Friday, July 12, 2013

Popia Riben atau Simpulan Qaseh

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Setelah dua entri yang lalu pasal pemilihan kulit popia dan serunding, maka hari ni kita pergi ke membuat popia riben yang juga hany panggil simpulan qaseh.

150820103251[5]

Ini rupa kulit popia yang dah dipotong kecik kecik yer

150820103259[5]

Lepas tu koyakkan lapisan dia…haaa tang ni pun boleh tahan jugak leceh

150820103255[5]

Masukkan serunding

150820103256[11]

Lipat lipat

150820103258[6]

Simpul…!!!

Ulang ulang ulang la proses kat atas ni sampai siap. selalunya hany buat 2paket kulit popia tu, potong dulu then habiskan yang tu and goreng.

IMG_5299

okay ready nak goreng

IMG_5989

si kembar ni untuk letak selepas goreng

IMG_5996

Minyak untuk goreng. sebelahnya tu untuk kasi minyak turun dulu, baru masuk dalam sikembar hijau tu.

Tak kesah la nak guna minyak masak cap apa pun. tapi untuk hany, sekali tuang minyak goreng untuk 3kali sahaja. Lepas tu tukar minyak lain. Ini untuk kesihatan yer. Untuk jual pun sama hany buat. Utamakan kesihatan. untuk makan sendiri kitorang guna minyak canola. mahai weh, takleh la guna untuk buat jual kan.

IMG_5998

dia sedang di goreng

050920103425[5][3]

Dari si kembar hijau tadi, letak atas talam bagi hilang minyak dan panas. tak elok masukkan dalam tabung masa panas.

IMG_5301

dari si hijau ni, letak atas paper/talam then sejukkan dulu…

IMG_5306

Ready for pickup…

946518_643240265690466_1064111989_n

Hany jual saiz yang tengah dan sebelah kanan je. yang besar tu tak dapek. tu buat untuk mertua, balik masa mengundi tu. penat weh nak penuhkan balang tu.

Ummm, sekarang ni pun dah ramai yang menjual popia ni. tapi hany tetap jual, ada yang order okaylah, tak de takpe sebab memang tetap buat. untuk bawak balik ke kampong. kat rumah pun kuih takde popia je ada. ahaha kejam tak.

Okaylah, kawan kawan, selamat mencuba buat popia riben@simpulan qaseh ni yer.

12 comments:

mama leen said...

wow.. rajinnya.. kulit tu kena tutup kan.. dulu penah buat tapi jadi satu ja..

wawa syaida said...

buat simpul kaseh ni kena rajin dan sabar kan...xpernah buat lagi...selalu membeli je :)

Irfa said...

terbaeklah..
telan air lior tgk

Ida Iar said...

Nak sebalang!

Si Matatajam said...

Salam Ramadhan..Rajinnya Hany menyimpul..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hany oh Hany... kenapalah you ni rajin sgt... dan kenapalah I tak rajin. :'(




Miss N™ said...

sedap kueh ni...
nur panggil simpul kasih.. :)

9n0L4 said...

tak tunjuk pun tang nak simpul tu? hehehe.

Kekzamanis said...

Biasa beli jer.. Tahun ni rasa nak buat sendiri lah.. =)

kinara kinatara said...

mesti cruncy kan rasa dia..:)

SweetYatt said...

hani.... cantik bekas hijo tu....

hani... jgn lupa order kak tie yea... ehhh order boss... hehehe

yummy meh...

aziazib said...

adik ipar azi pn jual popia tp bukan yang simpul cam ni..yang pnjang2

~TQ Dear~

Followers