Ini Wilayah Hijau: Tip elakkan ular dari mendekati


04 January 2012

Tip elakkan ular dari mendekati

Assalamualaikum, Dah rabu.lama tak buat wordless wednesday. Tapi ni bukan ww nye entri.


2minggu lepas.belakang rumah ada jiran nampak ular senduk duduk dalam lobang saliran air kot. Besar katanya. Sebesar senduk kita kacau lauk untuk kenduri 2000org tuh. Teruslah jiran ni call JPA Putrajaya kan.


Elok je JPA tu datang,masuk umah jiran and nampak la ular senduk tuh. Dah ushar,sekali JPA seramai 3org tu keluar la ke belakang umah. Ting terus ular tu hilang kana hala tah. Hisshhh risau weh. Sampai skrg xtangkap lagi ular tuh. Yer la patutnya buat la sesuatu bukan main redah cmtu je. Takkan la ular tu sengal nak tunggu kena tangkap. Kotyer pun baling la katak sekor dua ke kan. Kasi umpan. Agak2 kaya silit balingla ayam KFC. Baru senang nak tangkap.


Tu gambar tu semak samun jiran sebelah kiri umah hany. Risau sangat kot kot itu port dia kan.

Tips dr abg abg JPA, taburkan GARAM KASAR untuk elakkan ular.sbb ular takot.

Tips mak hany,letak LIMAU KASTURI dekat pintu masuk rumah. Bau limau kasturi boleh halang ular dr dekati.

Tips hany lak, taburkan BELERANG (boleh didapati di kedai hardware) belerang boleh hindarkan binatang berbisa sbb bau kuat.

No telefon JPA Putrajaya 0388881999 boleh call bila bila. Sedia berkhidmat utk segala jenis binarang berbisa.

Lepas tu bacalah jugak doa doa berkaitan kan. InsyaALLAH....


- Posted using BlogPress from my iPhone
Komen
8 Komen

8 comments:

munna said...

pernah tgk jiran tangkap ular sawa besar...mmg geli dan takut kak munna.. kecoh tgh2 mlm bila diaorg tangkap ular sawa besar tu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

MM tak pernah dgr lg psl petua halau ular ni, tapi kalau ttg benda halus takut ngan garam (yg dah dibacakan doa), MM ada dgr. Pasni Hany kena beli stok garam byk2 kat rumah..

aanie said...

oo.. baru tau ular takut dgn garam....

Chik Att said...

Selalunya orang tabur belerang ...

Fiza Amran said...

take care hany

Ardini Humaira said...

a ah kak abah dni slalu letak belerang kat pintu2 yang bawahnya agak2 ular boleh bolos

mzhany said...

Dni rsnye mmg belerang ni la yg glemer kot hindarkan binatang berbisa ni.InsyaALLAH dgn amalan doa jugak semoga dijauhkan ameen..

mzhany said...

Fiza,thank u.;)