• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Tahun ni genap 4tahun berkahwin, namun rezeki anak masih belom jua kunjung. Ada yang dah sebaya hany nak masuk 3 dah, dah ada 3 pun ada kan. Alhamdulillah murah rezeki korang semua. mesti bertambah tambah gembira kan…alhamdulillah.
Dan, ramai juga yang macam hany, masih belum ada rezeki lagi kan. takpe sayang, ini bahagian kita. kita terima yer. DIA tahu apa yang terbaek buat kita.
Tipu la kalau cakap, tak sedih, tak kesah, tak ada rasa apa apaa, tak stress. tipuuuu. orang yang berada dalam keadaan macam kami ni, pasti memahami dan merasai nya. hany dulu, memang cepat sedih, menangis, tensen…semua nya rasa. Ye lah siapa taknak anak kan. Siapa? ce cakap? kalau dulu hany tak boleh sorang sorang, jap lagi macam macam la fikir, lepas tu sedih, nangis sorang sorang. suami dulu keje sif, so memang selalu berseorangan kat rumah.
Alhamdulillah, suami pun faham keadaan dan banyak bagi hany sedar, bagi semangat semua kan. jangan la nak banding banding kan sebab tak semua orang rezekinya sama kan. Lepas tu, kita ni susah rezeki, orang lain tentu lagi susah lagi lama dari kita kan. tapi cuba tengok diorang semua berusaha, cekal…bukan duk nanges memanjang kan. boleh nak nangis tapi jangan la memanjang je menangis kan.
Hany gembira sangat, sebab ramai kawan kawan yang amek berat. kadang kadang kita tak suka orang duk tanya, eh tak ada lagi ker? blablablabla…tapi sebenarnya mereka ni amek berat. dari gaya dorang tanya tu kita dah boleh agak, mana yang betul betul amek berat, mana yang nak sindir ke apa kan.
Alhamdulillah, ramai kawan kawan hany PM, bagitahu cara itu, cara ini kan. kongsi apa yang mereka lalui, kongsi apa yang terjadi dengan saudara terdekat mereka. seriusly, hany memang suka dan tak pernah rasa sedih ke apa ke bila ada mesej masuk, tanya kan hany dan terus share petua ke, cara ke, ubat ke. suka sangat sebab bagi hany mereka ni sangat amek berat dan mahu tolong jugak. bukan sekadar bagi nasihat blablablabla kan.
Tak kurang jugak yang bertanya,
“ko ni tak pergi berubat ker?”
“ko tak pernah try berurut ker?”
“weh, ko nak tahu membe aku dia ada try biodex, alhamdulillah lekat ko”
Ramai yang share info dan benda benda berguna. untuk pengetahuan, hany tak share apa yang kitorang dah usaha kan. Mungkin ada yang share perjalanan diorang dalam usaha untuk mendapatkan anak ni. ALhamdulillah, bagus sangat usaha tu. tapi kitorang takkan share secara public dalam blog ke fb ke apa. Masing masing ada cara masing masing kan.
Ada membe bertanya, dan siap bagi tahu lagi treatment macam ni macam ni. kau pergilah buat ni ni then lepas tu pergi sini sini. terima kasih. kami, kalau buat semua tu kami takkan cakap or bagitahu kamu. and takkan cerita details apa yang telah kami buat.ada antara membe membe tertentu maybe kami boleh share la. tapi again, TERIMA KASIH BANYAK BANYAK sebab sangat ambil berat. alhamdulillah…syukur sebab ada yang ambil berat pasal kami.
Semoga, usaha kami dan juga mereka yang senasib dengan kami akan berhasil dan dimakbulkan olehNYA…serta memberi kami nikmat serta rezeki yang kami tunggu tungu ini…aamiin…aamiin…aamiin…
11 comments:
bersabarlah menanti..ada hikmah di setiap semua kejadian :)
Singgah jenguk sini & Follow.. Salam Kenalan..
jangan putus harap Hani...
doa pada Allah SWT jangan berhenti..
in shaa allah nanti ada masa dan waktu yang tepat...
Mek Ijau, cara kau berceita stress bona nampak eee...bawak-bawaklah bersabar...manusia berusaha semaksima mungkin...Allah jua yang jadi penentu...lihat contoh disekitar kita..ada ahli politik yang berkempen pagi, petang, siang dan malam tapi tak juga jadi PM...sebab apa...Allah tak izin lagi..ada ahli sukan berlatih bertahun-tahun bila Olimpik masih dapat perak je..masih kalah dengan lawan yang sama...sebab apa tu..Allah tak izin lagi...bersabar, berusaha dan berdoa..
@deq
-aamin,a'ah ada hikmah di atas segalanya kan
@puan siti
salam kenalan jugak
@syalinda
tq weh. InsyaALLAH aku xkkan putus harap. mana tahu jap lagi aku dpt kembar berderet kan, 3kali branak dah 6org...murah rejeki...;)
@abgujang
kalau saya stress, saya takkan dapat bercerita. takkan dapat keluarkan ayat yang tak sakitkan hati la. ni saya tengah bertenang la ni.
habis ahli politik tu camno nak menang eh, time mengundi je nampak muka dia, kalau tak takdo eh. kikiki
ok abgujang, doakan jugak utk saya. nanti boleh saya bawak baby saya jumpa abgujang...hahaha for sure baby sy tak takot abgujang, sbb mak ayah dia pun besarrrr jugak kakakaka
insyallah ...
cekal kan terus berdoa dan yg penting kene usaha ..
hehe..pahamm..memang kadang2 derang macam amik berat..suggest itu ini..tapi kalau dah banyak sgt cadangan, byk sgt soalan, bertimpa-timpa, mcm dah overload jadi nye..sampai rasa nak cakap "eh, tak perlu menyibuk lah itu ini..hal kami, biar kami handle sendiri" ekekekee..
haniazrina83-
salam honey bunny,
kat opis aku byk yg sama dgn ko.
ada yg tunggu bbrp tahun then dapat.
ada yg ambil anak angkat lepas setahun dapat.
ada yg jaga anak org, lepas tu dapat.
bila tengok experience kawan2 opis ni, aku rasa rezeki anak ni, law of attraction jugak (refer buku kat kedai dgn tajuk ni).
bila kita selalu dekat dgn org pregnant or dekat dengan baby, lelama hormon tu datang sendiri (kecuali ada sakit la kan..mintak dijauhkan)
terbaru aku tengok kat tv, ada sorang ni die berenti keje then bukak nursery utk anak2 autisme. lepas bbrp tahun, die dapat anak. anak die comel sesangat.
lunchmate aku(dia n kakak die lambat sikit dapat anak)
g jejalan honeymoon singapore, tup tup lepas tu dapat anak.
kakak die g bali, tahun lepas, pehtu mengandung.
aku rasa macam tumpang gembira ya amat bila dengar citer2 macam ni.
aku sentiasa doakan ko...aminnnn
itu semua perancangan dari allah. kita berusaha ye hany, selebihnya berserah pada allah.
sabar ye hany...
InsyaALLAH, sampai masa adalah rezekiNYA nanti.
Sebagai manusia mmg tak boleh lari dari org yg suka btanyakan..
buat tak tahu je la, yg penting DIA tahu apa yg tbaik buat kita.. :)
sabar byk2 ye hany, Nur doakan terbaik buat hany.
Post a Comment