Assalamualaikum,
Salam AidilAdha buat semua...Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha... Terlambat sehari;)
Hany di Kelantan raya ni. Balik ke Ganu hari jumaat pagi lagi,kenduri rumah sepupu hari sabtu. Lepas asar sabtu tu terus gerak ke Kelate. Mak hany pun ikut beraya di Kelate sekali. Alhamdulillah...takder sangkut dalam jem.
Pagi raya hany sempat mendobi barang barang baby kat Kelate ni. Hehehe sebab lambat sikit kali ni nak pegi jalan jalan kan. Tengok panas elok,baik mendobi. Lagipun tinggal mitten&botties,kain lampin je. Nipis nipis je kan. Sempat la kering. Di Kelate sekarang dah start hujan petang. Yer lah dah nak masuk musim hujan sekarang ni kan.
Lampin kitorang beli yang putih plain je. Kan sekarang dah ada corak corak itik la ape la kan. Minat jugak tapi ntah macam mana amek jugak yang klasik ni kan. Lepas tu kemain bnyak lagi ha beli. 2 paket,1 tu ada 10 helai,1 lagi 12 helai. Bila basuh rasa mcm banyak je ;)
Siap lipat lipat semua. Alhamdulillah setel basuh semua barang barang baby. Packing siap siap. Hany cukup tak reti nak lipat mitten&booties ni. Ke memang tak perlu lipat? Main susun susun je eh?
Orang beraya kita setelkan dulu apa yang patut. Lagipun raya haji ni berjalan tidak la sebanyak raya aidilfitri. Makan je lah yang buatkan sengkak perut ni. Hahaha makan daging aje mana mana kan. Memang tak boleh lari dah. Esok la kot baru jumpa lauk lain selain daging ni.
Okaylah...quick update. Internet tak elok sangat la. Kena tukar prepaid lain lak ni kalau ini macam. Wassap pun tak lepas,apatah lagi nak blogwalking atau update blog.
3 comments:
hani azi pn kt klntn ni. pntg sekejap kt sini...
mitten dan booties tu sumbat sume yg sama kaler atau jenis, dlm satu mitten yg sama, so tak tercampur or hilang nanti..ala2 mcm lipat stokin tu.
alhamdulillah. happynya utk hany :) semoga dipermudahkan segalanya. insya ALLAH :)
Post a Comment