Ini Wilayah Hijau: Kuih Belimbing


19 October 2014

Kuih Belimbing

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hari minggu ni, kita buat entri pasal makanan je lah yer ;) selalunya Jumaat pagi kitorang pergi 1pasar ni, panggil Pasar Kem (pronounce: Keng. Org Ganu kannn) tak silap namanya macam tu sebab berdekatan kem askar kot ;)

Biasalah pasar di pagi hari, barang keperluan, makanan kuih muih, sayur ikan semua ada lah. Kain baju tidak ketinggalan. Selalunya pergi sana beli makanan la...atau ikan. Huiiii boleh tahan makanan kuih muih kat sini. Tergoda jugak la tengok kuih muih yang lama dah tak makan kan. Tapiiii tetap beringat, hehe...



Ini nama nya paung goreng. Inti dia of coz la ikan...terengganu ni kebanyakan inti ikan la. Husband hany memang suka sangat la paung goreng ni. Di kelantan memang tak ada kuih ni...kalau balik sini memang selalu beli la paung goreng ni. Yang dekat pasar ni dia jual rm1 3biji. Sedap la jugak tapi yang kat pasar ni enak di makan waktu panas, rangup. Tapi dah sejuk tak rangup. Selalunya orang buat panas ke sejuk ke totap rangup.



Ini pulak nama nya kuih belimbing. Nama nya sebab bentuk dia ala ala buah belimbing. Bukan nya di campur dengan buah belimbing ye. Kuih ni memang hany tak makan la sebab manis melampau. Dia punya kemanisan tu terasa saat kita dah gigit kuih ni. Sebab bahagian dalam nya tu lah ada dia blend kemanisan tu. Sedap of coz la sedap. Dulu selalulah makan, sekarang dah tak makan. Hehehe kental okay berpantang ;)

Sebenarnya banyak lagi kuih muih ni tapi segan la nak ambik gambar semua nya kan. Guna HP kena ambil dekat dekat. Lain lah kalau guna kamera boleh zoom zoom aje. Orang pun tak berapa perasan sangat kan.

Selamat berhari minggu wahai sahabat sekalian;)

Komen
2 Komen

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tak tau la pernah mkn ke tak kuih belimbing tu.. rasa2nya mcm pernah. Mungkin ada nama lain kot.

Tapi kalau manis sgt.. MM pun takut la Hany... nak makan.. kang sakit gigi plak.

wida said...

kuih terengganu pon boleh tahan manisnya...kan? akok, penganang..wida mmg tak leh mkn, maniss! kalau kat kelate cam ne lah ye...lagi manis2 kan?