Assalamualaikum,
Okay kali ni hany inginkan pertolongan sahabat blogger sekalian. Hal ni hany dah ada bertanya dalam group GSF di FB. Terima kasih pada respon anda sekalian.
Hany perlukan pertolongan sahabat sekalian berkenaan "memerah susu" untuk anak. Yerlah zaman sekarang kan ibu bekerja,nak BF direct memang kekangan la kan. Sebab tu ramai yang perah dan buat stok kan.
Alkisahnya, ada la sahabat hany sorang ni ragu sikit. Pasal ada orang bagitahu dia,tak boleh perah susu. Sebab susu yang dah diperah tu dah jadi darah bukan susu.ada yang cakap pada membe hany ni macam tu. so membe hany ni macam was was.
"Penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram (kerana penyusuan) tidaklah disyaratkan bayi menyusu di badan. Yang disyaratkan ialah masuknya susu ke dalam mulut bayi. Oleh demikian, jika seorang wanita memerah susunya kemudian memberi minum susu itu kepada bayi, maka bayi itu tetap akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat-syarat tadi"
Sumberdari: http://insafislam.blogspot.com/2011/05/ibu-susuan-adakah-disyaratkan-bayi.html?m=1
Ini hany ambil dari blog pasal ibu susuan. Dari ayat di atas,maka dibolehkan untuk perah susu dan bagi pada baby. Sudah terang akan jadi ibu susuan walaupun bukan direct menyusu dari ibu kan.
So kawan kawan harapnya dapat bagi pandangan,tapi sangat diharapkan jangan mencaci dan mencela serta memburukkan keadaan yer. Mohon sangat.
**susu ibu banyak khasiatnya kan**
- Posted using BlogPress from my iPhone
23 comments:
tak tau pla pasal ne..tapi dah tau sikit dari sini..
Xpe dear,nanti kalau ada yg tahu share info,bolehla kita sama sama ambil pengetahuan yer.
Lida faham tak semua orang didedahkan dengan kebaikan penyusuan susu ibu ni..lebih2 lagi bila dah masuk part kena perah susu sbb nak bagi anak minum time keje.Mostly kdg2 kita dgr cakap2 orang dulu-dulu la kata bab susu perah jadi darah ni.Alhamdulillah skrg Lida pun still perah dan bekalkan susu sdri untuk anak yang dah 1year 5 months ni untuk minum di taska.
Cadangan Lida supaya ibu tu join kumpulan sokongan untuk ibu-ibu menyusu. klu dia ada FB..byk group leh join sebenarnya..dgn cara tu si ibu leh dpt byk informasi tentang cara membekalkan susu perahan si ibu kpd bby.Boleh tambah friend yg mana dah berjaya melalui fasa penyusuan ibu ni.Kalau dia nk tny dgn Lida direct pun ok je..mn yg boleh dibantu boleh aje.
Dalam Al-Quran sdri menggalakan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. Klu tak boleh susukan secara direct, secara perahan la alternatifnya. so far lida perah simpan buat stok takde pun jadi darah..hehe. bila kita kurang ilmu sesuatu perkara mmg kita akan jadi tertanya2 btul ke perkara itu atau mitos semata2.
Sebab klu diikut logik incase la lps anak ada mslh dan ditahan diwad..kalau yang bermasalah nk bg susu ibu secara direct of course la kena perah bagi thru bottle/cup dsbnya yg membantu lah. sbb kalau bby dh diberi sejak awal susu FM nnt mgkn bby tak nak dh menyusu dgn ibu..hilang satu kenikmatan untuk mencipta bonding ibu dan anak disitu.Dapat meyusukan anak itu juga satu anugerah dari Allah..time keje kita tak dpt bersama anak..tapi kita masih salurkan kasih sayang kita melalui susu ibu itu..
Klu kat FB boleh suh dia join group KIM (kumpulan ib-ibu menyusukan) http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/
ataupun lagi satu.. kumpulan sokongan ibu-ibu menyusu http://www.facebook.com/groups/344622032227090/
grup first tu dah agak lama..ramai ahlinye..yg kedua tu baru sket.tp both boleh discuss perkara utama ttg penyusuan ibu. Lida pun byk bljr dari group tu selain dari kwn2 yang support penyusuan susu ibu.
alamak dkna tak kawen lagi..tak tau apa2 pasal isu ni ;p
rasanya semua working mom buat mcm ni kan. takde masalah kot. maybe tu cuma mitos org dulu2. ;)
Lida,tq utk penerangan yg pjg lebar. Hany akn smpaikn pd dia. Dan insyaALLAH dia ada baca ni.
owhh///lya xtau lak psl ni. tp y psti..susu mmg akn btukar jd mcm darah kalo x buat pyimpanna y betul & terdedahkan..
oooo...pnh jgk dgr yg ni
baik utk pengkongsian ilmu..nice entry :)
nice sharing dear..ayu pun baru tahu ;-)
susu ibu susu y terbaik didunia ni...tp kalau perah mesti simpan tempat yg betul supaya susu tu dpt tahan lama :)
nur pun baru tahu, sebelum ni mmg xamik tahu, sebab bujang lagi..huhu
tak pasti la pasal hal ni..
deqla x tau jugak..sbb xde anak...hihi...haishh.. tp kan kena blajar kan..kalo x camne nk tau? huhuuh
dya tak tahu sgt pasal ni..hihihhi
saya konfius sudah..dia perah susu tu utk dia ka anak dia? hehehe...simpati dengan kawan-kawan yang kurang info psl penyusuan ni..saya bertuah sebab klinik kerajaan di sini mmg buat kempen menyusukan baby secara ekslusif
saya dulu gigih memerah susu untuk anak...sekarang ibu2 kan banyak yg bekerja..:)
susu ibu kan banyak Khasiat
bagi direct atau perah, tetap jadi ibu susuan...jgn risau, perah dan simpan, leh tahan 6 bulan simpan dlm freezer, byk khasiat susu ibu nih.....i was away for more than 5 days, i pump hari2, simpan dlm freezer dan bawak balik umah after outstation......alhamdulillah anak membesar ngan baik......itulah susu terbaik utk anak2 kita sebenarnya!
Tapi kalau tak salah biasanya kalau susu itu banyak keluar baru kita perah dan simpan dalam peti sejuk dan jika sikit tida kperlu
saya pun dulu memula perah susu juga dear..
sekarang alesya dah 1tahun 4 bulan kekal susu ibu lagi.tak campur dengan susu lain..alhamdulillah..
boleh je perah susu.. sbb kerja kan.. lagi pun, tak salah..
lau tak silap, syarat menjadikan ibu itu ibu susuan bila, anak kecil tadi minum sehingga kenyang. kalau sekali minum dah kenyang, tetap ibu susuan.. kalau tak silap la.. dgr jadi org yg boleh dipercayai.. tapi tak ingat sgt betul2, tapi itu lah dia..
hehe solehah xkwin lg.
pernah jugak dgr yg bertukar jadi darah tu. tapi yg tu sbb die jemur kat panas. terdedah camtu.
Post a Comment