Ini Wilayah Hijau: Teka Teki Terhebat


10 March 2012

Teka Teki Terhebat

1. Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
@Mizz Coki jawab: Jawapan lain salah la

2. Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
@Mizz Coki & @misyamissyou jawab: Stokin tu basah

3. Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
@Mizz Coki jawab: Kerana kalau diletakkan pisang pasti jadi rebutan

4. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
@Mizz Coki jawab: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

5. Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
@Mizz Coki jawab: Negaraku

6. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
@Mizz Coki jawab: Kentut

7. Ulat gonggok ader 100 kaki, belok ke kiri tinggal beraper?

8. Burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal?

9. Beza Burung dgn Unta

10. Nampak dibawah cari di atas

@Mizz Coki,
Tahniah! Anda berjaya jumpa website teka teki ni. Macam mana saya tau? sbb jawapannya smpi no.6 je dan tgk gaya jwpn mcm copy and paste huhu. Ade sape2 nak jwb soklan no.7-10?
Komen
6 Komen

6 comments:

misyamissyou said...

adehhh susah plak nak pk petang2 gini..sy nak jawab no. 2 je..jawapan nye stoking2 tu basah la..kankankankan?

Mizz Coki said...

Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan lain dia salah la.

Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Stoking tu basah la.

Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Kerana kalau diletakkan pisang goreng pasti jadi rebutan.

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Negaraku.

Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Kentut.

wida said...

jawapannya hany?hiks

MZ said...
This comment has been removed by the author.
No Lan said...

no7..tinggal 99 sbb 1kaki angkat bg signal ekekeke...

no8..10 burung.. dia tembak EKOR je, tak tembak BURUNG...

no9..UNTA ada BURUNG, tapi BURUNG tak ada UNTA (agak2 org faham xnih kikikiki)

no10..atap boco deeeeee....

pssst...No pun mintak tolong pakcik gugel juge hihihihi....

MZ said...

@No Lan
ye btoollll.. Entry ni saje je nak tgk samade org berfikir nak jwb soklan ke atau berfikir nk google hehe.