Ini Wilayah Hijau: Makan Sebelum Berpantang....


13 October 2014

Makan Sebelum Berpantang....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Sekarang hany kat Ganu, bila dah balik kampong ni haaaa banyaklah makanan yang nak di makan kan. Lagilah nak kena berpantang nanti. Kalau balik sebelum ni pun memang ada lah senarai makanan yang hany akan pergi cari dan makan. Hehe hany dan makan berpisah tiada. Harussslah kan, dah namanya merantau...bukan senang nak jumpa makanan kampong.

Setakat ni takder lah banyak sangat yang hany dah makan. Sebab hany kan ada GDM, so berpantang tu perlu jugak. Jangan abaikan bahaya...


Haaaa LAKSA kuah putih. Hehe orang cakap lepas bersalin memang kena pantang laksa kan,nanti sakit urat. Hany takder lah beriya sangat teringin, tapi baik makan sebelum pantang kan. Pergi pasar pagi beli 1kilo laksa lepas tu balik buat kuah sendiri. Sedappp giler. Nikmat gilerrr lah. Pakcik yang jual laksa ni pun ada jual kuah sekali. Tapi kuah dia macam ala ala kari sikit, kat Ganu panggil kuah masak, yang ni kuah putih. Hany lagi suka kuah putih ni.


Haaa yang ni pulak kebetulan member hany ada cerita pasal kedai yang jual kuih muih tradisional Ganu. Apa lagi mencari lah hany, bukan senang nak dapat. Nama ni adalah BEKANG. Cara sebut BE adalah macam sebut BESOK. Testi dari mak hany sedappp hehe mulut orang tua memang tak perlu diragui. Siap mak hany mintak bawakan ke kedai tu, nak beli apa lagi yang ada kan.

Alhamdulillah...setakat ni memang berselera lagi makan. Tapi macam biasa lah dah perut memboyot ni tak boleh makan banyak banyak la kan. Normal la kan. Dalam senarai hany nak makan ni adalah SOTONG CELUP TEPUNG, COCONUT SHAKE... InsyaALLAH...nanti nak pergi mencari ler ;)

Komen
4 Komen

4 comments:

Lady D'yot said...

betul..makan selagi boleh..saya hari tu..melantak bagai kat secret recipe, malamnya dah masuk labor room nak bersalin..hehe

Azi Azidah said...

sedapnya mkn laksa. azi suka sgt laksa ni tau tp laksa penangla... hany edisi blog tu applikasi untuk kita promote blog. boleh ping entry kt situ. boleh baca blog2 org lain jugak...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnya Hany.
Betul tu... nak apa2 mkn skg.
Nt dah bersalin bukan je pantang utk diri sendiri...
Malah utk baby.. lg klu breasfeeding,
mkn silap sikit je.. baby kembung, ceret beret.
Silap2 bukan pantang 44 hari.. tp setahun mcm MM dulu.

Rohani Hashim said...

@nadia
Haaa secret recipe pn akak dahlama xpergi sbb selalu mkn kek kan. Dah gdm ni kena la pantang.

@Azi
Haaa laksa penang pun hany suka.tapi hari tu dah makan kt selangor.ntah mcm mana ala ala hanyir sket,sampai muntah muntah terus fobia.

@MM
Betol kan mm.kena fikir baby jugak.huhu setahun tuuu.hihi tapi pantang ni mmg bagus kan.kagum la dgn MM smpai setahun pantang nya...