Friday, January 6, 2012

Salah satu usaha untuk dapatkan anak…mungkin boleh dicuba

Assalamualaikum,

Ajak ada bagi link pasal JANGGUT. hurmmm setiap yang sesuatu ISLAM suruh pasti ada sebab musababnya kan…

 

Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudulThe Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.


SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.
Caranya bagaimana?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa. Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

 

lihat sini dan

lihat sini

 

wallahuallam…

7 comments:

Hanis MY said...

wahh baru tahu pasal ni... jgn putus usaha insyaAllah rezeki dari Allah pasti kunjung tiba...

Rohani Hashim said...

InsyaALLAH hana. Ameen. Ibu akachan doakan jugak eh;)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nak pi habaq kat kengkawan la nt.. thanks Hany 4 de info.

wida said...

hehehe..tak sangka yer.tq bg info ni:)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah2 ini sudah bagus...janggut sudah ada..tunggu nak kena belai la plak..hehehehe...cuba p la kan...mana tau kot2 rezeki farah naknak adik ni...

Diela Zaimi said...

hmmm info yg bagus ni...mujur hubby ada janggut walaupun sejemput...hehe...pasni ramailah yang membelai janggut hubby masing-masing ye...hehe...sbnrnya kalo tgk dari 1 sudut, ianya lebih mengeratkan hubungan antara suami isteri...kan hany?
selamat mencuba ;)
insyaallah

mamat said...

tk la no, pakat2 baca, yg baik dr ALLAH jua

~TQ Dear~

Followers