Assalamualaikum,
yer, 2,3 hari ni...semuanya entri autopublish jer yang keluar kat blog hijau nih kan. ahahahaha serius tak nyempat nak buat autopublish entri. yang promote blog ni, semua hany dah siapkan masa weekend lepas. sebab taknak la tergendala tang promote blog tu kan. hehehe rela ok tak buat entri, tapi buat jugak tang promote blog nih.
Isnin,
hujan renyai renyai...kereta tak banyak lagi aprk depan ofis. ntah macam mana, hany pilih nak park sebelah kereta membe hany, plat MAN. hany nampak macam jauh la lagi, so dengan slowwwww nya hany masuk parking, sekali DUMMM (eh bukan bunyi mcm ni, tapi tak tahu nk describe bunyi camner), aaaaaaa terlanggar pulak kereta mamat ni. aaahhhh nampak jauh lagi, siot la boleh kena plak. masuk parking elok elok, keluar dan tengok kereta member tuh.
"hanybunny, apa ko buat ni" kata si mamat tu, tapi masih duduk dalam kereta, rileks je member tak gelabah langsung.
ini kereta membe, kereta MZ...takde gambar...ahaha malas nak amek. nasib ko lah hany, pagi pagi dah buat hal. lepas tu camne la boleh cuai sangat kan. macam lah hari ni first day bawak kereta. aaahhhh. benda dah nak jadi.
ada orang kata, kalau permulaan pagi tu tak bagus, maka seharian lah hari ko tak bagus. wallahuallam, jangan terlalu percaya. tapi sudahnya hari isnin tu, jam 10.30malam baru balik rumah. ahhhh banyak kerja weh. dah lama tak stayback kat opis sampai malam. boleh tahan la penatnya.
Next week, ada exam untuk amik cert. giler la, satu haper pun tak study nih...kena make sure LULUS, kalau tak...matik la nak menjawab dengan bos.takper usaha usaha ok. jangan give up.
Aperpun, lepas ni berhati hati hany, keluar rumah naik kereta, ingat baca doa dan ayat Qursi. InsyaALLAH dilindungi sokmo...ameeen