Ini Wilayah Hijau: Klinik desa


12 October 2014

Klinik desa

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Minggu ni hany start checkup di Terengganu. Hany dah balik Ganu dah, balik raya haji hari tu terus stay kat Ganu. So sekarang checkup di Ganu lah. Sebelum ni checkup di Klinik Kesihatan, sekarang Klinik Desa dan Klinik Kesihatan.

Naseb baek la klinik desa kat kampung hany ada buat BSP ,jadi senang lah sebab dekat kan. Klinik kesihatan pun tak der lah jauh benor lebih kurang la jarak macam si seri kembangan dulu. Lepas checkup dan Bsp di klinik desa, kena review bsp dengan doktor jadi tetap kena pergi klinik kesihatan. Macam di seri kembangan, kalau bsp okay tak payah jumpa doktor dah,nurse je akan bagi tarikh untuk next appointment.


Haaa inilah rupa klinik desa. Sah sah la hany first time masuk kan. Hehe memang macam rumah la kat dalam nya. Tunggu giliran pun siap duduk bersimpuh layan tv. Klinik desa kan tak ramai sangat pun orang nya walaupun sekali dengan cek anak. Ada jugak jumpa member sekolah rendah bawak cek anak. Hehe deme dah anak ke3 ;) murah rejeki...

Lepas tu hany sorang je buat bsp. Kalau kat sk ramai geng bsp.hahaha nampak benau orang lain sihat je kat kampung ni, i je buat bsp;). Siap kena lagi dengan misi, anak 1st dah ada kencing manis...blablabla...sengeh ajer lah kan, awak tu first time kat situ jangan nak celupar mulut menjawab. Tapi honestly misi kat klinik desa ni okay sangat. Banyak explanation dia dari misi di kk SK dulu. Details la dia explain. Maybe tak ramai orang kan compare dengan klinik kesihatan.

Tapi turn hany tadi lama jugak la sebab kes berpindah dari SK ke Ganu kan. Banyak benda lah dia tanya. Naseb lah walaupun 1st time hany boleh faham dan follow apa yag di SK dan boleh explain untuk kat Ganu ni kan. Tapi kat SK banyak tak tulis dalam buku. So gigih la misi di Ganu ni tuliskan balik, buat salinan di buku hany dan di buku untuk simpanan dia.

So far okay je. Tak perlu nak compare kan. Ada besh dan tak besh nya. Kalau nak semua besh pergi swasta la, spend sikit kan.

**confuse dengan gerakan baby,sekarang dah sekuat dulu baby gerak. Maybe ruang dah sempit kot kan,baby dah besorrr;) scan masa 34minggu, baby 2.3kg**

Komen
1 Komen

1 comment:

Azi Azidah said...

mmg desa sungguh kliniknya... hihi... first time tgk klinik desa gini...