Monday, June 29, 2015

Ramadan: Air Yogurt Wakaf Bharu

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Air yogurt ni, hany mula rasa adalah 2tahun lepas, tahun 2013. Bulan ramadan la. Balik kampung husband, pergi bazar ramadan pasar wakaf bharu. Hoenstly, bagi hany memang sangat sedap air yogurt homemade yang dijual ni. Boleh lawan nestle bliss tu.

Tahun lepas,2014, dengan keadaan memboyot hany pegi lagi bazar, dapat pekena air yogurt tu lagi. Memang puas hati sangat. 2hari di kelate, 2hari tu lah berbuka dengan air yogurt. Perisa stroberi dan anggur. Memang 2jenis ni je yang dijual.

Tahun ni 2015, pergi bazar yang sama. Hwaaaaa kuciwa, adik yang biasa jual takder. Serius kuciwa. Hany balik kampung last week, takder dah diorang meniaga.

Terus hany chitchat dengan admin page iLoveKelate, mintak dia up kan status untuk cari peniaga ni, kot la dia meniaga dibazar lain kan. Beratus ratus ribu likers,mesti adalah sorg dua yang tahu kan.


Alhamdulillah, mesej hany disampaikan di page iLoveKelate. Dan...as expected, ada yang reply. Rupanya adik ni meniaga di bazar di stadium kelate. Pantas tuntas reply dari likers iLoveKelate. Dalam 3/4jam, adik yang meniaga air yogurt muncul bagi komen. Allahuakbar! Sukanya hati hany, dia sahkan memang dia meniaga di bazar stadium tu.

Walaupun samar samar, memang daku ingat lagi muka adik ni. So memang bukan penipu. Ya ALLAH serius sedap air yogurt dia. Siapa ore kelate tu,yang berdekatan boleh la cuba air yogurt dia ni. Cuba tengok 10balang, habis licin ok!!!

Dan, hany masih stalk lagi status di page iLoveKelate, ramai yang sependapat dengan hany. Memang sedap. Keesokan harinya, ramai bagi feedback, pegi beli dan memang sedap. Sampaikan ada yang pergi tapi dah habis.


Haaa ni dia banner gerai dia, Yogurt Wakaf Bharu,Cuba Sekali, Nak lagi

Memang betul pun. Dan harga bagi hany sangat berpatutan, Rm3 dan Rm5. Plastik dia besar. Hany kan dah balik kelate last week, so ni tengah berkira kira nak balik lagi ke tidak. Hahaha semata mata air yogurt! Bagi hany lagi sedap air yogurt diorang dari nestle bliss ;)

Bazar tu kan besar, so kalau ada sesiapa yang nak pergi, boleh baca komen ni untuk lokasi tepat adik berdua ni.

Kan pusing 1bazar tu tak jumpa pulok kan. Ni exactly lokasi dia.

Hany sempat chat dengan adik ni,diorang ni student lagi, meniaga di bulan ramadan sahaja. Tapi sekarang tengah nak commercial kan air yogurt diorang. Nak dibotolkan, dan hantar ke kedai yang berkenaan. Jadinya tak perlu tunggu ramadan la nak merasa air yourt diorang.

Semoga terus berjaya dik... insyaALLAH...kak doakan. Aamiin...

Wednesday, June 24, 2015

Mineral Water & Sepotong Cheese Pie

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah...hari ni dah hari ke7 Ramadan kan. ALLAHUAKBAR...kejap kan masa berlalu.

Ha, ni nak cerita pasangan mineral water dan cheese pie. Alkisahnya, kelmarin...hany sekeluarga, chewah sekeluarga okay... haha kemain ayat. Kitorang memang berlumba lah ke KLIA2. keluar dari rumah kul6lebih, bajet nak naik erl kul7, sekali ada masalah dingdong dingdong, erl kul7lebih.

Elok parking, husband terus pergi beli tiket, hany pergi beli mineral water, lepas tu terpandang la cheese pie ni. Alaa kat putrajaya sentral skrg kan dah banyak kedai kecik kecik tu. Huihhh juling mata tengok pie banyak giler. Toleh pada husband,dia tunjuk 5jari...halamak lagi 5minit. Okay dik, mineral water 1, cheese pie ni 1.


Hany terus capai mineral water sebab ada depan tu je. Adik tu pun duk lipat kotak, nak letak pie. "Dik, cepat sikit dik, train nak sampai dah ni" dia pun toleh kat hany..haha mesti dia bengang, taknampak ke aku tengah buat keje ni...haha bayar then terus masuk ke kawasan erl. Seb baek ada lagi 3minit. Pantasss kan!

Senang ada SSC ni weh, serius sangat membantu. Hany letak je adra dalam carrier. So sangat senang nak bergerak nak nak lagi bila waktu nak kena laju laju mcm ni kan. Kalau stroller? Harapan la nak sempat kan. Kalau dukung, haha honestly hany dah mengah kalau dukung adra tanpa sokongan carrier ni ;)


Hany ambik marble cheese pie. Okaylah sodappp haha lapor kan memang semua sodap. Memang dah bajet akan berbuka dalam erl. Then flight kul8.30. Memang rush weh. Takkan ada masa nak duduk makan elok elok berbuka. Husband hany kureng sikit makanan mcm kek ke pie ke tart ke. Tapiii dia makan je lah kan, dah itu je ada ;)

Hany kalau dah tahu tak kan sempat makan proper ni, hany akan ambil makanan yang boleh galakkan penghasilan susu. Kalau cheese ni dengan hany, alhamdulillah okay. So takder lah risau kan adra kan. Hany bedal sorg je pie tu...husband makan sikit je. Eh adra pn beriya nak jugak dia.

Sampai KLIA2, nak masuk kat kastam tu, cek tu no flight kan sebab nak tahu gate mana, demmit status CLOSED ok. GATE CLOSED. Seriusss cuak gilerrr weh. Pergi kastam tu, sambil cek sambil tanya boleh masuk lagi ke ni,status dan closed. Boleh lagi dia jawab. Carrier memang tak yah bukak kalau lalu kastam.

Husband pecut dulu ke depan, hany follow je dari belakang. Dalam hati berdebar giler kot dah tak boleh masuk kan. Sekali dengar tak dnegar je announcement AK6442, fuhhh lega sikit. Bila sampai di gate J6, ramai lagi duk beratur untuk cek tiket. Fuhhh berpeluh ketiakkk... masa ni lah adra start hekhekhek dia. Sebabnya memang time tido lah, lepas maghrib ni.

Dapat seat tepi tingkap, senang nak tunjuk tunjuk pada adra kalau dia mengamok. 1st time okay bawa infant ni. Pramugara suruh pakaikan adra seat belt, okay kami jakun takreti. Tanya lah camni nak pakai. Rupanya kena attach dengan seatbelt hany. Hehe experience;)

Alhamdulillah, adra okay, adalah cranky sikit. Sebabnya dia tak boleh tidor. Anak bertuah ni memang kalau bising susah nak tidur. Elok masa nak take off, hany bagi susu...sekali adra boleh pulak duk perati peramugara yabg duk bagi cara cara pakai seatbelt bagai tuh. Haha hamboi anak dara ni, berminat dengan peramugara ker kakaka...

Dah take off semua,still tak tidur...duk main kertas la duk tepuk tepuk seat la...lepas tu dia dah mengantuk sangat, dia menjerittt high volume, tiba tiba okay. Semua pandang, makcik seat sebelah sana tu sengeh je. Terus hany baringkan bagi susu. Barulah nak tido, eh tiba tiba nak landing dah. Serius sekejap je rasa.


Happy kemain ha, main main dengan abi dia. Alhamdulillah..selamat sampai ke Kelate. Terus pegi solat dulu...

Dingdongdingdong, hany makan nasi adalah pada 11.30malam. Gemok tak gemok, belakang kira lah...janji dapat makan. Allahuakbar, terasa nikmat giler. Alhamdulillah, naseb tak gastrik kan.

Syukur semuanya dipermudahkan...okay incik suami, adra dah boleh di bawa naik flight, jommm pegi jepun, jumpa sarang ;)

Tuesday, June 23, 2015

Puasa dan Menyusu...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bagi first time mommy macam hany ni, huiii ada la jugak kerisauan, tapi bila fikir balik...mesti lah okey je kan sebab tu semua kuasa ALLAH. ALLAH dan jadikan terbaek, puasa tu memang wajib, menyusu anak tu pun syariat kan. InsyaALLAH boleh menyusu walaupun berpuasa.

Tapi, yer lah kan...kena lah bersedia jugak. Rasanya ramai yang share macam mana pengambilan makanan dan minuman waktu berpuasa ni. Jangan cerita bab supplement lah kan, memang banyak je supplement kan. Tapi, makan dan minum tetap kena jugak kan. Jangan harap pada supplement ajer. Tapi makan minum tak jaga langsung.

Hany, untuk puasa kali ni memang tak ambil apa apa supplement lagi. Hany nak try secara biasa. Maksudnya makan dan minum yang betol betol lah.

Untuk hari pertama puasa, hany ikut apa yang ramai orang share. Minum air masak sejam segelas. Maksud nya malam sebelum puasa tu, minum sejam segelas air. Kental ok hany ikut. Hahaha walau pun dah tidur, tapi adra kan jenis kerap bangun nyusu, lepas susukan dia gigih bangun pergi dapur minum air. Dengan mata celik tak celik je. Lepas ni kena letak botol air kat tempat tidur.

Sahur, nasi dgn sayur ayam goreng. Minum air masak susu dan kurma. Hmm alhamdulillah puasa pertama kan mendung aje, hany pun gatal keluar dengan adra pergi bank la,ambil baju raya lah...haha boleh tahan penat jugak lah sebab dukung adra ni. Balik rumah sikit flat la,tapi alhamdulillah...

Lepas tu hany amalkan BERBUKA DGN SUSU CAMPUR KURMA. Sahur pun sama. Alhamdulillah... caranya 3biji kurma tu, hany carik carik kan, dam masukkan dalam susu. Buat suam pun boleh,sejuk pun boleh,selalunya 6.30 hany akan masukkan kurma dalam susu,biar kan je.then kul7, hany akan rendam gelas susu dan kurma dalam air panas, nnti kurma akan kembang la. 7.26 berbuka. Besh suam suam aje...

Alhamdulillah bertenaga jugak. Setakat hari ke5 ni memang hany tak ambil apa apa supplement. Alhamdulillah... takde lah melepek je penat kan. Lagi satu adra boleh tahan, suka ngempeng...kuat menyusu jugak. Selalunya cepat lapar, tapi mungkin hikmah ramadan, takder lah lapar beriya kan.

So,korang boleh cuba jugak lah cara ni.mungkin berkesan jugak untuk korang...

Monday, June 22, 2015

Masih boleh di order...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, Sampul duit raya kini dibuka untuk preorder. Ada Frozen, Runningman, Hello Kitty, Big Hero, Avenger...



Ini adalah pre order. Jadi Konsep dia semua paham kan, kalau pre order ni. Pilih design mana nak, then wassap hany 019-959 7323. hany akan bagitahu info semua serta no akaun bank. Bayar dan hany akan lock order korang dengan supplier. Bila sampul siap hany akan pos pada korang. InsyaALLAH, hany takkan tipu. Last year dah ada yang order. tak berkat makan duit tipu.

Sampul raya masih boleh di order, sehingga??? Sehingga insyaALLAH akan diberitahu,sebabnya supplier ada inform, stok ada lagi,tapi selling fast yer. Apa apa wassap hany dulu.

1 paket sampul ada 10 keping berharga RM5, siap pada 6julai...

Untuk Order sila wassap 019-959 7323 -Hany


















Selamat memilih.... ;)

Saturday, June 20, 2015

Sampul Duit Raya Frozen, Big Hero, RunningMan...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, Sampul duit raya kini dibuka untuk preorder. Ada Frozen, Runningman, Hello Kitty, Big Hero, Avenger...

Sila klik more untuk gambar serta info berkaitan order....



Ini adalah pre order. Jadi Konsep dia semua paham kan, kalau pre order ni. Pilih design mana nak, then wassap hany 019-959 7323. hany akan bagitahu info semua serta no akaun bank. Bayar dan hany akan lock order korang dengan supplier. Bila sampul siap hany akan pos pada korang. InsyaALLAH, hany takkan tipu. Last year dah ada yang order. tak berkat makan duit tipu.

Sampul raya masih boleh di order, sehingga??? Sehingga insyaALLAH akan diberitahu,sebabnya supplier ada inform, stok ada lagi,tapi selling fast yer. Apa apa wassap hany dulu.

1 paket sampul ada 10 keping berharga RM5
Untuk Order sila wassap 019-959 7323 -Hany


















Selamat memilih.... ;)

Friday, June 19, 2015

Sampul Raya Frozen...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, Sampul duit raya kini dibuka untuk preorder. Ada Frozen, Runningman, Hello Kitty, Big Hero, Avenger...

PreOrder sehibgga 20june yer. Kalau boleh hany taknak lanjutkan lagi, sebab next week hany balik kampung, jadi taknak kelam kabut. Kan tak pasal pasal silap order korang kan.

Ini adalah pre order. Jadi Konsep dia semua paham kan, kalau pre order ni. Pilih design mana nak, then wassap hany 019-959 7323. hany akan bagitahu info semua serta no akaun bank. Bayar dan hany akan lock order korang dengan supplier. Bila sampul siap hany akan pos pada korang. InsyaALLAH, hany takkan tipu. Last year dah ada yang order. tak berkat makan duit tipu.

Okay, pre order ni dibuka dari sekarang sehingga 20june2015. Sampul akan siap pada 4Julai, hany akan pos terus bila dah sampai pada hany.

1 paket sampul ada 10 keping berharga RM5
Untuk Order sila wassap 019-959 7323 -Hany


















Selamat memilih.... ;)

Thursday, June 18, 2015

Sahur... TQ 'jam cilik'....

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa, dah habis hari pertama ramadan kan. Alhamdulillah... dipermudahkan segalanya, aamiin.

Pagi tadi nyaris terlepas sahur, naseb lah jam cilik, Adra ni yang bangun nak menyusu elok kul5 pagi. Kalau tak memang tak sahur lah kitorang hari ni. Alhamdulillah juga, walaupun macam penat sebab Adra banyak kali jaga malam, tapi kurang kurang dia bangun untuk nyusu tu, bagus lah kan boleh ransang susu. InsyaALLAH makin banyak la penghasilan sebab demand tinggi...nanti supply pun akan tinggi ;)

Sebab tu lah kena masak untuk sahur awal awal kan, untuk kes macam ni lah. Kalau dah lewat, panaskan aje then terus boleh makan.

Sebenarnya masih macam tak sangka dah ramadan balik rupanya. Cepat giler masa berlalu.

Wednesday, June 17, 2015

Ramadan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah...esok kita bertemu kembali dengan Ramadan. Allahuakbar! ALLAH panjangkan usia kita untuk kita sama sama merasai Ramadan, bulan yang penuh Barakah, bulan yang banyak keistimewaan. ALLAH sayang kita, sebab tu kita masih jumpa Ramadan ni, untuk kita beramal sebanyak mungkin..insyaALLAH.

Kadang kadang sayu pun terasa jugak, sebab teringatkan kampung. 1, mak puasa sorang sorang. Yer lah kalau puasa raya mesti mak hany nak kat kampung. Senang bagi dia kan, kenal semua tahu selok belok semua. 2, hmm rindu puasa di kampung pun ada. Seronok tau puasa kat kampung kan. Haishhh takleh layan sangat, nanti kesedihan berpanjangan.

Cuaca hari ni pun, mendung tak mendung, panas tak panas je. Alhamdulillah...sempena nak ramadan kan. Allahuakbar!

Tahun ni, memang hany tak dapat la berterawih berjemaah di surau. Walaupn adra dah 7bln lebih, tapi hmmm kalau bawak, pasti ganggu orang lain. Dia kalau mengamok suara high volume terus. Lagi satu kul8lebih tu memang time tido dia lah. Takper lah, kalau berkesempatan buat je kat rumah kan.

Okaylah, salam ramadan kawan kawan. Selamat berpuasa...

Tuesday, June 16, 2015

Carrier dan Car Seat

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha carrier ni banyak jenis kan. Macam hany amek SSC Soft Structure Carrier, Brand Boba. Haha selepas menabung, ini je mamfu.


Carrier ni bagi hany memang mudahkan kalau jalan jalan tu, sebab Adra memang taknak duk dalam stroller. Dah lama tak cuba masukkan dalam stroller. Dah besar ni mungkin boleh cuba balik la,kot dia nak kan. Tapi memang senang dengan carrier ni lagi lah bagi hany.

Tapiiiii,
Kena ingat carrier ni memang tak boleh digunakan masa dalam kenderaan. Contoh kereta, katakan la anak taknak duku carseat,so nampak sennag je kan masukkan dalam carrier je lah,then duduk je dalam kete, setel. TAK BOLEH, NOT RECOMMENDED. Sebab nya kita akan jadikan anak sebagai air bag. Bayangkan, kalau terjadi kemalangan, anak memang tak selamat la.

Jadi, while in the moving vehicle, kena guna CAR SEAT. Car Seat adalah selamat untuk anak. Nak taknak kena jugak guna kan. Especially kalau bergerak dengan baby yang tak boleh duduk lagi, bergerak berdua dgn baby je ke kan.

Adra, masa kecik memang takmau duk carseat. So memnag kemana mana hany la riba. Walopun tahu bahaya kan, sebab tak selamat macam dalam carseat. So semalam, hany terpaksa keluar untuk poskan barang customer. Payment dah dibuat takkan nak tunggu weekend kan. Lama lagi. Sambil boleh latih Adra duk car seat. Dalam hati nekad,kalau dia melalak...naseb la...sebab memang hany dengan Adra je.


Haaaa....ni masa on da way balik. Masa pergi bagi dia kotak. Main lah dia. Alhamdulillah...ralit dia. Sesekali dia pandang keluar sebelah tepi dia tu. On da way balik dia duk gigit tali carrier dia. Sampai tertido.

Sepatutnya, belt utk carseat tu kena pakaikan smpai atas bahu adra, tapi bila pakai dia tak boleh gerak. So hany longgarkan pakai dipinggang ajer. Hehe kena ajar jugak lepas ni,pakai betol betol belt tu.

Alhamdulillah...pergi dan balik, okay ajer. Cumaaaa dalam pos office adra buat konsert.hahaha sebab dah masa tidur dia. Mengamuk la kan. Hehe bertabah aje lah sampai siap semua.

Monday, June 15, 2015

Lagi 5 Hari...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa....
Masih ada 5 hari lagi untuk Preorder sampul raya. Hari ni dah 15jun kan, preorder sehingga 20jun. InsyaALLAH sampul akan siap by 4 Julai...sampai je hany akan terus hantar pada yang order.



So kalau berminat, sila rujuk entry kat atas ni untuk design yang ada. Inform hany mana yang berkenan. Wassap di 019-959 7323. Nanti hany akan reply details yer.

Ada sampul raya Frozen, Minion, Big Hero, Hello Kitty, Avenger, Running Man.

Okay, jom cepat cepat order yer kalau berminat.


Thursday, June 11, 2015

GOJES by Qaseh Gold

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Gojes by Qaseh Gold adalah produk terbaharu dalam rangkaian produk Qaseh Gold. Diperkaya dengan kolagen marin, teratai, ceri, argan, sakura dan astaxanthin… formulasi makanan Sunnah Gojes by Qaseh Gold menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan secara semulajadi! Ramuan botani eksklusif diadunkan bagi memberi kelembapan serta menyerlahkan kulit seperti jeragat, kulit kusam dan kering, Insya-ALLAH. Diperlengkapkan dengan proses pengilangan yang islamik, yang menitikberatkan konsep halalan thoyyiban.

YANG PENTING.... IA SIHAT, SELAMAT & SEMULAJADI!

******************************
KEUNIKAN RAMUAN GOJES
******************************
Madu, Kurma, Delima, Cuka Kurma, Kolagen Marin, Teratai Salju, Ceri, Argan, Sakura, Astaxanthin, Garam Bukit

ARGAN
🌸Membantu melegakan masalah kulit berjerawat
🌸Membantu mengurangkan parut
🌸Bagus untuk mengurangkan masalah rambut gugur
🌸Membantu melindungi kulit daripada kedutan pra matang
🌸Membantu mengurangkan kedutan bawah mata
🌸Menyokong keanjalan kulit
🌸Membantu mengurangkan ‘stretch mark’ pada kulit akibat proses kehamilan

TERATAI SALJU
🌸Membantu pencernaan
🌸Membantu mengatasi keletihan
🌸Membantu meningkatkan metabolisme sel
🌸Memperbaiki kualiti tidur

BUNGA SAKURA
🌸Membantu mengecilkan pori serta menyerlahkan warna ‘pinkish’ pada kulit
🌸Membantu memperbaiki tekstur kulit
🌸Menyokong kelembapan kulit
🌸Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif

BUAH CERI
🌸Menyokong keanjalan kulit
🌸Membantu proses baikpulih sel & tisu badan
🌸Membantu menyegarkan kulit
🌸Membantu mengatasi asalah kulit kusam
🌸Membantu mengurangkan kedutan

KOLAGEN MARIN
🌸Menyokong kelembapan kulit
🌸Membantu mengurangkan kedutan
🌸Mencantik & menyuburkan rambut
🌸Membantu mencerahkan kulit
🌸Membantu mengurangkan pigmentasi

CUKA KURMA
🌸Membantu melancarkan perjalanan darah
🌸Membantu pencernaan
🌸Membantu proses penyingkiran toksik

ASTAXANTHIN
🌸Membantu mengurangkan garis-garis halus
🌸Menyokong keanjalan kulit
🌸Menyokong kelembapan kulit
🌸Membantu mencerahkan kulit


💥GOJES by Qaseh Gold membantu atasi masalah:
✔KULIT KUSAM
✔KULIT KERING
✔KULIT TAK SEKATA
✔JERAGAT
✔KEDUTAN
✔JERAWAT
✔STRECHMARK

🌸 ==========================
PROMOSI PRA PELANCARAN GOJES
==========================
🌸 Setiap Belian 2 (Dua) kotak GOJES akan mendapat 1 (Satu) Sampel SERUM GOJES PERCUMA!!

1 kotak (20 sachets, 15ml/sachet) - RM140 sahaja. Sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran tapi LEBIHHH KHASIATNYA!

Pssttt... Raya dah nak dekat nie, korang mesti nak KULIT LEBIH CERAH, LEBIH GEBUS, LEBIH ANJAL, LEBIH GLOWING2... pendek kata LEBIH GOJES kan?

So, let's GOJES now!

--->> 019 959 73 23 HANY

💥So, let's GOJES bersama kami sekarang!

Wednesday, June 10, 2015

Masalah Baby Tidak Berak....

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Oppssss...maaf penggunaan perkataan berak ye. Hehehe membuang air besar, poo poo hehe...

Okay, hany ada baca lah dalam 1group ni, kerap kali ada yang bertanya anak dia dh 3 hari xmembuang, baby saya dah 5hari tak membuang. Kenapa ya? Risaunya...blablablabla...

Mengikut pengalaman hany yang secoet ni,baru 7bln++ jadi ibu ni. Adra masa dalam pantang memang sehari dalam 3,4kali berak. Tapi ada risau sebab membe cakap sepatutnya baby dalam pantang 7,8kali berak sehari. Tapi ada yg cakap kan full breastfeed,normal la 3,4kali. Last last xyah amek pusing lah. Janji anak berak, perut tak kembung, anak menyusu elok.setel!!!

Lepas dah balik ke rumah sendiri...pernah adra tak membuang 4hari. Risau giler sebab tu 1st time jadi macam tu. So gegas la ke klinik. Doctor cakap NORMAL ni kalau menyusu badan, ada yang tak berak 1minggu pn ada. Memang normal,jangan risau doctor cakap. Ok then,balik je lah sebab doc kata normal kan. Doc pun ada masukkan jari,dia kata ha najis elok cair je,cuma sikit je ada...sebab tu xberak lagi.

Tapi logik jugak, sebab nyusu badan, jadi agaknya semua nutrien tu diserap oleh tubuh,jadi yang tak diserap sikit sangat utk jadi najis. Sebab tu sampai berhari hari tak berak kan. Adra paling lama xberak 1minggu. Haha kesian je dengar kan, tapi alhamdulillah ok je dia, tak meragam pun. Tiba masa berak,maka berak lah dia. Najis pun macam biasa taklah banyak benau.

Lepas tu,hany dah kalih dah. Bila dia lambat berak. Belajar dari pengalaman kan. Tapi hany memang selalu apply SENAMAN KAYUH BASIKAL tu. Supaya najis dia senang bergerak gerak hahaha.

Now,bila adra dah makan, paling lama tak berak 2hari. Itupun kalau dia makan sikit. Kadang kadang dia xmau makan. So sebab tu lah 2hari baru berak. Kalau dia makan elok, setiap hari dia berak. Ni kes untuk yang fully bf lah.

Kalau untuk fm, hany dengar melalui kawan kawan, kemungkinan susu tak sesuai dengan anak. Ada yang sarankan tukar susu lain. Katanya kalau fm ni baby mesti berak tiap tiap hari, kalau tak tu risau kot ada masalah ke apa kan. Wallahualam, itu apa yang membe hany share lah...

Bagus jugak,amek tahu semua kan. Sebab pengalaman setiap orang berbeza.

Sampul Duit Raya Frozen

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah...tahun ni masuk tahun ke2 hany jadi pengedar sampul duit raya ni. Untuk entri ni, hany paprkan sampul frozen sahaja. Fokus satu satu jenis lah. Kalau nak tengok semua, sila ke entri kat atas yer.

Ini pre-order, maksudnya...pilih design mana berkenan, then order serta bayar. Dah siap nanti hany akan pos kan,atau by hand kawasan berdekatan lah. Untuk info, boleh wassap hany di 019-959 7323.

Untuk harga, sepeket ada 10keping berharga rm5.

Ini tahun lepas punya...serius cantik, gambar memang xpecah la

Material adalah glossy paper,30gsm. Honestly memang design cantik dan gambar tu memang tak pecah. Menarik.






Dalam banyak banyak design, frozen ni memang laju. Selling fast gitu. Last year sampaikan hany terpaksa bagi bahagian hany pada customer. Sebab customer order lambat, bila dh tengok hasil yang dah siap barulah berduyun duyun nak order. Tapi supplier memang cetak berdasarkan order lah. Jadi hany yang preorder je ada.

Kesian kat customer,bagi lah yang hany punya kan. So harapnya tahun ni, kalau berminat order semasa hany buka ni lah. Pre order sehingga 20june, 4,5julai siap.

FR01 adalah feveret. Selalunya fr01 lah yang lagi laju jualan nya. Tahun ni pun sama jugak, fr01 dah ramai yang order.

Lagi sekali, preorder sehibgga 20june. Sampul dijangka siap pada 4,5julai. Sepeket berharga rm5 ada 10keping. Untuk order atau sebarang pertanyaan sila wassap 019-959 7323, wassap,msg ke,weechat ke,telegram ke.

~TQ Dear~

Followers