Ini Wilayah Hijau: Mama…mama…


19 August 2011

Mama…mama…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Situasi:

Hany berada di surau untuk solat Terawih, tapi hany sampai lambat, so hany duduk di saf belakang. dan di saf belakang adalah ramai budak budak, yang tengah SOLAT, yang tak solat, yang budak kecikkk pun ada, alaa yang baru pandai berjalan tu.


Sedang hany solat, tiba tiba dan agak terkejut jugak, ada sorang budak datang dan peluk kaki hany, sambil panggil MAMA, MAMA, MAMA…dan mendongak kat hany. waaaa terus tak khusyuk solat ku, nak jer hany PELUK budak tu…

Lepas dia tengok tiada reaksi dari hany, dia pun lepaskan pelukan kaki hany dan berlalu pergi. huhu so cute.

lepas solat, hany cari budak tu, dia duk main main dengan hepinya.huhu comey budaknya ha. okayla dia tak la mengacau sangat kan. lepas tu dia lari lari kat mak dia then menyusu. lepas tu main main lagi. so cute;)
Komen
8 Komen

8 comments:

fazilzura said...

ku faham isi hati mu... sure naluri keibuan mu tersentuh kan hany

Norhafiza said...

hany..tetiba mate No bergenang la huhuhu...

RedBerry said...

Sungguh comey!!! OMG!!! kalau Berry pun takkan kusyuk solat. Entah2 terus pi peluk budak tuh.

InsyaAllah... one day kita sama2 ada rezeki....

Princess Nur said...

Sib baik tk tido atas sejadah hani..Hihi

syalinda johari said...

Sayu pulak aku baca citer ko nih hany..

semoga rezki ko akan ada tak lama lagik.. moga2 dapat twin terus... ameennnnnnnnnnnnnn

mzhany said...

@zura
hihi ;)


@no
no jgn la eh, hany cuba utk tidak bergenang mahupun mengenangkan ;)


@berry
ha tu la berry, waras lagiii hany masa tu


@Nur
eh riso jugak tau, kang hany sujud atas perut comey budak tu hihi


@syalinda
ameen, masin mulut ko...aku nak twin aku rela terima ;)

Hanis MY said...

Sedihhh....faham sgt2...huhu

wida said...

hihi..mesti comel kan.budak tu tgk semua sama jer..pakai baju sembahyang, smpai x cam mak sndiri