan ada channel lain. Ada yang berbayar, ada yang free.
Bagi kitorang,especially kat kampun. Dah ada dekoder ni dah ok. Sebab channel yang selalu tengok tu dah clear sangat2. So dah puas hati la. Takkan subscribe dah untuk yang berbayar ke apa kan. Astro a big no dah skrg ni. Banyak sangat ragamnya ehhh...
So cuba lah check nama kat situ. Kalau layak. Nanti posmen akan hantar. Tak perlu buat apa apa, tunggu je posmen hantar. Mak hany kat kampung dah dapat minggu lepas. Untuk yang tak layak, jangan risau... nanti akan ada dijual dekoder ni. Pastinya dengan harga mampu milik...

Monday, September 26, 2016

Achek Gadjet

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha kali ni nak bercakap pasal screen protector tempered glass. Waaa ko glass lagi kan. Kemain ha. Kenapa pilih yang tempered glass ni? Okay sebab macam ni, hp hany ni selalu lah jadi balingan si adra tu. Eh budak dia ada kesah ke pasal pecah ke apa kan. Dia reti lah sangat nak jaga jaga ni kan. Jadi sebagai orang dewasa yang reti ni, pandai pandai lah ambil langkah berjaga jaga.

Sebelum ni hp ni pakai screen protector biasa je. Lepas tu tertanggal sikit. Terus tak pakai dah screen protector ni. Sekali tengok yang tempered glass ni, menarik sbb tebal tapi dr segi sensitiviti touch tu sama je. Tal de beza. dan kalau terjatuh yag tempered glass ni dulu yg pecah. Sebab memang betol2 glass pun di tampal di screen ni. Hany tengok di booth dalam aeon equine tu. Tapiii harganya agak membunuh, tak silap rm30 rasanya. Terus hilang hajat.

Okay, dengan achekgadjet ni serius murah sangat. Untuk hp asus zenfone 6 hany ni rm10 sahaja. Dapat beli 3 tau compare dengan yag di aeon tu tau. Terus la hany pasang screen protector tempered glass ni kan. Mula mula husband macam tebal sangat ni sama ke bila nak touch touch nanti kan. Dah siap semua pasang, bila main main hp takde beza pun sama macam guna yang xde screen protector. So memang baguslah kan.

Okay bukan tu je, usb kabel untuk charge pun sangat murah berbanding kedai lain. Serius memang berbaloi sangat sangat. Untuk hp apa, korang cakap je mesti ada di achekgadjet ni. Okay ni info pasal achelgadjet ni ya.

Achek Gadget
Mohd Faizul b Munari
019-261 9629
Fb : Faizul Jawe
Page/Ig: @achekgadget

Okay korang boleh contact sendiri untuk sebarang pertanyaan, info semua lah. Jangan risau achekgadjet ni peramah orang nya. Orang kata senang kira lah kan. Kalau lawasan berdekatan dengan dia, dia boleh buat door to door service ya. Korang boleh duduk depan dia sambil tengok dia pasang screen protector bagai ni. 

So, contact lah ya kalau ada nak dapatkan apa apa yang berkaitan gadjet ni. Pandai pandai lah berjimat kan. Kalau dah rm20 beza dengan di kedai...rugi wooo. Ini lagi jimat.


** ini entry tidak berbayar ye. Tapi memang kepuasan sendiri. Dapat berjimat cermat**

Monday, September 5, 2016

Preloved Item, Anda Ok Atau Tak Nak Lah...

بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bercakap mengenai preloved item. Preloved, ala kira barang baran yang orang dah pakai atau guna, tapi dia nak letgo sebab sekarang dah taknak dah. Mungkin la dia xmemerlukan dah, jadi dari terperap je baik dia letgo. Sama ada jual, atau bagi je pada siapa yang lebih memerlukan.

Contoh pakaian. Mungkin dah tak muat kan. Tapi keadaan pakaian tu masih sangat elok. So boleh dijual balik dengan harga yang berpatutan atau boleh diberikan pada yang memerlukan. Sama juga dengan barang barang lain, kalau masih elok masih boleh diguna. Tapi kita memang tak peelu dah, apa kata jual je kan. Boleh jimat ruang dan boleh dapat income sikit.

Alhamdulillah,

Semalam rezeki anak dara kami ni ha. Dapat baju dari member satu ofis dulu. Biasa lah budak kan cepat je membesar kan. Plan dah balik kampung ni nak cari baju basahan yang murah murah. Nak cari baju tidur. Nak cari baju jalan jalan selai dua lagi. Sekali membe bagi semalam. Bukan setakat baju basahan,baju jalan jalan pun ada. Alhamdulillah rezeki nama nya kan. Bagi kitorang takder masalah nak guna barang preloved ni kan. 

Balik rumah semalam keluarkan la baju baju semua kan. Nak sorting balik nak basuh balik. Sekali nampak di anak dara ni. Terus nak pakai. Haha aka aka aka mulut tuuu...selagi tak pakai kan, selagi tu lah berbunyi. Aka aka aka... sudahnya meh la kita pakai.


Haaa, dah dapat pakai. Tak mau bukak langsung. Rela je pakai 2lapis kan. Main main dengan berbaju kurung berseluar. Suka hati lah. Asal tak mengacau mak nak sorting nak basuh baju. Alhamdulillah rezeki kan. Terima kasih ex ofismate hanum...


Tuesday, August 30, 2016

Katil Bersalin Pelbagai Posisi

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ha semalam ada ternampak orang share di fb katil bersalin di Royal Devon & Exeter Maternity Services, di UK kalau tak silap. Menarik sangat katil dia. Pelbagai posisi ya untuk bersalin. Ye lah selalunya guna flat bed tu kan, dan biasanya posisi baring terlentang je lah yang biasa kan. Kalau di hoapital swasta tak tahu lah boleh ke posisi selain baring melentang tu.

Ha jom tengok katil ni. Ada matron yang model sekali macam mana posisi nya.


Haaa banyak tu kan. Setiap labour room ada katil ni.








Ha kan pelbagai posisi. Ikut keselesaan masing masing. 

Monday, August 29, 2016

Farm in the City, Seri Kembangan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang lain dah lama sampai ke Farm in the city ni,FITC. Kitorang yang boleh dikatakan agak dekat baru je sampai. Yer lah masa fitc di buka, kitorabg masih berdua. Jadinya hmmm haruslah tak berminat kan nak masuk tempat tempat mcm ni. Ni bila dah ada anak, yang dah memang kenal binatang ni baru terasa semangat nak bawa. Itu pun tak teringat langsung fitc. Plan asal nak pergi zoo negara.

Kitorang pergi katefori tengahari jugak, sebabnya menunggu anak dara bangun dulu. Tapi alhamdulillah, cuaca mcm mendung dan kat dalam fitc ni redup juga sebab banyak pokok pokok. Kira berjalan di bawah rimbunan pokok pokok. Okay kalau nak ke FITC ni, rasanya waze pun memang senang cari. Fitc ni belakang giant seri kembangan. Senang cari lah.

Okay untuk info bayaran masuk, untuk dewasa RM32 seorang, kanak kanak bawah 12thn RM27. kalau ketinggian kurang dari 90cm, maka free yer. Adra memang tak sampai lagi 90cm, 80cm pun tak sampai. Haha rasa macam kentot pulak si adra ni. Okay sini ada gambar untuk senarai bayaran masuk tu.


Tapi kalau korang ada anak 2org 3orang ke, rasanya baik ambil pakej yang disediakan. RM116 utk 2 dewasa, 2 kanak kanak. Ada la kupon naik kuda, voucher bila nak makan, voucher beli barang dikedai souvenier. So agak jimat rasanya ambil pakej ni.

Ha ini details untuk pakej RM116 tu. Ha itu lah dia. Jimat kan.

Masa kitorang pergi ni, ada dibuka kaunter kat tepi entrance, boleh bergambar dengan arnab ke tortoise ke, lepas tu post di fb nanti dapat free 2botol air tin. Haha ok lah kan, jimat ape. Bergambar pun free je, post di fb x susah pun kan. Dapat la air free. Tapi si anak dara ni penakut, takmau langsung dekat dengan arnab tu. Kat rumah bukan main rabbit rabbit rabbit...haha saboo je lah.


Boleh tahan besar jugak la tempat ni kan. Banyak jugak pit stop tu. Okay jommm explore... next entry lah, gambar tak pilih pilih lagi ;)

Sunday, August 28, 2016

Bubble & Chu Chu

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Asyik tergendala jer nak update blog kan. Buat 1 entry lepas tu diam. Itu masalah sendiri, sendiri kena atasi. Semoga makin rajin nak update blog ;)

Cuti hujung minggu biasanya jalan jalan bawa si kecik ni jer lah. Itupun bukan selalu. Tengok keadaan dan cuaca jugak kan. Kalau nak bawak yang outdoor ni. Musim tak menentu ni, cuaca sekarang panas sangat. Nanti nak balik kampung lagi beraya kan, tak mau lah xsihat ke apa kan. Kalau boleh elakkan.

Kitorang kelmarin pergi area putrajaya jer. Selalu jugak tengok kawan kawan pergi sana kan. Pusing pusing juga cari mana yang menarik. Kitorang pergi Ayer8. Ada kedai yang buat sewa basikal yang mcm mcm jenis tu. Lepas tu ada yang main bubble sabun tu. Situ berangin so sesuai sangat la kan.


Suka sangat la anak dara ni dapat main buih ni. Beble beble dia sebut. Tak pandai lagi sebut U haha xberbunyi U bunyi E je. Beli tu rm3. Nanti kena la pulangkan balik peralatan tu. Kalau nak refill buih sabun rm2 sahaja. Kalau gelung yg lagi besar rm5.

Dekat sini ada sewa pelbagai jenis kenderaan yang seangkatan dengan basikal. Basikal biasa, yang 2 org kayuh, 4org kayuh,6org kayuh, basikal dengan 1org baby, basikal dgn 2org baby, eh banyak jenis lah. Harga pun okay lah taklah terlalu tinggi. Mcm kitorang naik basikal 2org kayuh rm15 untuk 15minit. Kalau 30 minit rm25.

Yang sewa sewa ni bermula jam 4ptg sampai 12malam kalau weekend. Kalau weekdays 4ptg smpai 11malam. Yes memang meriah sebab ramai orang. Tapi bagi hany maaih boleh bawa anak anak la. Ramai yang kategori standard la kan. Bukan melampau ramainya. Ada juga kedai makan betul betul area orang duk main main. Tapi agak mahal kot sebab bukan kedai makan biasa ya. Kalau nak jimat beli makanan sendiri air sendiri yang mana yang murah kan.

Bahagian atas ada zawara coffee ada teh tarik place ada meatballs & co, ada marrybrown, ada kyros kebab, ada kedai nasi arab, kedai thai cuisine ke apa. So pilihan ditangan anda.

Lepas tu bawa adra naik train yang jalan jalan area situ jugak. Haha train yang sangat kecil. Adra panggil chu chu. Sebab bunyi train kot chu chu. Rm3 untuk budak. Abi adra pun naik tapi xkena caj. Jimatttt ;)


Haaa itulah chu chu yang dimaksudkan. Hahaha cute kan. Ko duduk je lah atas tu. Nanti dia gerak. Ala slow je pun geraknya. Sesuai la untuk budak budak baya adra ni ha. Chu chu.chu chu...hahaha

So far. Boleh je datang lagi sini. Kalau tak main apa apa pun tetap besh. Boleh tengok orang main bubble tu. Sebelum ni kitorang pergi tak main apa apa pun.kali ni pergi saja bagi adra try.

Kalau nak datang cari Ayer8 ya....

Friday, August 26, 2016

google-site-verification: google55c70d083100d47c.html

google-site-verification: google55c70d083100d47c.html

Sunday, August 7, 2016

mzhany.blogspot.my

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setelah beberapa thaun menggunakan domain, kini dah kembali ke blogspot. Gara gara malas nak renew. okaylah pakai yang free jer lah. korang sudi sudi lah update di bloglist korang tu yer. tukar ke http://mzhany.blogspot.my/ yer ;)

tq kawan kawan...

okay,
lepas ni kena rajin rajin kan diri update balik belog hijau ni...

Sunday, June 12, 2016

Perkhabaran...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Berpuasa buat semua...

Hahaha sabar je lah kan. Fah lama sangat tak update ni. Rugi weh rugi. Beli domain bukan main lagi kan, sudahnya ditinggalkan tak berupdate langsung.

Sedikit busy, busy lah sangat. Rangkuman cerita sepanjang menyepi dari blogging ni. Alhamdulillah, kami sekeluarga sihat wal afiat dengan izin NYA. sekarang mak hany ada tinggal sekali dengan kitorang.

Mak patah pergelangan tangan, jatuh masa di Ganu bulan 3 lepas. Zasss balik ambil mak bawak tinggal dengan kitorang kat sini. Walaupun tahu mak memang tak berapa nak tinggal kat sini, tapi no choice, takde siapa nak tengokkan dia kat kampung. Tiktoktiktok dah dekat 3bulan mak kat sini. Puasa pun kat sini. Haha okay je tengok tu. Simen kat tangan pun dah buka, now kena pergi fisio jer lah.

Adra sekarang dah makin besar, makin banyak ragam, makin comey peel dia. Haha standard la kan,budak tengah membesar. Mak adra pun makin membesar hahaha...

Okay lah, itu dulu...nanti saabung lagi. Yer kena sambung hahaha...

Selamat Berpuasa Buat semua...

Friday, March 4, 2016

Adra, Peminat Carrot & Suka Bola

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lamanya ko tinggal tak update blog hijau ni ha...rugi tau, beli domain bagai, tapi blog tak update.

Okay okay okay,
Kena kental, tapi payah nau nak konsisten. Sekarang ni lagi payah nak pegang hp. Si kecik ni bukan boleh tengok ornag pegang hp, dia pun nak jugak. Dah la kalau boleh taknak ajar dia dengan hp ni sangat kan. Camne la hai...

Adra ni memang suka bola tau... kalau pergi kedai, jangan lah lalu depan ball. Nanti mengamok kalau tak bagi, lalu depan toy mcm bear ke takpe lagi kalau tak bagi pada dia. Kejap je dia merengek, tapi kalau ball... melalak terus lah. Dah besar kan dah pandai mengamok tau. Gerammmm...


Antara ball yang ada kat rumah. Dia lagi suka yang kecik sebab senang nak pegang kan. Ngam ngam je tapak tangan dia tu. Yang oren kecik tu tok ayah adra beli masa sblm umur 1tahun.

Naseb la ball ni murah2 kan,haha kalau tak botak weh ;)

Friday, January 22, 2016

GreenAard: Testimoni yang memberangsangkan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kat sini ada lagi beberapa feedback/testimoni dari mereka yang ambil greenaard ni...

UMUR DAH 40 TAHUN TAPI BADAN MACAM 20an.

Makan hati tengok badan Puan Ruziny dari Terengganu ni.

Anak sulung dah umur 15 tahun tapi tengok lah badan Puan Ruziny. Kalau kena mengorat pun memang lojik ni. Tak macam 40 tahun lansung.

Lebih-lebih lagi lepas berat badan turun sebanyak 8kg, sekarang dah pakai baju size S katanya.

Dengan hanya penggunaan 2 botol GreenAard, dia berjaya hilangkan berat badan sebanyak 8kg.

Tapi bak kata pepatah Inggeris, if you want to lose weight, 80% is diet, only 20% exercise.

Puan Ruziny tak melakukan senaman lansung.
Tapi sejak dia mula mengambil GreenAard, dia amalkan minum air lemon setiap pagi.
Ini akan membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

Cubalah!


Tak mustahil you all pun boleh.



Dalam banyak-banyak testimoni yang kami terima, yang ini sangat menarik perhatian kami.
Testimoni dari Kak Wan from Kelantan.

Apa yang menarik, Kak Wan benar-benar menunjukkan kesungguhan untuk dapatkan berat badan ideal dengan mencatat weight-loss journey - perubahan berat badan, pertambahan muscle dan penurunan lemak dalam badan.

Kak Wan telah membuktikan teori kami benar!

GreenAard TIDAK AKAN menjadikan anda kurus seperti model.
Itu bukan aim kami.
Kalau anda mahukan badan yang menukar bentuk badan anda kepada Kate Moss, silakan guna produk lain, but not GreenAard.

GreenAard diformulasikan untuk bantu anda mencapai berat badan ideal.
Berat badan ideal tidak semestinya memerlukan anda kelihatan kurus kerempeng.
Sekiranya BMI masih dikelompok Healthy, that is good already.
Tak perlu aim untuk pakai size S.
Tapi aim untuk capai BMI yang ideal.

Kalau tengok carta Kak Wan, muscle (otot) semakin bertambah.
Seiring dengan itu, berat badan menurun.
Kalau ikut lojik, apabila otot bertambah, berat badan juga akan bertambah, kan?

Sebab itulah kenapa kita digalakkan bersenam.
Kerana apabila kita bersenam, otot akan terbentuk.

Otot sangat penting kerana metabolisme badan bergantung kepada berapa banyak pembentukkan otot dalam badan.
Lebih banyak otot, bermakna lebih tinggi metabolisme.
Lebih tinggi metabolisme, bermakna lebih banyak lemak dibakar.
Sebab itulah GreenAard diformulasikan untuk menambah otot.

Ada pengguna tanya kenapa selepas makan GreenAard berat badan naik 1-2kg?
Itu efek sementara kerana pembentukan otot sedang berlaku.
Dalam pada yang sama, lemak dalam badan sedang dibakar.

Ada certain pengguna yang datang kepada kami dan kata kenapa berat badan maintain tetapi baju-baju lama dah boleh pakai?
Itu menunjukkan, pertambahan otot dan penurunan berat badan berlaku seiring menyebabkan tiada perubahan pada angka berat tetapi penambahan otot telah menyebabkan fat percentage menurun.

Yang paling penting, bantu diri anda sendiri untuk dapatkan berat badan ideal dengan cepat dengan elakkan diri dari makan fast food, junk food and high calori.
Tak perlu berlapar sampai tak makan nasi.
Jangan.
Makan nasi macam biasa, tapi wajib eat clean.
Jangan paksa diri untuk berlapar kerana badan akan 'shut down' sekiranya food supply stop secara drastik.



Salam Team GreenAard,

Saya Zafira bt Zainul Abidin dari Sg Udang, Klang. Berumur 38 tahun. Seorang surirumah tangga sepenuh masa dan saya seorang yang gemuk air dan berbadan besar dan tak selesa pakai pakaian yang ada 'cutting'.
Bila saya dapat tahu pasal GreenAard, saya terus beli.
GreenAard pertama saya, saya beli dari stokis Shah Alam pada 16.10.2015.

Alhamdulillah pada hari ke 4 suami dah tegur yang bentuk badan saya terutama di punggung, perut serta paha ada perubahan.

Saya teruskan sampai cukup sebulan saya turun sebanyak 19kg!

Menggunakan GreenAard Garcinia Plus ni pada minggu pertama saya alami sakit perut dan kerap buang air besar dan air kecil tetapi tak cirit.

Saya rasa badan saya 'sedap' dan 'ringan'.
Perubahan ketara pada punggung dan pinggang saya bila pakai  jeans.
Saya turut share keberkesanan ni pada kawan-kawan and saudara-mara.

Produk ni bagi rasa kurang lapar. Saya cepat rasa kenyang dan tak berapa selera nak makan.

Suami sayapun ambil GreenAard dan alhamdulillah dia pun turun berat badan tetapi dia cuma ambil 2 biji sehari saja.



Assalamualaikum wrt,

Hai nama saya Khadijah, saya baru amik GreenAard ni 1st November 2015.

Dah lebih kurang dlm 2 bulan. Botol kedua pon tak abis lagi sebab I ada skip beberapa hari coz travel lupeank bawak, hehe..

I don't really know berapa kg turun tapi ukur lilit dah berkurang. Tapi yang best I tak lapar sgt. Not craving for food. And I'm not on diet. Makan mcm biasa tapi kurang kuantiti je.

Makan GreenAard ni buatkan saya dapat kawal nafsu mkn coz tak rasa lapar sgt. So bila time nak makan tu tak ambil banyak. Before this saya pernah try other produk tapi tak jalan. Lagi saya diet lagi tinggi nafsu mkn. Bila makan GreenAard ni lawas and bowel movement sangat baik, tak sakit memulas. Just ok.
Tapi kene minum air banyak, kalau kurang air tak berapa effective.

Ok di sini saya sertakan gambar, saya yang pakai baju kurung purple tu adalah gambar before iaitu pada bulan raya eidulfitri  2015. Dan satu lagi tu gambar terkini (black and white).

p/s: pls blur kan details and muke saya and kawan saya ya. Thank you.. (^_^)


Nak tahu lebih lanjut?

+6019-9597323
+6019-9597323
+6019-9597323

Friday, January 15, 2016

Repair TV; Anda buat sendiri

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alkisahhh...tv kt rumah ni rosak lagi. Haha ini kali ke2 rosak sepanjang 6 or 7tahun ni lah. Beli betul2 sebelum masuk rumah nak duduk berdua ni lah kan. Beli masa tahun 2009. Nak masuk 7tahun dah la kan.

Masa pertama kali rosak 2tahun lepas, yang mana 5tahun hayat penggunaan tv tu. Itu hantar repair dekat bangi. Dengan melayu lah. Masalah screen, tapi tak tukar screen, power ke apa penyebab nya. Dalam rm150. Okay lagi berbaloi baiki dari beli baru,so proceed baiki. Masa ni takder anak lagi,lama sikit tarak heran. La ni ada anak, payah weh takde tv.

Call brother yang sama, dia tanya dah berapa tahun usia tv.cakap 7thn. Dia kata tak amek dah untuk baiki sebab dah smpai hayat. Ini paling lama dia dengar. Selalunya tv yg kurus kering ni, lcd led ni, 3,4tahun dah rosak dah. Abang punya ni dah bagus la smpai 7tahun boleh guna lagi. Brand HITACHI yer. Japan mariii...power sungguh!

Call, orang lain...dia tanya brand and model apa, dia reply takde spare part dah sekarang, so dia tak mau. Hahaha kami gigih demi menyelamatkan duit. Dari beli baru. Jumpa 1lagi di Kajang, area hentian Kajang tu. Wassap blablabla...dia suruh datang kedai.maka semalam gigih la pergi hantar. Gara gara tak menahan,takde tv susah nak bagi si adra ni ralit.hahaha owh kitorang memang taknak ajar kebergantungan pada handphone yer. Dia attach dgn tv takpe sebab boleh control. Tapi,tv xde ni sekali sekala bagi jugak handphone tapi hany pegang,dia tak boleh pegang.

Kalau nak ke kedai brother ni, dia area kawasan yang ada kedai perabot besar tu. Kan kalau menuju ke hentian kajang, akan lalu 1 kedai perabut besar,kedai sebelah kanan, masuk trafik lite situ then naik ke atas masuk kiri.akan jumpa kawasan rumah kedai. Cari sign kedai nama CITRA KLASIK. Kedai brother ni atas sederet citra klasik. Takpun google je or waze yer.

Sampai je, tolak pintu penuh tv bersusun. Dr sebesar2 alam smpai yang kecik.dalam hati,adoiiii mesti lama ni nak siap. Dah ada banyak kat kedai dia ni.

Bila masuk dalam, ada sorang perempuan dengan 2orang lelaki. Husband pun letak tv and cerita masalah and apa berlaku. Kitorang buka tv tiba2 ada bunyi pop, mcm meletup tapi takde bau.

Diorang pun cerita, kat situ konsep kedai dia. Customer datang dan customer bukak sendiri tv, inspect sendiri, baiki sendiri, tapi dengan guide dari diorang. Kitorang mcm terkejut jugak,sebab 1st time dengar kan,mana ada lagi buat konsep macam ni. Lepas tu brother tu tanya,ada masa tak ni,kalau ada boleh buat sekarang.dah alang alang kan,buat lah. Tapiii kena ingat,hahaha sebelum start tu kena bayar RM50. Ini servis caj untuk dia ajar & guide kita. Again,haha terkejut, tapi dah itu cara...so bayar lah.

Tapi, kita boleh jugak nak tinggal biarkan brother tu yang repair. Boleh jer. Tapi sebab kan kitorang free semalam, okaylah buat sendiri lah kan.

Ketahui lah, nak bukak casing belakang tv tu, mak aiiii banyak giler skru weh, serius banyak sangat.

Test kapasitor. Ingat lagi belajar fizik. Mampos tak ingat dah, giler kau zaman bile belajar. Lain lah kalau sekarang kerja under elektrikal ke aper kan.mana nak ingat,tapi akak tu ajar lah...ce dulu tengok ada terbakar tak. Blablabla...

Tv kitorang ada kapasitor terbakar, so replace kapasitor. Then bila on, pop terbakar lagi. So brother tu check power board. Yang ni dia buat sebab kena cek satu satu aliran power semua lah...cek cek cek tak jumpa,sebab semua okay. Replace kapasitor terbakar lagi. So brother tu syak power board problem. Caranya, pergi beli power board dari hitachi,then tukar. Boleh tukar sendiri sebab husband dah tahu camne cara nak pasang.

Ni antara sikit tv yang ada bahagian dalam, bahagian luar, bahagian sebelah kiri banyak lagi.

Tu rupa power board,yang kitorang kena beli and tukar.

Sudahnya,kitorang balik je lah tanpa solve problem tv tu. Sebab spare part takde kat kedai tu. Kena call hitachi untuk tanya spare part.

So, apa pandangan korang servis macam ni???

1) bagus untuk elakkan dari kena tipu
- yes bagus sebab nak elakkan dari kena tipu. Korang sendiri buka kan, buat sendiri kan. So selamat lah. Sebab, masa kitorang pergi,ada sorg lelaki. Dia hantar tv dkt kedai lain, 3bulan xsiap. Takde khabar. So dia ambik dan datang kedai ni. Buka buka banyak main komponen hilang. Brother tu buat kira kira,kalau beli komponen tu semua,sama dengan harga tv baru. Termenung laki tu. Tv LG Plasma tu. Sedapp je korang main sebat komponen tv orang yer.

2) kalau kes kitorang ni, macam tak solve kan. Haha terasa jugak mcm pay rm50 for nothing.hahahaha....

3) maybe kalau sesetengah kedai, dia cek cek and spare part takde, mungkin yang okay, takde ambik duit. Mungkin lah.

4) in term of bussiness, yes bagus untuk kurangkan man power. Jadi bila manpower kurang,gaji pun kurang dibayar, jadi takder lah dia nak caj mahal2 kan.

2benda hany belajar, sambil sambil duk nunggu, sambil sambil jaga anak. Sekarang kan semua tv dah kurus kering kan, lcd led tu. Diorang cakap kalau dah berusia 3,4tahun tu ger ready lah yer. Kebanyakan start rosak dah. Jangka hayat tv skrg tak mcm tv zaman dulu, boleh smpai puluh2 tahun.tv skrg 4 5 thn je. Kitorang punya ni smpai 7thn, dah bersyukur lah 7thn, lama sgt dah tu riwayat tv ni.

Lagi 1,kata akak tu, kalau casing tv dah berkarat, sangat bahaya. Itulah dia kata. Akan effect screen ke apa. Sebab tv sorg brother ni semalam, takboleh repair dah kes hilang komponen tu. Tapi akak tu cakap, kalau boleh repair pun, akak tak suggest untuk repair sebab tv awk ni dah berkarat,bahaya ni.

Kedai ni dah lama, tapi servis macam ni baru 1bulan diorang implement. Yang baiki sendiri ni. Okay, korang sila pergi hari bekerja, sebab kalau hari minggu memang ramai dan kena Q.kedai ni dibuka sehingga jam 1pagi. So sesuai lah kalau hari bekerja pergi malam yer.

For now, kedai ni tak mesra baby lagi,diorang baru nak set up tempat untuk menunggu. Jadi kalau bawak anak anak, sila jaga betol2 sebab kedai mcm ni faham faham la,merata rata barang kan.

Okay, ini no brother ni apa apa sila call brother ni yer. Saya up entri ni sebagai perkongsian, takder share apa apa, dan takde dapat apa apa. Call direct brother ni.
0192002554


Naseb ada kakak peneman, kalau tak mengamuk la dia.

Okay daaa....

Thursday, January 7, 2016

Jaga Anak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, Adra Rizzqina dah 1thn 2bulan dah. Hahaha masa umur setahun takde hapdet blog pun hahaha. Dan memang tak der celebration pun dia setahun. Ntah maybe sebab kitorang memang jenis takde celebration on besday ni. Besday mak pak pun tak celebrate kan. And fikir fikir dia 1thn tak faham apa apa pun, tak ingat pun celebration pernha buat utk dia. Haha ini bagi kitorang lah. Depend pada individu lah kan.

Alhamdulillah,
Adra sekarang okay sangat. Hahaha bukan lah bermaksud sebelum ni adra tak okay. Tapi hany je lah yang tak okay. Anak 1st kan, dengan keadaan masih baby, ntah macam macam hany rasa. ALLAH dengan suami je lah yang tahu nya. Hahaha macam2 dugaan lah kan. Bagi hany dah rasa dugaan sangat dah, bagi orang lain maybe biasa je kan. Again, setiap orang berbeza lah kan.

Adra sekarang masih lagi macam dulu, haha payah nak tinggal pergi mana mana, buat apa apa. Selalu nak menempek ajer. Memang parah time nak membuang la. Merangkak masuk tandas jugak lah dia. Sudahnya mandikan jugak lah. Kalau 3kali sehari ummi dia masuk tandas 3kali lah mandi.hahaha sabau je lah. Ater tandas nya bukan nya kering mcm tandas mat salleh kan. Sah sah la basah baju seluar nya.

Adra baru start berjalan ngam ngam malam tahun baru. Elok je dia bangun bertatih sendiri. Tapi sekarang masih lagi mcm drunken master la dia berjalan, haha macam orang mabuk ;)

Walaupun adra suka bertempek jer, tapi ada masa dia ok je main main sendiri. Kadang kadang lama jugak dia main sendiri. Maka boleh la hany buat iklan utk promote greenaard ke,hapdet blog ke. Tapi biasa payah la nak tinggal dia, nak pergi dapur utk buat kerja rumah. Sebab jenis nak ada orang sebelah. Biasa buat semua masa dia tidur. Sekarang dah besar, tidur pun lama jugak la. Alhamdulillah la, kalau dulu semua benda tak boleh buat. Time tido takleh ada bunyi langsung. Syukur sangat2. Yer lah kan, dah makin besar, lain la pulak dia kan.

Ha ni gambar adra dari 1 hari smpai 1tahun. Hehehe masa 1hari smpai 100hari kitorang amek every week, lepas tu 1bulan sekali. Hahaha mak mak sangat, suka amwk gambar anak.;)






Okay lah, panjang pulok entri kali ni. Hahaha...

Friday, January 1, 2016

GreenAard: Promo & Turun 7kg

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyaknya promo kan, hari dah up kan entry promo, eh ni ada lagi. Okay macam ni ceritanya, promo kali ni memang dari HQ, dan ianya super duper jimat okeh.


Okay, untuk promo ni, harga 1 botol adalah RM78, untuk sabah sarawak RM88. Kenapa super duper jimat? Sebab harga asal adalah RM90, dan sabah sarawak RM100, so jimat around rm12 kan. Tu lah dia super duper jimat. Dan promo ini sehingga 10 Januari 2016. Lama lagi kan...

Okay,
Kat sini hany upkan 1 testi yang customer hany bagi.



Haaa, ini wassap meseg, takde edit edit yer. Hany sebenarnya format hp dan hilang semua nombor. Jadi memang pasrah je lah, takboleh nak folow up. Sekali akak ni meseg bagi feedback. Suka sangat. Ha turun dalam 7kg dalam masa 3minggu. Tak habis 1botol lagi tu. Dan kemain suka akak ni dengar ada promo.

GreenAard ni, kebanyakan yang amek rasa lawas membuang dan kurang lapar. Sebabnya kandungan Garcinia Cambogia, atau kita panggil asam keping, ada yang panggil asam gelugur. Kalau korang google, dalam show Dr.Oz pun ada pasal garcinia cambogia ni. Memang dapat kurangkan berat badan sebab boleh buatkan kita kuranglapar.

Okay, ada yang cakap dah kurang lapar je ke effect dia? Okay macam ni, asam keping ni fungsi dia kurangkan lapar, tapi dalam GreenAard ni ada lagi bahan bahan lain, mcm greentea, halia,bawang putih, habbatussauda, mengkudu dan pegaga. Dan seuanya adalah RAW HERBS yer, bukan extract. So effect dia lebih power.

Okay,next entry hany cerita pasal kandungan dan fungsinya.

Ni no +6019 959 7323
Nak tahu lebih lanjut, nak order roger je ye

Nak Tambah Anak ;)

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa
Dah masuk 2016. Mak aihhhh kejap jer kan masa berlalu sekarang ni. Owh bila dah 2016 ni, hm kena bersiap siaga lah. Mengenai ekonomi kan,walaupun ada yang kata baru ura ura mengenai banyak yang akan naik, tapi tetap kena bersedia.

Owh, alhamdulillah minyak turun kan. Aamiin...

Gigih tak gigih la entry di hari pertama 2016, gara gara tak boleh tidur lah ni.anak dara dah lama tidur. Tapi selalu terjaga, tu yang mata jadi cerah lagi ni.

Takyah duk cerita pasal azam la kan, tapi di usia yangsemakin tua ni, berharap sangat di murahkan rezeki oleh NYA untuk menambah khalifah ALLAH. Yer, hany teringin nak tambah anak, tapi semua nya pasti dengan izin dari DIA jugak kan. Takper, usaha jer ;)

Okay, haha takmau panjang panjang, meleret kan susah lak ;)

~TQ Dear~

Followers