Thursday, September 27, 2012

Hari ke2…Training…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hari ke 2, 19.9, adalah hari pertama untuk training. kitorang ada google la, tempat training dengan hotel tu adalah lebih kurang 2km. so kitorang dah agree nak jalan kaki jer ke sana. alaaaa 2km je kok, dekat jer tuh. ahaha mentang mentang dah berjalan jauh masa di Forbidden City sebelum ni kan. so konon berlagak la ko dah kuat stamina kan.

Kitorang sekali pergi dengan Evelyn, dari Malaysia jugak. so kitorang ber4 jalan la menuju destinasi…bak kata tu, Menuntut Ilmu sehingga ke negara China…ahaha kena sangat lah kannn. sekali ko…akibat sesat bagai…3km lebih jugak berjalan. tapiii kitorang tak lambat ke kelas. sebab kitorang keluar dari hotel awal. so selamat. exercise pagi pagi…tapi cuaca sejuk, so okaylah kan. peluh pun segan jer nak keluar ;)

DSC_0511 Jalan kaki tepi highway…

DSC_0508

Only in China okay, ahaha kat malaysia harapan la ko nak berjalan kaki tepi highway pergi opis. ahaha tapi kalau cuaca berangin sejuk macam ni okay je kot kalau nak jalan kaki kan. nampak line putih tepi kereta tu? ha itu untuk mereka yang naik basikal or motosikal.

Dorang kat sini disiplin, takde nya lah ko akan nampak tiba tiba ada seketul motor lalu line kereta. semua nya lalu ikut line yang disediakan. kat sini mereka banyak gunakan basikal yang ada motor tu, kira yang berkayuh dan xyah kayuh sebab pakai bateri or motor. cute jer tengok…teringin nak try…

DSC_0664 kalau tak silap waktu ni dalam 6lebih. kat sana waktu sama cuma cerah and gelap jer cepat. ala ala kat sawarak la kan…

DSC_0519 yang signboard biru tu hotel kitorang.

Lepas training sampai hotel, setel kan semua…lepas tu keluar balik. ahaha memang jangan dilepaskan dan disia sia kan waktu lapang yang ada. rugiiii. kitorang konon nak pergi bahagian yang jual barangan IT la. ntah apa nama dia ntah. tapi kena naik subway and tukar 1station je la.

DSC_0543 pink+hijau…ahaha geliiiiii ;)

DSC_0545 ahaha cubaan ina nak sembunyikan selipar dia…ahaha tak berjaya.

Tapiii sayang, semua kedai dah tutup.owh sini semua mall mcm tutup awal jer. kul9 dah selamat…ngam ngam kitorang sampai dekat kul9. harapannn la kan. ahaha penat jer berjalan…sekali kedai semua dah tutup. takperlah kan dapat gak merasa berjalanmalam malam ni…

Harga tiket untuk subway ni hanyalah RMB2 sahaja, iaitu RM1 sahaja. walau kemana saja anda berhenti. sangat murah kan. katakan naik subway, and 2 kali tukar train, masih lagi RMB2. so jimat lah kan, kalau yang pergi kerja menggunakan train memang la jimat kan.

sudahnya, kitorang balik hotel je lah lepas tuh. tapi dek kerana teksi tak ada di stesen xitucheng ke hotel, maka kami kena jalan kaki lagi +- 2km jugak. ahaha tapi takper malam memang seronok berjalan sebab sejuk…i like.

tapi cuaca tak sejuk sangat la. hany rasa sepanjang duk sana, sekali jer hany pakai jaket, tu pun pakai sebab dah tak de baju nak pakai dah, tapi gatal nak jugak keluar kan. tak der lah sejuk sangat, tapi tak panas laaa….

okay, sambung lagi ;)

5 comments:

Mrs Velentine said...

berapa hari kat sana..cubit2 nuffnang

Chic Na said...

takyah la sembunyi hany. kasut pink tu nampak sgt obvius. hehehe..

9n0L4 said...

pink hijau, kiut ape. hee. masam manis gitu.

Solehah Shamsuddin said...

wah akak pergi china ke ni? bestnya dapat gi sana.

Unknown said...

wahh syoknyee...pink hijau cute la...hihi

~TQ Dear~

Followers