Ini Wilayah Hijau: Budak baik


21 March 2012

Budak baik

Assalamualaikum,

Weekend baru ni, hany kan balik kampung, sempena kenduri sepupu hany, sebelah mak. Macam biasa lah kan, kalau kenduri ni, ramai la yang datang kan berkumpul ramai ramai. Yang seronoknya budak budak lah kan. boleh jumpa main main dengan sepupu sepapat semua, walhal duduk dekat jer.

Petang jumaat tuh, ada la pasar malam kat kampung hany. bawak la anak sepupu yang budak budak ni 2orang, hany bagi duit kat budak berdua ni, then dia ikut makcik dia pergi membeli. hany dengan mz. dalam setengah jam, kitorang gerak balik. budak berdua ni ikut hany, mak dia masih kat rumah kenduri lagi. si adik ni beli heli mainan. suka sangat sampai taknak makan.

Sekali, tengah tengah duk main sambil makan, naik la si sepupu sorang lagi. naik naik terus berkenan dengan heli si adik nih. si sepupu ni terus amek mainan nak main jugak. si adik ni tak melawan pun, dia tengok jer, lepas tuh pandang hany. alahaiiii ni mesti mintak hany amek balik heli tuh.

Hany pun pujuk la si adik, cakap tak per, abang pinjam kejap. nanti adik main la. lepas ni adik dah balik abang takleh main dah. biar lah abang main dulu. Ya ALLAH, bagus sangat si adik ni, dia redho jer, lepas tu dia makan burger dia sambil perhatikan si abang main. hishhh ni kalau sesetengah budak ni, takde nya nak mengalah macam ni, mahu nya dia gaduh rebut jugak kan.

Lepas tu, dah lama sangat si abang main, hany pun cakap, ha abang bagi adik pulak main, lepas tu abang lak, gilir gilir la main yer. so far, dua dua baik sangat, tak ada berebut. lepas adik terbangkan heli, abang pulak, lepastu adik…ha giglir gilir macam tu lah. alhamdulillah…sejuk hati tengok.

Dalam hati, jangan lah korang bergaduh, berteriak berebut mainan nih. ahah dah la waktu tu, dekat dekat maghrib.

**adik dan abang ni budakan adik beradik**

 

 

“kawan kawan, mari berkawan, jangan cari lawan…MS VELENTINE, CIK NUR, CHIC NA, LELAMAISARA

Komen
7 Komen

7 comments:

misyamissyou said...

urmm kak, maybe sebab bukan adik beradik tu yg xgaduh..kalau adik bradik lame dah kot berteriak rebut heli tu..hehehe

wida said...

baguslah..kecik2 dh pndai kongsi barang.

Aine Ainun said...

Seronok kan tgk keletah bdk2..

azie said...

ya Allah baik sungguh budak2 ni..kalau syafiq dgn siddiq,sllnye syafiq laa akan rebut balik..dgn suara besarnye "Bagi laa" hahahaha

munna said...

kalau anak kak munna mmg dah bergaduh teriak bagai tu....

~Sweet Honesty~ said...

bagusnya ada lagi budak camni...kalo budak lain, dah histeria dah..hihi

Chic Na said...

selalu tgk si abang yg mengalah dgn si adik kan? bagusnya adik tu. penyabar. :)