Friday, September 14, 2012

Abaya

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Salam Jumaat. kali adalah berkaitan dengan abaya. rasanya dah agak lama hany start berabaya nih. and pergi keje now, hany memang fully pakai abaya lah. lagipun koleksi abaya dah cukup kitaran seminggu pergi kerja tuh, maka tak ada lah setiap mingu pakai yang sama kan. Tapi yang slesa tu lah yang hany selalu lenjan;)

So far setakat yang hany tahu la, kalau designer abaya ni, hany suka design dari http://www.aabuk.com. ni memang designer punya lah, ori ok.hehe cubalah browse and tengok design dia, sangat memikat hari ok! tapi of coz la hany memang tak pernah beli pun yang designer punya ni….hehe InsyaALLAH 1 day…;)

Ok, sikit info pasal abaya ni, apa itu abaya? Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah. Di sana ia dipanggil'Abaya', 'Swaeiyah' ataupun 'Daffa'. Ia pada dasarnya ialah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila wanita mahu keluar rumah. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'black over garment' atau 'black cloak' jika diterjemahkan maknanya 'selimut hitam'. (credit to KAKCHIK).

ha, hany kalau pakai abaya memang bahagian dalam pakai skirt lagik, sebab tak slesa rasa macam bogel je kalau tak pakai skirt ahaha. tu lah dia yang terjadi kalau tak pakai apa apa kat dalam kan, terus nampak line panty.haishhh kena pulak pakai jubah kain lycra.hurmmm failed!

Untuk cutting abaya pulak, ada A cut, Umbrella cut, Butterfly cut dan dynamic cut. so far hany suka dan ada banyak kolek yang A cut lah. sebab selesa pada hany. A cut ni macam huruf A lah, kembang kt bahagian bawah.

547891_426236460724182_411096527_n Ni adalah contoh A cut yang ada dalam koleksi hany.

IMG_9239 Ini contoh Umbrella cut. bawah dia lagiiii kembangggg dari A cut. credit pic to kakchik

Untuk contoh cutting yang lain, bolehla rujuk kat blog kakchik ni, abaya elegan lovers. 

Apa beza abaya ni dengan jubah kat Malaysia ni? Bagi hany yang baru je pakai abaya ni, so far yang paling ketara adalah material dia lah. sebab yang dari luar ni memang material besh, kira ok dengan cuaca panas malaysia ni, kalau tebal pun tak panas, kalau nipis pun tak jarang. dan ada terdapat pelbagai material antaranya nida, fursan, satin, internet, crepe dan sebagainya. ahaha pening gak nak tahu tu, sebab bukanya tahu sangat bab bab material ni. tapi mengikut apa yang hany tanya, Nida tu besh sebab lembut dan selesa.

Saiz pulak, kalau jubah Malaysia hany pakai saiz 46 atau 48, tapi bila abaya nih, ahaha terus naik ko saiz akakkkkk. 56 atau 58. 56,58 ni merujuk pada labuh abaya tersebut. range size dia adalah 52=S,54=M,56=L,58=XL,60=XXL. Biasanya penjual abaya ni akan tulis la default ukuran utk saiz ni, contoh 56 kan L, nanti akan tulis skali utk ukuran dada, pinggang,pinggul…semua dah ada. dan jangan risau jugak, sebab kalau untuk pre-order punya, korang boleh buat ikut saiz korang. korang bagi je ukuran korang, maka abaya akan dibuat mengikut ukuran korang. sebab kekadang labuh dah ok, tapi pinggang besor pulok hishhhh. macam hany labuh elok 56, tapi bahagian tetek selalu tak selesa lah,maka up kan la 1size.takper besar kan, kata pakai baju muslimah, takkan nak sendat sendat kakkk!

Antara yang hany pernah beli abaya, https://www.facebook.com/abayan.muslimahcloset, https://www.facebook.com/abayaelegan, https://www.facebook.com/zakiah2727,

Kebanyakan hany beli dengan yang muslimah closet, sebab hany dekat dengan rumah dia, so pergi try mana mana yang ready stock, kalau berkenan beli terus. tapi ada jugak yang pre order. ok yang preorder ni memang amek masa sikit lah, sebab korang dh bagi ukuran, nanti orang sana akan buatkan nak shipping lagi kan, so biasa ambil masa sebulan lah.

Antara yang hany berkenan, ahaha tapi macam tak dapat memiliki jer ;/

375941_403862266342002_2107142047_n4

RM450, kalau nak order sila ker https://www.facebook.com/abayan.muslimahcloset last date order 30sept.

181182_328397930572017_393340374_n

Yang ni dah tutup order, huhu tak dan nak order;)

So, katakan lah korang baru start nak berabaya ni kan, hany suggest korang beli yang murah murah dulu la. so far range harga abaya ni 180 ke atas la, tapi hany pernah dapat 150 sebab clearance stock masa tuh. harga bergantung pada jenis material, corak pada abaya tersebut. korang tengok gambar yang harga 450, tengok lah sulaman dia kan, material pun dr gambar dah boleh agak jenis lembut dan sejuk, so no wonder lah harga cenggitu kan.

Untuk korang yang nak try, ni web abaya murah, tapi malaysia punya lah. dan semuanya A cut. http://abaya-arab.blogspot.com/. ada pelbagai saiz dan corak.harga memang murah dari abaya dari arab ni lah. untuk starting boleh la kan, agak agak dah selesa bolehla beralih ke abaya dari luor pulak kannn. ha hany dulu macam tu lah. hehe…

so far setakat ni, abaya paling mahal hany pernah beli adalah RM250 kalau tak silap.ahaha dah lupa harga. nantilah hany upload lagi gambar abaya dalam koleksi hany. so harapnya dapatlah bagi sedikit info buat korang yer…InsyaALLAH…

 

Pakaian yang aurat terjaga, InsyaALLAH maruah terpelihara;)

15 comments:

Miss N™ said...

abaya ni kalau tgk org pakai mmg cntik..
tapi macam nur ni rasa tak sesuai je...
sebab nur pendekk...

Mrs Velentine said...

samalah sya pun pendek juga..huhu

Unknown said...

wahh .. now jd pengumpul abaya ye... zr tunggu banak lew baru leh beli .. nw kalau beli pun rs x muat nk pakai .. wakaak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hany ke tu yg berfurdah?.
Yg RM450 pix no. 2 tu cantiklah cutting dia!

Unknown said...

Tingin nak pakai abaya tapi tak gak carik...molek la Hany bagi link tu nanti bole terjah.

Abaya yg last tu sangat ensem laaa!!!!

Si Matatajam said...

M pun suka terjah blog Kak Chik...cantik2 Abaya dia..

Chic Na said...

bagusnya hany dah fully berabaya g ofis.
cik na suka yg umbrella cut tu. cam comel je kembang.
Insha Allah nk pakai jugak, someday. ;)

Cik D momy the ZAs said...

Salam ziarah
dah sebulan dua niat nk berabaya. Fully abaya. Kemana2. Tapi belum diizin tuhan kot. Tq sis for sharing those links. Will be very helpful!

wida said...

hany dah berpurdah ke..
abaya ni cantik2 jugak..lagi2 yg cutting umbrella tu

Rohani Hashim said...

yg tu mmg gmbr hany mm, tp hany edit letak purdah, sbb nk bg gmbr testi pd penjual abaya tuh. hany taknak org tgk muka hany;)

Rohani Hashim said...

huhu sbb tu ada custom made, custom size, yg mana mmg betul2 bua tikut saiz kita bagi;)

Rohani Hashim said...

so far hany skrg ke ofis jer fully abaya, keluar tu kdg2 pakai abaya kadang2 tak. kena kentalkan diri lagik nih...InsyaALLAH...

Nnnourah said...

Cantiknyaaaaaaaaa. Tapi mahal :( tapi cantik sangat.

Solehah Shamsuddin said...

akak hany, pe beza abaya n jubah ye? tlg terangkan sikit boleh

Aliaa Ab Rahman said...

Im selling abaya inspired by aab london uk mcm dlm gambar kedua tu, whatsapp sy atau visit instagram sy @hollisters_h open pre order sampai selasa shj :) cepat2!

~TQ Dear~

Followers