Tuesday, September 25, 2012

Forbidden City…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
18hb, dalam jam 10lebih kitorang terus gerak ke Beijing Hotel, untuk jumpa yang lain, sebab nak gerak sama sama ke Forbidden City. owh yer, lokasi dari Beijing Hotel ke Forbidden City adalah dekat…so kitorang jalan kaki saja. ahaha sepanjang berada di Beijing memang banyak jalan kaki. apa ada hal, cuaca panas, tapi angin dia sejuk…so tarak hal laaaa. Rasanya lagi sejuk kat luar dari dalam teksi.ceitt kedekut ekon dorang ni. bukak tingkap memanjang, dah tu jemmm teruk,asyikla berhenti…mana tak panas kan…dan hany lak memang makhluk yang cepat panas….uiiii rasa nak mengamok jer.

DSC_0005Serabut giler je tengok bangunan ni. tapi MCD kat situ

DSC_0031 Okay mari mulakan perjalanan ke Forbidden City

Actually ada 2group, 1 yang join conference dan 1 lagi yg join training. kitorang yang join training ni, saja la pergi bersama sama masa dorang semua ke Forbidden City. kira seronok la kan ramai ramai ni. Alaaa kalau pergi sorang pun tetap ramai kat situ. ahahaha….

DSC_0051 Besarrrr kan jalan dorang? highway dorang memang besar, kebanyakannya 3lane sebelah, yang ni kalau tak silap 5lane…

DSC_0060 Kat sini kena bukak beg tunjuk kat dorang. tapi masa hany tak de lak dorang check. so masuk jer lah…kitorang beriya lah beratur nak masuk ni, ahaha orang kat sana mana dorang reti nak beratur ni…suka hati dia jer…

DSC_0057 hoyeahhhh, dah nak sampai….

DSC_0073 Group photo adalah perlu ;)

DSC_0084 Mereka adalah bodyguard saya…so tak perlu risau sangat la…semua badan semangat, memang takot la orang nak kacau kannnn;) wakil ASCKL.

DSC_0115 ha kat sini kaunter tiket. eh hany macam tak tahu je berapa harga tiket. ahaha sebab hari terakhir bayar lumsump untuk semua tempat kitorang pergi.

DSC_0185 ha tengok, pintu tuh besauuuu ok. memang kagum la dengan orang dulu dulu yang cipta semua ni kan. same goes to piramid kan, besarrr tu beb, masa dulu mana ada apa apa alatan canggih lagi kan.

DSC_0164 hany suker gambar ni, sebab nampak putih, and sedikit kurus. ahahaha

DSC_0174 aper punya gaya daaaa…

DSC_0190 haaa besar kan kawasan. ni baru menuju ke satu pintu, dalam ni banyak pintu kena lalui.
Dalam ni terdapat beberapa istana, untuk pergi ke setiap istana kena lalui pintu, setiap pintu jarak dia agak jauh dari istana tu. ini tujuan dia untuk security la kan.hehe kalau salah harap ada yang betulkan. memang penat laaa. Tapi yer lah dalam keadaan beberapa hari jer kan, mana boleh nak rest betul betul, kena la kejar masa untuk pergi mana mana tempat yang boleh pergi.

DSC_0191 see jarak dia…

DSC_0288 Group photo lagi, lelaki sebelah kanan hany tu Pak Jimmy dari Indonesia. Sebelah kiri perempuan tu adalah Yae Morales dari Philiphina.

DSC_0313 ini last palace kalau tak silap. tapi kitorang tak sampai la ke situ. aahhh rugi sangat….

DSC_0128 tengok, sempoi jer dorang tukar lampu…tak de pakai apa pun. giler ar. tinggi ni…

Seriusly, di Forbidden City ni, memang penuh orang, ramaiiiii sangat. tapi ketahuilah bukan penuh dengan foreigner, tapi dengan orang orang mereka jugak. Kiranya domestic punya pelancongan pun memang sangat menguntungkan mereka. sama jugak di Great Wall, penuh dengan orang orang mereka jer. Kagum dengan semangat cintakan negara mereka.

Hany tengok, setakat kita yang muda belia ni memang ramai, sama jugak dengan warga tua mereka. ramai ok. siap bawak tongkat kerusi tu, yang macam bawak pergi solat tu. agak agak penat bukak kerusi tu duduk. tu tak kira lagi yang bawak anak…mana boleh tolak stroller, sebab bertangga. dorang gigih, kental…siap dukung bagai ok. baby baby tu pun dorang bawak tau.

DSC_0251 Tengok dua orang tua yang tengah berehat tu. hany tengok kesian, tapi bila fikir balik…dorang ni memang semangat kental, nak tengok sendiri, nak jejak kaki sendiri ke tempat bersejarah ni…

DSC_0330 Tengok, berdukung anak ok…dia heran apa anak kena panas ke apa…ahaha semangat weh…

Ada beberapa yang boleh dikagumi daripada masyarakat mereka ni, tapi ada jugak yang…what da **** la dorang ni kan.

1) Semangat cintakan negara dorang ni nampak jelas laaa
2) Seriusly tempat dorang ni memang bersih. sangat bersih ok…Kagums.


okay…next entry pasal crocs china kaler pink…yerkkkk geliiii!!!!

13 comments:

~Cik Sweety~ said...

seronokkann smbil keja smbil melancong..

Chic Na said...

siap ada bodyguard depan belakang kiri kanan. hehe..
bestnya jalan2..

satonaka a.k.a ajak said...

aku x berapa suka hijau tapi nk komen..hahhahahha..tau x kenapa nampak sedikit kurus..sebab terlindung oleh tembok tu..x aci woi..

Rohani Hashim said...

seronok la ciksweety, nak nak mmg xpernah jejak kaki kt sana kan.

Rohani Hashim said...

ahaha tu la kannn, tu yg besh tu ada bodyguard.ahaha matik owh kalu dorg baca ;)

Rohani Hashim said...

siapa yg komen, dia automatik suker hijau....ahahahaa

dya nasir said...

seronoknya..walaupun pergi sana atas urusan kerja tapi boleh melancong juga.hihi

are_lin@yu said...

wahhh seronoknya...mcm pns gk erk kt snaa

SweetYatt said...

wahh bestnya ani... gambar pun cantik2.... bodigad pun hensem2... ahaksss...

Rohani Hashim said...

kak atie, jgn risoo bodyguard hanya dalam gambar jer..ahahaha (ha tahu takot ko, cakap lagi bodyguard)

Rohani Hashim said...

cuaca panas alin, cuma berangin sejukkk, tu yang tarak hal la nak jalan jauh2. lagipun ni dah nak masuk winter kan,bulan 10 start la winter rasanya....

Rohani Hashim said...

dya, a'ah sbb tu masa free gunakan sebaiknya, xmoo melepak dlm bilik jer. penat pun penat la kan...janji bleh pergi jugak tempat2 tertentu...

Unknown said...

wahhh highway sana mcm lapangan terbang..haha

~TQ Dear~

Followers