Thursday, October 30, 2014

Adra Rizzqina Bt Mohamad Zuki

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Rezeki Kami...


Adra Rizzqina binti Mohamad Zuki

**gambar masa sehari ;)**

Monday, October 27, 2014

Alhamdulillah...Rezeki kami...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...hany dah selamat bersalin. Selamat melahirkan rezeki yang ditunggu tungu selama ini. Allahuakbar!!!


Rezeki kami...lahir pada Awal Muharam, 25 oktober 2014, jam 8.22 malam. Yer anak perempuan. Hehe surprise betul awak ni kan. Scan asyik tak nampak ajer...

Alhamdulillah...Allahuakbar! Nanti lah hany sambung lagi yer...

Friday, October 24, 2014

Setelah 2 Minggu...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Yeayyyy...incik suami ada balik hari ni. Hati bunga bunga...pagi pagi dah mandi,bersiap bagai...mekap sikitttt,lipstick sikittt ;) haha kemain kan nak jumpa suami weh. Pastu spray perfume banyak banyak...haha ;)

Flight suami kul7 pagi, haish tak lena ke tido semalam sebab tak sabar tunggu suami pulang kan. Tido kul11 lebih, sekali kul 2.20 pg terjaga sebab bunyi taptaptaptap...haha saje je tau. Bukan mistik pun, sitikus la ni berlari lari atas tikar getah tu. Terkejut i tau, sampai kan baby pun terkejut...terus tendang tendang sikit. Takper lah berlatih kan, nanti dalam pantang kompom la baby asyik terjaga jaga kan,nak nyusu semua kan. So get ready la hany oiiii...

Biasa pagi pagi kul8lebih baru nak mandi,hari ni kul7 dah terketar ketar dalam bilik air weh. Kat kampong ni mandi pagi macam mandi dengan ais okay. Tapiiii itu yang syiok tu. Mandi air sejuk rasa perfect je mandi nya. Puas dan selesa...walaupun terketar ketar. 7.45 dah gerak ke airport Ganu. Alahhh dekat je pun, tiba tiba suami meseg dah keluar tunggu kat laluan depan. Hehe sukerrrr ;)


Hamboiiii kemaen watermark suami dia, takotnya orang cilok gambar suami ;). Sampai terus pergi cari nasik kerabu. Setiap weekend memang suami akan makan pagi nasi kerabu. So ni memang gamble je lah makan kat sini. Memang tak pernah rasa nasi kerabu dia. Terengganu breakfast yang glemer nasi lemak,nasi dagang,nasi minyak. Nasi kerabu kureng sikit, so tak tahu kat mana yang sedap. Gamble aje lah kan.

Lepas tu pergi bandar KT beli tiket untuk husband pulang ke selangor balik. Huiiii sold out ko tiket, mesti ramai yang ambil cuti bersambung ni. Ada la jugak sekeping last tinggal...haha dalam hati alaaa kenapa ada tiket,kan besh kalau takder. Lama lagi husband kat sini kannn ;)

Owh kalau hany tak bersalin lagi husband balik la,kalau bersalin stay la terus kan. Tengok la macam mana kan...tapi harap nya bersalin waktu suami ada di sisi lah...aamiin.

Okay, Selamat Tahun Baru wahai sahabat semua...

Thursday, October 23, 2014

Plan Asal...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah lama tak hapdet blog, faham faham la kan kalau dah bersalin ni. Nak pulak anak pertama ni kan, serius banyak benda nak kena ejas kan. Nak kena sesuai kan diri, nak kena betulkan rutin semua. Alhamdulillah semakin hari semakin okay...walaupun bagi hany masih kelam kabut lagi ;)

Okay, nak bercerita pasal plan asal kami lah. Kalau di ikutkan kitorang plan nak bersalin di Kelantan, dah booking di Pusat Perubatan An Nisa'. Dah pergi checkup masa raya haji. So doctor cakap dia bagi paling lewat 14november, tak ada tanda tak ada apa apa kena jugak datang on 14.11 sebab hany ada gdm. Risau apa apa jadi kan.

Lepas raya haji,suami balik KL. Hany stay di Ganu dengan mak. Konon plan 7november baru nak gerak balik ke Kelate. Sepanjang kat Ganu memang hany banyak keluar pegi jalan sana jalan sini lah. Hehe bukan banyak sangat pun mall kat Ganu ni nak hany tawaf. Lepas checkup biasa hany pergi la melencong kemana mana. Sorang diri lah. Husband tinggalkan kete senang untuk hany bergerak.

Setelah 2minggu lepas raya haji tu,hany suruh husband balik weekend, husband pun memang nak balik. Bosan duk sana sorang dan takde apa nak buat. Jumaat pagi 24oct, jam 8pagi pergi airport Ganu untuk ambil husband. Terus pegi makan makan, pergi beli tiket bas husband nak balik ahad pagi,26oct. Lepas tu pergi jalan jalan lagi.

Tapi,
Hany memang berdoa sangat, kalau baby nak keluar awal, tolong lah keluar waktu suami ada di sisi. Banyak kali hany mohon daripada ALLAH.

Jumaat petang tu pergi kedai sotong celup tepung, memang hany dah lama nak makan sotong celup tepung. Tapi saja tunggu husband balik, jadi boleh makan makan dengan suami tersayang kannn...haha gediks. Di sebabkan pergi hari Jumaat, maka ramai sangat orang dapat 2ekor sotong je. Takper lah janji dapat makan kan.

Sabtu,25october... Lahirlah "rezeki" yang kami tunggu tunggu. ALLAHUAKBAR!!! ALLAH dengar dan makbulkan doa hany. Hany bersalin dengan suami ada di sisi. Syukur sangat sangat...

Kami merancang...tapi perancangan ALLAH lagi hebat! Jadi anak Ganu jugak puteri kami ;)

**nanti hany share entry bersalin yer;)**

Kelapa Muda & Emosi Campur Aduk

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah mula dah slow update blog. Hehe nak bagi alasan jugak..sekarang semua guna handphone je,laptop takder so sangat lah kemalasan sebab tak puas...;) tapiiii kebanyakan nya tak der idea or malas la haha...


Kelapa muda dari pokok nyior depan rumah sepupu. Ya ALLAH sedap sangat betul betul tengah muda la. Lembut je nak korek isi dia tu. Isi pun banyak. Memang puas hati lah. Dari ambil sebiji je, sudahnya isteri sepupu hany pun ambil jugak sebab tergoda. Suap sikit airnya untuk anak dia yg 8bulan, ada naik campak. Memang puas hati. Ikutkan hati kitorang nak makan 2kali seminggu. Hahaha agak agak la kan pokok orang tu ;)

Last week,
Entah la kenapa kan tiba tiba datang perasaan sedih la, risau lah, takut lah... Macam macam ada. Terus suara kan pada suami tercinta. Haha beriya meseg meseg ni, sambil berair mata...sebak bagai. Haha hany tak suka kalau bab emosi sedih ni call, suka meseg je. Alhamdulillah..lepas dah mengeluarkan air mata, rasa lega la sikit kan. Hehe mengada je lebih kot ;) tapi mungkin la dalam keadaan sekarang ni kan, macam macam la kan. Semoga semua nya okay...aamiin

Dah la,dah lama tak dapat tengok sarang ni. Maklomla asteruk takde. Internet slow tak ingat. Nak tengok streaming kompom tak dapat la kan. Pasrah je lah tengok gambar gambar lama sarang. Chewahhh kemain rindu kat sarang kononnn kan ;)


Pengubat rindu ;)

Monday, October 20, 2014

Petua Utk Mengandung; Gesel Bontot ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Haaaa,
Kemain kan asyik petua ajer sekarang ni. Kali ni petua untuk mengandung pulokkk. Tapiiiii..hany tak buat pun petua ni yer. Haha awal awal kena inform ;)

Ada yang bagitahu hany, katanya dia pun dengar dari orang orang lama jugak lah pasal petua ni. Wallahualam...dia pun antara percaya tak percaya lah. Sebab nya macam tak ada bukti la kan.

Okay, macam ni. Katakan ada yang mengandung contoh di ofis la kan. Ada sorang tengah mengandung, so kita yang tengah usaha ni...temu kan bontot kita dengan bontot si dia yang tengah mengandung tu. Tapiii jangan sampai si dia tu tahu apa kita buat. Okay,masa bontot kita tersentuh bontot dia,doa dalam hati moga ALLAH murahkan rezeki kita dan kurniakan rezeki anak. Haaa macam tu lah lebih kurang.

Tak perlu lah sampai gesel gesel...kan tak pasal pasal di tuduh melakukan gangguan seksual pulok. Sejenis pulok tu...haruuu weh.

Haaa itu jer lah petua untuk hari ni yer ;)

**jangan tanya apa rasionalnya? Menjadi ke tidokkk? Hany pun dnegar dari member ni**

Sunday, October 19, 2014

Selusuh: Petua Orang Orang Tua/Lama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Kalau selusuh untuk mudahkan bersalin ni... Rasa nya ramai yang tahu kan. Selalunya adalah air yang dibacakan dengan ayat Al-Quran. Ada juga yang gunakan air rendaman apa tu kembang semangkuk la, akar kacip fatimah la kan. Tapiii doktor memang tak bagi kan guna air rendaman tu...sebab ada yang memudaratkan. Kalau setakat air biasa dibacakan ayat ayat Al-Quran rasanya tak ada masalah kan...

Dah duduk kat kampung ni...ha meh hany nak bagitahu, selusuh yang diberitahu oleh mak hany,makcik,jiran pun ada jugak bagi tahu;

1) minum air rambut
Kiranya, masa kita mandi tu...bila jirus air di kepala, tadah air yang turun dari hujung rambut dan minum air tersebut. Cukuplah seteguk dua, tak perlu lah segelas penuh.

2) air yang dijilat oleh kucing
Haaa yang ni pulak...kan kalau air minuman kucing tu, kita letak dalam bekas kan. Lepas kucing jilat air tu, ha minum balance air tu. Sama jugak seteguk dua je.

Wallahualam...
Hany pun tak pernah dengar. Sejak duduk kampung ni lah,3,4 orang jugak yang bagitahu macam tu. Katanya sebagai selusuh jugakla. Zaman dulu katanya macam ni la orang dulu dulu buat selusuh.

Wallahualam....

**korang ada dengar selusuh yang pelik pelik dari ornag orang lama ni? Share lah;)**

Kuih Belimbing

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hari minggu ni, kita buat entri pasal makanan je lah yer ;) selalunya Jumaat pagi kitorang pergi 1pasar ni, panggil Pasar Kem (pronounce: Keng. Org Ganu kannn) tak silap namanya macam tu sebab berdekatan kem askar kot ;)

Biasalah pasar di pagi hari, barang keperluan, makanan kuih muih, sayur ikan semua ada lah. Kain baju tidak ketinggalan. Selalunya pergi sana beli makanan la...atau ikan. Huiiii boleh tahan makanan kuih muih kat sini. Tergoda jugak la tengok kuih muih yang lama dah tak makan kan. Tapiiii tetap beringat, hehe...



Ini nama nya paung goreng. Inti dia of coz la ikan...terengganu ni kebanyakan inti ikan la. Husband hany memang suka sangat la paung goreng ni. Di kelantan memang tak ada kuih ni...kalau balik sini memang selalu beli la paung goreng ni. Yang dekat pasar ni dia jual rm1 3biji. Sedap la jugak tapi yang kat pasar ni enak di makan waktu panas, rangup. Tapi dah sejuk tak rangup. Selalunya orang buat panas ke sejuk ke totap rangup.



Ini pulak nama nya kuih belimbing. Nama nya sebab bentuk dia ala ala buah belimbing. Bukan nya di campur dengan buah belimbing ye. Kuih ni memang hany tak makan la sebab manis melampau. Dia punya kemanisan tu terasa saat kita dah gigit kuih ni. Sebab bahagian dalam nya tu lah ada dia blend kemanisan tu. Sedap of coz la sedap. Dulu selalulah makan, sekarang dah tak makan. Hehehe kental okay berpantang ;)

Sebenarnya banyak lagi kuih muih ni tapi segan la nak ambik gambar semua nya kan. Guna HP kena ambil dekat dekat. Lain lah kalau guna kamera boleh zoom zoom aje. Orang pun tak berapa perasan sangat kan.

Selamat berhari minggu wahai sahabat sekalian;)

Friday, October 17, 2014

36minggu...;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Misi nak sentiasa update blog. Jangan ditinggalkan tanpa entri...sekurang kurang nya 1 entri sehari pun okay;) chewahhh kemain kan.

Yer lah,selagi ada masa nak mengadap blog ni, hadaplah ko hany kang kejap lagi si comey dah keluar...haaa haruslah tak ada masa kan. Nak nak lagi ni anak pertama, honestly semua benda hany tak tahu lagi ni. So nanti lah bila si comey dah ada depan mata pandai pandai lah adapt dan hadap semua nya kan...insyaALLAH semoga semuanya berjalan lancar...aamiin.

Hari ni genap 36minggu so bersamaan 9bulan kan? Bolehke kira macam tu? Haha 9x4=36...boleh? Hihihi takper lah mana mana lah. Tapi meh tengok gambar kat bawah ni, hany ambil dari fb tapi lupa la page apa yang share kan...


Haa cenggitu katanya cara kira. Hah tak kesah la mana mana kan...janji jaga jaga alert kan. InsyaALLAH...aamiin

@36w ni...
Setakat ni hany memang la dah macam dulu kan, di awal mengandung. Dah start rasa kaki nak krem...lagi lah sekrang duduk kampung ni, tido malam sejukkkk giler. Rumah kayu kan. Lepas tu, dah rasa macam penguin..hahaha sebab perot dah besor, berjalan pun dah lambat, dulu dulu selalu cakap kat membe hany si Dayah..."nyah ko dah mcm penguin la, jalan pun slow je" kurang hasam kan;)

Pagi ni, terjaga waktu subuh sakit bahagian bawah sebelah kanan. Macam senak gitu, masa terjaga posisi tido terlentang, so bila nak mengiring ke kanan tu rasa lagi sakit, bila dah mengiring lega lah...tak rasa sakit sangat...Alhamdulillah...dah bangun solat semua.Tak rasa dah senak tu. Bab makan pulak, rasanya macam biasa je makan... Cuma sekarang hany makan paling lambat kul7malam. Sebab tak mau makan berat di malam hari. Malam kalau lapar makan buah buah kering, biskut ke...setakat ni berjaya dan tahan la.

Pasal si comey pulak,
Hehe bergerak tu macam biasa, tapi hany rasa gerakan dia tak sekuat dulu dah. Adakah sebab ruangan dah sempit buat dia? Tapi alhamdulillah memang bergerak la kan. Risau jugak kan, nak nak pertama kali ni...kalau tengah baca Quran mesti mula mula baca dia tolak tolak banyak kali jugak...lepas tu dia diammmm je. Hayati kot apa hany baca. Lepas tu nak tido mesti call suami yang kejauhan dulu, hehe masa ni pun dia akan gerak...walau pun sekali tolak je dia akan gerak. Dia faham kot tengah duk bersembang...hehe kenal la tu suara kan. Dan mungkin dah lama tak dengar suara kot.;)

Setakat ni ada 2 benda tak dapat lagi ni. Sotong celup tepung dengan coconut shake. Dah ada di Terengganu ni sotong celup tepung bukan masalah besar la nak cari, cumanya hany tak pergi lagi je. Dah tahu tempat nya kan. Hehe plan next week nak pergi...

Okaylah...entri tak bergambar, text panjang panjang ni biasa orang tak baca sangat pun kan ;). Takper mungkin ada membe membe hany yang nak tahu perkembangan kan. Maklom ler berjauhan..chewah...

Wednesday, October 15, 2014

Air Kelapa Boleh Buatkan Baby Besar???

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Kali ni pasal Air Kelapa, air nyor kitorang kat kampong panggil. Sebenarnya hany memang teringin minum air kelapa sejak usia kandungan baru 3,4 bulan. Tapiiiii sebab ramai pesan, awal awal mengandung risau juga takut apa apa kan. Lagipun ni kandungan pertama, jadi tak tahu macam mana. Jenis lasak ke tidak kan. Jadi elok lah elakkan dulu.

Kental lah hany berpantang sampai lah ke hujung 6 bulan. Baru lah berani minum air kelapa. Seminggu 2kali jugak la minum air kelapa. Biasa weekend la minum. Owh nikmat sungguh la dapat minum air nyor ori tanpa gula letak ais sikit. Sambil makan isi kelapa tu sekali. Yummy...

Dengar orang cerita dan ada juga baca baca air kelapa ni elok. Boleh buatkan kulit baby jadi cantik...maklumlah kulit hany ni tidaklah gebus mana kannn. Lagiiii air kelapa ni katanya boleh buatkan kerak kerak pada baby hilang. Dan juga air kelapa ni katanya boleh elakkan baby dari kuning. Hehe so gigihla minum sambil memang teringin kan...

Bila balik kampung ni, pokok kelapa depan rumah berbuah lebat elokkk je. Huiii ni free ni bagus kalu selalu minum. Kat selangor sebiji dah rm3.50. Itu pun bergantung pada saiz kan.

Tapiiiii,
Makcik hany marah. Katanya jangan amal minum sangat air kelapa ni. Nanti baby besorrrr. Haha terbantut terus niat di hati. Sejak balik kampung ni tak dapat lagi minum air kelapa. Sudahnya ada jer hany pergi kedai minum dari sana. Haha tak der yang nak marah. Tapi kena bayar lah kan ;)

Betol ke kalau minum air kelapa ni boleh buatkan baby besor???

Monday, October 13, 2014

Cute

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hari selasa kelmarin, hany ada jalan jalan di bandar KT tu. Sebenarnya nak jumpa sepupu ambil cheese tart, lepas tu mak hany suruh laminate ada doa apa ntah. Pening jugak kat mana lah yang ada servis laminate ni...hehe maklum la dah lama kan duk luar ni kan. Tiba tiba sepupu cakap di Pustaka Seri Intan ada servis laminate.

Haaa untuk info Pustaka Seri Intan ni bukanlah library macam biasa tu. Tapi ianya adalah kedai buku, menjual pelbagai jenis buku,alatan sekolah semua lah,beg sekolah,pen pensel buku latihan dan yang seangkatan dengan nya. Sementara tunggu siap laminate, hany pun pusing pusing la dalam pustaka ni. Saja jer kan nak tengok apa lagi yang menarik


Cute kan sticker ni. Ni macam smiley dalam weechat kan. Haha creative ok. Gerammm je tengok. Tapiiii idok la sampai beli kan. Dah lepas dah zaman zaman ni. Kalau beli pun mesti bagi kat budak budak ni.

Makan Sebelum Berpantang....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Sekarang hany kat Ganu, bila dah balik kampong ni haaaa banyaklah makanan yang nak di makan kan. Lagilah nak kena berpantang nanti. Kalau balik sebelum ni pun memang ada lah senarai makanan yang hany akan pergi cari dan makan. Hehe hany dan makan berpisah tiada. Harussslah kan, dah namanya merantau...bukan senang nak jumpa makanan kampong.

Setakat ni takder lah banyak sangat yang hany dah makan. Sebab hany kan ada GDM, so berpantang tu perlu jugak. Jangan abaikan bahaya...


Haaaa LAKSA kuah putih. Hehe orang cakap lepas bersalin memang kena pantang laksa kan,nanti sakit urat. Hany takder lah beriya sangat teringin, tapi baik makan sebelum pantang kan. Pergi pasar pagi beli 1kilo laksa lepas tu balik buat kuah sendiri. Sedappp giler. Nikmat gilerrr lah. Pakcik yang jual laksa ni pun ada jual kuah sekali. Tapi kuah dia macam ala ala kari sikit, kat Ganu panggil kuah masak, yang ni kuah putih. Hany lagi suka kuah putih ni.


Haaa yang ni pulak kebetulan member hany ada cerita pasal kedai yang jual kuih muih tradisional Ganu. Apa lagi mencari lah hany, bukan senang nak dapat. Nama ni adalah BEKANG. Cara sebut BE adalah macam sebut BESOK. Testi dari mak hany sedappp hehe mulut orang tua memang tak perlu diragui. Siap mak hany mintak bawakan ke kedai tu, nak beli apa lagi yang ada kan.

Alhamdulillah...setakat ni memang berselera lagi makan. Tapi macam biasa lah dah perut memboyot ni tak boleh makan banyak banyak la kan. Normal la kan. Dalam senarai hany nak makan ni adalah SOTONG CELUP TEPUNG, COCONUT SHAKE... InsyaALLAH...nanti nak pergi mencari ler ;)

Kerja Sekolah & PM Najib

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Si abang gigih buat kerja sekolah. Kul1 balik sekolah,makan makan lepas tu kena paksa buat kerja sekolah.Kalau tunggu petang haruslah tak buat kerja sebab petang dah teduh mesti nak turun main main. So kena lah paksa buat kerja sekolah tengahari ni.


Budak kan...buat 2,3 huruf main main. Lepas tu sambung lagi. Haha biasalah budak budak kan.

Lepas tu si adik pulak tekun duk tengok buku Felda...duk cari gambar PM Najib. Haha mana Najib mana Najib...naseb lah budak kan. Di panggil la Najib jer ;)


Ibu dia suruh buat kerja kat rumah, tapi tak mahu nak buat rumah tok chik dia (rumah hany laa). Sebab nya kalau kat rumah dia tak boleh main main, nanti kena cubit. Nak sangat buat kat rumah tokchik, selagi tak siap...tak boleh balik rumah dia. Haha nasibbb...

Ragam budak budak...

Sunday, October 12, 2014

Klinik desa

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Minggu ni hany start checkup di Terengganu. Hany dah balik Ganu dah, balik raya haji hari tu terus stay kat Ganu. So sekarang checkup di Ganu lah. Sebelum ni checkup di Klinik Kesihatan, sekarang Klinik Desa dan Klinik Kesihatan.

Naseb baek la klinik desa kat kampung hany ada buat BSP ,jadi senang lah sebab dekat kan. Klinik kesihatan pun tak der lah jauh benor lebih kurang la jarak macam si seri kembangan dulu. Lepas checkup dan Bsp di klinik desa, kena review bsp dengan doktor jadi tetap kena pergi klinik kesihatan. Macam di seri kembangan, kalau bsp okay tak payah jumpa doktor dah,nurse je akan bagi tarikh untuk next appointment.


Haaa inilah rupa klinik desa. Sah sah la hany first time masuk kan. Hehe memang macam rumah la kat dalam nya. Tunggu giliran pun siap duduk bersimpuh layan tv. Klinik desa kan tak ramai sangat pun orang nya walaupun sekali dengan cek anak. Ada jugak jumpa member sekolah rendah bawak cek anak. Hehe deme dah anak ke3 ;) murah rejeki...

Lepas tu hany sorang je buat bsp. Kalau kat sk ramai geng bsp.hahaha nampak benau orang lain sihat je kat kampung ni, i je buat bsp;). Siap kena lagi dengan misi, anak 1st dah ada kencing manis...blablabla...sengeh ajer lah kan, awak tu first time kat situ jangan nak celupar mulut menjawab. Tapi honestly misi kat klinik desa ni okay sangat. Banyak explanation dia dari misi di kk SK dulu. Details la dia explain. Maybe tak ramai orang kan compare dengan klinik kesihatan.

Tapi turn hany tadi lama jugak la sebab kes berpindah dari SK ke Ganu kan. Banyak benda lah dia tanya. Naseb lah walaupun 1st time hany boleh faham dan follow apa yag di SK dan boleh explain untuk kat Ganu ni kan. Tapi kat SK banyak tak tulis dalam buku. So gigih la misi di Ganu ni tuliskan balik, buat salinan di buku hany dan di buku untuk simpanan dia.

So far okay je. Tak perlu nak compare kan. Ada besh dan tak besh nya. Kalau nak semua besh pergi swasta la, spend sikit kan.

**confuse dengan gerakan baby,sekarang dah sekuat dulu baby gerak. Maybe ruang dah sempit kot kan,baby dah besorrr;) scan masa 34minggu, baby 2.3kg**

Saturday, October 11, 2014

Sole, Ikhtiar Utk Mereka Yang ada Kencing Manis

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

SOLE adalah Pati Kristal Mineral semulajadi dari banjaran Himalaya yg mengandungi 84 mineral semulajadi hasil kajian klinikal yg telah dibuat sebyk 2 kali. Mineral2 ini amat diperlukan di semua peringkat iaitu tisu, sel, organ dan sistem badan utk prestasi kesihatan yg optimum. Kehadiran mineral juga perlu utk bantu tingkatkan daya serapan zat/ nutrien/vitamin dari pemakanan seharian kita.


Haaa ini lah rupa Sole. Alhamdulillah daripada feedback mereka yang amalkan Sole ni,alhamdulillah bacaan memang turun.
Hany yang ada GDM ni pun memang amalkan Sole ni. Alhamdulillah,setakat ni memang on diet la,mintak jauh dari suntik insulin tu. Scary weh. Amek darah hujung jari pun dah takut;). Ada sekali la bacaan naik tinggi sampai merah. Normal 6.7,hany punya naik 7.1. Gara gara tak pantang.

Yer...pantang tetap kena pantang. Amek ubat hospital pun tetap kena pantang,kalau bedal je semua..tak ada guna makan ubat kan. Tapi hany biasanya seminggu 3kali bedal nescafee ais. Haha giler kan, ada GDM tapi bedal jugak manis. Tak tahan laaa.




Ha ini antara feedback dari mereka yang amalkan Sole ni yer. Alhamdulillah ikhtiar dan usaha mereka ada hasil kan. Kencing manis ni nak kata baik dan terus tak ada memang mustahil kan. Wallahualam la kalau ada penawar yang boleh hilangkan terus kan. Tapiiii tak salah kalau cuba dan ikhtiar dengan Sole ni.

CARA MINUM SOLE:
- 5ml Sole ni dicampurkan dalam 1.5liter air masak.
- Minum campuran ni macam minum air biasa..amalkan je seharian.
- Juga boleh campur sole ni dalam air berperisa ker, dalam masakan ker.
- Boleh campur dalam air panas mahupun air sejuk.

Sekadar share benda yang bermanfaat... InsyaALLAH untuk kebaikan bersama. Aamiin.

Untuk info,harga Sole ni adalah RM52 1botol, 170ml. Roger hany 019-9597323 untuk harga membe ;) insyaALLAH....

Bulat

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah mula slow buat entri ni. Sekarang ni memang susah sikit sebab laptop takde,hanya bergantung pada handphone. Naseb la hp ni sederhana size screen nya. Tidak kecik dan tidaklah terlalu besar kan. So ngam ngam soi la...tapi tetap tak besh la kalau nak blogging ni. Tak puas. ;)

Kan sebelum ni hany ada tulis dalam entri yang memang tak confirm jantina si kecik dalam perut ni kan. Sebab scan hari tu tak nampak. Lepas tu ada lah membe membe cakap tengok hidung kembang...perempuan biasanya. Lepas tu katanya yang lain pulok tengok perut membulat perempuan biasanya. Haaa ye lah kot perempuan ;)

Naseb baik kami dah ada pilihan nama untuk dua dua lah. Sebelum ni risau jugak sebab hanya ada nama untuk lelaki je. Elok jer doktor cakap tak nampak, menggagau cari nama perempuan. Hehe alhamdulillah dua dua kami bersetuju nama yang dipilih. Kira takde lah suami nak ni, hany nak ni...kan tak pasal pasal jadi panjang pulok nama anak.



Ni antara gambar terbaru jugak. Sebelum raya haji. Join makan makan dengan geng geng ofis lama, makan steamboat di PICC. Haaa amacam kembang tak hidung? Haha perut memang tak nampok sangat la kan;) dah tak larat nak makan banyak banyak. Kalau pergi steamboat time perut dah memboyot ni macam rugi sebab sikit je makan nya. Ni pun join jugak sebab saja je lah nak join kemeriahan. Lagipun lepas ni dah susah sikit nak makan steamboat kan. Pelepas la gian dulu...

Kena ambik gambar kenangan jugak ni kan. Kang nanti takde gambar time memboyot. Sekarang dah 35W...hany kira ikut KK seri kembangan, tapiii klinik desa kat kampung cakap dah 36w++ dah. Ntahla...tapi beza 1week je kan.

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...aamiin

Wednesday, October 8, 2014

Air Ketuban...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Selamat pagi Khamis wahai sahabat semua ;) kemain lagi kan... Owh saat menaip entry ni hany masih lagi memboyot, tak bersalin lagi. Now 34++ tak tahu dah berapa hari. Hany memang tak pandai kira week ni. Kaau orang tanya hany akan jawab 8bulan lebih.

Haaa nak stori mori pasal air ketuban ni. Betul kan panggil air ketuban ke mentuban? Ntah la,tapi kitorang belah sini panggil air ketuban.

Alkisah nya...Jumaat lepas gerak balik ke Ganu, sebab ada kenduri aqiqah anak anak sepupu hany. Kenduri Sabtu, raya haji Ahad. Memang buat awal sehari. So pagi hari lepas subuh je dah start la rewang kan. Walaupun hany tolong kerja memotong dan seangkatan nya sahaja,tapi start dari 6.30 pagi jugak lah.

Konon nanti tengahari nak tukar la baju senonoh sikit. Majlis makan makan start jam 1. Tapi disebabkan membe membe hany tak jadi datang...maka kensel tukar baju senonoh. Pakai je baju dengan track yang dari pagi tu. Seluar kaler grey cerah.

Nak dijadikan cerita,hany kena refill nasi. So tunduk lah hany nak kaut kaut nasi transfer ke dalam tray. Sekali sepupu tegur. "Eh apsal basah sangat seluar ko ni. Kencing ke apa" (telah dialih bahasa ke loghat key ell) hany dengar tak dengar je,lepas tu husband datang cakap seluar basah tu. Hany terus bangun dan sentuh sampai paha sampai ke lutut basahnya. Boleh tak perasan kan.

Lepas tu macam terdiam terfikir,eh takkan la kencing tak terasa...bukan kencing ni... Then pandang husband sambil cakap "takkan air ketuban ni b" husband pun jawab pegi la cek. Hany pun macam konfius,kalau air ketuban pecah..ada rasa apa apa ker? Air tu ada bau ker? Tapiii dari pembacaan macam takde bau...

Alang alang nak cek...okaylah kita tukar baju mandi terus lah kan. Kalau betul...kena get ready lah. Tapi masa tu baru 34w...takkan awal sangat kot...lepas tu macam konfiusss jer kan...

Hahaha sekali bukan air ketuban... PELUH je pun.cisssss...sebab seluar cerah kan,bila basah nampak la. Hissshhh malu i tau. Naseb baik i duduk bahagian dapur je. Rasa kelakar pun ada. Kemain kalut kan. Tapi kalu laki bini je lah. Orang lain sibuk dengan rewang lagi....hehe...

Itu je lah kisah air ketuban eh peluh.haha maluuu tau ;)

Monday, October 6, 2014

Putih

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Salam AidilAdha buat semua...Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha... Terlambat sehari;)

Hany di Kelantan raya ni. Balik ke Ganu hari jumaat pagi lagi,kenduri rumah sepupu hari sabtu. Lepas asar sabtu tu terus gerak ke Kelate. Mak hany pun ikut beraya di Kelate sekali. Alhamdulillah...takder sangkut dalam jem.

Pagi raya hany sempat mendobi barang barang baby kat Kelate ni. Hehehe sebab lambat sikit kali ni nak pegi jalan jalan kan. Tengok panas elok,baik mendobi. Lagipun tinggal mitten&botties,kain lampin je. Nipis nipis je kan. Sempat la kering. Di Kelate sekarang dah start hujan petang. Yer lah dah nak masuk musim hujan sekarang ni kan.




Lampin kitorang beli yang putih plain je. Kan sekarang dah ada corak corak itik la ape la kan. Minat jugak tapi ntah macam mana amek jugak yang klasik ni kan. Lepas tu kemain bnyak lagi ha beli. 2 paket,1 tu ada 10 helai,1 lagi 12 helai. Bila basuh rasa mcm banyak je ;)



Siap lipat lipat semua. Alhamdulillah setel basuh semua barang barang baby. Packing siap siap. Hany cukup tak reti nak lipat mitten&booties ni. Ke memang tak perlu lipat? Main susun susun je eh?

Orang beraya kita setelkan dulu apa yang patut. Lagipun raya haji ni berjalan tidak la sebanyak raya aidilfitri. Makan je lah yang buatkan sengkak perut ni. Hahaha makan daging aje mana mana kan. Memang tak boleh lari dah. Esok la kot baru jumpa lauk lain selain daging ni.

Okaylah...quick update. Internet tak elok sangat la. Kena tukar prepaid lain lak ni kalau ini macam. Wassap pun tak lepas,apatah lagi nak blogwalking atau update blog.

Thursday, October 2, 2014

Hazelnut Coffee

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hazelnut Coffee adalah yang hany inginnnn kan sangat. Sejak dari belum tahu mengandung lagi. Hany kan sebelum ni travel ke Seremban 3 untuk projek kan. Hany memang teringin minum hazelnut ni.

Sebenarnya,dari januari lagi hany teringin sebab tengok hazelnut coffee dunkin donut di Alamanda tu. Tengok yang paket paket tu lah. Nak beli kan tak sedap,tak boleh telan...rugi jer. So teringin la nak rasa dulu secawan kan. Tapi sengal sebab tak beli kat situ. Lepas tu teringat ingat.



Lepas tu dah travel ke Seremban 3 tu tanya lah di dunkin donut,staff kat situ cakap hazelnut ni tak ada di dunkin donut situ. Selalunya di dunkin di KL je ada. Lepas tu terbiar je macam tu. Sekali sekala datang teringin...tapi ntah camne tak berusaha sangat nak pergi cari. Sampailah ke bulan Mac. Dan bila dah tahu pregnant, orang duk nasihat elakkan caffein ni...terus terkubur nak minum hazelnut coffee.

Tak silap dah 4bulan lebih baru lah dapat minum hazelnut ni. Tapi ambil hazelnut milk. Kedai kat alamanda jugak. Okaylahhh puas hati lah kan.

Itulah rasanya yang hany teringin betul betul. Dari sebelum tahu mengandung tu dia punya keinginan. Alhamdulillah...sampai sekarang takder lah sangat teringin or mengidam beriya. Setakat rasa nak makan tu ada lah. Dan setakat ni takder lah lagi yang tak dapat kan.

Lepas tu kalau yang teringin tu tak dapat dapat...hany macam okay je lama lama hilang keinginan tu. Naseb baek kan.

Baca kat mana ntah...kalau yang selalu mengidam ni katanya tak cukup nutrisi. Hmmm wallahualam laaa...

~TQ Dear~

Followers