• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Bagi sikit kata kata semangat buat si hijau ni….
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Bagi sikit kata kata semangat buat si hijau ni….
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Semalam masa duk blogwalking bagai, hany terdampar di sebuah blog ni, hehehe terdampar ok. ayatttt tak hengat you…!ada hadiah dan boleh dapat free domain. tapi domain adalah .my hehee okaylah kan .my pun .my lah. tapi domain ni, hany free untuk setahun sahaja lah. dannnn domain free ni hanya untuk 1500 yang terawal. setakat semalam hany register, dapat free lagi.
Katakan lepas ni nak renew, hanya bayar rm20 setahun sahaja.
Hany dah buat semalam, hany takde bayar apa apa, dan invoice yang dapat pun dah tertulis PAID.
Tapiiii domain hany masih pending lagi status nya. Kena tunggu dalam 48jam untuk di proses atau di luluskan. hehehe tak apa lah tunggu saja….
okay, untuk tahu cara mendapatkan free domain ni, sila lah ke http://www.coklateyes.my . Untuk lebih spesifiknya, baca di entri ni yer…
http://www.coklateyes.my/2012/12/soalan-hantu-cara-dapatkan-hadiah-hebat.html
So, kalau nak tu, cepat cepat lah melawat blog coklateyes ni yer, dan baca langkah langkah dengan teliti ok. GOOD LUCK, and thank you COKLATEYES.
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Minggu ni, Ofismate ada datang hantar barang, so hany jadik tourist guide la konon kan. Haruslah bawak makan tempat yang besh besh.hehehe tapi dorang dah ada senarai dorang sendiri kan.
1) Makan tengahari tak kesahla kat mana
2) Makang sotong, ikang, udang celup tepung
3) Minum air buah gelas besar
4) Pergi beli kopok lekor
Ha, itu senarainya, dorang sampai memang ngam ngam waktu lunch, so hany terus bawak pergi kedai nasi kukus Alias. Kedai ni banyak pilihan lauknya. tapi hany takde ambil apa apa gambar.
Then, petang nya lepas kerja hany bawak dorang makan celup celup tepung ni. kitorang pergi ke Pantai Teluk Ketapang, yang dekat dengan airport tu. kitorang makan di food court, nama kedai PAK ASIN. Kedai dia tengah jugak la. selalunya memang kedai dia ni jer yang ramai orang.
Malamnya bawak dorang minum di AIr Buah Gelas Besar, terletak di seberang takir or bukit tok beng. Memang tempat ni glemer la dengan air buah yang sodap, pekat liakt terasa buah nya.Kalau melalui jalan menuju ke Airport, kedai ni memang terletak di jalan menuju ke airport la. sori tiada gambar jugak, sebab malam tu hujan, malas nak amek gambar…
Keesokan nya, Breakfast kedai tepi UMT, kedai nia da nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, pulut kuning. so far makanan dia sedap ;). semua sedap aku nih.
Tengaharinya,Makan di kedai makan Cik Ta Itek Serati. ha ngko itek gituh. tapi hany tak makan itek lah.ehehehe takde gambar jugak. Petangnya lepas beli kopok lekor di Losong, ha kitorang suka beli kopok losong di kedai ADNAN. pergi jer ke kawasan losong tu, kawasan yang ada kopok lekor tuh, nanti carilah ADNAN kopok lekor tu.
Sebelum dorang gerak balik, dorang ajak minum, kitorang minum di gerai yang bawah jambatan tu, di pulau kambing. ahaha kedai nya sempoi jer, kalau tak biasa makan kat gerai jangan la pergi sini kan. kitorang makang Pulut Lepa, ketayap, roti nan. hehehe
Lepas tu, malam nya hany makang rojak share dengan mak hany. ahaha makang lagik…
haaaa begitulah hari makan makan ;)
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Ha, gila & suka. macam mana tu. hehehe jangan risau masih waras lagi ;) Nak bercerita pasal KEGILAAN. Rasanya tak sesuai kot perkataan KEGILAAN tu, tapi tak per lah taram saja.
1) CHAR KUEY TIAW
- Serius, rasanya memang hany agak gila, asyik nak makan CKT ajer. ada satu hari tu balik ke Equine sana, jumaat malam hany pergi makan CKT sorang sorang sebab MZ keje malam. Gasak la kan, sebab teringin sangat nak makan. Lepas tu sabtunya, MZ berpuasa kalau tak silap. Dia malas nak fikir makan kat mana….hany ajak pergi makan CKT lagi. ahaha hany boleh tak cukup 1pinggan ok. MZ yang berpuasa steady je makan. last last hany order 1pinggan lagi…Niat hanti nak makan sorang sorang, sekali macam tak sampai hati…share lah dengan MZ.ahaha tamak kan…
- Kat Ganu pun mencari CKT jugak, tapi ntah hany rasa macam susah pulok nak jupe. Ada sekali pergi Mydin Mall, naseb la ada yang buat CKT. Lepas tu, 2hari lepas pun makan CKT lagi.ahahaa gilerrrrrrr;)
2) DURIAN CREPE
- Ni pun giler jugak, tapi sekarang dah tak sangat sebab kena sound dengan MZ. dia suruh makan durian yang buah tu jer. sebab durian crepe kan ada campur mcm krim ke apa orang panggil tu. MZ tak bagi hany makan banyak banyak.
- Hari rabu ke khamis, dah order dengan akma kat ganu ni, lepas tu pergi equine order lagi.aaa sodapnyaaaaa…pastu balik ganu order lagi.ahahaha ok itu last kot…hehehe takmoo order dah ;)
Kesukaan Pulak…
Hany, kalau dah suke sesuatu tu contoh atudung ke baju ker, haa siap lah mesti asyik pakai yang tu jer. hehehe…contoh macam tudung ni…
TUdung ni corak dia macam baju askar sikit, ada hijau askar tu,ada grey and hitam. makanya bila dah ada hitam tu, ikut suke hati jer nak pakai kan. suker tudung ni sebab dia awning lembut tu bukan hard awning, so takkan kemek la. Lepas tu, tudung ni pulak besar. so sangat selesa. SIze L.
Sudahnya, pakai baju hitam tudung ni, pakai baju grey tudung ni, pakai baju dark pink pun tudung ni.ahahaha ada aku kesah! Tapi adalah jugak yang perasan dan tegur. ahaha habis dah selesa kan.
Dah dua orang tegur asyik pakai tudung sama jer. alaaaa nyah, i pergi kerja tak ada la pakai tudung ni jer. U tak pernah tengok i pergi kerja, lepas tu kebetulan u jumpa i memang i pakai tudung ni…jangan la kutuk i nyah…ahahaha tu tak kira lagi yang tanya, “Apsal ko pakai tudung besar besar ha?”
Apakah yang harus ku jawab, takkan u tak faham lagi nyah? Takpe lah i senyum je dengar soalan u tu…;)
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
NAMPAKKKK??? 63 jam tanpa henti okay!!! so korang bolehla lepas lepak kedai mamak tu, kul1 pagi pergi shopping buku. Takpun agak agak boring takleh pejam mata kan, bangun cuci muka sikit, tukar baju…eh takpun pakai jer baju tidur, then pergilah shopping buku jam 3pagi pun kan.
Akan di adakan di MIECC, Mines tuuuu. bermula 7.December pukul 6.30 pagi tau, sehinggalah 9.December jam 9.30 malam.
Hany rasa macam nak pergi, sebab memang berbaloi lah kan, buku pun rm8, rm5. lagipun nak cari kolek sophie kinsella. last year dah beli buku buku dia ni. Hany dah cek ada lagi beberapa buku dia yang hany tak ada. so hopefully ada lah mana mana buku yang hany tak de lagi tu kan.
so kawan kawan, jommm serbuuuu!!! ;)
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Ha, ramai yang bertanya kat mana sebenarnya lokasi Bajet Chalet yang hany up kan sebelum ni kan. yess, sangat bajet ko. ahahaha…semuanya basic jer kan.
Lokasi sebenar adalah di PULAU DUYONG. dan berada di Duyong Besar. Kiranya Duyong Besar ni kampung di dalam Pulau Duyong. Ada 3kampung iaitu Duyong Kecil, Duyong Besar dan Pulau Ketam. alaaa kecik jer pulau nya, Kampung hany kat Duyong Kecil.
Korang jangan risau, kalau korang ke Terengganu, korang akan jumpa la signage ke PULAU DUYONG. sebab PULAU DUYONG ni adalah tempat di anjurkan MONSUN CUP. Bila dah sampai ke PULAU DUYONG tu, korang tanya jer lah penduduk kampung kat mana chalet Pok Awie. Pasti mereka kenal.
ini jer yang mampu hany buatkan untuk korang
Jarak PULAU DUYONG ke Bandar Kuala Terengganu ni, +- dalam 30minit la kalau naik kereta kan. kalau naik bot tu dalam 15minit jer. Chalet Pok Awie ni memang mengadap Bandar KT.
Hany ada search la pasal entri yang orang lain up kan mengenai chalet ni, sini ada link, korang try la ushar. apa kata mereka. so far semuanya pergi dah lama la. hany pergi latest, adalah last week. hujung bulan 10. Masa dorang semua pergi harga RM15-RM20 jer. giler murah kan ahaha…
http://cheeseburgerbuddha.blogspot.com/2011/12/revisit-to-awis-yellow-house-located-on.html
http://farisaz.blogspot.com/2010/04/16-and-otai-ish_13.html
Dari dulu sampai sekarang, Pok Awie tetap dengan pendirian dia, sebabnya dia hany ada lebih kurang 10bilik sahaja. kalau lah dia tambah lagi, for sure la lagi bagus dan lagi ramai yang boleh stay kan. Tapiiiii alasan Pok Awie adalah kerana dia mahu kekalkan suasana aman, damai dan tenang. kalau ramai ramai pasti bising dan kecoh kan. dan selalunya pengunjung yang stay kat sini adalah datang nak cari kedamaian, ketenangan…
Ha begitu lah kiranya, Pok Awie ni pun sempoi orangnya. Jenis dia kan kalau hany call nak bawa membe datang stay, mesti dia cakap macam ni, “Bawak dulu membe tu tengok2 tempat ni, kalau okay boleh la duduk”.
Kenapa Pok Awie cakap macam tu, sebabnya, dia dah jumpa banyak ragam manusia, especially Melayu lah. datang datang cerewet complaint itu ini. aircond takde lah, itu lah ini lah. sebab tu dia selalu suruh datang tengok dulu. lepas tu baru la buat keputusan.
Okaylah… kalau rasa nak contact number tu, roger hany yer… rohani.bt.hashim@gmail.com
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Sebenarnya bukan minggu yang penat, tapi hany lah yang penat. Mana tak penatnya…alkisahhhh ;)
Minggu lepas kan raya haji, so macam biasalah balik kampung, Ganu dan Kelate. Ahad lepas, Jam 10pagi bertolak dari Kelate ke Pulau Duyong dulu, hantar mak hany. Jam 2petang, kitorang bertolak la dari Pulau Duyong ke Selangor. MZ drive, Singgah Kemasik kejap, lepas tu sambung perjalanan. Dekat Dungun Jem, lepas tu masuk Highway tukar driver, hany drive…
Sekaliiiii…15km sebelum tol karak jemmmm gilerrrrr. siap ada papan macma scoreboard tu bagitahu.aaaahhhh tensi mak nak. time hany drive la dia jem. serius, jemmm gile, sampai kan gerak dia sikit sikit jer, bumper to bumper la. korang bayangkan kete manual, 15km jemmm, secoet secoet bergerak nya. memang menggigil ok!
ELok je lepas bayar tol tuh, hany tanya MZ nak sambung drive tak, dia pun tak larat, dengan mengantuknya lagi. hany memang gigil la, surrender la tak nak sambung, sebab lepas tol jem lagiiiii. kitorang parking tepi jalan, tido dalam kete. ahaha bukan selalu yer nak tido tepi highway ni, time ramai orang camni la berani.
Tak ingat tidur berapa lama, terjaga tu…MZ teruskan perjalanan dia drive. sekali jemmm tak habis lagi, nak menuju tol bentong eh…ahaha sama jugak macam tol karak tuh. secoet secoet…ahaha memang nasib la kan. dah sampai tol bentong, kitorang stop untuk solat SUbuh. walaupun lagi 1jam lebih nak subuh, sanggup berhenti. siap solat subuh, hany lak sambung drive…so far jalan ok, cuma kete banyak la…
Sekaliiii, sampai MRR2, pagi kan…sah sah la orang nak pergi kerja. jemmm lagi disitu ahaha terbaekkk la. kitorang sampai rumaha dalah jam 9 pagi hari isnin. Bertolak Ahad 2petang, sampai Isnin 9pagi. terbaeqqqq. hany dah la kerja kan isnin. tak apply cuti. setelkan basuh baju, jemur…then masuk ofis jam 10.40pagi.
Balik rumah kemas kemas barang lak, sebab selasa nak kena gerak balik Ganu. hany kena station kat Ganu. Selasa, 630pagi dah gerak dah. hany ikut highway baru LPT2, so far memang tak jem lah. dan memang LP2 jimat masa dalam 2jam macam tu la bleh sampai ke Ganu. serius hany tak tidur langsung dari Selangor ke Ganu hari selasa tu, sebab pergi dengan member, jadi takot tak kenal jalan kan. hany drive pun sekejap jer, tapi kagum jugak la, mampu tak tidur tuh. selalunya hany naik kete, nak pulak balik ganu, kompom membuta jer.
Sampai Ganu, sepatutnya kena install server terus, tapi dah jam 4 petang sampai, orang umt cakap esok jer lah kan. serius, memang memenatkan minggu ni. Rasa macam tak ada masa rehat jer, dan yang pasti tak rehat betul betul.
kalau selalu macam ni memang parah laa. Tapi tu lah, dari semua ni, barulah beringat nak jaga diri betul betul, nak kena ada stamina semua kan.
Pagi esok MZ sampai, hehehe rinduuuuu ok!!!
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hany dan MZ dan selamat sampai ke kampung halaman, semalam jam 10 malam. hehe so far perjalanan ok, takde jem. tapi kami bertolak lewat, dan singgah agak lama di kemasik, tu yang lambat sampai.
Esok, dalam jam 10 atau 11 pagi, kami akan bertolak ke Kelantan, dan ahadnya akan balik ke Selangor. Isnin hany dah start kerja. Semalam bawak kete 110 jer. owhhh giler boring. memang la hany tak lari laju pun selalunya, tapi 110 kat highway lengang rasa macam sengal jer.ahaha jom download AES detecter jom…
Berhati hati walau dimana anda berada…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Plan asal nak pergi tengok live di Stadium Shah Alam untuk final Piala Malaysia 2012, semalam. tapiiii setelah mengambil kira dari semua sudut…hehehe banyak jugak la benda difikirkan, maka suami buat keputusan untuk tengok di depan tv, sambil baring baring makan kepek pedas.
Sebenarnya dah lama owh hany tak tengok live kat stadium. memang teringin sejak semi final pertama dengan Selangor lagi. tapi ada kekangan la so tak dapat pergi. takper lah, lain kali jer lah kan.
Rasanya ramai tengok jugak perlawanan semalam kan. Kitorang layan depan tv jer lah, tapi puas hati sikit sebab kali ni ada live di astro HD, 134. kitorang memang tak langgan sport punya, selalunya tengok di 801 jer. semalam puas hati la kan, dapat tengok di HD nya kan. nampak habis jerawat orang ahaha. itu yang ko perati.
Personally, bagi hany lah. memang perlawanan semalam tak sepantas macam perlawanan semi final. kalau tengok semifinal Kelantan dgn Selangor, ATM dgn Lions12. Game tu memang besh.pantas laju jer. tapiiii game semalam pun tetap mendebarkan.ahaha kalau ada siapa ingat game kelate lawan sime darby? hany pergi tengok live masa tu. aaahhhhh sakit hari ok, slow giler game. lepas tu macam banyak mistake jer. ntah apa apa.memang tak puas hati sangat tengok game tu.
Tapi game semalam, memang puas hati lah. berdebar debar okay tengok.ahaha kalah orang yang main kot ko.
ATM, uishhh masa ATM samakan gol tuh memang debor giler lah. cepattt je dia berjayakan samakan gol. ATM bagi hany, semangat diorang kental kan, tak cepat down la team dorang ni. macam masa lawan LIONS12 gak, padahal last minit dah ni, sempat lagi sama kan gol. terus heret ke penalti.
Kelantan, rata rata risau sebab Ghaddar & Farhan tak main. tapi Kelate berjaya terjemah dengan memenangi perlawanan semalam. tapi tu lah, ketiadaan ghaddar dan farhan berjaya naikkan kembali prestari Matyo. Kelate memang dah berpengalaman la sebab dah banyak kali pergi final.dan bermain untuk liga AFC kan.memang kelebihan di pihak kelate la semalam.
Puas hati, sebab matyo dah lama tak score. ni masa berjaya sumbat 1st gol
Kapten Kelate, Piya. hehe hany suka permainan dia, dia cool. jarang la terlibat dgn insiden apa apa, jarang jugak dapat kad. tapi semi final dia dapat kad kuning sebab bukak baju and promote AJihs Nasi Lemak…ahaha lawaks;)
Pemain yang penuh kontroversi. tapiiii kontroversi dia pun prestasi still mantop kannnn.
Gol kemenangan dari Indra Putra. sape tengok semalam? ramai cakap gol bertaraf international…
Farhan yang hany duduk di bangku penonton sebab dapat 2kad kuning. trademark farhan, kasut dia mesti kaler striking…
Aperpun, TAHNIAH ATM dan TAHNIAH KELANTAN!!!
Credit gambar to Muhd Adlan Photography
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Okay, hany promise…buat masa ni, ini adalah entri terakhir mengenai Beijing. ahaha sangat banyak jer entri pasal Beijing. Almaklong la orang jarangggg sangat ke luar negara nih kan. Last keluar dulu adalah tahun 2007, ke Boston. setelah 5tahun baru keluar balik…ahaha maka lagi 5tahun la kot nak keluar lagi ni ;)
InsyaALLAH ada rezeki kan, esok lusa kot kot boleh pergi lagi kan. tapiiii kalau menggunakan duit sendiri, tempat pertama hany nak pergi adalah ke Tanah Suci, Mekah…InsyaALLAH…aamiin.
Takyah banyak cakap, mariiii tengok gambau!
well, macam biasa “bodyguard” mesti mengiringi punya.ahahha ok ok ini last hany panggil korang bodyguard ;)
Kalau pergi Great Wall ni, please la korang kena pakai kasut. jangan jadi macam hany. yerlah kasut nya dah koyak kan, lepas tu beli yang crocs pink tu jer. bukan kasut tutup full pun. dan memang tak sempat nak beli kasut bertutup lain. seriau jugakla naik pakai slipar jer. hany prefer pakai slipar ni sebab lagi selesa dari crocs yang hany beli. Hush puppies ok! ahaha nak jugak bagitahu kannn. so tapaknya tak licin la. tapi yang masalah lah, masa mendaki tu sah sah la berpelu kan, tapak kaki hany basah, dan rasa licin antara tapak kaki dan slipar. bukan tapak slipar yang licin. Apapun ko memang besh hany slumber pakai slipar, sampai kotor kaki…
Ni geng geng dari Ganu. cakap loghat Ganu ok dekat Great Wall…Terbaekkk ah!!!
Dorang ni cakap la, hany lepas jumpa dengan geng geng Ganu dia, terus tersenyum jer muka. padahal sebelum ni macam takde mood. ahaha memang la sebab risau fikir kang licin pakai slipar ni.ahaha Teganu punya pasal…terus OK!
eh eh tak balance…jangan pandang bawah…gayat!!!
panjatttt jangan tak panjatttt. dia punya curam tu boleh tahannn gak la. seb baek ada pemegang.sangat membantu ok.
ahaha nampak ajer orang nak ambil gambar.sempatttt!
Masa kat sini hany agak seriau dan takot, sebab lorong dia sempit, lepas tu mendaki kan, ada yang naik ada yang turun, sekali selisih tu…eiiii rasa macam nak tercampak jer.ahaha imaginasi sangat tinggi…
Majoriti adalah rakyat china jugak yang datang sini.bagus la dorang ni support betol. eh mamat tu macam pakai kot la pulok.ahaha kelas gitu daki Great Wall pakai kot.
hssshhhh penat penat. stop dulu. gambar tak ikut susunan dah ni.
berehat di tepi tepi…ahaha penat weh naik sini…
ahaha burok muke. serius gayat bila pandang bawah. ni baru sikit naik ni.
tak sempat la nak ukir nama sendiri kat sini.
ni pergi pagi ni, orang dah ramai…kalau lewat sikit lagi la ramai orang.
Hany kalau ada rezeki kena pergi lagi la daki Great Wall ni, sebab hari tu naik sampai station 1je kot. serius, kaki krem. dah la pergi great wall dulu,then lepas tu ada banyak lagi tempat nak pergi. memang kremmm kaki. tu lah dah lama tak exercise kan. padan muka ko hany! masa panjat setiap tangga tu, ada yang sampai kena angkat kaki lebih dr 45 darjah tau. kalau kawad kaki mesti angkat 45 darjah kaki kan. ni ada yang lebih lagi sebab mendaki kan. anak tangga dia boleh tahan besar weh. tapiii yesss, Great Experience.
Ko tengok semangat ayah budak ni. sanggup kendong anak dia demi untuk panjat Great Wall ni kan. rela ok. KAsih seorang ayah. dan korang perhatikan, anak dia pegang BENDERA CHINA tu. memang semangat la dorang ni.eiii kalau la aku ada FB bapak dia nih kan, aku tag gambar ni. nanti anak dia dah besar, gambar ni sangat bernilai buat dia…memori nih beb! sebak weh….
Tangga turun ke kanan tu ada kedai souvenier…
Ahaha, hany turun situ sebab nak pergi toilet. siott jer, boleh nak terkencing lak kan. sekali toilet langsung takde air, sinki pun takder. dahla ada anjing menyalak nyalak. terus kenselkan hajat. moralnya, sila lah membuang dulu sebelum panjat Great Wall. mampos ko kalau nak terberak tiba tiba…ahaha terjun la korang dalam semak tu ahahaha….
hurmmm begitulah seadanya cerita ini. ahaha ending yang siot kan.ok lah korang pun dah boring asyik entri Beijing jer. ni last la buat masa ni.nantikan gatal datang, hany buat lagi entri…