Friday, June 5, 2015

Masalah Sembelit Si Anak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa...takyah cite pasal sembelit pada anak anak la, pada orang dewasa pun sangat memeritkan. Bila berlaku pada anak, kesian nya kan. Hadoiiii...tak tu lah, kita sebagai ibu bapa ni nak tolong camne. Tolong terankan ker? Haha silap silap ko yang poo nanti kan.

Adra ada juga sembelit, nak nak waktu hany start bagi makan. Memang lah buat bubur blend bagi halus semua kan,tapi maybe sebab baru start makan kan, usus terkejut agaknya. Haha pandai lah ko. Tapi tidok lah kategori meneran sampai meraung raung tu. No no no bukan camtu yer.

Perasan bila Adra menangis sambil tengok muka meneran. Biasa dia kalau membuang, kecik ke besor ke, dia diam seribu bahasa. Macam amek feel gituh. Tapiiii kalau dia dah menangis tu, ha maybe sebab susah nak membuang la kan. Selalunya kita kena elakkan dati jadi camtu, sebab bila dah gitu,camne lagi kan,benda dah jadi,nak tak nak anak terpaksa meneran la.

Apa hany buat,ni cara hany lah. Lain orang lain cara kan:

1) Adra 7bulan, so makanan dia hany tetap blend lagi, sebab bila tak blend just hancurkan guna sudu, dia mcm nak tercekik je kan. So blend jadi halus, membantu la kan

2) Bagi minum air masak. Yer lah lepas makan kena lah bagi minum air masak kan. Kesiannn anak. Tapi hany bagi lagi dalam botol air masak tu. Yang lepas makan hany suap lain,yang ni lain. Biasa yang botol ni dia hisap dan sembur keluar,takpe biarkan. Tapi mesti ada jugak dia telan. Kira lebih la air masak dia telan.

3) hany selalu buat senaman Kayuh Basikal pada Adra. Lepas mandi ke,petang ke,pagi ke,kadang2 dia duk guling2 pun hany buat. Sambil nyanyi nyanyi "kayuh basikal, kayuh basikal...kayuh basikal balik rumah tok, jauhnya kayuh basikal" haha lagu merepek. Sambil gerakan kaki dia keatas kebawah macam kayuh basikal.

Apa yang hany baca, gerakan ni membantu poo poo bergerak. Haha kelakar tak ayat, macam bantu la poo poo tu bergerak gerak dalam usus, turun ke rektum, ha senang sket nak keluar nanti.

4) hany bagi jugak qaseh junior. Hany selalu campur dalam nasi adra. Alhamdulillah, ramai kawan kawan bagi feedback qaseh junior ni sangat membantu kalau anak sembelit.

Sepupu hany, anak melalak sampai merah bontot,sampai fobia dengan toilet. Alhamdulillah makin elok lepas amalkan qaseh junior ni. Meh la usaha dengan qaseh junior kalau ada yang masalah sembelit ni. Produk tempatan jugak power ok. Jangan pandang produk luar je.

Haaa itu lah, sikit sebanyak usaha dilakukan, demi taknak bagi anak sembelit kan. Maybe kornag pun boleh cuba amalkan apa yang hany amalkan ni... mana tahu serasi jugak dengan anak korang kan...

6 comments:

syalinda johari said...

satu lagi kasik makan betik lenyek...
in shaa allah mujarab..tapi jgn banyak la

Rohani Hashim said...

Ooo betik eh,aku asyik lupa nk beli betik weh.ok ok tq.

Chic Na said...

kesiannya adra.. kecik lagi.. kalo kita pun xtahan sakit.. huhu..

Lady D'yot said...

hanan berak tiap2 hari..kalau dah dua hari tak berak, cepat2 bagi minum yakult..ataupon bg makan pisang atau betik..tak lama pastu mesti terus berak insyaallah..hehe

Rohani Hashim said...

Yer chicna,budak kalau sembelit kesian kan.tp alhamdulillah xde la najis keras ksgt kan.mmg kena jaga la makan dia semua.

Rohani Hashim said...

Yakult sah sah la xleh bg lagi kt adra kan. Pisang adra mcm xsuka,dia mkn je mcm nk trmuntah. Ada je kan. Betik akk xtry lagi lah. Setakat ni akk buat apa yg akk tulis ni je. Maybe nanti nk try bg betik lah.

~TQ Dear~

Followers