Ini Wilayah Hijau: Petua: Hilangkan gam gajah pada jari


07 July 2013

Petua: Hilangkan gam gajah pada jari

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Korang pernah kena gam gajah tak? terlekat kat jari. terbaekkkk la dia punya melekat kan. elok je blend dengan kulit. terus keras kt kulit. hany pernah kena, tak ingat lah masa tu buat apa, tapi kalau tak silap gam kasut kot. Tengah elok duk gam kasut, mak hany pun cakap, “molek sket, jangan sapa kena ke tangan, dang kena susah…” dan dan masa tu lah gam tu elok terkena kat tangan.ahaha…sabau jer lah.

Dah kena tu, hany tak bagitahu mak hany, terus je lah habiskan megamkan kasut tu. ingat kan macam gam bbiasa je, bila dah basuh nanti dia cair, gonyoh gonyoh sikit dia tanggal. sekali bila dah basih, masih keras macam tu jugak…lepas tu letak sabun…sama jugak…dia kan keras keras kat kulit tu…hany pun kupik and tarik…hamek kau, dengan kulit kulit sekali tercabut. sakit tak payah cakaplah.

Lepas tu, baru lah bagitahu mak hany… mak pun suruh letak minyak. ha minyak masakkkk tuuu. letak lepas gosok/gonyoh2 la jari yang kena gam tu. Alhamdulillah dia hilang. tapiiii nak tunggu dia hilang tu, memang agak lama la kena gosok/gonyoh tu. hany letak minyak and then gosok guna jari je.

Kalau

5jari

Terkena

MINOLTA DIGITAL CAMERA

Gunakan

CO005

Untuk HILANGKAN gam tersebut. MINYAK tu tak kesah la jenama apa kan. janji MINYAK.

Ada sesetengah orang, dia sapukan UBAT GIGI dulu, dan lepas tu baru guna MINYAK ni.. hany tak tahu la tapi melalui experience hany, memang guna MINYAK MASAK je lah. tapiii, sila bersabar masa gosok gosok tu, memang agak lama sikit la kan.

Ada jugak yang bagi feedback, jirus dengan air panas dulu, lepas tu sapu minyak pada tempat kena gam. erkkk air panas??? sepanas manakah?

7-7-2013 2-54-22 PM

okay, ada 3 cara lah yer…

1) Gosokkan MINYAK MASAK pada tempat yang terkena GAM GAJAH itu.

2) Sapukan UBAT GIGI pada bahagian terkena GAM GAJAH, lepas tu sapukan MINYAK MASAK sambil gosok gosok

3) Siram air panas/suam panas pada tempat terkena GAMA GAJAH, kemudian sapukan MINYAK MASAK dan gosok gosok…

Kalau ada yang terkena tu, boleh la guna mana mana cara yer. tapiiii yang pasti memang ketiga tiga cara ni menggunakan MINYAK MASAK. ha korang yang ada kerja menggunakan gam gajah ni, berhati hati lah, takpun pakai gloveWinking smile. tapi kalau terkena jugak…tahulah kan macam mana nak hilangkan.

** entry pasal gam gajah ni pernah keluar sebelom ni,tapi ni hany buat lagi..hehe**

Komen
15 Komen

15 comments:

lala yusof said...

baru tau petua ni, bagus

Nieda ramly said...

PUN DAH KENA. SEBATI DGN KULIT.boleh tersiat kulit sekali huhuhu

Emi Amira said...

tak sampai hati nak siram air panas

Anonymous said...

baru terkena gam gajah td .. huhu
tp nk cri minyak msk skang dok kt pjbat .. yg de minyak cap kapak ... gosok punya gosok akhirnya hilang jugak .. hehe :)

Living Seed said...

gosok pakai berus dawai cepat hilang

Nur Syafawati said...

tq.. nanty saya cuba... keras tgn.. haha..

Aneese Syeefa said...

Sama pulak jenama gam tuh! hehe..
thanks kak hany . siap kikis guna pisau, tonyoh sampai nak menjerit guna dawai basuh pinggan. haha!
terima kasih byk-2. nk pergi basuh ni..

Dayana Bahar said...

tengkiu petua... baru je guna petua ni mlm ni... selesai mslh

ANAK DAGANG said...

Ni baru kena tapi kena 10 jari siku dgn tapak tgn tangan tgh keras cuba petua ni pun x hilang...camne ni

ANAK DAGANG said...

Ni baru kena tapi kena 10 jari siku dgn tapak tgn tangan tgh keras cuba petua ni pun x hilang...camne ni

Anonymous said...

Hahahah thanks Hany..kalau x dr td sy duk kikis ngn gunting & pisau..hahhhhaha tq very much...!

wanie mimok said...

Terima kasih awak.. abah bru je kna.. cpt2 sya google.. hehe

Ridz Kazuya said...

Tpi klu kna kat mate nk buat cmne

fateqa waie said...

Alhamdulillah berkesan..bahan yg diperlukan hanyalah:

1.minyak masak
2.berus dawai

Pesona Craft said...

Allah. Terima kasihh. Nanti balik rumah sy try