Friday, January 13, 2012

Tips Tegur Rakan Serumah/Sepejabat Tak Solat

Assalamualaikum,

389817_228531797219340_202752153130638_563955_2066261466_n Itu reply dari Ustaz Azhar…

Seriusly, memang susah nak tegur rakan yang tak solat ni kan, nak nak yang dah dewasa tua bangka macam kita kan. jap lagi tegur kan, masam muka lak. Time nak solat, kita ajak dia pergi, then dia kata pergilah dulu…nanti dia datang. so kita dah ajak kan, dia buat ke tak ke camne eh. bleh ke kalau kita nak kata terpulang pada dia lah.;)

Yerlah, logiknya semua dah dewasa kan, siap dah jadi mak ayah orang dah kan. Di lahirkan sebagai seorang Muslim, so logiknya sendiri dah tahu lah azab bagi mereka yang TIDAK SOLAT ni kan. okay, mari kita ingatkan diri kita kembali akan azab bagi mereka yang TIDAK SOLAT. renung renung kan dan selamat beramal ;)

6 Azab di dunia
1- Dihilangkan keberkatan umurnya
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN


3 Azab ketika hampir mati
1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat
3 Azab di dalam kubur
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-atas bara api itu.


Datang seekor ular bernama Syujja’ Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, ” Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu asar”….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari qiamat.


3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

3 comments:

D'aNie said...

nauzubillah..
smoga segala amalan yg dilakukan diterima di sisi Nya Allah swt.

Lynn Abd Latib said...

hany

mmg susah bab ni..kawan kak lin..masa solat mmg dia akan ke surau..tp dok berbual x solat..kak lin mmg x pernah tegur sbb serba salah..

dan bila dia preggy & masih ke surau wpun x solat..kita lak rasa tmpg malu sbb sumer org tau..org preggy xde haid..

smg Allah beri taufik & hidayah pd dia..

jauh sudut hati..selalu doakan dia..sbb dia masih kawan yg baik !!

Rohani Hashim said...

@d'anie
ameen...


@kaklynn
hurmm susahkan...haisshhh xpe la kaklyn, doakan smoga ALLAH buka pintu hatinya ameen. mana tahu dah jadi ibu nanti dia akan berubah kan....

~TQ Dear~

Followers