Wednesday, July 10, 2013

Kubah Masjid

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid " kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak, emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid, jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik selimut selepas kenyang bersahur.


Aku bonceng di belakang, kami tidak pakai helmet hanya kopiah sahaja.
Sampai di masjid ku lihat seperti ganjil... Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib!! Abah macam tidak nampak keganjilan itu... Aku mencuit bahu abah dan menunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah... Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

img_8114

Gambar sekadar hiasan dan tq incik google


" Kenapa? " tanya abah." Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

" Kepala otak engkau, berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah... Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la... Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorang angkat letak kat tanah.. pandai! "

sambung abah memaki lagi.


P/S: Selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan... semoga kita akan rajin-rajin ke masjid. 

./MZ

6 comments:

Irfa said...

lawak ni cam penah baca je ;)

Unknown said...

@irfa,
a'ah dah ada ni katmana ntah.ni husband akak update blog...

dia nak highlight yang p/s kat bawah tu ;)

9n0L4 said...

hihihi. moge rajin la ke masjid ye.

Kekzamanis said...

Hehehe, lawak jer.. =)

Kekzamanis said...

Hehehe, lawak jer.. =)

mama leen said...

hehe... lawak la

~TQ Dear~

Followers