بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, October 08, 2014

Air Ketuban...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Selamat pagi Khamis wahai sahabat semua ;) kemain lagi kan... Owh saat menaip entry ni hany masih lagi memboyot, tak bersalin lagi. Now 34++ tak tahu dah berapa hari. Hany memang tak pandai kira week ni. Kaau orang tanya hany akan jawab 8bulan lebih.

Haaa nak stori mori pasal air ketuban ni. Betul kan panggil air ketuban ke mentuban? Ntah la,tapi kitorang belah sini panggil air ketuban.

Alkisah nya...Jumaat lepas gerak balik ke Ganu, sebab ada kenduri aqiqah anak anak sepupu hany. Kenduri Sabtu, raya haji Ahad. Memang buat awal sehari. So pagi hari lepas subuh je dah start la rewang kan. Walaupun hany tolong kerja memotong dan seangkatan nya sahaja,tapi start dari 6.30 pagi jugak lah.

Konon nanti tengahari nak tukar la baju senonoh sikit. Majlis makan makan start jam 1. Tapi disebabkan membe membe hany tak jadi datang...maka kensel tukar baju senonoh. Pakai je baju dengan track yang dari pagi tu. Seluar kaler grey cerah.

Nak dijadikan cerita,hany kena refill nasi. So tunduk lah hany nak kaut kaut nasi transfer ke dalam tray. Sekali sepupu tegur. "Eh apsal basah sangat seluar ko ni. Kencing ke apa" (telah dialih bahasa ke loghat key ell) hany dengar tak dengar je,lepas tu husband datang cakap seluar basah tu. Hany terus bangun dan sentuh sampai paha sampai ke lutut basahnya. Boleh tak perasan kan.

Lepas tu macam terdiam terfikir,eh takkan la kencing tak terasa...bukan kencing ni... Then pandang husband sambil cakap "takkan air ketuban ni b" husband pun jawab pegi la cek. Hany pun macam konfius,kalau air ketuban pecah..ada rasa apa apa ker? Air tu ada bau ker? Tapiii dari pembacaan macam takde bau...

Alang alang nak cek...okaylah kita tukar baju mandi terus lah kan. Kalau betul...kena get ready lah. Tapi masa tu baru 34w...takkan awal sangat kot...lepas tu macam konfiusss jer kan...

Hahaha sekali bukan air ketuban... PELUH je pun.cisssss...sebab seluar cerah kan,bila basah nampak la. Hissshhh malu i tau. Naseb baik i duduk bahagian dapur je. Rasa kelakar pun ada. Kemain kalut kan. Tapi kalu laki bini je lah. Orang lain sibuk dengan rewang lagi....hehe...

Itu je lah kisah air ketuban eh peluh.haha maluuu tau ;)

6 comments:

Azi Azidah said...

hany kalau pecah air ketuban boleh rasa air tu keluar. mcm pancutan air paip gitu. sbb azi msa bersalin hakeem terus leh detect bila berlaku pecah air ketuban.

tp kn bru2 ni masa bersalin ada patient bru 34week pecah air ketuban. bhya tau...

Rohani Hashim said...

@Azi
Ooo memang rasa la kan air mengalir keluar kan. Ok baeks. Ha risau jugak sbb br 34 kan. Harap semua okay... Aamiin...

Nafisa81 said...

Masa air tu keluar...rasa panas je...
Btw...org jawa panggil air toban

Dokter faRyn said...

Make sure Bkn air ketuban tau. Klo jd lagi, better check dgn doc :)

Lady D'yot said...

hahaa..akak..akak..lawaks la..;p saya masa tu doc yg pecahkan masa kat labor room, tibe2 je 'pop' trus rasa air mencurah-curah dan tak dapat nak tahan2 dah..dia melekit cket dan tak berbau...

Rohani Hashim said...

@Nafisa
Ooo ada rasa panas eh.hehe ok baek.

@docFaryn
Ok doc.baeks. tapi yg kes ni confirm.bukan.haha maluuu

@nard
Ooo gelakkan akak yer.haha husband akk pn gelak.ha tu lah dgr mmbe kata ada mcm bunyi pop tu.

Followers