• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
18hb, dalam jam 10lebih kitorang terus gerak ke Beijing Hotel, untuk jumpa yang lain, sebab nak gerak sama sama ke Forbidden City. owh yer, lokasi dari Beijing Hotel ke Forbidden City adalah dekat…so kitorang jalan kaki saja. ahaha sepanjang berada di Beijing memang banyak jalan kaki. apa ada hal, cuaca panas, tapi angin dia sejuk…so tarak hal laaaa. Rasanya lagi sejuk kat luar dari dalam teksi.ceitt kedekut ekon dorang ni. bukak tingkap memanjang, dah tu jemmm teruk,asyikla berhenti…mana tak panas kan…dan hany lak memang makhluk yang cepat panas….uiiii rasa nak mengamok jer.
Actually ada 2group, 1 yang join conference dan 1 lagi yg join training. kitorang yang join training ni, saja la pergi bersama sama masa dorang semua ke Forbidden City. kira seronok la kan ramai ramai ni. Alaaa kalau pergi sorang pun tetap ramai kat situ. ahahaha….
Besarrrr kan jalan dorang? highway dorang memang besar, kebanyakannya 3lane sebelah, yang ni kalau tak silap 5lane…
Kat sini kena bukak beg tunjuk kat dorang. tapi masa hany tak de lak dorang check. so masuk jer lah…kitorang beriya lah beratur nak masuk ni, ahaha orang kat sana mana dorang reti nak beratur ni…suka hati dia jer…
Mereka adalah bodyguard saya…so tak perlu risau sangat la…semua badan semangat, memang takot la orang nak kacau kannnn;) wakil ASCKL.
ha kat sini kaunter tiket. eh hany macam tak tahu je berapa harga tiket. ahaha sebab hari terakhir bayar lumsump untuk semua tempat kitorang pergi.
ha tengok, pintu tuh besauuuu ok. memang kagum la dengan orang dulu dulu yang cipta semua ni kan. same goes to piramid kan, besarrr tu beb, masa dulu mana ada apa apa alatan canggih lagi kan.
Dalam ni terdapat beberapa istana, untuk pergi ke setiap istana kena lalui pintu, setiap pintu jarak dia agak jauh dari istana tu. ini tujuan dia untuk security la kan.hehe kalau salah harap ada yang betulkan. memang penat laaa. Tapi yer lah dalam keadaan beberapa hari jer kan, mana boleh nak rest betul betul, kena la kejar masa untuk pergi mana mana tempat yang boleh pergi.
Group photo lagi, lelaki sebelah kanan hany tu Pak Jimmy dari Indonesia. Sebelah kiri perempuan tu adalah Yae Morales dari Philiphina.
Seriusly, di Forbidden City ni, memang penuh orang, ramaiiiii sangat. tapi ketahuilah bukan penuh dengan foreigner, tapi dengan orang orang mereka jugak. Kiranya domestic punya pelancongan pun memang sangat menguntungkan mereka. sama jugak di Great Wall, penuh dengan orang orang mereka jer. Kagum dengan semangat cintakan negara mereka.
Hany tengok, setakat kita yang muda belia ni memang ramai, sama jugak dengan warga tua mereka. ramai ok. siap bawak tongkat kerusi tu, yang macam bawak pergi solat tu. agak agak penat bukak kerusi tu duduk. tu tak kira lagi yang bawak anak…mana boleh tolak stroller, sebab bertangga. dorang gigih, kental…siap dukung bagai ok. baby baby tu pun dorang bawak tau.
Tengok dua orang tua yang tengah berehat tu. hany tengok kesian, tapi bila fikir balik…dorang ni memang semangat kental, nak tengok sendiri, nak jejak kaki sendiri ke tempat bersejarah ni…
Ada beberapa yang boleh dikagumi daripada masyarakat mereka ni, tapi ada jugak yang…what da **** la dorang ni kan.
1) Semangat cintakan negara dorang ni nampak jelas laaa
2) Seriusly tempat dorang ni memang bersih. sangat bersih ok…Kagums.
okay…next entry pasal crocs china kaler pink…yerkkkk geliiii!!!!
13 comments:
seronokkann smbil keja smbil melancong..
siap ada bodyguard depan belakang kiri kanan. hehe..
bestnya jalan2..
aku x berapa suka hijau tapi nk komen..hahhahahha..tau x kenapa nampak sedikit kurus..sebab terlindung oleh tembok tu..x aci woi..
seronok la ciksweety, nak nak mmg xpernah jejak kaki kt sana kan.
ahaha tu la kannn, tu yg besh tu ada bodyguard.ahaha matik owh kalu dorg baca ;)
siapa yg komen, dia automatik suker hijau....ahahahaa
seronoknya..walaupun pergi sana atas urusan kerja tapi boleh melancong juga.hihi
wahhh seronoknya...mcm pns gk erk kt snaa
wahh bestnya ani... gambar pun cantik2.... bodigad pun hensem2... ahaksss...
kak atie, jgn risoo bodyguard hanya dalam gambar jer..ahahaha (ha tahu takot ko, cakap lagi bodyguard)
cuaca panas alin, cuma berangin sejukkk, tu yang tarak hal la nak jalan jauh2. lagipun ni dah nak masuk winter kan,bulan 10 start la winter rasanya....
dya, a'ah sbb tu masa free gunakan sebaiknya, xmoo melepak dlm bilik jer. penat pun penat la kan...janji bleh pergi jugak tempat2 tertentu...
wahhh highway sana mcm lapangan terbang..haha
Post a Comment