Sunday, November 4, 2012

Bajet Chalet…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Okay, kali nih nak tempek gambar gambar Chalet di kampung hany. ahahaha sebenarnya macam tak sampai je idea nak hapdet ape kan. tapi taknak la biarkan tak berhapdet jer, nanti korang lupakan hany lak ;)
Okay, malas sembang panjang, mari tengok gambar…
IMG_4167 Tempantnya memang terdapat tumbuhan dan pokok pokok…
IMG_4171 Antara bilik yang ada, nampak tak atas air, dan disebalik tumbuhan…
IMG_4179 
Ini unit baru dibina…tak siap lagi…
IMG_4170 Ini adalah dapur, share lah beramai ramai, ahaha kalau rajin la nak masak kan.
IMG_4183 Lepak lepak sambil tengok matahari terbit…
IMG_4184 Tempat lepak jugak…
IMG_4182 Okay, mari tengok bilik…hehe
IMG_4189 Sebelah kiri tu boleh tengok la pemandangan luar, sebelah kanan adalah tandas+bilik air.
Okay sebelum diteruskan, bagi hany chalet ni sesuai untuk orang yang jenis backpacker la…jenis yang sempoi, tak cerewet. Sebab takder aircond, hanya ada kipas sahaja. and tempat dia memang sempoi giler. Juga tak sesuai bawak anak anak yang masih kecik lagi.
So far, hany pernah bawa 2orang membe hany la setakat ni. dan diorang boleh la stay kat sini. taktahu lah kot kot cakap boleh, tapi dalam hati mana tahu hehehe. tapi setakat korang nak tidur jer kan, makang minum jenjalan…okaylah tu nak stay sini.
IMG_4172 ha…bilik air nya, ahaha mesti pengsan kan korang tengok. tak ada bumbung ok. ko mandi sambil kira bintang pun boleh.ahahaha
IMG_4186 Poko nipah yang tumbuh disekitar nya…
IMG_4176 Atap…lampu…
Tapi, bila malam memanggg sangat sejuk. yer lah kan, atas air, tepi sungai dinding kayu, atap nipah pun ada, atap bata macam ni pun ada. tidur siap berselubung tak pasang kipas lagik…ekon semulajadi uolllsssss…
IMG_4192 so far lantai nya masih kukuh. hany melompat lompat lagik ;)
Tempat ni nama dia Awie Yellow House. Try la search pasti jumpa. Satu malam RM35-RM40. tapiiii, korang pergi sana try la nego, boleh dapat lagi murah. Tempat ni sangat terkenal di kalangan foreigner. serius, memang foreigner selalu stay tempat ni, Malaysian kureng…kenapa? ntah la, pada pandangan hany foreigner ni (mat salleh especially), dorang suka untuk cuba cara kehidupan kita kan. sebab tu tempat ni jadi pilihan mereka.
hehe, ok sekiannnn hari ini ;)

36 comments:

Abil Fikri Ahmad said...

Boleh memancing tak dari dalam chalet tu?

KEDAI ONLINE SAYA said...

Kt mne ni kak?

RIZZNA said...

arhhhh best nyeeee....
CiM suka lah shalet ala2 kampung ni

Chic Na said...

murahnya. lokasi sebenar kat mana hany? cam best la atas air. tp tang bilik air tu seram sket. huhu..

Miss N™ said...

murahnya..!
malam mesti sejuk kan..
bilik air tu, mlm2 tak beranilahh..hihih

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

saper2 yg sukakan natural tu blh stay situ kan..gpun murah la rega dia

Nyue said...

murahnya...ni lokasi kat mne?? cam menarik...damai je rs...best ni...

are_lin@yu said...

beznya mesti rasa sejuk ja kan kat sini...jh dr kota tak..hehe

Mrs Velentine said...

cantiknya

kinara kinatara said...

suka..banyak ciri kekampungan..tenang dan damai...

Mrs. Nisa DK said...

Hany, plzzzzzzzzzzzzzz sangat2.. bagi tau kat mana tempat ni.. Nisa nak ajak encik somi pegi sini..dah lama kite org cari tempat cuti mcm ni, nk yg macam2 alam dan manusia sket..heheh..t habaq mai tau..TQVM

fiqkbe said...

klu sambil mandi sambil mancing ikan pn best jgk :P murah ni. lgpun mesra alam. lokasi nyer di mna kak?

LYAfrina said...

wow..cantiknyer..mesti mdamaikan..

Rohani Hashim said...

Abil,boleh jer nak mancing.tp rasanya joran mmg xde la. Bek sendiri

Rohani Hashim said...

Kat Ganu. Nanti akak update yer

Rohani Hashim said...

Cim mmg dlm kampong pun.hehe hany pun xpernah tidur kt sini. Sekadar hantar mmbe2 je lah

Rohani Hashim said...

Chicna,nanti hany update yer. Hehe bilik nampak scary eh hihihi

Rohani Hashim said...

Ciknur,hehe yg pasti xde orang ngintai sebab tinggi atas air. Tp yerlah sbb xbiasa kan so nampak riso jer kan.

Rohani Hashim said...

A'ah waniey. Harga mmg murah la.lgpun fasiliti biasa je kan. Sekadar nk tido jer ok lah kan.

Rohani Hashim said...

Nyue,nanti hany update details yer

Rohani Hashim said...

Arelin,xjauh pun lebih kurang 30minit dr bandar kuala terengganu.

Rohani Hashim said...

Cantik eh. Maybe sbb kekmpongan kan

Rohani Hashim said...

Memang kekampongan betol2 la. Siap ada yg guna atap nipah lagi

Rohani Hashim said...

Nisa,sabau yer nanti hany up kan lagi entry detail pasal tempat ni. Tengah nk buat direction yg senang sikit utk pergi

Rohani Hashim said...

Multitasking betul la fiq ni mandi smbil mancing hehehe

Rohani Hashim said...

Damai dan tenang. Sampai kan bunyi benda jatuh dalam air pun dengar.

syalinda johari said...

natural beauty...hehehehe..murah wei, kalao aku okey dah nii

Rohani Hashim said...

Linda, kalau ko dgn anak2 ko, ok aku luluskan sbb anak2 ko jenis gasak je lah,lantak la apa saja kan.hehehe sbb pephm le tempat gini kan,org yg tak cerewet je aku rasa boleh stay. amacam? kalau nak roger aku, aku bleh dapatkan lagi murah dari harga tu ;)

Kella said...

tapi cantiknyaaaa hanny... =)

tenang dan damai... sejuk mata memandang...

dya nasir said...

cantilah.kt mne ni

r.i.t.a said...

cantiknye hany.... ai like...

Rohani Hashim said...

tenang kan mas...hehe jommm ;)

Rohani Hashim said...

dya, Kat Pulau duyong...Terengganu

Rohani Hashim said...

ahaha org suka natural ni boleh la rita. meh bawak anak2 ko. siap la dorang terjun terus sungai tu time nak mandi ahaha

Arina Shamsul said...

terbayang dah suasana malamnya..mesti sejuk kan?kena2 waktu subuh..pergggghhh..:)

Solehah Shamsuddin said...

mcm best je ni.harganya pn murah.nk roger mak solehah,mane la tau dy nk gi nanti.hehe

~TQ Dear~

Followers