Tuesday, February 28, 2012

Berita Terkini Proton

Assalamualaikum,

- proton tgh standardize harga utk semua pusat servis

- bila gi servis harga sudah ade kat catalog. Mileage ni buat ni harga ni

- dulu labour charge RM55, stat bln 3 naik RM66. Labour charge bergantung pd servis. Basic servis RM66. Ade 4 categori servis yg masing2 harga berlainan. Categori servis: basic, minor, major & advanced.

- bulan 3 gak govt. tax 6% will be applied tp skg ni x buat lg la. Katanya nk educate customer dulu supaya tak terkejut. Slow2 katanya.


* adakah ini gara2 jualan proton menurun disebabkn BNM ketatkan pinjaman?

./MZ

Ensiklopedia SOLAT

Assalamualaikum,

Hari ni hany nak berkongsi mengenai sebuah buku, Ensiklopedia SOLAT. Sekadar perkongsian buat kita sesama ISLAM. Kenapa buku ni besh? kenapa nak beli buku ni lagi, kan dah pandai SOLAT?

IMG_2797 memang besar dan tebal buku ni

IMG_2795 hmmm

Ilustrasi bergambar, langkah demi langkah yang mana sangat sangat membantu. Yer memang kita dah pandai solat, tapi tahu kah kita SOLAT JENAZAH? SOLAT ISTISQA’? SOLAT KHAUF? alhamdulillah kalau ada yang tahu. Sebagai contoh SOLAT JENAZAH. Korang pasti ada menonton video UStaz Don mengenai ANAK kan, ingat tak apa yang diberitahu oleh beliau?

Alangkah bagusnya anak sendiri yang memandikan jenazah ibu bapa nya, yang mengafankan jenazah ibu bapa nya, juga yang sembahyang kan jenazah ibu bapanya. habis nak suruh anak kita buat semua tu untuk kita nanti, kita kena lah didik anak kita, ajar anak kita, bagi ilmu untuk anak kita kan.

IMG_2811

IMG_2815 cara memandikan  jenazah

IMG_2817 cara mengkafankan jenazah

IMG_2819

IMG_2821 SOLAT JENAZAH

Itu antara kandungan yang ada di dalam buku ni. ilustrasi dan langkah demi langkah. dan ada beberapa kandungan lagi dalam buku ni.

IMG_2823

IMG_2825

sebelum stop, ha…sekarang tengah berlangsung EKSPO BUKU ISLAM di Putrajaya, bangunan berhadapan dengan MASJID BESI. Ekspo ini akan berakhir 4Mac ni. Alhamdulillah ada less untuk kebanyakan buku, dan ensiklopedia ni dapatlah kurang RM10 berbanding harga biasa. so bolehla terjah ye kalau ada masa tuh.

**sharing is caring**

Monday, February 27, 2012

Lelaki kacak terdiri daripada yang bekerja sebagai…

Assalamualaikum,

IMG_2789amek dr FB member, tak tahu fakta ni dari majalah/paper mana;)

 

Arghhhhhh, tipuuuuu! Pelakon tu boleh la nak terima pun. ahaha mengarut nye fakta. suami sendiri, mestilah KACAK, tak kesah la kerja apa kan kan kan!!!

**susah jugak dapat lelaki kacak weh, ramai yang goda jap lagi, dahla kacak, pastu kaya lak keje doktor kan…hahaha**

Thursday, February 23, 2012

bakpe Malaysia kaloh semlm…spontan khamis;)

Assalamualaikum,

426192_303386913048653_183368611717151_746742_2097199688_n ;)

Sebab, dua dua keeper adalah keeper Jepun ;), gambar amek dr fb kelate.net photography

 

**ahaha gurau jer, kok apek nya dah macam jepun;)**

Wednesday, February 22, 2012

Gambar manja di facebook, auwwww

Assalamualaikum,

431381_191127484325412_100002844852609_286125_1175257225_n

**sharing is caring**

Friday, February 17, 2012

Jerawat Besar dan Parut, apakah solution nya???

Assalamualaikum,

Nak mintak pendapat kawan kawan sekalian nih…ada yang bertanya hany dalam komen ni,

question

Buat yang bertanya, mohon bagi email awak yer, sebab hany cari gak link kot kot ada blog,tapi tak tinggalkan link. ni email hany zukihany@gmail.com.

Buat kawan kawan sekalian, kaalau ada la produk yang korang dah try dan alhamdulillah boleh membantu dari segi jerawat dan parut ni, harap bolehlah share di ruangan komen yer. terima kasih banyak banyak….

**tolong menolong kan bagus;)**

Thursday, February 16, 2012

Penyejuk hati…

Assalamualaikum,

hehe, tengok hijau, tenang sikit ;)

 

IMG_2748

 

;)

Wednesday, February 15, 2012

Ko bolehla, ko takde anak lagi….

Assalamualaikum,

ha ayat yang biasa hany dengar, bila hany melakukan sesuatu mahupun membeli sesuatu. kesian kan, sokmo ada yang tazkirah tepi telinga. tapi tak per lah. biarkan suara yang berbisik itu berlalu begitu saja. dan kali nih, hany rasa relevan la ayat ni bila diungkapkan pada hany. sebabnya kalau dah ada anak, rasanya tak buat kot benda nih.

Pergi tengok bola live di stadium.

Rasanya, kalau dah ada anak, ummm tak mungkin kot akan pergi stadium bagai demi nak tengok bola nih. time berdua jer nih bolehla kan. Nak bergerak kemana mana macam okay lah. ko gila nak angkut anak ke stadium, dengan bising nya, dengan bau rokoknyer…haishhhh.

Sebelum ape ape, KELATE kalah dengan Selangor semalam.

407073_10150601665017259_823517258_8982084_2049822189_n kul10 MZ dapatkan tiket. ahaha bini duk sms jer tanya dah beli tiket belom…

IMG_2738 pemain baru masuk

IMG_2740 sebelum lagu NEGARAKU berkumandang.

Serius, aksi Kelate semalam macam huru hara. well adat bermain ada menang dan kalah. so kelate kena perbaiki lah mana mana yang rasa tak betul tuh. dengar cerita JAmes PEter Butler, jurulatih Kelate akan resign walaupun kontrak 2tahun, sebabnya campur tanga dari pentadbiran KAFA. tu lah dia, jangan politikkan bola sepak. macam ni lah jadi nya. kecoh!

Jangan sampai penyokong kelate boikot. ahaha sekarang ni kalau bola, penyokong kelate la menguntungkan penganjur...kalau dah boikot paham paham ler.

**serius, hany teringinnnnn sangat nak tengok bola live nih, tu yang beriya ajak MZ pergi tengok tuh, padahal bukan final game pun kan…**

Tuesday, February 14, 2012

Biografi Agung Rasullullah Sallallahu Alayhi Wasallam…

Assalamualaikum,

Setelah dengar dan tonton 30 Minit Bersama Ustaz Don tu, MZ pun macam cakaplah, eh kena cari ni buku yang UStaz Don cakap nih. sebab Ustaz Don ada cakap buku ni sangat bagus, lengkap pasal perihal Rasullullah S.A.W. dan kebetulan hari tu, kitorang pergi Tesco Semenyih, elok jer turun eskalator, ternampak la buku nih…

Belek belek buku ni, hurmmm okaylah beli jer lah;)

IMG_2721 boleh tahan tebal

IMG_2722

IMG_2725

IMG_2726

Serius, banyak sangat info yang kita boleh dapat dari biografi nih. dengan ilustrasi yang menarik, tulisan pun besar. kualiti kertas pun besh. sangat sangat di syorkan untuk di beli, bagi kita untuk mengetahui tentang peribadi Rasul Junjungan kita. harga, hany tak sure harga fix berapa, tapi di kulit buku di tulis RM65.

hany pernah dengar org ckp mcm ni kat hany, “ala ko tak de anak lagi, boleh la beli apa apa jer, menda menda tak perlu, mengarut ni, aku ni dah ada anak…blablablablablabla….”

kalau kiter taknak beli, tak per lah, itu hak ko kan, tapi jangan la kau jadikan orang lain sebagai sebab atau menutup ketidakmahuan membeli ko tuh. kesian member nih, dia tahu la dia tak ada anak, kesian dia tau, ko asyik la duk mencicit cicit kan.

serius, ini bukan benda mengarut, bukan benda benda tak perlu. ada pasal akhlak, sifat malu, keperibadian, percakapan Rasullullah dan banyak lagi.

**yerlah, bab bab islamik ni, sekarang orang pandang enteng jer…nauzubillah**

Veil untuk tunang, nikah ;)

Assalamualaikum,

ha, dapat komen dari seseorang, HAZIQA namanya. dekat profile HAZIQA ni ada 2link blog.

Untitled komen di entry nih, tunang

 20498136_thumb[2]

 

hany rasa macam zaman sekarang ni dah tak valid je veil yang hany pakai tuh. ahaha itu macam dah ketinggalan zaman jer kan. yer lah simple jer tuh dan sekarang lagi cangih dan lagi cantik veil yang ada di pasaran kan. tapi since orang dah bertanya, kita jangan lokek kan. tak elok macam tu.

Sebenarnya, veil ni, hany sewa masa hany station di skudai, JB. iaitu di Taman Universiti, SKudai, Johor Bharu. so sekirnaya haziqa berada di area sana, boleh lah pergi ke Taman Universiti nih, kedai yang hany sewa tu betul betul atas kedai buat kad kahwin. seriusly hany tak ingat alamat, dan no HP akak tu pun dah tak ada.

Tapi kan haziqa, sekarang ni banyak yang cantik cantik tau, cuba search, bukan setakat sewa, nak tempah pun boleh kan. ha….cuma sediakan duit saja ;).

**semoga dapat membantu sikit sebanyak;)**

Friday, February 10, 2012

Gila Hijau…aaahhhhh!

Assalamualaikum,

ahhhh banyaknya benda hijau yang memikat jiwa raga ku. aaahhhh beroinau mata tengok weh, dup dap dup dap je rasa jantung ini;)

mum3 Set lunch ni hany dah rembat dah. hehehe gara gara hijau ;) picture kredit to roseeuforia

ha, sekarang ni berkenan pulak kat set nih ha, promo untuk bulan february nih. start hari ni dah boleh beli weh. ayyoooo camner nih…

382 yerrrrr, berkenan dengan yang ni… erkkkk

 

**aci tak beli jer sekarang, simpan je lah sampai boleh guna nanti, boleh?;)**

Thursday, February 9, 2012

GULA, semut pun dah tak suke tau

Assalamualaikum,

Dapat ni dari FB, maaf lupa la sape;)

402485_306761419373387_100001185951841_862332_356926930_n vitagen yg secoet itu pun 2.7 sudu aaahhhhh

Habis camno nih weh, minum air masak je lah kiter…ye dok?

Tuesday, February 7, 2012

Tolong Vote boleyyyy;)

Assalamualaikum,

hehehe, sebenarnya nak mintak tolong dari korang nih, tolong vote kan boley? hehe tak pernah join contest yang kena vote nih. so ni nak mencuba lah. harap korang sudi tolong vote kan;) klik kat bawah ni eh untuk vote.

 

KELIK SINI

 

Untitled

nanti dekat sebelah bentuk LOVE tu ada keluar VOTE NOW. korang kelik je VOTE NOW tuh. ehhee tq yer. boleh vote 24jam sekali. tapi korang mesti tak larat nak tolong vote kan banyak2 kan, sekali pun dah ok…thank you;)

** syiannnn baru 1vote ahaha**

Saturday, February 4, 2012

Beke

Assalamualaikum,

Rindu, teringin nok makang beke nih.

IMG_2259

rasa BEKE ni macam lebih kurang dengan DANGAI la pulok. ;)

Thursday, February 2, 2012

Korang ada pakwe masa sekolah?

Assalamualaikum,

IMG_2635 mana dia rohani mana???

ahaha, mesti korang boleh teka kan? kan? kan? hehe yup, hany yang tengah tengah tu la. ater nama pun ketua kumpulan kan, harus duk tengah tengah;) masa ni camping sekolah rendah, kalau tak silap darjah 3 ke 4 ke 5 kot. ahaha lopa ler. tarikh lak takde kat gambar nih.

hany, dari sekolah rendah sampai menengah memang join Puteri Islam. and memang jawatan hany dari sekolah rendah sampai menengah adalah Ketua Komander (betol kot nama jawatan nih). alaaa yang tukang bari arahan kalaua da kawad kaki tuh.

“Baris, barisssss sedia”, “dari kiri cepat jalan” ahahahahaha….

sampai kan ke Matrik pun hany jadi ketua komander lagi. Sebabnya suara hany lantang dan kuat. sebab tu title tu tak pernah lepas kat orang lain dalam persatuan pasukan beruniform ni. ada gak yang calon jadi presiden, tapi ustazah cakap siapa nak jadi ketua komander nanti? cisss tak de harapan langsung nak naik pangkat kan…

so, hari pemilihan jawatan, baik tak payah pergi, for sure ko dapat jawatan yang sama.ahahaha berlagak siottt. hany pernah memenangi KETUA KOMANDER TERBAIK, peringkat sekolah…berjaya kalahkan budak budak lelaki yang dari Kadet Bomba,Pengakap,Bulan Sabit Merah…huhu sape tak terkejut. kalah lelaki ok.

Tapiiii, kekdahnya ko takder PAKWE la, orang nak ngorat pun ala ala jer, nampak ko jadi komander, dengar suara ko jerit bagai kan. ahaha scary je dorang nak ngorat ko, tak pasal pasal kang kena sergah kuat kuat…maluuu. so memang tak pakwe la kan;)

okaylah, saja update ni sebab rasa dayah mesti rindu nak baca update kat blog hijau nih kannn dayah kannn ;)

~TQ Dear~

Followers