Ini Wilayah Hijau: Tapai


29 August 2011

Tapai

Semalam,
Berkesempatan buat tapai dengan nenek MZ, hurmmm walaupun hany tak berapa suke tapai ni. Makan pun sekadar rasa je lah.

Nenek MZ buat tapai yg campur pulut hitam tuh. Selalu buat yg putih biasa je. Katanya nak try buat yg itam pulak. Hany tolong godak godak gaul gaul pulut itam dgn putih. Buleh tahan penat tangan weh. Rasa dah ada muscle ahaha.

Seterusnya kena biarkan campiran pulut ni sejuk sepenuhnya barulah di bungkus.




campuran dibiarkan sejuk dulu




ok jom kita bungkus




ha masukkan dalam daun , tapi yg dah siap bungkus tak amek gambar lak ;)


Suka sangat. Sebab semua adik ipar ku tolong menolong hari ni. Yang pompuan buat popia riben, yang lelaki tolong bungkus tapai ni. MZ pun tolong.

Orang kata, jangan masam muka time buat tapai ni, nanti tapai pun masam so xsedaplah. Lepas tu perempuan yang tengah peot, tak dibenarkan sentuh untuk tolong ape ape, nanti tapai tu jadi merah.

Wallahuallam...


- Posted using BlogPress from my iPhone
Komen
0 Komen

No comments: