Ini Wilayah Hijau: Setelah 2 Minggu...


24 October 2014

Setelah 2 Minggu...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Yeayyyy...incik suami ada balik hari ni. Hati bunga bunga...pagi pagi dah mandi,bersiap bagai...mekap sikitttt,lipstick sikittt ;) haha kemain kan nak jumpa suami weh. Pastu spray perfume banyak banyak...haha ;)

Flight suami kul7 pagi, haish tak lena ke tido semalam sebab tak sabar tunggu suami pulang kan. Tido kul11 lebih, sekali kul 2.20 pg terjaga sebab bunyi taptaptaptap...haha saje je tau. Bukan mistik pun, sitikus la ni berlari lari atas tikar getah tu. Terkejut i tau, sampai kan baby pun terkejut...terus tendang tendang sikit. Takper lah berlatih kan, nanti dalam pantang kompom la baby asyik terjaga jaga kan,nak nyusu semua kan. So get ready la hany oiiii...

Biasa pagi pagi kul8lebih baru nak mandi,hari ni kul7 dah terketar ketar dalam bilik air weh. Kat kampong ni mandi pagi macam mandi dengan ais okay. Tapiiii itu yang syiok tu. Mandi air sejuk rasa perfect je mandi nya. Puas dan selesa...walaupun terketar ketar. 7.45 dah gerak ke airport Ganu. Alahhh dekat je pun, tiba tiba suami meseg dah keluar tunggu kat laluan depan. Hehe sukerrrr ;)


Hamboiiii kemaen watermark suami dia, takotnya orang cilok gambar suami ;). Sampai terus pergi cari nasik kerabu. Setiap weekend memang suami akan makan pagi nasi kerabu. So ni memang gamble je lah makan kat sini. Memang tak pernah rasa nasi kerabu dia. Terengganu breakfast yang glemer nasi lemak,nasi dagang,nasi minyak. Nasi kerabu kureng sikit, so tak tahu kat mana yang sedap. Gamble aje lah kan.

Lepas tu pergi bandar KT beli tiket untuk husband pulang ke selangor balik. Huiiii sold out ko tiket, mesti ramai yang ambil cuti bersambung ni. Ada la jugak sekeping last tinggal...haha dalam hati alaaa kenapa ada tiket,kan besh kalau takder. Lama lagi husband kat sini kannn ;)

Owh kalau hany tak bersalin lagi husband balik la,kalau bersalin stay la terus kan. Tengok la macam mana kan...tapi harap nya bersalin waktu suami ada di sisi lah...aamiin.

Okay, Selamat Tahun Baru wahai sahabat semua...

Komen
1 Komen

1 comment:

Dokter faRyn said...

Kite pun tengah tunggu hubby balik ni masa baca blog Hany niiiiii hehehehhe
*angau mode*