• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Yang ni memang cerita tahun 2012 kalau tak silap. Serius dah lama, tapiii nak jugak hany update. hehe tak der idea nampaknya ;). Masa ni hany station kat Ganu, site di UMT, Ganu. Stay rumah mak la. udah dekat sesangat kan. dan memang hany dihantar sebab senang, jimat kos sewa rumah. Cuma kena sewa kereta jer lah untuk hany ulang alik kerja. takper, company bayar;)
Sebenarnya mak hany yang ajak pergi La Hot Spring ni. Sebelum tu dah pergi dengan makcik dan sepupu hany, tapi sebab mak tak bawa pakaian lain so tak main air la, just rendam kaki je. Udah mak nya ajak, anak kena la turutkan..hehe mintak ijin suami, sebab masa ni husband di Selangor. Suami izinkan. Pergi 2buah kereta, 1 kereta sepupu. Asalnya memang semua perempuan lah, sekali suami sepupu hany macam risau, tak de lelaki kan. Dia pun ikutlah jugak, walaupun masa tu dia ada kerja.
Hany Bawak Viva, hany mak hany, sepupu 2 orang anak dia 2orang. hahaa padat viva. Sepupu lagi satu bawa proton ape ntah, dia suami dia dan anak2 4 orang. padat jugak sebab anak anak dah besar. Dah la dua dua tak kenal jalan. Hany on waze jer lah. Follow waze. Naseb la dapat detect jalan kan. dahla masa tu viva tayar botak, bedal jer lah. Kete sewa paham paham je lah kan.
Amaran...
Share wakaf ni untuk letak barang sebab ramaiii sangat orang...
Ini kawasan paling bawah...paling cetek.
Dari sini air panas tu mengalir...
Haa berendam laa..yang masuk dalam air tu, anak sepupu hany. giler kagum panassss. Dia boleh berenang renang...
Yang berdiri pun sepupu, dia rendam kaki jer, malas nak tukar tukar baju...
Yaang ni kawasan air sejuk. kena daki atas sikit dari air panas tadi...
Memang tak ramai orang, sebab tujuan utama nak datang berendam air panas...
Ini jer lah yang ada masa kitorang datang ke tempat sejuk ni...
Hany berendam setakat pinggang je. Segan lah nak rendam satu badan. tapiii sangat besh lepas berendam tu. Mula Mula rasa la kepanasan, tapi dah lama rasa selesa sangat...Ini link hany amek dari google untuk ke La hot Spring.
2 comments:
Bestnya Hany tempat ni..
MM dah lama tak picnic.. dpt tumpang2 tengok pix org lain picnic pun dah cukup menghiburkan hati.
*Selamat kembali ke dunia blogging Hany.. rajin2 update tau!.
MM busy sgt niii...hehe yup skrg ada kerajinan nak hapdet.lagipun tak kerja dah skrg. So ada masa... ;)
TQ MM...
Post a Comment