• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Isnin baru ni, kitorang ke Peretak, Kuala Kubu Bharu. Adik ipar hany dapat belajar kat sana. Uishhh masa mula mula dengar tu, Haaaa Peretak? maner tu? terus la google kan…ooo kuala kubu bharu. boleh tahan jugak jauhnya tu, 1jam 30minit perjalanan. Tapiiii, nasib baek ada WAZE, sangat membantu perjalanan kami, smooth jer. Alhamdulillah….
Tapi kan, sebenarnya hany yang isi borang adik ipar ni. hahaha tapi ikut course yang dia minat la. bukan main pilih di Kelantan as a first choice, tapi hampeh…dapat pilihan ke tiga jugak
Alaaa, lupa amek gambar entrance dia.
Ini dewan dia. yang baju merah tu, tolong bawak xray untuk adik dia…
Ni uniform yang kena pakai. baju dan tudung putih, kain hitam. masa kitorang sampai ni dalam 11lebih, so tak ramai sangat la sebab semua dah datang awal.
tu dia pintu gerbang, ni ambil dari dalam…
Ni macam kawasan perhimpunan jer. yang hujung tu Perpustakaan, sebelah kanan bangunan hal ehwal pelajar.
Ni adalah kedai makan, cafe ada sebelah kanan…
Ini di dalam dewan…
Bayaran dia adalah RM70, ada gambar kat bawah ni. Kira murah la kan. Yer lah bukan Universiti ni…kalau bayaran mahal memang la kan. and then ada elaun rasanya bulan bulan.
Ni bayaran asas uuntuk kemasukan…
Ini pulak bayaran lain. Mulanya kitorang ingat 378 ni adalah yuran pengajian sebab ada mention dalam surat tawaran, tapi bila dah sampai hari register, rupanya bayaran untuk peralatan belajar.
Sebenarnya adik ipar hany memang dah amek kursus menjahit ni, so semua peralatan ada la kan. tapi tak mention dalam surat tawaran, maka tak bawak la. kat sini dia ambil kursus jahit pakaian lelaki, so mungkin la ada beberapa benda berbeza. tapi tak per lah, beli jer lah kan…beli dari diorang, bukan beli sendiri. kalau tak menggagau jugak nak kena cari beli kan.
Dah siap ambil barang, terus pergi pejabat penyelia asrama untuk register asrama.
Ini bilik TV diorang, berhadapan bilik ni adalah bilik penyelia asrama.
Asrama dia adalah Asrama Fatimah, Aminah, Aishah dan Khadijah. ada 3tingkat. Masa register asrama, diorang ambil ukuran baju dan kasut. maybe nak seragamkan kot. kasut semua ada tumit sikit…kena pakai kasut hitam…okay jom pergi tengok asrama…
ada rak kasut di depan setiap bilik dan tong sampah jugak…
Itu jer lah bahagian asrama, mana boleh tunjuk lebih lebih kan. 1bilik 4 orang, alhamdulillah…hany risau je adik ipar kena duduk dalam dorm tu.eh bukan la xsuke,tapi bagi hany biarlah dia dapat bilik mcm ni kan. senang sikit. serius, teringat zaman belajar dulu. excited giler ok.ahaha…
Yang beshnya kawasan dia adalah di kawasan bukit. Sangat seronokkkk…mesti pagi pagi sejukkkk je kan. lepas tu siap ada tasik jugak area situ. menarik.
Pemandangan dari asrama. rasanya tu rumah pengajar kot.
bangun pagi bukak tingkap, tengok hijauuuuu…kompom tak stress.
Alhamdulillah, semua selesai jam 1.30petang. Setel register, setel kemas barang…then turun nak makan. tapi disebabkan penuh, kitorang beli roti je. kul 2 petang, pelajar baru ada taklimat and then dah start minggu orientasi…nama dia Minggu PARADIKMA…ha kau, kelasss gitu…
Hari khamis PERMATA YANG HILANG…apakahhhhh? ahahaha
InsyaALLAH, first week puasa akan ke peretak lagi
8 comments:
peretak??? hehehe
1st time dengar memg mengagau kena google cepat2...haha
wei, environment bukit2 tu macam matrik kola pilah dulu jaa..hahahhaa
Waaa... untung ada kakak ipar yg baik mcm Hany, siap isikan form lagi. :)
View dia mmg nampak menenangkan jiwa.
kak, nak tanya ni. boleh bagi link borang peretak tu tak? saya nak mohon tapi crk taktahu dkt mana eheehe :)
Anonymous;
sila ke main page akk ada buat entri. tak pun klik link ni
http://www.mzhany.com/2014/09/pertanyaan-permohonan-ke-ikbn.html
terima kasih kak!
terima kasih kak!
Salam akk menarik la. Thanks for information :) saya nk tnya akk mohon online atu pos ya? Tlg rply ya kak mekasih :)
Post a Comment