بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, October 17, 2014

36minggu...;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Misi nak sentiasa update blog. Jangan ditinggalkan tanpa entri...sekurang kurang nya 1 entri sehari pun okay;) chewahhh kemain kan.

Yer lah,selagi ada masa nak mengadap blog ni, hadaplah ko hany kang kejap lagi si comey dah keluar...haaa haruslah tak ada masa kan. Nak nak lagi ni anak pertama, honestly semua benda hany tak tahu lagi ni. So nanti lah bila si comey dah ada depan mata pandai pandai lah adapt dan hadap semua nya kan...insyaALLAH semoga semuanya berjalan lancar...aamiin.

Hari ni genap 36minggu so bersamaan 9bulan kan? Bolehke kira macam tu? Haha 9x4=36...boleh? Hihihi takper lah mana mana lah. Tapi meh tengok gambar kat bawah ni, hany ambil dari fb tapi lupa la page apa yang share kan...


Haa cenggitu katanya cara kira. Hah tak kesah la mana mana kan...janji jaga jaga alert kan. InsyaALLAH...aamiin

@36w ni...
Setakat ni hany memang la dah macam dulu kan, di awal mengandung. Dah start rasa kaki nak krem...lagi lah sekrang duduk kampung ni, tido malam sejukkkk giler. Rumah kayu kan. Lepas tu, dah rasa macam penguin..hahaha sebab perot dah besor, berjalan pun dah lambat, dulu dulu selalu cakap kat membe hany si Dayah..."nyah ko dah mcm penguin la, jalan pun slow je" kurang hasam kan;)

Pagi ni, terjaga waktu subuh sakit bahagian bawah sebelah kanan. Macam senak gitu, masa terjaga posisi tido terlentang, so bila nak mengiring ke kanan tu rasa lagi sakit, bila dah mengiring lega lah...tak rasa sakit sangat...Alhamdulillah...dah bangun solat semua.Tak rasa dah senak tu. Bab makan pulak, rasanya macam biasa je makan... Cuma sekarang hany makan paling lambat kul7malam. Sebab tak mau makan berat di malam hari. Malam kalau lapar makan buah buah kering, biskut ke...setakat ni berjaya dan tahan la.

Pasal si comey pulak,
Hehe bergerak tu macam biasa, tapi hany rasa gerakan dia tak sekuat dulu dah. Adakah sebab ruangan dah sempit buat dia? Tapi alhamdulillah memang bergerak la kan. Risau jugak kan, nak nak pertama kali ni...kalau tengah baca Quran mesti mula mula baca dia tolak tolak banyak kali jugak...lepas tu dia diammmm je. Hayati kot apa hany baca. Lepas tu nak tido mesti call suami yang kejauhan dulu, hehe masa ni pun dia akan gerak...walau pun sekali tolak je dia akan gerak. Dia faham kot tengah duk bersembang...hehe kenal la tu suara kan. Dan mungkin dah lama tak dengar suara kot.;)

Setakat ni ada 2 benda tak dapat lagi ni. Sotong celup tepung dengan coconut shake. Dah ada di Terengganu ni sotong celup tepung bukan masalah besar la nak cari, cumanya hany tak pergi lagi je. Dah tahu tempat nya kan. Hehe plan next week nak pergi...

Okaylah...entri tak bergambar, text panjang panjang ni biasa orang tak baca sangat pun kan ;). Takper mungkin ada membe membe hany yang nak tahu perkembangan kan. Maklom ler berjauhan..chewah...

4 comments:

Lady D'yot said...

normal kalau time baring tu rasa senak sgt belah kanan..sy dulu bila tido trlentang, nak bangun atau mengiring tu siap kena berpaut kat tepi katil..sakitnya ya rabbi..macam ada benda tersekat kat situ.hehe..kurang gerak pon normal sebab baby dah besar..ruang pon dah terhad.

Rohani Hashim said...

@Nadia
Okay lega sikit. Tapi tang sakit sebelah kanan tu akk mmg xriso sgt ye lah dh besor2 ni mcm2 lah kan. Tang baby gerak tu lah yg kerisauan nya. Kot la akk ni jenis xrasa ke,x alert ke kan. Tp alhamdulillah geraknya cukup la yg nurse suruh kira tu.

Masa awal2 mengandung,rasa lain mcm sikit dah risau giler dah.apsal ni apsal ni.siap kecoh nak pergi klinik.tapi rajinkan diri baca baca semua kan...alhamdulillah kira makin tenang la kan.takder lah lain sikit je gelabah nk jumpa doc.

Jadinya rajinkan diri lah hany oiiii. Baca pasal pregnancy di hujung2 lak hehe

dayakhs said...

nyah...dh ujung2 ni bykkan berjalan walaupn cam penguin..heheh..nnt sng nk branak..ko tawaf je satu pulau duyong tu..nnt dh branak 2 bln terperuk dlm umh..heheh..take care.dh 36 weeks..anytime je nih..selamat bersalin.

p/s: aku excited nk tunggu ko bersalin sbb ank ko sorok jantina..haha

Rohani Hashim said...

Nyah,
Duk dgn org tua ni ko paham2 la weh. Aku rasa mcm susah sket nak keluar la.diorg riso kot jadi apa apa kan. Aku ni kan suka ukur pasaraya. Selalu aku g cekap terus lah g jalan2. Haha kalau dh balik rumah nak keluar tu hmm pepaham ler...

Haha semua cakap pompuan,sorang je cakap laki. Wallahualam...tungguuu;)

Followers