Tuesday, January 31, 2012

Butir nako

Assalamualaikum,
Butir Nako ni adalah sejenis makanan tradisional Kelantan. masa mula mula rasa tuh, terus jatuh cinta…sedapnya la hai.

IMG_2633 ni makan masa kat kelate baru nih

IMG_2634 huhu blur sikit…harap mahap…

Series, hany suker owh. Lepas tu,jalan nak masuk taman rumah hany ni, ada la abe kelate tuh start meniaga makanan kelate. setiap hari hany singgah tanya butir nako ado ko? sokmo la kecewa, asyik takder. Hari ni hany singgah, dia cakap, 2,3 hari dah dia buat. hari ni lak kebetulan tak buat. cissscissss…

Abe tu janji esok, nak buat. so haruslah gue menyinggah hari nih.

**untuk resipi butir nako, meh ushar kat sini**

Sunday, January 29, 2012

Patutla semua pakat beli MPV


Assalamualaikum,
Memulakan perjalanan menuju darul iman. Kali ni bertiga,adik MZ balik sekali dengan kitorang. Kalau ada sorang lagi nak ikut ni kompom tak dapat. Huhu dah penuh kete. Maklom la bukan mpv kannn...;)








Sisi sebelah kiri;)

Beriya kitorang limitkan apa yang nak dibawa masa balik. Rasa memang dah sikit dah barang. Alih alih nak balik ke selangor balik,tetap penuh bonet sampai kena letak kat seat jugak. Sengeh je kitorang berdua. Barang adik MZ bag laptop je 1. Selebihnya barang kitorang la. Ntah apa yang di borong,haisshh rasa duit tak habis banyak pun kan.

Dah jadi tabiat kot,semua benda nak dibeli kat kampong,kitorang beli cok@cangkul,baldi mop,talam 2muka;),tupperware besar,downy,pita pengukur,gettah. Ahahaha kekdahnya downy pun nak beli kat kampong?sebab murah rm2 dr selangor.ahahaha berkira ok!

Lepas tu angkut dari rumah mertua lak,nyior 25biji,gula,limau,kuih muih. Bagus kan menanti sorang ni gula pun amek umah mertua;) nyior tu uk mak hany kat kampong,mertua hany ada pokok so banyak stok la kan. Kelapa mahal sekarang weh! Ni jap lagi mau dapat beras lak dari mak hany nih.hehehe

Serius kena belajar bawak barang dengan kadar yang perlu jer. Jap lagi ada anak lagi banyak barang kan nak kena bawak. Huhu patotla yang masuk anak 2 dah start beli mpv kan. Hurmm paham paham...hany yang baru ber2 ni pun dah penuh sampai kekadang takleh orang nak menumpang;)

**ater bonet gen2 idokler beso sangat kannn**



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 28, 2012

Hujung minggu di darul naim & darul iman


Assalamualaikum,
Hujung minggu yang akan memenatkan. Bukan setakat akan,malah memang dah penat. Hany cuti 3hari,jumaat sampai ahad. Balik ke kelate and ganu. 3hari untuk 2negeri. Walaupun sebelah menyebelah,tapi bleh tahan jauh jugak tuh.

Jumaat,jam 7pagi,gerak ke kelate,sampai jam3ptg. Sebab tak jem kan. Sampai je terus ke rumah kenduri sedara sebelah MZ.kul7mlm hany dah start rasa penat sangat. Ngam ngam maghrib kitorang undur diri balik rumah. Kul10 dah masuk tido.ahaha awal giler. Sabtu plan nak keluar pergi beli barang plastik,barang barang rumah la. Biasa lah kat kelate ni murah kan.dengan keadaan semasa terpaksa lah cari tempat murah. Tapi kalau melibatkan barang plastik,certain certain je lah beli yang murah. yang melibatkan barang panas takleh la kena lah cari tupperware ker,eh demand;)

Ahad,pas breakfast,akan gerak ke ganu.ngamngam sampai zohor,Solat and lunch. Then akan terus gerak balik selangor. Kat ganu memang tak sempat tido. Nak buat camne kan. Plan asal memang taknak singgah ganu. Cuti lainkali je balik ganu kan,tapi dah mak hany tahu kitorang balik kelate,ko sampai hati taknak singgah kan.lagipun mak hany cakap singgah je pun takpe nak tengok kitorang,lama dah tak tengok. Huhuhu hati mana tak sayu ye dok. So tu yang singgah ganu lak ni.

InsyaALLAH,akan ke pasar payang jap sebab ada yang pesan serunding daging,then nak beli keropok jugak barang sepeket dua. Sepeket dua lah sangatkan. Tengoklah nanti kompom penuh bonet tom grey tuh. Kali ni adik MZ follow balik kl skali,so tak risau la penat sikit pun sebab for sure hany takyah drive hohoho.

Okaylah,begitulah cerita hari minggu yang dah dan akan hany lalui. Semoga semuanya smooth. Kita hanya merancang,ALLAH jua yang pastikan betul ikut rancangan atau tidak...

**isnin plan nak mc,tapi masa bertolak balik hari jumaat lagi dapat mesej dari superior warning,isnin jangan EL/MC, ahaha ada keje urgent. Ceitttt**




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 25, 2012

Boleh tak nak masukkan dalam wishlist;)

Assalamualaikum,

hurmmm, boleh tak nak masukkan telekung ni dalam wishlist? hehehe tapi sebenarnya memang tak pernah buat pun wishlist. tapi nampak je, haishhh berkenan ni, masuk wishlist, masuk wishlist ;)

Ushar ushar di FB BIN NURDIN, hehe tiba tiba nampak la telekung ini…auwwww wiiiii, terus berpinar mata;)

399953_168938236540057_108204062613475_199096_1678532832_n ;)

407338_168938263206721_108204062613475_199097_772479213_n ;)

394510_168938303206717_108204062613475_199099_1926810638_n jatuh cinta weh…

hehe, berkenan weh. harganya adalah rm550.00 ;) maka masuk wishlist dulu lah yer. tak leh nak terus grab. jom ushar di FB BIN NURDIN.

Saturday, January 21, 2012

Hancock

Assalamualaikum,

Malam ni layan Hancock lak, di TV2. owhhh ya, cerita pasal Hancock. ni adalah filem pertama hany dan MZ tengok masa time tengah bercintan cintun tuh. hahaha gile tak romantik kan, time bercinta tengok filem aksi. ada aku kesah!

sebab nya kitorang memang suka filem aksi ni, so tak dak hal la. tak semestinya tengah hangat bercinta ni nak kena tengok filem romantik je kan. haishhh syarat je tuh. hohoho tapi takper lah kalau dua dua tak kesah kan, nak tengok filem romantik ke ganas ker seram ker, tapi jangan plak filem seks.eh!

okay, jommm layan hancock jom (mengimbau kembali kenangan ;)

Friday, January 20, 2012

Ayat Pendinding

Assalamualaikum,

Hany ada search ayat pendinding untuk rumah ni, memang ada banyak yang keluar kalau cari kat google. tapi hany nak share dengan semua akan ayat Qursi nih.

ayatulkrusi

Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

 

Hany ada jumpa blog ni, dia ceritakan kisah pasal pencuri. disini yer. Dia mengamalkan ayat Qursi. Hany pun memang ada gak baca ayat Qursi ni, apa yang hany pernah baca pasal ayat Qursi nih;

1) Baca sebelum keluar rumah = semoga kita sentiasa dilindungiNYA, dan melindungi rumah kita

2) Baca sebelum masuk rumah = supaya kemiskinan tidak masuk ke rumah

 

Member hany pernah bagitahu, berpegang (amalkan) sama ada Ayat Qursi atau Surah Al-Fatihah. InsyaALLAH kita akan di lindungiNYA…ameen. Sekiranya ada info yang hany bagitahu ni salah, sila betulkan hany yer. dan, sekiranya rakan rakan sekalian ada ayat yang boleh di amalkan, sudilah kiranya share bersama yer. untuk kegunaan kita semua…insyaALLAH.

Thursday, January 19, 2012

Malam ku tak lena


Assalamualaikum,
Hehe sebenarnya baru 1 malam tidur malamnya tak berapa lena. Last last terlena jugak kan. Alaaa bila dah mengantuk sangat memanglah lena jugak kan.

Alkisahnya,rumah jiran belakang kena pecah. Itu yang buatkan tak lena tuh. Bukan setakat malam tak lena,tapi kitorang hampir eksiden bila tahu perkhabaran tuh. Kejadian dah berlaku 3,4 hari lepas,tapi baru semalam petang kitorang tahu. Yer lah time bekerja ni jarang sikit nak sembang sembang dengan jiran. Kekadang balik dah malam kan.

Ana,awak tahu masa hany n zuki tahu cerita tuh, kitorang on da way nak le pasar malam,kitorang dua dua ni ikiran duk melayang terfikirkan awak n family sampaikan hampir terlanggar sorang brader naik motor. Memang sesaat je jaraknya,huisssshhh. Yerlah risau kan awak husband n danish. Tu pasal lepas g pasar semalam,dekat dekat maghrib pun pergi jugak rumah awak tuh. Alhamdulillah,nasib baek tak ada apa kan.







Yang buatkan hany tambah risau, selalu nya rumah yang sebelah corner lot akan selalu jadi mangsa. Alaaa rumah kedua dr tepi. Sebab selalunya corner lot jarang jadi mangsa lebih lebih lagi corner lot tu chinese. Memang rumah sebelahnya akan jadi mangsa. Haishhh risau sangat. Dulu masa nak balik raya pun ada polis pernah cakap selalunya endon yang guna ilmu,akan aim umah corner lot sebab senang nak lari,tapi ilmu dorang tak jadi pada umah chinese so automatically akan ke rumah sebelah corner. Demmm risauuuu.

Tapi yer lah. Dah usaha dengan lock la,alarm la,baca ayat Quran la, selebihnya berserah dan tawakkal pada ALLAH S.W.T jer lah. Kalau dah memang DIA nak jadikan maka jadi lah jugak kan walau letak bapak dinosor pun jadi jaga kan.

Sebagai jiran,kita sama sama alert lah yer. Tak dapat nak pergi tolong pun,tolong inform polis pun dah ok dah kan. Jomlah sapa sapa guna smartphone, area lembah klang,donload mydistress. Aplikasi yang bleh link dengan polis.

Aperpun,semoga ALLAH melindungi kita semua..ameen.







- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 17, 2012

Berapa balance cuti korang?

Assalamualaikum,

ha, korang banyak ker cuti yang korang carry forward dari tahun lepas 2011? seronok kan kalau banyak lagi cuti nya, bolehla slow slow merancang untuk cuti tahun ni kan…

meh ushar hany nye cuti lak…

1-17-2012 3-11-10 PM (*_*)

-14hari ok ahahaha…takperlah –ve pun bersebab bukan suka suka hati je tak datang kerja kan. bukan EL suka suka hati, pastu tinggalkan keje kat orang lain. hany nyer click balas dendam bantai cuti 1week raya cina, pastu hany usik usik la dia pasal cuti. then dia gelak gelak sebab kata hany takleh cuti dah, sebab dah –ve, jadi biar dia je yang cuti ;)

**matikkk, takleh cuti raya**

Tidak Beriman


Assalamualaikum,
Pagi tadi,morning briefing...lebih kurang la ayat dia macam ni:


"Tidak beriman seseorang itu, sehingga dia beriman(terima) kepada TAKDIRNYA, sama ada BAIK atau BURUK"


Ya ALLAH, tabahkan hati ini cekalkan hati ini dalam menerima segala ujian dari MU.
Ameen



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 16, 2012

Jangan menaip ketika perasaan tidak stabil

Assalamualaikum,

Seriusly, jangan buat entri ketika perasaan kita tak stabil, sama ada:

 

1) Tengah marahkan seseorang atau sesuatu perkara
2) Tengah kecewa dengan seseorang atau sesuatu benda/perkhidmatan
3) Tengah tensen sebab tak dapat dapat gaji lagi
4) Tengah down sebab tak dapat sesuatu yang diidam idam kan
 

Sesungguhnya, kita pasti akan tulis benda yang bukan bukan, mungkin pasal seseorang, mungkin pasal sesuatu benda, company atau sebagainya, yang mana pastinya impaknya lagi memburukkan keadaan.

sesungguhnya…hany berada dalam 2 daripada situasi di atas. dan alhamdulillah, hany berjaya untuk tidak menaip dan pergi menenangkan diri dulu dengan menangis dan melihat benda benda hijau depan hany ni, iaitu blog hany dan botol air depan hany. alhamdulillah…tenang kejap.

ok, nak tido…kang bengkak mata masuk opis esok, nitezzzzz

Online Support TNB

Assalamualaikum,

Kali ni entri berkaitan teknologi sikit. Rupanya TNB dah ada online support. hehe sori hany ketinggalan. Ingatkan menerusi email and call sahaja, tapi sekarang dah boleh chat dengan customer service TNB. Baguslah sebab ada choice la nak email ker, call ker or nak chat jer kan.

 

1) Sila ke http://www.tnb.com.my/, Click pada One Stop Enquiry Centre

001

 

2) Sila click pada icon kotak kaler hijau yang ada gambar awek tengah senyum tuh. icon akan tukar kaler kuning sekiranya awek tu offline.

002

3) Pilih topik berkaitan apa yang anda nak tahu, then masukkan nama korang, letak la nama apepun kan, aaron aziz ker, aaron kwok ker…

003

4) Ha adalah tu awek yang akan layan korang, tanyalah apa nak tanya kan…

tnb chat 1

So far, hany puas hati sebab senang, tak perlu call, ahaha padahal boleh je nak email kan…;)

**bagus macam ni, lepas ni harap smeua agensi ada webchat untuk customer service nih;)**

Saturday, January 14, 2012

Hujung minggu

Assalamualaikum,

Macam mana weekend korang? Shopping?jalan jalan?bercuti ke mana mana ker? Yang pasti weekend adalah yang dinanti nantikan semua kan. Well, weekend hany kat rumah je. Melanguk depan tv;)

Yer,suami keje sif kok. Nak buat camno kan. Redho je lah. Mencari rezeki untuk keluarga kan. Chewahhh ayatttt. Macam biasa selesaikan kerja rumah dulu. Then melanguk depan tv. Sekarang tengah layan hindustan. Ahaha gilos,dah lama xlayan. Bolehlaaa tengok je lah kan.

Nak layan tenet,bleh lak tertinggal laptop dalam kete,suami bawak kete pergi kerja. Nasib la ko hany,lupa memanjang kan. Owhhh last week pun sama,tapi last week hany berjaya habiskan novel jemima j. Sehari berjaya habiskan novel ni. Ahahaha kental kan!



Ini last week punya pembacaan.



Ini hari ini punya pembacaan

Okaylah,
Mahu concentrate dengan pembacaan ini;) semoga bergembira di hari minggu anda.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 13, 2012

Tips Tegur Rakan Serumah/Sepejabat Tak Solat

Assalamualaikum,

389817_228531797219340_202752153130638_563955_2066261466_n Itu reply dari Ustaz Azhar…

Seriusly, memang susah nak tegur rakan yang tak solat ni kan, nak nak yang dah dewasa tua bangka macam kita kan. jap lagi tegur kan, masam muka lak. Time nak solat, kita ajak dia pergi, then dia kata pergilah dulu…nanti dia datang. so kita dah ajak kan, dia buat ke tak ke camne eh. bleh ke kalau kita nak kata terpulang pada dia lah.;)

Yerlah, logiknya semua dah dewasa kan, siap dah jadi mak ayah orang dah kan. Di lahirkan sebagai seorang Muslim, so logiknya sendiri dah tahu lah azab bagi mereka yang TIDAK SOLAT ni kan. okay, mari kita ingatkan diri kita kembali akan azab bagi mereka yang TIDAK SOLAT. renung renung kan dan selamat beramal ;)

6 Azab di dunia
1- Dihilangkan keberkatan umurnya
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN


3 Azab ketika hampir mati
1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat
3 Azab di dalam kubur
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-atas bara api itu.


Datang seekor ular bernama Syujja’ Aqra, suaranya laksana petir, ia berkata, ” Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu asar”….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari qiamat.


3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

Thursday, January 12, 2012

Nyet Nyet celup coklat

Assalamualaikum,

Picture 006 nyet nyet…

Hany ni kureng sikit marshmellow nih. Ni pun hany try masa kenduri adik membe hany. hurmmm ok laaa. huhu sebab dia nyet nyet kot, rasa nya takkan jadi feberet hany la…;)

Strawberi+coklat pun hany kureng jugak, tapiiiii kalau pisang+coklat hany suke…nyummm sedapnya…hehehe

Akhirnya,dapat jugak steamer/kukusan ;)

Assalamualaikum,

Sila jangan gelak, dah berapa lama nikah, sekarang baru ada steamer. ahaha nak buek camno, pakai dapur letrik sangat kan…ha mahai benor steamer nya ha. so tunggu la dulu, tunggu punya tunguu…akhirnya semalam dapat…

Ni pun bukan beli, tapi redeem bonuslink;). dengan 7k points maka dapatlah steamer 18cm nih ha. syukurlah kan…itu pun kan, nak tunggu 7k ni, ntah bila la buleh dapat. guna pun isi minyak jer kan. sebenarnya ada point dalam 3k jer, then 1hari tu, adala kena jawab soalan. so jawapan MZ betol dapat 3k point. dah clear point tu, MZ roger suruh pilih hadiah. oklah dalam masa 1week terus dapat apa yang kita redeem nih…

Picture 034 18cm jer…cenonet jer, tapi bolehla kan…

Picture 036 Brand ENDO, Japan. harga dr website RM79.90

Picture 037

inilah dia ada 4pieces

Picture 039 hehehe…lepas ni bleh buat apam polkadotdotdot…;)

Ahaha, excited ok dapat steamer nih. ok, mari google resipi yang bleh stim stim nih, buleh diet gak kan…

**jom, kita stim, eh**

Tuesday, January 10, 2012

Nasi Dagang for lunch ;)

Assalamualaikum,

Korang plan nak makan ape tengahari nanti? hehe tajuk jer nasi dagang for lunch. huhu padahal mana ada pun nasi dagang sekarang ni ha;). kitorang kalau balik ganu kan, mesti makan nasi dagang atas pasar payang tuh.

Selalunya kitorang akan pergi kedai makan NO1 atas pasar payang tuh, dan akan beli nasi dagang dalam kelongsong daun pisang yang memang ada atas meja makan tuh. harga RM1.50 untuk 1kelongsong tuh. dan selalunya MZ akan ambil 3kelongsong untuk dia sorang huhuhu…

Korang pergi cakap je kat budak yang kerja kat situ, cakap nak nasi dagang 3bungkus, nanti dia akan bungkuskan kuah dah bagi la kat korang…

Picture 009 sebesar ni je ha kelongsong nye

Picture 010 simple je, nasi kuah lauk, tapiiii kuah dia marbeles…

So, kalau korang berkesempatan untuk breakfast di pasar payang, cubalah nasi dagang nih. nyumnyum…

1978 | BRYLCREAM

Assalamualaikum,

Arwah ayah hany suka pakai minyak rambut BRYLCREAM. memang seingat hany tak pernah tukar la jenama minyak rambut lain selain BRYLCREAM ni. campur campur la kekadang kaler merah kekadang kaler hijau tuh.

brylcreem-old design lama…

brylcreem-redesign

Sekarang BRYLCREAM dah redesign dah

 

hurmmm, BRYLCREAM ni ada bagi keychain, tahun 1978. baru ni hany balik ganu, keychain 1978 ni masih elok tergantung di kunci lemari rumah hany. serius, hany pegang kunci tu sambil terkedu. Ya ALLAH, lamanya keychain ni. betapa kukuhnya kan, di campur mak & arwah ayah hany memang cermat jaga barang barang nih…

Picture 023 kalendar 1978

Picture 022 BRYLCREAM

Dah berapa tahun dah tu kan. hurmmm harapnya hany pun cermat dalam menjaga barang barang nih.

**rindu pada arwah ayah**

Monday, January 9, 2012

Abang Long & Kak Long

Assalamualaikum,

hurmm rasanya macam dah lama hany buat entri tak tempek gambar hany kan. hehehe yer lah sekarang ni kena kurangkan sikit menempel gambar sendiri. kenapa tu tak perlulah hany explain kan…

Ni gambar masa tahun lepas, bulan12. jalan jalan sekitar Putrajaya. masa ni bawa mak mertua jalan jalan.

Picture 025 sama kembang ahahaha;)

Sebelah MZ, dah jadi kaklong la hany, sebab MZ anak sulong, sebelah hany lak…ciksu, MZ lak Poksu. huhuhu…kalau sebelah hany senyap sikit sebab hany tak ramai adik beradik…sebelah MZ memang meriah, MZ ada 9 adik beradik ;)

Unik

Assalamualaikum,

 

Picture 015 yang sebelah kiri jari kelinking hany, yang sebelah kanan anak spupu punyer

 

Cuba lihat, kita selalua da 3garis je rkan di bahagian jari kelinking tuh kan. ha anak sepupu hany ada 4garis. Unik kan. tapi jari kelingking dia boleh bengkokkan macam biasa jer lah, 3macam kita yang normal ni. tapi garisnya jer ada 4. Semuanya atas kekuasaan ALLAH…

Pink + Hijau

Assalamualaikum,

Hair tu balik ganu, kombinasi MZhany, Pink+hijau. ahaha sah sah la pink tu bukan hany yer. hany of coz la in hijau. yer MZ yang pakai pink. ntah macam mana hany buleh la belikan baju kaler FINK ni untuk MZ. hehe maybe nak pelbagai kan warna kot. setakat hijau tu toksah kata la kan. memand dah ada beberapa helai dalam lemari tuh.

Picture 016 ok what, pink ni kan;)

Picture 017 Pink+Hijau

 

Sebenarnya, kalau kena warna nya…pink dengan hijau ni sangat masuk. cuma kena tone yang sesuai lah…mungkin blog hijau ni boleh di campurkan dengan pink kot. ahaha maybe…1 day nanti…

Sunday, January 8, 2012

Sotong

Assalamualaikum,

 

Picture 146 sotong celup tepung @mengabang teliput

 

**ada yang tengok jalan jalan cari makan tadi tak?ade Qi pergi ke tempat ni tadi**

Saturday, January 7, 2012

Siapa Lelaki Dayus ?

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

~TQ Dear~

Followers