1) BERIKAN PASANGAN ANDA KEJUTAN
~~Kebiasan hidup kadang kala membuatkan pasangan anda bosan. Sesekali ketika di rumah buatlah kejutan pada suami dengan menyediakan hidanganmakan malam kegemarannya mahupun memberikan hadiah yang romantik.
~~Boleh juga memberikan ucapan sayang yang tidak disangka oleh dirinya.
Apa yang anda ucapkan pasti terngiang ngiang di telinga dan membuatkan
hatinya berbunga dan ingin lekas pulang ke rumah.
2) JADI SAHABAT @ PENDENGAR YANG BAIK
~~Elakkan menjadi seorang isteri yang pemarah dan sensitif. Jalinkan persahabatan dengan suami sehingga dia berasa selesa untuk berkongsi masalah dengan anda. Hubungan yg harmonis ini akan membuatkannya selalu ingin pulang cepat dan berbual dengan anda. Selain itu, jadilah pendengar yang baik terhadap semua ceritanya dan masalahnya. Perhatian yang diberikan akan
meninggalkan kesan yg mendalam pada dirinya.
3) RAJIN RAJINLAH MENJAGA PENAMPILAN
~~ Isteri sering kali lupa menjaga penampilan diri atau bersolek utk suami tercinta. Ketika berada dirumah kita hanya memakai t-shirt & kain batik dgn wajah pucat.
~~ Pakailah sesuatu yang seksi dan bersoleklah sedikit supaya apabila suami pulang, dia disambut isteri yg cantik dan manis. Bukannya isteri yang kusut masai dan tidak menyelerakan
4) MENYEDIAKAN WAKTU BERDUA DUAAN
~~Walaupon sudah beranak pinak, waktu berdua duaan dengan pasangan perlu ada. Ajaklah pasangan anda keluar seperti zaman mula mula bercinta. Jika dia menolak katakan anda teringin untuk melakukan perkara yg dilakukan semasa dating dulu dulu. Pasti dia tidak sanggup menolak.
5) BERFIKIRAN POSITIF
~~Jangan terlalu curiga dengan suami anda sekiranya dia pulang lewat atau berubah sikap secara tiba tiba. Jika terasa ada yang aneh dengan sikap suami jangan terus menuduh, tanyakan dengan lembut.
6) MENAMBAH KEINTIMAN
~~ Ini adalah antara tarikan yang boleh dilakukan oleh isteri untuk menambat suami supaya sentiasa berada di rumah. Selain dari penampilan yang seksi pastikan anda memberi layanan yang baik dalam soal hubungan seks.
~~ Elakkan hubungan intim menjadi sesuatu yang membosankan. Cari sesuatu yang boleh membangkitkan keghairahan baru untuk bercinta. Bacalah buku atau info mengenai perkara perkara ini.
7) MEMUJI DAN MEMBERI PENGHARGAAN
~~Bagi sesetengah lelaki antara ciri isteri yang sempurna adalah cantik dan pandai memberi kata kata pujian. Sesekali berikan suami kata kata pujian yang membuatkan dirinya berasa dialah lelaki paling seksi di mata anda.
8) RUMAH TANGGA TERJAGA
~~ Kewajipan seorang isteri dan ibu ialah menguruskan rumah tangga dengan baik. Jadi pastikan keadaan rumah serta anak anak terurus. Jangan biarkan rumah bersepah dan anak anak dalam keadaan comot ketika suami berada di rumah. Dia pasti berserabut dengan keadaan sebegini dan menjadikannya dan menjadikannya alasan untuk keluar dari rumah.
9) SALING PERCAYA MEMPERCAYAI
~~ Kepercayaan dan keterbukaan akan mengelakkan rasa curiga. Perkahwinan akan berdiri teguh dengan adanya perkara ini. Bila kedua unsur ini tiada, wujudlah pertengkaran dan pertelingkahan yg seterusnya menjadikan alasan untuknya
keluar dari rumah.
** petikan dari majalah wanita**
1 comment:
baru je sembang2 dengan husband pasal nie.. agaga.. i guess bila dh lama kenal mcm kitorang nie, kena cari something new untuk ceriakan relationship... and we was thinking, kejutan tue dah lama takde dlm relationship kitorang.. so, pasni mesti kitorang mesti sama2 terkejutla sbb masing2 agreed on this.. hahaha
Post a Comment