بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, October 15, 2014

Air Kelapa Boleh Buatkan Baby Besar???

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Kali ni pasal Air Kelapa, air nyor kitorang kat kampong panggil. Sebenarnya hany memang teringin minum air kelapa sejak usia kandungan baru 3,4 bulan. Tapiiiii sebab ramai pesan, awal awal mengandung risau juga takut apa apa kan. Lagipun ni kandungan pertama, jadi tak tahu macam mana. Jenis lasak ke tidak kan. Jadi elok lah elakkan dulu.

Kental lah hany berpantang sampai lah ke hujung 6 bulan. Baru lah berani minum air kelapa. Seminggu 2kali jugak la minum air kelapa. Biasa weekend la minum. Owh nikmat sungguh la dapat minum air nyor ori tanpa gula letak ais sikit. Sambil makan isi kelapa tu sekali. Yummy...

Dengar orang cerita dan ada juga baca baca air kelapa ni elok. Boleh buatkan kulit baby jadi cantik...maklumlah kulit hany ni tidaklah gebus mana kannn. Lagiiii air kelapa ni katanya boleh buatkan kerak kerak pada baby hilang. Dan juga air kelapa ni katanya boleh elakkan baby dari kuning. Hehe so gigihla minum sambil memang teringin kan...

Bila balik kampung ni, pokok kelapa depan rumah berbuah lebat elokkk je. Huiii ni free ni bagus kalu selalu minum. Kat selangor sebiji dah rm3.50. Itu pun bergantung pada saiz kan.

Tapiiiii,
Makcik hany marah. Katanya jangan amal minum sangat air kelapa ni. Nanti baby besorrrr. Haha terbantut terus niat di hati. Sejak balik kampung ni tak dapat lagi minum air kelapa. Sudahnya ada jer hany pergi kedai minum dari sana. Haha tak der yang nak marah. Tapi kena bayar lah kan ;)

Betol ke kalau minum air kelapa ni boleh buatkan baby besor???

6 comments:

Miz Eija said...

tak pasti jugak hany... sy dulu pun minum air kelapa tapi xtau pun khasiat nya sebab minum rasa teringin. selalu jugak minum. alhamdulillah anak lahir tak besar sgt 3.1kg. kepala xberkerak.. baby masa lahir bersih je xda darah :) kongsi pengalaman

Rohani Hashim said...

@miz eija
Ye eh?ha slalu org kata elok xberkerak.tu yang nak amalkan.dan memang pun teringin minum. Xpe lah hany amalkan aje tp berpada pada lah kan. Tq atas perkongsian.

Lady D'yot said...

erm..saya pon selalu je minum..tanpa ais dan tanpa gula..memang fresh lah..anak saya lahir mmg kulit bersih dan tak kena kuning alhamdulillah..tkde pon beso mana, 3.4kg je..mitos kot baby beso tu..time bersalin kang tak rase pon baby beso ke kecik, rasa nak teran bagi keluar je..haha

Rohani Hashim said...

@nadia
Haa tu lah ramai cakap kulit cantik.tapi camne kekerapan minum nya tu eh? Hehe mentang2 senang nak dapat stok kelapa kan kt kampong ni ;)

Dokter faRyn said...

errrr, sepanjang kerja dekat o&g dulu ni first time dengar. hehehhe.
scientifically and medically wise, tak pernah pulak tau masa belajar dulu. :)

tapi kengkadang tu petua orang tua ni ada betulnya kan?

:)

Rohani Hashim said...

@docFaryn
Mmbe hany yg nurse pn ckp mcm tu jugak xpernah dgr pulak. Tp tu lah kan dah duk dgn org tua skrg ni, kena dgr lah apa org tua cakap. ;)

Followers