Saturday, August 31, 2013

56

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Salam Kemerdekaan.Selamat Menyambut Hari Merdeka buat seluruh rakyat MALAYSIA..

Untitled

Thursday, August 29, 2013

Berikhtiar dengan QASEH GOLD

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah…semakin ramai yang mula mengambil makanan berasaskan makanan sunnah ni. Kita sedia maklum kan, makanan amalan Rasullullah ni banyak kebaikan nya.

QASEH GOLD ni macam yang pernah hany beritakan kat blog hijau ni, mengandungi makanan sunnah seperti madu,kurma,habbatussausa,buah tiin,zaitun,air zam zam, juga mengandungi delima,manjakani,untuk lelaki semua sama tapi tak ada manjakani dan ada ashwaganda, yang mana boleh prevent dr kanser prostat…

Hany sebenarnya dah lama tahu pasal QASEH ni,tapi tak pernah cuba betul betul. amek sekejap then stop ambil produk lain. maklumla ghairah nak cuba kan,tengok testimoni semua molek. sehinggalah bulan April baru ni, hany start QASEH GOLD ni, dan alhamdulillah hany istiqomah sehinggalah ke hari ni masih lagi ambil QASEH GOLD ni.

8635_476864115740883_2101027660_n

Alhamdulillah, dengan izin dari DIA…period hany elok setiap bulan bermula mei sehingga sekarang. Seriusly, sangat bersyukur. sebelum ni memang tak pernah la setiap bulan kan. Yer QASEH GOLD mungkin hanya asbab dalam semua ni, tapi alhamdulillah tak rugi ambil QASEH GOLD ni sebab banyak kebaikan dia.

Antara yang mencuba QASEH GOLD…

564483_10201959255932637_1902776091_n copy

562762_10201959255532627_1726966558_n copy

Untuk kanak kanak jugak ada rangkaian QASEH ni, iaitu QASEH JUNIOR. QASEH JUNIOR ni mengandungi MADU,KISMIS,TIIN,CENTELLA,BAYAM,DELIMA,MINYAK ZAITUN,ZA’FARAN,AIR ZAM ZAM, ARABIC GUM, GINGKO,HABBATUSSAUDA. InsyaALLAH, hany akan buat entry kebaikan serta khasiat setiap bahan ni.

1010543_663715796976246_911399104_n

QASEH GOLD- 550ml, QASEH JUNIOR 420ml.

InsyaALLAH, amalkan makanan tambahan yang mengandungi makanan sunnah ni banyak kebaikan dia. macam untuk kanak kanak tu, baik kenalkan dan biasakan dengan makanan sunnah ni dari awal. Kalau boleh bagi yang raw, lagi bagus. tapi hany personally tak dapat lagi nak ambil semua yang raw. macam madu, habbatussauda, kurma, zafran…zafran tu memang mahal la kalau yang raw kan. takperlah ambil je lah dulu yang campur campur ni…InsyaALLAH ada rezeki ada kemampuan boleh cuba yang raw kan.

Jangan tanya hany pasal pernah tak cuba produk ni, produk tu…hany hanya boleh bercerita pasal QASEH sebab hany dah alami sendiri.

Tapi, bagi hany kalau nak cuba sesuatu produk tu, janganla seminggu dah nak nampak kesan yang vavavooom kan. kalau betol boleh nampak kesan dalam seminggu alhamdulillah. dan lagi satu pengajaran hany dapat sila amek betul betul, jangan yang ni kejap, yang tu kejap…at least bagilah kurang kurang 6bulan masa kan.

okaylah, kalau nak mencuba QASEH ni…bolehla contact hany 019-9597323. InsyaALLAH…sama sama martabatkan makanan sunnah…

Tuesday, August 27, 2013

Syawal…Alhamdulillah rezeki…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sekarang ni dah pertengahan menuju akhir Syawal dah. Dan hujung minggu memang ramai buat openhouse. Memang jemmm la. Alhamdulillah rezeki kan, mana yang sempat pergi tu, pergi lah kan.

Jumaat lepas, ofis hany ada buat jamuan raya jugak. tapi kitorang pakat untuk potluck la. hehe, seronok sebenarnya potluck ni. then dapat la berjimat kan. sambil buka hamper yang company dapat tu. Dapat la merasa sikit sorang kan. tapiiiii semua orang mana nak tumpu pada hamper. ada makanan lain yang lagi menarik kan Winking smile

IMG_6243

Antara menu adalah Ketupat palas, Rendang ayam signature dish en.Radzi (wallaweiiii sodappp), spageti (ada 3orang bawak), Mee goreng Singapore, Nasi Ayam Penyet, Truffle, puding, kuih muih, kek lapis sarawak, keropok keping, air teh tarik aina yang sedap serta koktail hany buat.

IMG_6274

IMG_6241

Koktail daku buat…hehe sonang cite

IMG_6275

Persiapan…wiwik tengah potong sumijeli bagi kecik kecik.ade ker main letak mcm tu je sumijeli.

IMG_6284

Sorang buat koktail, sorang buat teh tarik…apa lah yang dibincangkan serius je muka.

IMG_6239

Staff mula memenuhi pantry yang cute ni…

IMG_6272

Bacaan DOA oleh Ashadi yang pakai kopiah. elok je timing ambil gambar ni, ngam ngam semua tengah aminkan doa yang baru habis di baca.

IMG_6257

Ini je lah staff perempuan yang ada.

IMG_6281

Semua malas nak keluar untuk bergambar ramai2. ha pandai pandai la muatkan kat sini. (bujal,i dah tolong coverkan perut you tu)

IMG_6271

Last year semua buat gaya gangnam style,this year inilah dia.

Staff kat sini tak ramai pun. ini pun ada lagi 4 orang tak ada. Banyak peristiwa berlaku, yang masih ada ini lah kan. Tak aper lah rezeki masing masing kan. ada baik buruknya kat mana kita bekerja. Semua ketentuan DIA. Semua diaturkan oleh DIA. InsyaALLAH….

Lepas solat jumaat, hany ke Putrajaya, ada kena support. Rupanya kat tempat hany selalu pergi ni pun ada jamuan raya. Masuk masuk diorang jemput makan sekali. hoih segan jugak la…tapi yang ajak tu memang yang selalu duk bertegur sapa kan. Mulanya nak tolak la, konon segan kannnn. Lepas tu dengar la sorang staff cakap, “ni ha ada lontong, nasi impit, bubur durian…” haaa DURIAN…terus join.kakaka sabar je lah.

IMG_6290

Bubur kacang durian. okaylah bolehla…teh tarik jugak. Alhamdulillah rezeki. tapi serius sangat kekenyangan sangat. Alhamdulillah…

Hany tak buat openhouse pun,tapi kalau ada yang nak datang ke rumah tu dipersilakan la. Bujal, kalau nak buat potluck, kat rumah i boleh…tapi potluck yer ; ) i tak reti masak…so segan nak masak masak banyak banyak Winking smile

 

**Baju hijau ku malas nak gosok, tu bedal je pink pun pink laaa**

Kekoh Char…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hari ni nak kenalkan KUIH KEKOH CHAR….

IMG_6237

Ha ni lah dia kuih KEKOH CHAR…ahaha ore kelate panggil KEKOH CHAR. sebabnya, bila gigit(kekoH)…air gula dalam kuih ni akan keluar kan, terasa air tu keluar…so diorang panggil CHAR…terasa dia keluar tu…hehe

Hany pun baru je tahu, Onde Onde/Buah Melaka ni ore kelate panggil KEKOH CHAR.

Monday, August 26, 2013

Dapur Elektrik…Untuk yang bertanya, sila baca…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Maaf sebab lambat reply pasal satu komen di entri berkaitan dapur elektrik ni. hari ni baru tengok komen. entri DAPUR ELEKTRIK…

26-8-2013 6-58-53 PM

Boleh email hany di rohani.asckl@gmail.com yer buat yang bertanya ni. maaf sangat sangat sebab lambat reply.

MZ dan Kasut…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hmmm sekarang ni ada la mencari kasut baru kan. Bukan la rosak terus tapi agaknya dah tak selesa kot. Hadiah masa kahwin dulu pun elok lagi, sebab MZ jarang guna. Katanya takot rosak. Sebabnya kasut ni macam baldu eh. ke apa nama dia. so kalau kena hujan, lepas tu tak kering, sah sah la berbau kan. sebab tu lah MZ jarang guna.

haaa, ni dia kasutnya. Kasut biasa je, brand Dr.Cardin.

IMG_6334

Sekarang ni tengah mencari kasut untuk kerja la. Kasut yang ada sekarang pun dah rosak, dah haus tapaknya. Sikit punya susah la MZ ni mencari kasut. hehehe kalah kan perempuan jugak bab memilih ni kan. Kriterianya taknak la yang mahal mahal sangat kan…lepas tu selesa.

IMG_6336

haaa yang ni pun dah (camne nak describe eh)…memang tak guna la untuk kerja kan, dah macam ni. tapi sekali sekala guna lagi macam drive balik kampung ker. Kesian dah menggelupas bagai dah ha…

Cari punya cari punya cari…memang sampai sekarang la tak jumpa lagi yang berkenan di hatinya. Lepas tu hany pun try la masuk zalora.com.my kot kot la ada yang MZ berkenan kan. walaupun dalam hati ni, duk berkata “hishhh ada ke yang murah murah eh, mesti semua mahal mahal kan” tapi, takperlah tengok je lah dulu. bukan kena caj pun kan.

Ada lah 3 yang hany berkenan, hany berkenan la…then terus bagi link pada MZ. daripada 3 tu ada la dia kenan jugak, yang ni ha….

rocklander-6042-844311-1-zoom

Haaa, okaylah kan. Okay jugak, yang penting bukan jenis baldu tu. so kriteria tu dah lulus, dari segi harga….Sangatlah lulus…harganya adalah RM39 sahaja. Terkejut jugak tengok harga kan. tapi satu lagi kriteria, selesa ke tidak…hurmm yang ni memang susah sikit la kan. sebab nak kena try.

Rupanya Zalora ni banyak jugak item yang murah kan. ingatkan semua yang mahal mahal je. Almaklum la, tak pernah shopping kat Zalora nih.

**janganlah lepas ni hany pulak yang berjangkit shopping kat Zalora nih**

Thursday, August 15, 2013

Nasi berturut turut…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Bila Hari Raya tiba, yang paling besh adalah MAKAN. fuhhhh segala jenis makanan lazat pasti ada. tapi LAZAT itu adalah subjektif dan terpulang pada individu lah kan. Kalau rumah hany, hari raya pertama, mesti berasaskan nasi. hehe tak nasi minyak, nasi dagang Winking smile

Raya pertama adalah nasi dagang. Lauk pasti lah ikan aya atau ikan tongkol. serius SODAP!!! masakan mak, pastinya sedap kan.

970675_691835484164277_2001186429_n

 

Hari raya kedua, hany request mak masak NASI LEMAK. dan lauk nya ikan aya jugak. hoih, nasi lemak ikan aya lah sedap weh.

1094775_692222540792238_1372917230_n

 

Hari ketiga, mak masak NASI MINYAK. tapi lauk ayam. sebab ikan aya dah habis. Kalau ada, pasti berlaukkan ikan aya. sedappp weh ikan aya ni.

1146528_692756454072180_688040014_n

Raya ketiga dan bertolak balik ke rumah mertua. Sampai sampai rumah mertua jer, kitorang pergi kenduri. hehehe melantak lauk kenduri lah. hehe…makang ajer yer.

Ramadhan, dan Syawal…mesti makanan banyak kan. Yang jarang jarang ada pulak tu. fuhhh tu yang seronok kan Winking smile

Tuesday, August 13, 2013

Rezeki masing masing…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Bercakap pasal rezeki, memang kita sebagai manusia ni tak tahu akan rezeki masing masing. Semuanya ketentuan DIA. JODOH, REZEKI, KEMATIAN semuanya di tangan DIA kan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai hamba NYA hanyalah berusaha dan berserah pada NYA…InsyaALLAH.

Hany kan ada jual POPIA RIBEN, hany memang tak publish sangat kat blog ni,sebab nya takot tak dan buat, satu lagi kalau pos memang risau sikit. Dah try popia ni cepat pecah, kan jap lagi sampai kat customer hancur berkecai. Hany publish kat facebook je pun. Hany start jual popia bermula untuk raya tahun lepas. Alhamdulillah, ada sambutan…

Lepas tu, bersambung la ke bulan bulan biasa, ada yang order hany buat la. Untuk raya tahun ni pun, hany up kan status di FB sekali jer. Sebabnya hany takut tak sempat nak kejar buat. Tu pun ada 3orang tak sempat, nasib baik la untuk makan makan sendiri jer kan. Tester pun bagi pada 2orang je. itu pun dah banyak jugak order nya. Target hany 50botol jer untuk Raya tahun ni, tapi sedar sedar dah 87 botol. Ada yang request nak tambah hany tolak.

946518_643240265690466_1064111989_n

Hany jual yang tengah dan sebelah kanan sahaja. Tapi kebanyakan order yang paling kecik tu lah, yang sebelah kanan tu.

Sejak hany start jual Ramadhan tahun lepas, ramai yang bertanya pasal popia ni. Bukan untuk beli tapi untuk mereka jual juga rasanya. Antara soalan nya: Berapa jual satu balang, berapa biji dalamnya,serunding apa….blablabla.

Honestly, hany jawab betul betul, hany share apa yang hany tahu. Sebab bagi hany rezeki masing masing kan. Ada yang bertanya ni dapat order lebih banyak dari hany. Alhamdulillah rezeki dia kan. dan sememangnya yang order tahun lepas, ada tak order dari hany tahun ni. dalam3,4 orang jugak la. tapi alhamdulillah order tahun ni lagi banyak dari order tahun lepas. Ha, itulah rezeki masing masing kan.

Tak rugi pun share ni kan. InsyaALLAH, ada rezeki dari tempat lain…aamiin…

Monday, August 12, 2013

Berdosa kerana Gambar di Aidilfitri

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Huiiiii buka facebook, meriah naaa gambar hangpa semua posing di Aidilfitri yer. seronok tengok gambar korang.hehehe bukan stalker yer, dah korang hapload, tengokla kan. Alhamdulillah, muka ada senyum, ceria di aidilfitri.

Untitled

Nampak ke tidak? meh baca kat bawah ni…

Mohon mereka yang upload gambar-gambar raya tu agar berhati-hati supaya tidak ter upload sekali gambar yang tak menutup aurat. Kalau anda punya gambar sudah lulus dari segi penutupan auratnya, tengok pula orang lain di dalam gambar itu. Jangan kerana ghairah mempamerkan moment-moment indah di saat raya sampai gambar nenek yang tak bertudung sedang menumbuk sambal di dapur atau mak yang tak bertudung sedang membakar satey bersama ayah yang berseluar pendek pon di upload sekali di laman sosial.


Sila tapis berkali-kali agar tidak berlakunya rantaian dosa dek kerana tangan yang ghairah memuatnaik aksi-aksi mereka. Kamu upload, kamu yang tanggung ! Kalau rasa diri belum menutup aurat dengan betul, elakkan bergambar kerana kebarangkalian gambar anda untuk dipaparkan di muka buku ini sangat tinggi. Kalau nak bergambar jugak nak buat macam mana??? nak buat macam mana lagi, sila tutup aurat dengan betul dan jangan pose aksi menggoda mahupon menggedik...stay safe !
-Dx-

Haaaa… mohon baca betol betol, mohon faham dan fikir betol betol. Excited pun excited la, tapi kena fikir kan. dan ni bukan terhad untuk gambar raya jer, gambar lain pun. Banyak orang sekarang tak ambil hirau sangat dah pasal ni kan. tapi sikit sebanyak kita kena alert la kan.

Pesanan buat diri sendiri jugak. Kredit to FB Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus.

Thursday, August 8, 2013

Makang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah masih dapat meraikan aidilfitri untuk tahun ini. Semoga diketemukan Ramadhan tahun hadapan aamin.

Sepanjang Ramadhan, hehe tak ada upload apa apa gambar makanan berbuka. yeahhhh berjaya dengan cabaran yang ditetapkan oleh diri sendiri. Saje je, tak nak hapload gambar makanan. lagipun i is tak pandai masak. maka tak menarik pun makanan berbuka kitorang. tapi bak kata suami, apa apa jer tak kesah, janji berbuka, janji bersahur. Alhamdulillah…. Kalau pun itu adalah kiasan atau perli, maka den tak pedulik. ahaha…

Sepanjang Ramdhan, kalau hari bekerja, memang hany masak, sebab malas bersesak sesak ke bazar. lagipun hany yang kena ke bazar sebab suami balik lambat. tapi kalau hari minggu memang tutup dapur, ke bazar je hari minggu. seronok sikit dengan suami kan.

Untuk pagi raya ni, mak hany buat nasi dagang. macam biasa, makcik tanak kan nasi, mak buat lauk dia.

IMG_6123

Gambar kena kasi besar sikit. nampak tak ikan tu. Nasi dagang sedap dengan ikan tongkol, orang ganu panggil ikang aya. ikan ni seekor berat 3kg. memang besar gabak la. RM11 sekilo.so seekor adalah 33 hengget. terbaek!!!

Tak ada gambar lagi. ahaha tak nyempat nak ambil gambar. tunggu petang petang sikit. seriusly panas sangat sekarang kan. Pergi solat Raya, balik tukar baju kelawar. makang makang, nak jalan rumah makcik baru tukar balik.

Okay sahabat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri….

Tuesday, August 6, 2013

28 dan kampung...


Assalamualaikum,

Hari ni dah hari ke 28 berpuasa. Serius,cepat kan. Tuptup dah hari ke 28.tinggal sehari je lagi kan. Semoga dipertemukan dengan ramadhan tahun depan. Aamiin. 

Kitorang dah 3 hari kat kampung. Di kelate. Berbuka di kelate dulu, then hari ni bertolak balik ke ganu. Tahun giliran beraya di Ganu. Kitorang memang stick pada kaedah gilir gilir. Setakat ni masih mengekalkan penggiliran ni. Alhamdulillah...

Kitorang bertolak dari selangor sabtu pagi. Perjalanan smooth je, kereta banyak tapi takder lah sampai berhenti kan. Syukur sangat sangat sebab kalau ke kelate,kalau jemmm boleh pergi sampai 12jam weihhh. Kitorang memang pernah la 12jam kelate kl.dah macam pergi beijing. Pergi beijing pun baru 8jam. 

3 hari berbuka di kelate,fuhhh makan sedappp. Benda yang hany paling suka adalah kalu kuih, butir nako. Kalau lauk pauk ikan percik. Perghhhhh terbaek weh. Percik putih kelate adalah sangat sedap dan sangat betbeza rasanya. 

Kalau ganu pulok, kuih hany suka sekaya. Ni mak hany buat sedap terbaek meletup. Lauk pulok tak terfikir lagi. Hehe banyak sangat ;)

Pada yang akan memandu pulang, tolonglah bersabar dalam memandu. Berhati hati tu dah selalu orang pesan,dah selalu berhati hati kan. Sabar sikit dalam memandu tu...


- Posted using Blogger from my iPhone

Monday, August 5, 2013

Tudung Nur Kasih

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Yess, Hany sangat suka brand Nur Kasih ni. Selalunya Nur Kasih ni memang tak ada keluarkan design banyak banyak jenis, dan design dia memang tak macam design Fareeda ker, apa ker…dia ada design dia. memang simple jer. tapi hany suka.

Dan salah satu sebab utama adalah awning dia sangat besh, terletak jer bila pakai. rendam tindih tindih pun masih okay lagi. hany tak suka kalau awning jenis thai silk tu, ntah rasa macam cepat kemek. kalau coudroy pun hany suka.

IMG_6105

Ha ni antara tudung Nur Kasih yang hany ada. semuanya free size. tapi free size yang biru sebelah kanan besar sikit dan cutting dia macam bulat. konon yang hitam yang oren yang biru nak pakai raya nanti, tapi semua dah dirasmikan. hahaha…tak menyabor yer.

Agak susah nak dapatkan tudung Nur Kasih ni. kalau area equine park ni, yang ada di Giant Seri Kembangan, kedai berhadapan dengan surau. itu pun kadang kadang ada, kadang kadang tak ada. baru ni hany pergi kebetulan ada terus rembat yang hitam oren. ada sorang akak tu sampai 6 dia borong.

Kalau balik kelate, hany mesti ke Pengkalan Kubur. Ada satu kedai ni memang dia ambil stok Nur Kasih ni. latest hany balik tinggal kaler yang hany dah ada. aaaa frust la. balik raya ni kompom tak pergi la, huiiiii sesak orang weh. parking susah then rege membunuh dengar nya.

Sekarang ni, kalau jumpa tudung Nur Kasih ni, memang hany akan rembat kalau ada yang kalernya tak beli lagi. Tapi selalunya kaler sama je hany jumpa.

Setiap orang ada kesukaan dia, yang pasti ikut jangan ikut napsu Winking smile

Sunday, August 4, 2013

Tudung 1 to many

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ingat tak entri hany sebelum ni yang cerita pasal kalau dah suka tudung tu, asyik la duk ulang pakai yang tu jer kan. Ramai jugak rasanya yang macam hany ni kan. ahaha takper lah, janji selesa kan. dan jangan lupa untuk basuh yer. asyik duk pakai je, tak basuh tak jadi jugak.

IMG_6052

IMG_6075

IMG_6088

Percayalah, ketiga tiganya adalah tudung yang sama, brand Nur Kasih free size. dan kebetulan memang match jer kan. kalau tak match pun taram je lah. tapi tengok situasi jugak lah.

D’Haja…D’Haja…D’Haja… ahaha tak menahan nak D’Haja…harga mak aihhhh

Saturday, August 3, 2013

Wardrobe ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

IMG_6101

Besh kannn?

Kalau untuk raya jer cenggini dah, harian punya agaknya tingkat atas rumah tu semuanya baju. tapi serius kan, kebanyakan macam ni lah kan. perempuan mesti pelbagai, lelaki sonang cerita, baju melayu sepasang then tshirt or kemeja kan. Kadang kadang baju melayu tu pun pakai tahun lepas punya Winking smile

 

Amacam persiapan raya korang?

Thursday, August 1, 2013

Rezeki budak budak…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

IMG_6098

Beratur untuk tukar duit raya. Tak kesahla dapat duit baru ke tidok kan, janji dapat tukar duit rm1, rm5, rm10 tu. Ni first time tukar sendiri kalau tak silap. Sebelum ni, HR kitorang tolong tukarkan. Kumpul ramai ramai then dia keluar pegi bank. Akak HR ni bagus…dia suka tolong orang.

Lepas tu, akak HR tu resign, lepas tu kitorang suruh adik dispatch tolong tukarkan. Tahun lepas, opismate hany akak dia kerja bank, so suruh dia tukarkan. Tahun ni memang tak ada pilihan lain, melainkan pergi sendiri. kumpul kumpul dengan kawan kawan, then pergi maybank yang opposite dengan opis.

Huiiii, buleh tahan lama beratur weh…sejam lebih.arrrrhhhhh kejung kaki. memang dia buka 1kaunter khas untuk tukar duit jer.

IMG_6099

Dua jam je diperuntukkan untu tukar duit…

IMG_6102

Tahun lepas punya ada lagi…

IMG_6095

Beli yang TTC punya… sila baca pantun yer…

“ Dugaan datang silih berganti

Sabar tinggi tangis di hati,

Kami kuat tetap berdiri,

Doakan zuriat milik kami…”

 

Ada la sikit sikit rezeki untuk dikongsi bersama kan. korang terima je lah apa yang ciksu bagi ni. Ini je rezeki yang ada…InsyaALLAH, murah rejeki ciksu bagi lebih lagi…

~TQ Dear~

Followers