Friday, January 20, 2012

Ayat Pendinding

Assalamualaikum,

Hany ada search ayat pendinding untuk rumah ni, memang ada banyak yang keluar kalau cari kat google. tapi hany nak share dengan semua akan ayat Qursi nih.

ayatulkrusi

Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

 

Hany ada jumpa blog ni, dia ceritakan kisah pasal pencuri. disini yer. Dia mengamalkan ayat Qursi. Hany pun memang ada gak baca ayat Qursi ni, apa yang hany pernah baca pasal ayat Qursi nih;

1) Baca sebelum keluar rumah = semoga kita sentiasa dilindungiNYA, dan melindungi rumah kita

2) Baca sebelum masuk rumah = supaya kemiskinan tidak masuk ke rumah

 

Member hany pernah bagitahu, berpegang (amalkan) sama ada Ayat Qursi atau Surah Al-Fatihah. InsyaALLAH kita akan di lindungiNYA…ameen. Sekiranya ada info yang hany bagitahu ni salah, sila betulkan hany yer. dan, sekiranya rakan rakan sekalian ada ayat yang boleh di amalkan, sudilah kiranya share bersama yer. untuk kegunaan kita semua…insyaALLAH.

6 comments:

ozzy said...

bagus dihafal ayat kursi ni...pernah alami sendiri kelebihan ayat kursi ni di sini -> http://ozzy2u.blogspot.com/2010/04/staff-aku-diserang-histeria.html

Diela Zaimi said...

thanks for the info hany... ;)

Lynn Abd Latib said...

hany

mmg fobia kalo rumah pnh masuk org..masa tggl ampang pernah rumah sewa kena masuk org..hilang laptop..pecah tingkap bilik utama & bilik utama mmg berselerak habis..

smp skrg mmg fobia kalo teringat...

munna said...

ayat ni mmg bagus di hafal...kak munna klu beli hiasan dinding suka cari yg ayat kursi

Hanis MY said...

ayat qursi mmg byk manfaatnya jika kita amalkan selalu, nice sharing hany...

So Shy Lady (SSL) said...

tgh bc ayat qursi ni ;) ayat2 Allah kan mukjizat...elok amalkn utk mlindungi diri kita dr syaitan / syaitan btopeng mnusia. tq hany

~TQ Dear~

Followers