Sunday, September 27, 2015

Kisah Pelamin

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya dah lama kisah ni, tapi baru sekarang nak up kan. Hehehe simpan lama lama, dah takder idea baru lah keluarkan ;)

Alkisahnya begini, pasangan pengantin yang nak bersanding ni, pilih pilih la design pelamin kan. Akhirnya berkenan lah 1 design ni, simple je tapi diorang ni berkenan la kan. Alaa bukan nak buat grand bebenor tapi nak juga la bersanding. Maka bagitahu lah kat yang sediakan perkhidmatan tu, ok semu dah deal, dah tempah bagai...maka hari yang dinanti kan pun tiba lah. Eh sebelum tu, meh tengok design yang dipilih.

Haaa ini lah design yang mereka berkenan di hati.

Sekali, sebelum hari yang dinantikan, diorang datang pasang pelamin. Dapat lah yang macam design kat bawah ni. Sedih nya lah si pengantin. Tapi disebabkan takde gambar design ni, tak dapat nak tunjuk. Kesian. Frust sangat sangat pengantin.


Kalau tengok beza jauh jugak kan. Hmmm nak taknak teruskan aje lah, dah dipasang. Nak argue gambar pulok takder sebab gambar dlm hp, hp pengantin boleh rosak pulak.

Kalau korang camne?
Pengantin dapat diskaun rm400 sebab pelamin tak seperti yang di idam idam kan. Hmmm...

    Saturday, September 26, 2015

    SNS Kidz Star

    • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Okay, kali ni entri pasal carseat lagi, tapi yang ni pasal yang kitorang join campaign free rental anjuran paultan. Kami terpilih untuk campaign ni, then kitorang pergi collect la carseat yang kitorang nak rent ni. Kena bayar deposit rm150, nanti pulangkan carseat akan dapat balik 150. Sebab tu percuma kan.

    Setelah difikirkan offer yang paultan buat, kalau kitorang keep carseat tu, deposit burn. Itu jer. Fikir fikir, survey survey carseat pun ratus ratus jugak harga. Kalau tengok brand sns kidz ni, safe and sound, harga carseat ni rm499 di website dia, tengah promo jadi 399. Tapi kitorang hanya bayar 150 je. Jadi amek keputusan kitorang keep je carseat ni. So kiranya beli carseat dengan harga rm150. Okay lah tu, dapat yang baru jugak,sebab masa pasang memang baru keluar dari kotak, dan dapat yang boleh pakai sampai besar jugak lah adra ni.


    Ha ini gambar dari web sns. Ada kaler merah. Kalau dapat yang merah tu cun gilos la. Hehe tapi kitorang dapat yang kaler hitam ni. Okaylah kan.

    Ni dia ada nyatakan group dan berapa kilo, serta kedudukan.

    Manual disertakan. Hehe masa pasang hari tu, geng geng paultan ada ajar jugak cara pasang semua tu.

    Fungsi klip merah tu, kalau katakan seatbelt tercabut, dari tempat clip, yang merah tu akan pegang seatbelt dan seatbelt takkan masuk balik la, jadi carseat tetap still xbergerak. Haha macam pelik je ayat. Buat buat faham la ye ;)

    So far macam ni lah keadaan adra, mengamuk jugak. Ada masa elok je dia. Takpe adra bertabahla duduk. Kejap je pun. Bukan selalu.

    So kawan kawan, bagi hany carseat ni penting jugak. Yer memang harga mahal, tapi ada jugak kan yang murah. Hmmm hany pun taktahu camne nak cakap. Yang pasti kalau kes hany, kitorang akan menabung la untuk beli carseat, sama macam kitorang menabung nak beli ssc dulu. Alhamdulillah rezeki kami, dapat carseat drngan hanya bayar rm150.

      Friday, September 25, 2015

      Penggunaan Car Seat Untuk Keselamatan

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Bila cakap mengenai child car seat ni, macam macam lah kan. Majoritinya anak melalak taknak duduk dalam carseat, nak ibu yang pangku kan. Sama lah macam Adra Rizzqina, macam tu jugak. Melalak masuk carseat.

      Tapiiii, hany memang risau sebab bahaya. Nak lagi kalau perjalanan jaub, sebab tengah memecut kan, incase apa apa jadi memang sangat bahaya. Even kita ni pakai seatbelt, still lagi bergerak, kalau anak kita just pegang je kemungkinan nak terlepas dari kita sangat tinggi. So hany memang paksa adra masuk carseat.

      Masa baby, kitorang dapat carseat yang sweetcherry tu, yang untuk baby. Memang menangis jugak adra tu. Tapi gigihkan juga masuk carseat, sambil hany drive bagi la apa apa untuk dia main. Agak dah bosan dia melalak, lama lama dia lena. Alhamdulillah...



      Ini sweetcherry yang untuk baby, tak boleh laraskan tegak,hany baring camtu je. Ni pun kira dah muat muat je dengan adra ni.

      Apa yang buat kan hany nekad nak guna carseat ni, sebabnya ada satu hari tu, adra peluk hany, kira dia mengadap ke arah tubuh hany. Dalm kereta la ni. Hany pegang la bahagian belakang adra, sekali entah macam mana tiba tiba kereta kat depan emergency brek, husband hany pun sama lah brek mengejut jugak lah. Tubuh adra jadi ke depan ke arah dashboard lah. Hany sempat grab bahagian bontot, sekali bunyi prak, bunyi kat bahagian tulang belakang adra. Seriau giler dengar.

      Risau sangat. Pergi tanya doctor dia kata takde apa apa. Syukur sangat2. Terus la survey carseat yang sesuai sehingga ke toddler kan. Tapi mahai weh, 3 ratus ke atas je semuanya kan. Tunggu punya tunggu, hany pun join free rental carseat anjuran paultan tu. Nanti hany buat entri untuk yang ni.



      Ini masa perjalanan balik kampung. Yang atas tu adra dah start nak mengamuk sebab memang dia tak suka duduk dalam carseat. Lagipun hany tak selalu keluar, jadi jarang la train dia dalam carseat ni. Bagi lah barang yang dia suka main. Main la kejap. Lagi satu dia tak suka belt tu pakai sampai atas bahu. Padahal itu lah paling secure kan.

      Gambar bawah, akhirnya lena. Tapi tu tak bagus tu,sebab pakai belt di bahagian perut je. Tak secure. Tapi tak per lah hany biarkan je, sebab kalau gerak gerak sangat nanti adra terjaga. Dahla susah nak tidur.

      Kalau tak silap hany, Malaysia akan kuatkuasa kan penggunaan car seat untuk baby ni, tak silap 2019 baru start. Haaa lepas ni krna saman la weh kalau baby tak masukkan dalam carseat kan.

      Beli kereta lepas ni, mintak free carseat, takyah mintak la smart tag ke, payung ke, stereng lock ke, mintak carseat yer ;)

      10 Jam Perjalanan

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Alhamdulillah,
      Semalam kitorang sampai ke Kelantan lebih kurang jam 9malam. Hahaha total perjalanan lebih kurang 10jam jugakkk. Sepatutnya around 8jam je lah sebab tak jem sangat pun. Hmmm ntah camno lah sampai 10jam jugak kan. Tapi alhamdulillah syukur pada ALLAH semuanya dipermudahkan.

      Kesian Adra, boring agaknya takleh nak melasak menjerit jugak lah dia. Bertempik dalam kete. Agaknya dia nak cakap, "aaaa stressnyaaa, lambat lagi ker? Nak merangkak ni, nak pusing pusing ni" hahaha kesian.

      Dari Selangor, hany duduk belakang sebab ada carseat untuk adra,dia tidur senang letak dalam carseat. Kena ajar duk carseat ni, safety tu weh. Nak nak untuk perjalanan jauh kan, bukan setakat lenguh meriba, itu no 2,tapi bahaya incase emergency break kan. Apa apa boleh jadi. Seriusly, ajarlah anak duduk dalam carseat yer.

      Muka nak marah kena duk dalam carseat ;)

      Tapi tidur adra paling lama pun 1jam je lah. Itu pun asyik terjaga jaga sebab adra ni memang sensitip, nak kena diammm baru lena.hahaha tak dapek la kan, dah tengah memecut. Mana nak dia sunyi sepi. Sampai di rnr gua musang, solat, makan, mandikan adra. Ada lagi 3jam dari gua musang nak sampai, teru hany pindah duduk depan. Ha adra macam ok sikit lah. Maybe sebab luas je pemandangan kan.

      Owh kan before bertolak, hany breakfast kfc. Hoihhh gile loya dalam kereta. Tak pernah pernah hany loya nak muntah kalau travel balik kampung. Semalam dia datang loya bagai, hmmm maybe sebab ayam kfc, or sebab hany duduk belakang. Sebab masa mengandung hany memang tak boleh makan ayam kfc tu, terus muntah. Tak tahu lah membawa sampai sekarang. Sebab sebelum ni pun raya puasa balik kampung hany duduk belakang jugak. Elok je. Huiii nasib la tak melarat semalam.

      Duk kat depan adra tido 1round lagi. Kemain lena dia. Maybe sebab atas pangku hany dan rasa hangat peluk kot. Dengan hany sekali tertido. 2,3kali husband kejut sebab kepala adra terkulai. Hahaha dah ummi nya tido tak sedor dah.

      Alhamdulillah,
      Jam9 sampai, 10jam perjalanan. Kesian kat husband, kalau sebelum ni gilir gilir juga bawa kete,tapi now susah la nak gilir adra ada kan. Kan tengah hany drive elok lak nak menyusu susah jugak kan.

      Okay lah...hari ni selamat makang daging. Haha muak la kat mana mana daging ;)

      Thursday, September 24, 2015

      Pulang Ke Kampung Di Pagi Raya

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Kami sudah memulakan perjalanan balik ke kampung. Ha yer pagi raya baru bertolak balik kampung. Gara gara nak elak dari jem lah ni. Lagipun raya kali ni, tak ambil bahagian kurban. Akikah Adra pun dah buat masa raya puasa sekali dengan kenduri adik ipar.

      Lepas sembahyang raya, bertolak lah kitorang. Naseb baik Adra elok je 8.45pg dia pun terjaga. Selalunya kul10lebih baru bangun. Excited nak balik kampung ke sayang.

      Masalah pagi raya di perantauan ni, adalah nak makan pagi. Majoriti kedai tutup. Gagah la pergi mamak,sekali mamak pun tutup. Aiyooo..pasrah lah kami ke KFC. Memang penuh org kat kfc. Agaknya semua pun mcm kitorang dah takde arah tuju nak makan. Breakfast kfc, yang nasi dgn 2ketul ayam, siap ada sambal bilis lagi. Sedap la jugak.

      Lepas tu terus la gerak, and now masih kat mrr2. Jeng wehhh, sampai ke zoo masih jem. Adakah semua orang pun bergerak di pagi raya? Aiyooo....konon balik lambat nak elak jem kan. Sepatutnya area ampang tu je yang jem, tak tahu le ada eksiden ke ape ni. Adra dah lama lena, bangun awal kot haha tak cukup tido. ;)

      Salam Aidil Adha buat semua. Berhati hati walau dimana anda berada ye ;)

      Aildil Adha

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


      Buat Semua Umat Islam...

      Wednesday, September 23, 2015

      Qaseh Gold untuk ibu mengandung

      • بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      Assalamualaikum,

      Alhamdulillah Qaseh Gold ni boleh diamalkan oleh semua peringkat umur dan keadaan. contoh, kalau budak ada Qaseh Junior(sehingga 12 tahun), kalau remaja, belum kahwin, dah kahwin, mengandung, sedang menyusukan anak, orang tua, tetap boleh amalkan Qaseh Adinda ni. Alhamdulillah, sebab Qaseh Gold memang tak mengandungi bahan bahan merbahaya. Jadi semua orang boleh amalkan.

      Kat sini ada testimoni ibu mengandung yang mengambil Qaseh Adinda. alhamdulillah, elok untuk ibu dan khasiat tu InsyaALLAH sampai pada baby. Kan apa yang kita makan memberi khasiat buat baby dalam kandungan kan. Jadi ibu kenalah amalkan makanan yang berhasiat, dan kenalah yang Halal dan tak merbahaya…ye dok?

      IMG_6501


      IMG_6502



      HUBUNGI HANY:
      UTK ORDER

      Resepi: Cekodok ke Nugget ni?

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Haaa,
      Sangatlah jarang hany kongsikan apa apa yang hany masak or resepi yang hany masak kan. Hehe almaklum ler, bukan spesel pun, menu biasa biasa je.

      Okay, kali ni teringin nak share. Walaupun dah ada yang share menu ni. Hmmm taktahu ianya cekodok ke nugget. Haha okay mari kita tengok dulu, lepas tu dah sampai part hasil nya, baru lah ditentukan apa nama nya, cekodok kah, nugget kah ;)


      Okay ini bahan bahan nya;
      1) isi ayam dikisar,hany tak beli ayam cincang yang ramly tu. Sebab hany nak amek tulang ayam utk buat bone broth adra. So gigih la kisar ayam
      2)Lada hitam, tumbuk halus
      3)Bawang besar, potong dadu
      4)Daun sup atau daun bawang
      5)Telur, campur garam

      Mula mula, ayam kisar tu hany gaul kan dengan telur. Hany guna tangan je baru sedap nak gaul

      Lepas tu gaul dengan lada hitam, gaul dengan daun bawang.

      Akhir sekali gaul dengan bawang besar dipotong dadu. Sebenarnya boleh je korang tuang semua dalam ayam kisar, lepas tu gaul. Tapi hany tak suka, nanti ada yang tak rata.




      Goreng goreng dan inilah rupa dia. Disebab kan ada lada hitam dan bawang merah, bau sebelum goreng tu sebijik macam prosperity Mcd tu.

      Ha, dah keluar result ni, nak kata nugget ke cekodok ayam? Belasah la,janji sedap dan mengenyangkan.

      Tuesday, September 22, 2015

      Akhirnya, Hamil Dengan Ikhtiar Qaseh

      Assalamualaikum,

      Alhamdulillah dengan izin dari ALLAt s.w.t serta berkat mengamalkan QASEH GOLD ADINDA, sahabat ini menerima berita gembira, kini hamil. Ya ALLAH seronoknya...




      My dear fren, jaga diri yer. InsyaALLAH...semoga dipermudahkan semua nya. aamiin. Untuk mereka yang tengah mengandung juga boleh mengamalkan QASEH GOLD ADINDA ini. Untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.InsyaALLAH...

      Juga untuk mereka yang berusaha untuk mengandung, marilah sama sama amalkan QASEH GOLD ADINDA ni. InsyaALLAH dengan berkat serta izin dari ALLAH...InsyaALLAH.


      UNTUK PERTANYAAN, HUBUNGI:



      Monday, September 21, 2015

      Ellfie Beauty: Kulit Segar & Bersih

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Ha,
      Kali ni nak update penggunaan Ellfie lagi. Wahhh ko beriya pulok ye. Yang ni pun masih gambar pada minggu ke 2 penggunaan. Tapi yang ni gambar muka penuh la, bukan close up macam entri sebelum ni.



      2 gambar kat atas ni hany ambik selepas bangun tido. Gosok gigi, cuci muka dengan air sahaja yer. Terus makan, hahaha sebab lapor sangat. Kalau perasan pore masih macam tu lagi, tak der perubahan sangat kan. Yang ni also menggunakan kamera hp dalam mode auto. No edit yer. Hany edit tambah watermark je.


      Gambar ber 3 ni, hany keluar jalan jalan cari makan tengahari. Makan lagiiii ;). Yang ni hany sapu kan dengan day cream sebelum keluar. Itu jer. Hany tak pakai bedak dah sebab malas sangat kan.

      Honestly, hany suka lah Ellfie ni. Harapnya dapat lah kurangkan pore yang ada ni. Aamiin.

      Korang kalau nak order Ellfie ni, boleh contact hany yer, 019-959 7323.



      Testimoni Ellfie: Minggu Ke2 Guna Ellfie

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Haa kali ni nak update pasal Ellfie. Ingat lagi kan, sebelum ni ada entri pasal hany kini guna Ellfie. Alaaa set cuci muka ni lah. Skincare la kan. Haaa, meh kita tengok result nya setelah menggunakan Ellfie ni.

      Hany guna dah masuk minggu ke2, walaupun pihak Ellfie ada nyatakan selalunya kesan boleh dilihat pada minggu ke3 penggunaan. Hany ada masalah pori yang terbuka. Besar jugak lah kalau tengok. Sebelum ni dah banyak juga guna, tapi hmmm macam takde pembaikan lah untuk pori hany ni. Wallahualam, ke hany tak cukup istiqomah ;)


      Okay, gambar kat atas ni hany ambil dalam 3,4hari guna Ellfie ni. Nampak kan tu pori bosar bosar. Hahaha malu lak ;)


      Okay gambar kat atas ni pulak adalah minggu ke2 penggunaan Ellfie. Nampak pori masih sama kan. Tapiiii korang perasan tak, ada ala ala merah merah tu. Honestly, gambar ni hany edit untuk blur kan mana yang tak sepatutnya nampak je. Yang lain memang tak edit. Memang takde rasa sakit ke perit ke pada muka. Dan so far memang takde penggelupasan lah.

      Sejujur nya, memang hany tak edit pun. Hany ambil gambar guna yang auto je, tak de tukar ke hdr ke, ke beauty ke. (Kamera hp sekarang dh banyak yang flawless kan muka). Itu je setakat ni.

      Owh, hehe kalau korang berkenan nak guna Ellfie ni boleh roger hany. Hehe sebab dah puas hati maka i pun join team Ellfie jual jugak lah. Waaa bukan join apa, jadi agen lah. Harga set Ellfie, 4items, cleanser,toner,day cream,night cream RM120, free pos. Kalau c.o.d pun harga totap sama yer.

      Ha yang ni harga RM120, ada cleanser 30ml, toner 30ml, day cream 10g, night cream 15g. Day cream dia jimat, boleh tahan 4bulan, yg lain boleh tahan 1bln stgh or 2bln.

      Jangan lupa contact hany 019 959 7323

      Sunday, September 20, 2015

      Apa rasa Kalau Sembelit???

      • بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      Assalamualaikum,

      Huisshhh, korang pernah tak baca, kat China doktor buang 5kg najis dari usus seseorang. Gara gara dia sembelit dan lama tak membuang. Bahaya okay, lama lama simpan, naya weh. SEMBELIT, sengsar akan, baca perkataan je dah seriau apatah lagi kalau alami nya. Hany pernah alami masa lepas pantang. DUk ghairah minum coklat, gara gara nak tambahkan susu, hamek kau sembelit kaw kaw.

      Alhamdulillah, QASEH GOLD juga membantu mereka yang mempunyai masalah pembuangan ni. Sebabnya, QASEH GOLD ADINDA ni ada KURMA, serta ARABIC GUM @ ALMANNA. Prebiotik semulajadi. 


      IMG_6977


      IMG_6982


      Alhamdulillah,
      Haaa, kan sedap tu bila baca. Tiap tiap hari membuang, itulah yang sihat kan. Dannn yang bagusnya, anda tak perlu nak ambil itu ini, InsyaALLAH dengan sebotol QASEH ni, pasti memberi kebaikan buat anda.

      Qaseh Gold, 500ml…

      Hubungi Hany:

      UTK ORDER

      Saturday, September 19, 2015

      Qaseh Junior Buat Si Manja Tersayang

      • بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      Assalamualaikum,


      Tahu tak antara kandungan Qaseh Junior adalah terdiri daripada gabungan makanan sunnah. Yer makanan sunnah, InsyaALLAH sangat bermanfaat untuk si manja tersayang. Antara kandungan nya adalah kurma, madu, kismis, delima, zaitun, zafran, gingko biloba, tiin, badam, garam bukit, habbatussauda, bayam, air zam zam, gam arab, zafaran dan pegaga.

      Semua ramuan/kandungan Qaseh Junior ni mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Berikut adalah feedback dari mereka yang telah memberikan si manja mereka QASEH JUNIOR. Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan Qaseh Junior.


      Anak Berselera Makan





      Untuk Pertanyaan mengenai Qaseh Junior, Boleh hubungi:
      019-9597323 (Hany)

      Astro: Redeem Guna Point

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Korang tahu tak yang kita guna astro ni ada point jugak. So setiap point tu boleh la tukar dengan barang ke, dengan movie ke. Hehe hany baru tahu sebenarnya.

      Alkisahnya, kitorang nak terminate astro ni. Makanya selalu lah cek bil guna web tu. Lepas tu, tak silap husband dapat call pasal point ni. Terus lah cek tengok ada 2500 point. Masa ni kitorang tak call lagi untuk terminate. Kalau call pun ada masa sebulan sebelum dipotong. Jadi kitorang cek la apa boleh redeem dengan 2500 ni.

      Tengok movie ada yang 1000 je. Terus lah redeem Fast&Furius 7. Haha harap maklom, kami tak tengok lagi, since ada baby, memang tak jejak la wayang kan. Maka nya dapat lah tengok Fast7 ni kalau tak silap dalam 7hari. Haaa hadap la ko 7hari tengok cite yang sama. Silap silap setiap dialog dah hafal. Tapiiiii hany berjaya tengok penuh filem ni adalah hari ke4, hahaha sebabnya si kenit ni lah. Dia jaga mana boleh tekun layan movie kan. Dia tidur takde lah direct 2jam. Movie 2jam.

      Lepas tu hany perasan ada lagi point 1500, cari cari cari tengok tak de benda yang besh, beg kertas pun 1000 point, bazir je. Sekali jumpa lah ada toys 1200 point. Terus redeem untuk Adra. Hehehe kitorang memang takde beli lagi patung untuk adra ni.



      Haaa sampai pun flush toy ni. Ni sempena tahun kambing tak silap ni. Cute je kan. 3ketul ni, hijau untuk hany, pink untuk adra n putih untuk abi adra. Mwahahahaha

      Okaylah tu. And now kami dah terminate astro. Setel. Eh ada cite lagi pasal astro, next entri lah. Kalau bab untuk sebelah dia lajuuu je astro ni kan...

      Friday, September 18, 2015

      Jangan Kacau Lah....

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Salam penghulu hari wahai kawan kawan. Dah jumaat, bila jumaat...hepi je rasa kan sebab esok cuti. Haha bukan orang bekerja je suka yer, surirumah macam hany pun suka. Sebab suami akan berada dirumah, sebab boleh ajak suami jalan jalan sebab sebab...hahah banyak ko punya sebab kan.

      Hah, nak tempek gambar si Adra Rizzqina ni lagi.


      Muka takpayahlipatlah ummi. Hahaha siap duduk atas baju tak bagi ummi dia lipat baju. Hah, suka ati ko lah nak. Kalau lipat nanti dia amek yang dah lipat, dia lambung lambung semua. Suka suka suka sangat kan...

      Rasanya semua budak pun cmtu kot. Suka kacau kalau melipat baju ni. Mainan dia kalau kemas,jap lagi dia keluarkan semua. Dia main bakul yang kadi tempat simpan mainan. Bukan main mainan yang ada.

      Haha naseblah, dah ada anak ni, entri pasal anak mesti ada kan. Mahap la yer ;)

      Tuesday, September 15, 2015

      Umpan Air Kotak

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Sebenarnya nak letak tajuk, rasuah air kotak. Tapi tak besh la penggunaan perkataan rasuah tu, tak elok je kan. Ha kali ni nak cite pasal anak dara sorang ni lah.

      Hany kan jaga sendiri Adra ni kat rumah. Dan selalunya memang kami berdua je lah, dah husband pergi kerja kan. Makanya berdua duaan lah kami seharian menempuh hari hari. Dan adra juga jadi macam bertempek lah dengan hany. Huishhh mencabar jugaklah.

      Kalau sebelum ni, nak solat, nak membuang air, nak makan kena tunggu dia tidur. Sebab tak boleh tinggal dia, nanti dia melalak. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit. Solat depan dia, dia ok jer. Dulu melalak lalak. Pergi makan kat dapur,nanti dia ngekngokngekngok merangkak datang. Tapi kalau nak buang air, haha mencabar jugak sebab nanti dia merangkak juga datang ;)

      Kalau kat dapur, dia nak bergantung je kat kaki ni. Hany memang tak ajar buat kerja sebelah dukung dia sebelah. Tak larat weh, kan nanti dia syok macam tu, payah. So hany biarkan je fia kat bawah, tapi tu lah sebab dia nak bergantung kat kaki, jadi bahaya jugak. Kita nak gerak sana sini kan. Kang tak memasal terpercik minyak haruuu je kan.

      Sudahnya, hany umpan dengan air kotak. He he he...



      Hany bagi airRkotak bukan.bagi minum. Haha tapi bagi dia gigit gigit @ kekoh kekoh kotak. Sebabnya adr ani suka sangat lah dengan kotak. Pantang nampak mesti nak gigit gigit. Tambah air kotak dari peti ais kan,sejuk...lagi sedap dia gigit tu. Okaylah boleh la basuh2 beras, potong potong sayur sementara dia khusyuk gigit kotak. Tapi jap lagi datang balik bergantung kat kaki.

      Maka, stop lah dulu masak. Kadang kadnag hany gigih biar je dia ikut. Sebab nak siapkan masak juga. Kalau tunggu husband balik jaga adra dan hany masak, penat la sebab husband balik malam kan. Orang dah nak makan, ko baru nak masak.

      Lepas ni kena cari apa lagi yang boleh buat dia tertarik dan ralit. Senang nak buat kerja.

      Sunday, September 13, 2015

      Period Kembali Tanpa Ambil Ubat

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Alhamdulillah,
      Dapat feedback positif dari adik ni. Dia beli Qaseh Adinda bulan lepas. Dia nak ikhtiar dengan Qaseh Adinda sebab dah lama usaha tak der rezeki untuk mengandung lagi. Dah jumpa doctor, semua normal. Doctor pun cakap kat dia,mungkin belum rezeki. Yer betul mungkin belum rezeki. Dia ada masalah period tak tetap. Dan bergantung dengan ubat hormon, untuk bagi period.

      Masa dia beli qaseh, hany ada inform dia. Akak tak jamin awak mengandung dengan amek qaseh ni, tapi kita usaha lah yer. Semoga dimurahkan rezeki. Dan hany juga minta dia maintain dengan qaseh tanpa campur aduk dengan produk lain. Dan hany pun sama sama share jugak lah sikit sebanyak pantang larang yang hany dapat dari doctor dulu. Hany kan banyak juga usaha dengan itu ini kan.

      Semalam, adik ni mesej bagitahu,dah period tanpa ambik ubat hormon yang selalu dia ambik tu. ALLAHUAKBAR, semoga ALLAH murahkan rezeki adik ni aamiin...





      Alhamdulillah,
      Semoga ALLAH murahkan rezeki adik ni dan kurniakan rezeki anak padanya, aamiin.

      Boleh wasap/telegram/wechat hany untuk pertanyaan mengenai Qaseh ni
      019 959 7323
      019 959 7323

      Saturday, September 12, 2015

      Kini, Pengguna Ellfie

      • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

      Ha,
      Korang tahu kan Ellfie ni adalah skincare keluaran Ellie, Fiela & Peej. Seriusly, kagum sangat sekarang ni banyak produk kecantikan keluaran anak anak tempatan ni, macam Ellfie ni, Seqy Beauty tu kepunyaan sepet & husband, lepas tu Luminous keluaran Namee Roslan, dan banyak lagi lah kan. Bagusss sangat anak tempatan keluarkan produk skincare ni, takde lah duk majukan orang luar je kan ;)

      Hany ni jenis suka sangat try skincare ni, hahaha tapi yang mamfu milik je lah try nya ngehngehngeh. Dan kulit hany ni masalahnya pore yang besar. Hmmm ntahla dah banyak jugak try tapi macam takde apa je, tapi skrg ni macam makin membesar je pore ni.huiii tak besh la. So tingtongtingtong hany pun decide nak cuba Ellfie Essence ni. Beli yang trial pack aje.

      Tadaaaa,
      Hehe, eh sebenarnya trial pack tu ada 4item, cleanser, toner, day cream & night cream. Tapi dalam gambar night cream takde sebab berada di bilik atas, malas nak hambek la... tengok pix kat bawah ni lah untuk 1set trial pack.


      Beli trial pack ni, dapat free 1botol Ellfie Serum. Ellfie serum ni tahan 1week, kata agen tu lah, tapi ni lg 2hari nak masuk 1week, serum tu baru guna separuh. Maybe boleh tahan lebih 1week kot. Haha ke i kedekut guna sikit sikit. ;)

      Haaa,
      Takmau cite panjang...kalau nak tahu keistimewaan Ellfie ni silalah ke blog kak Ellie ni. Hehe ni entri tak berbayar yer. Hahaha sape lah nak bayar ko buat entri hany, blog pun sendu ajer ;)

      Nanti hany share lagi after 1month penggunaan yer. Sebabnya majoriti effect after 3weeks penggunaan. Hehehe...

      Yang pasti, Ellfie Essence ni dapat kelulusan KKM yer. No risau risau lah nak guna. Ok daaaa ;)

      ~TQ Dear~

      Followers