Ini Wilayah Hijau: Selusuh: Petua Orang Orang Tua/Lama


19 October 2014

Selusuh: Petua Orang Orang Tua/Lama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Kalau selusuh untuk mudahkan bersalin ni... Rasa nya ramai yang tahu kan. Selalunya adalah air yang dibacakan dengan ayat Al-Quran. Ada juga yang gunakan air rendaman apa tu kembang semangkuk la, akar kacip fatimah la kan. Tapiii doktor memang tak bagi kan guna air rendaman tu...sebab ada yang memudaratkan. Kalau setakat air biasa dibacakan ayat ayat Al-Quran rasanya tak ada masalah kan...

Dah duduk kat kampung ni...ha meh hany nak bagitahu, selusuh yang diberitahu oleh mak hany,makcik,jiran pun ada jugak bagi tahu;

1) minum air rambut
Kiranya, masa kita mandi tu...bila jirus air di kepala, tadah air yang turun dari hujung rambut dan minum air tersebut. Cukuplah seteguk dua, tak perlu lah segelas penuh.

2) air yang dijilat oleh kucing
Haaa yang ni pulak...kan kalau air minuman kucing tu, kita letak dalam bekas kan. Lepas kucing jilat air tu, ha minum balance air tu. Sama jugak seteguk dua je.

Wallahualam...
Hany pun tak pernah dengar. Sejak duduk kampung ni lah,3,4 orang jugak yang bagitahu macam tu. Katanya sebagai selusuh jugakla. Zaman dulu katanya macam ni la orang dulu dulu buat selusuh.

Wallahualam....

**korang ada dengar selusuh yang pelik pelik dari ornag orang lama ni? Share lah;)**

Komen
4 Komen

4 comments:

Miz Eija said...

eija dulu mak buatkan minyak kelapa, tapi eija xboleh minum myk geli tekak.. hihi tp sekarang dah ada myk kelapa dara dengar2 boleh dijadikan selusuh wallahuallam...

Dokter faRyn said...

ada sorang consultant masa kite keje dulu, selalu gak galakkan patient amik air selusuh (mana yang bawak) masa dah in active labour. means bila bukaan jalan tu dah 4cm ke atas.

kalau belum betul2 in labour, amik air selusuh tu nanti sakit je yang kuat, tapi jalan tak bukak. so merana sakit lama. heheh.

tapi dari segi kemujaraban air selusuh tu, wallahualam.

:)

wida said...

wida dulu minum minyak kelapa yang dimasak sendiri..pastu makan telur ayam kampung mentah2..hehe

Rohani Hashim said...

@eija
Haaaa betol.ni mak akak pun ade buatkan ni.minyak siap tanak sendiri. Haha kazen akk gelakk je dia kata ko rasa lahhh..dia pun sama xboleh minum


@docFaryn
Sesetgh nurse xbagi ambil kan.dia risau apa apa jadi kan.sbb membe ada bgtahu.maybe brbeza tempat lain praktis dia kan.


@Wida
Ooo wida minum minyak tanak tu eh...sama la hany pun disuruh minum jugak ni.tp tang telur ayam kampung tu setkt ni xde lagi mak or makcik ckp.