Ini Wilayah Hijau: Bulat


11 October 2014

Bulat

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah mula slow buat entri ni. Sekarang ni memang susah sikit sebab laptop takde,hanya bergantung pada handphone. Naseb la hp ni sederhana size screen nya. Tidak kecik dan tidaklah terlalu besar kan. So ngam ngam soi la...tapi tetap tak besh la kalau nak blogging ni. Tak puas. ;)

Kan sebelum ni hany ada tulis dalam entri yang memang tak confirm jantina si kecik dalam perut ni kan. Sebab scan hari tu tak nampak. Lepas tu ada lah membe membe cakap tengok hidung kembang...perempuan biasanya. Lepas tu katanya yang lain pulok tengok perut membulat perempuan biasanya. Haaa ye lah kot perempuan ;)

Naseb baik kami dah ada pilihan nama untuk dua dua lah. Sebelum ni risau jugak sebab hanya ada nama untuk lelaki je. Elok jer doktor cakap tak nampak, menggagau cari nama perempuan. Hehe alhamdulillah dua dua kami bersetuju nama yang dipilih. Kira takde lah suami nak ni, hany nak ni...kan tak pasal pasal jadi panjang pulok nama anak.



Ni antara gambar terbaru jugak. Sebelum raya haji. Join makan makan dengan geng geng ofis lama, makan steamboat di PICC. Haaa amacam kembang tak hidung? Haha perut memang tak nampok sangat la kan;) dah tak larat nak makan banyak banyak. Kalau pergi steamboat time perut dah memboyot ni macam rugi sebab sikit je makan nya. Ni pun join jugak sebab saja je lah nak join kemeriahan. Lagipun lepas ni dah susah sikit nak makan steamboat kan. Pelepas la gian dulu...

Kena ambik gambar kenangan jugak ni kan. Kang nanti takde gambar time memboyot. Sekarang dah 35W...hany kira ikut KK seri kembangan, tapiii klinik desa kat kampung cakap dah 36w++ dah. Ntahla...tapi beza 1week je kan.

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan...aamiin
Komen
1 Komen

1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Betul tu Hany...
tak syok la blogging pakai hp.
Tak puas!

MM ni nyesal sbb time prengant dulu tak banyak ambik gambo. Maklum le zmn tu xde hp canggih2 mcm zmn skrg.. semua pakai filem.