Saturday, March 31, 2012

YANA LIBRA

Assalamualaikum,

ha, blog ni pun sama macam blog hany, di tulis oleh 2orang, iaitu YANA dan Tunangnya.

3-25-2012 1-24-29 PM header yang simple…

Antara entri menarik:

ROAD OF LIFE 1
10 PERKARA MEROSAKKAN OTAK
HAWA IDAMAN
 

**dear, nikah nanti jangan lupa invite akak jugak yer;)**

Friday, March 30, 2012

Berbahagialah wanita…

Assalamualaikum,

IMG_3034

Hadiah daripada suami. Yer, suami mana taknak isteri dia menjadi isteri yang solehah kan. InsyaALLAH…semoga diri ini menjadi sepertimana yang disyariatkan ISLAM. ameen.

nak share sikit la apa yang terkandung dalam buku ni.

“wahai Rasulullah, izinkan daku bertanya, apakah hak hak seorang suami terhadap isterinya?”

Jawab Rasulullah:

Sekiranya kamu MENJILAT DARAH ATAU NANAH yang keluar dari TUBUH SUAMIMU, BELUMLAH LAGI TERTUNAI HAKNYA, dan BELUMLAH LAGI TERTUNAI TANGGUNGJAWAB KAMU SEBAGAI ISTERI”

Hany taknak explain apa apa, korang fahamkan sendiri daripada apa yang Rasulullah S.A.W jawab…

**sharing is caring**

Dieyna

Assalamualaikum,

URL blog kali ni adalah http://wardahilmu.blogspot.com, milik Dieyna. Mula berblog pada Mei 2010, dan entri pertama adalah pada 5mei2010. mempunyai cahaya mata bernama Dhia Hannah. cantiknya nama…

FREE-HEADER header nya hijauuuu ok ;)

Blog Dieyna ni pun banyak resipi. ada resepi kek pisang gebu, ikan siakap kukus, kek coklat versi senang sangat ok, nasi goreng tomato buat santapan si kecil anda, kek gulung 3 rasa (owhhh hany teruja tengok yang ni) dan banyak lagi. ok sila ke link ini untuk senarai resipi…

Popular post Tips mendapatkan ruang tamu kesukaan anda.., Ibu & Bayi dalam Kandungan...

Thursday, March 29, 2012

Kedai runcit kami

Assalamualaikum,

Nak bagitahu, kedai runcit kami adalah AEON, hehe dulu dikenali sebagai Jaya Jusco. ahaha berlagak ngko, Aeon tu kedai runcit ko eh. Memang selalunya shopping barang barang kat Aeon ni, barang barang dapur la. sebabnya hany suka beli udang, selalunya kat giant udang tak segar lah. so dah alang alang ke Aeon tu, beli lah sekali harung kan barang barang lain.

Dah selalu akan ke Aeon ni, haruslah buat kad kan. serius tak rugi pun buat kad. memang la RM1=1 point. kalau guna Aeon credit card, RM1=3points kalau tak silap. ada kad ni, ada la beberapa kelebihan nya kan. macam point yang terkumpul tuh, nanti boleh redeem dengan voucher, dan setiap 6bulan sekali, akan dapat voucher jugak tapi berdasarkan pembelian kita sepanjang tempoh 6bulan tuh.

Since dah tukar ke Aeon ni, maka kad pun kena la tukar. aaahhhh benci la.tapi free la kan.

IMG_2998 kad lama hany, special edition lagi ok.

IMG_3003 yang baru, design tak cantik, tapi nasik baik ada hijau ;)

IMG_3005 voucher…

Untuk pembelian June-december last year, hany dapat voucher RM40. yang point hany dah redeem awal tahun lepas, so tengah kumpul lagi. okaylah kan, dapat la jugak tampung beli panty liner ker;)

Kalau nak beli stok lauk banyak banyak, akan pergi pasar borong lah. rumah hany dekat pasar borong. tapi since MZ keje sif, malas la beli stok banyak banyak. makan kat rumah pun tak menentu.

**mode: risau, sebab minyak dunia dah naik, mahu nya pas mengundi nanti naik lagi harga barang**

Aine Ainun@AA

Assalamualaikum,

Blog yang juga ada kaler hijau,;) i likee lagik hehehe…empunya blog adalah Aine Ainun, mula berblog pada July 2011, dan kini mempunyai 236 follower.

3-25-2012 12-59-03 PM

Aine Ainun ni suka berkongsi resepi tau, macam macam ada, dari buat aiskrim sendiri sampailah ke Sup Ikan Kerapu, so kalau nak tengok resipi respi yang dikongsi, sila terjah di link ini .

**nanti nak try jugak la buat eskrim tuh…hehehe**

Wednesday, March 28, 2012

Nasib la jenis tak berkebun bunga kan…

Assalamualaikum,

IMG_3018

masa terpandang ni, macam pelik, eh ape ke benda nih…dah pergi dekat baru lah tahu apa benda. lama jugak duk belek belek ni, kalau lah hany ada tanam bunga bagai ni, harus rembat…buat masa ni tak der lagi lah, tapi coming soon InsyaALLAH…

Plan, nak tanam daun pandan, serai, cili….benda yang boleh di makan yang mana harga kat sini mahal. bunga bunga tu, hurmmm hany tak berapa gemar sangat…tapi tengok keadaan….

**mata kehijauan;)**

MISS BANU

Assalamualaikum,

Blog kali ni adalah milik  MISS BANU, yang berasal dari Georgetown, Penang. Blog MISS BANU ni, bertemakan hijau ngko…i like;)

free-header-kedua header MISS BANU

MISS BANU ni, suka join contest, so kalau korang pun suka join contest dan GA nih, bolehla jengah MISS BANU. dan boleh la cari contest serta GA yang MISS BANU join, mana tahu ada tuah untuk korang kannnn…

MISS BANU ni jugak suka tengok cerita hindustan dan cerita lawak, sebab banyak sangat review pasal cerita hindustan di blog MISS BANU nih. dan antara post popular post MISS BANU adalah pasal rajalawak serta Jozan.

 

Salam kenalan MISS BANU;)

Tuesday, March 27, 2012

Beli kereta,0% interest, korang nak tak?

Assalamualaikum,

yer, 0% interest, mahu ke dak?

ha, korang pergi lah maybank, maybank tengah offer 0% interest untuk beli kereta, promotion sehingga april 2012. (kelik sini untuk rujukan)

 

kereta : BMW 3 series
(320i Executive Edition (CKD), 320i M Sport (CKD), 320d M Sport, 323i
Exclusive Edition (CKD) & 325i Sports Edition (CKD) )
 
 
 
Nah, hany tolong tempek gambar untuk korang, kasi mengancam sikit, entri kosong tarak besh ye dak?

374075387_ec04da26d7_o

 374075392_4022c5f488_o

 

Kalau tak silap tempoh loan adalah 5 tahun sahaja. hehehe so MZ semalam tolong kirakan untuk korang semua…sebulan korang kena bayar RM5,000 sahaja. ahahaha 5,000 sahaja ok! matikkk dengar! (kalau tak silap laaa)

tapiii, limited unit jer lah. sape nak sila lah pergi ke maybank sekarang. ahaha. kitorang inform je kat korang,baca, tengok, buat entri bolehla, tapi nak tu…InsyaALLAH 1day nanti ada rezeki…dapat la. ameeen. ;)

;)

Lara E'dayou

Assalamualaikum,

Macam biasa jam8.00 pagi akan ada lah entri pasal blogger, sila jangan salah anggap, bukanlah niat nak review dorang ni macam lah ko ni bagus sangat kan, tapi sekadar nak promote dorang…

Pemilik nya adalah Lara E'dayou, ha Lara E'dayou ni adalah blog bisness topup. so kalau korang rasa rasa nak buat bisnes sampingan tu, bolehla jengah ke Lara E'dayou. Blog ni bertema kan kaler fink gituh ha. peminat fink ok. hehehe

Lara E'dayou, hurmmm hany nak bagitahu sikit jer, blog Lara E'dayou agak slow loading. Rasanya sebab terlalu banyak sangat aksesori kot. Bukan apa, takot pengunjung boring menunngu, lantas pengunjung klik X terus.

Okaylah, jom terjah Lara E'dayou

ada-bunga2-di-bawah-header

Monday, March 26, 2012

ARINA SHAMSUL

Assalamualaikum,

Sebenarnya, hany memang ada la terngin nak promote membe membe dalam bloglist hany. tapi selalu jer ada kemalasan ahaha. tapi sekarang semangat tu dah ada. so sekarang hany start dulu dengan bloglist GSF hany tuh.

Hari ni, hany nak kenal kan korang semua pada blog ARINA SHAMSUL. Orang Tuaran, Sabah…blog ARINA SHAMSUL ni sangat ceria, ada hijau ada pink;) bukan itu saja, ARINA SHAMSUL juga ada share beberapa tips yang mungkin berguna buat korang semua, antaranya:

 

BARU-LAH-ana-ditengah-tingk header ARINA SHAMSUL

So, sudi sudi kanlah jenguk blog ARINA SHAMSUL nih yer, mungkin ada tips atau entri yang berguna buat anda, yang memberi informasi serta menambahkan pengetahuan kita semua…

Sunday, March 25, 2012

Saya pilih no 5…

Assalamualaikum,

Saya pilih no 5… (klik sini untuk info http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/)

HS

1) sebab nampak klasik, natural

2) sebab tidak terlalu banyak warna, jadi tak serabut mata memandang

3) sebab memang suka yang, lagipun tiada yang kosenp hijau, kalau tak memang pilih hijau;)

saya tag AA

Saturday, March 24, 2012

Bola time


Assalamualaikum,
Sekarang ni makin rajin tengok bola kat stadium. Itu pun jika game yang melibatkan kelate ler. Ater dah suaminya orang kelate kan.semangat la dia nak pergi. Malam ni game kelate bertemu KL spa.

Untuk separuh masa pertama ni, kelate mendahului dengan 1-0. 1minit sebelum rehat baru gol. Sakit hati menunggu gol. Dahla pagi tadi sakit hati masa nak beli tiket. Selalu jual jam11pg. Kiorang pergi la dlm kul1lebih, sekali kul4 baru start jual.



Try je tak beli pun;)



Jersey baru


Sakit hati gak la tengok game malam ni. Kelate main srupa haper. Haha komen sronok la kan. Banyak peluang kelate depan pintu gol tadi. Tapi semua tak gol.

Macam biasa rasanya semua penyokong kelate kut dalam stadium malam ni. Itu memang dah dijangka la kan. Ha kanak kanak pun ramai malam ni. Untun bagi pengalaman pada budak kan. Bagi hany kalau game macam ni bolehla nak bawak anak tu,tapi kalau final ke,better jangan lah. Seronok tengok budak yang umur 3,4 tahun pakai jersey kelate,nampak comey;)

Ok,2nd half nak start dah...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 23, 2012

boleh teka tak apa benda nih?

Assalamualaikum,

Hehehe, sekarang ni tengah duk gila game, DRAW SOMETHING. alaa game tu kita lukis orang teka apa, orang lukis kita lak teka. ahaha selalunya kan, kesian la kat orang yang main game tu dengan hany sebab hany lukis, memang susah nak agak. ahaha tak reti lukis…

meh lihat contohnya nih…meh…

IMG_2967

IMG_2969

IMG_2982

IMG_2981

IMG_2980

IMG_2958 Ini lah gambar yang cantik dan bermakna sikit. ahah tengok je dah bleh guess kan.

 

Jawapan, dari gambar pertama, COW, MEATBALL, JUG, TOWER, FAN & RABBIT.

**owh, kalau korang nak main gak, boleh la download DRAW SOMETHING (nama game), dari installous/appstore/android market**

Tak boleh pakai tudung fareeda, sebab???

Assalamualaikum,

** sekadar ingatan buat diri sendiri dan juga yang membaca entri nih**

Korang pernah tak, dalam keadaan marah, malu, geram…sampaikan doakan benda buruk buruk pada orang lain. hany pernah. seriusly memang pernah. tipu la kalau hany cakap tak pernah kan, sebab hany ni manusia…sifat tak elok tu ada dalam diri ni.

sebagai contoh la, (ni contoh, kan kalau bagi yang betulkan, ada yang tahu nanti), kite dengar orang mengata la kat kita, “ha tu lah ko ni memang la, tak reti nak jaga anak. anak sorang pun tak boleh jaga, bukan susah pun blablabla”. lepas tu, dalam keadaan bengang ni, yer lah manusia kan, bila dah kena mcm tu melenting lah, terus jer melaser jugak… “ ko sedap mengata aku, tak per tak kena pada ko lagi, satu hari nanti kena kat ko, ko tahu lah macam mana” nampak tak? dia doakan balik jadi kat orang yang mengata tuh kan…

CUba, cuba lah kawal mulut tuh, dan cuba kita balas macam ni… “tak apa lah, benda dah jadi, tak per, aku mintak sangat lepas ni, anak aku ni, akan jadi lebih baik dari anak ko” ahahaha boleh tak macam tu? ahaha tiba tiba si dia yang kata tadi lak hangin, sebab kita compare dengan anak dia pulak. macam pelik je kan contoh ni. okaylah okaylah, hany bagi situasi sebenar lah…pecah rahsia jugak….

Hany ada lah cakap, hany tak leh pakai tudung fareeda, sebab kecik, nanti tak cover tetek. bukan sebab mahal tau…(tang mahal ni gurau senda lah) lepas tu membe hany pun sambung, “kenapa nak cakap tudung tu kecik, kenapa tak cakap ko yang besar, semakin besar” (dengan nada gurau, dan hany tahu dia bergurau, serius tak amek hati pun). sebab dah lali, memang hany makin besar a.k.a tembam.

hany pun jawab “ sampai hati ko cakap macam tuuu…hany doakan semoga (siap tadah tangan berdoa nih), suatu hari nanti hany akan lagi kurus dari kau, ameen”…terus berderai ketawa…gelak ramai ramai.alhamdulillah, hany berjaya kawal perasaan dan tak doakan semoga member tu LAGI GEMUK DARI HANY.

korang faham tak apa yang hany cuba sampaikan. memang la kita akan terasa kan, dan dalam kes hany ni, for sure kalau hati tengah panas geram, mesti lah akan doakan supaya membe tu jadi GEMUK jugak kan. weihhhh GEMUK ni bukan buleh buat mainmain, perkataan sensitif tuh,nak nak pada seorang perempuan kan. kalau boleh la, untuk kes kes macam ni, kita jangan lah lepas mulut doakan buruk buruk pada orang kan. yer memang lah tahu orang sound sedapp je kat kita, nak tahan ker.kalau boleh tahan lah…

satu lagi ha… tolonglah jangan sedap mulut sound kat orang. “ko nih bila lagi nak beranak? planning ker? umur dah berapa? kahwin pun dah lama, tak ada anak lagi”, JANGANNNN MONYET, JANGANNNN…kecik hati membe tuh korang sound macam tu, di buat nya dia doa balik dalam hati dia “alhamdulillah, ko cakap macam ni kat aku, ko ingat sikit, ko tu ada anak perempuan, ha merasa lah ko nanti”…nak cakap apa kan…memang lah kita tak tahu itu dimakbulkan ke tidak, tapi kalau dah ko sakiti hati dia, mana tahu ALLAH makbulkan…

sama sama ingat mengingati…bye;)

**ampun dan maaf hany pohon atas segala kesalahan hany terhadap semua, sama ada secara sedar atau tak…**

Thursday, March 22, 2012

Simple

Assalamualaikum,

Malam ni tak sempat nak buat autopublish. MZ, sepatutnya kerja malam ni, so selalunya hany akan menumpang rumah membe. tapi malam ni MZ tak sihat, so MC lah. ehhh of coz la bini suka kan. tapi tak suka sebab sakit.

Lepas Isya’ baru pergi klinik. lepas tu pergi makan, dingdong dingdong…balik dah jam 11 lebih dah. bukak lappy pun jengah jengah ushar ushar blog kejap, buat entri ni satu, then terus off lappy. M dah datang biasa lah kan…

Kitorang pergi Klinik Qistina tadi, dalam beg plastik ubat, klinik tu bagi sekali surah Yassin. terkejut gak la tengok kan, huhu kelainan sikit la klinik ni, doctor pun besh MZ cakap. puasa hati lah.

bye;)

mari jengah mereka ni, mereka sanagat mesra CIK AINI LAVENDER , SOLEHAH SHAMSUDIN , DYA BUNGA, CENDOL

Wednesday, March 21, 2012

Mami, jom salam nenek

Assalamualaikum,

Masih cerita semasa kenduri sepupu, dan masih cerita pasal budak budak yang sweet. Ha, kejadian ni adalah pada hari kenduri, hari sabtu. biasalah…kitorang ni geng geng duduk dapur, ceruk dapur tempat kitorang buat itu ini kan…masa ni hany tengah potong kecik kecik ikan kering untuk di goreng. mak hany tengah bungkus nasi untuk bagi kat tetamu, sepupu yang lain pun tengah buat kerja.

Sekali, masuk la sorang budak, dalam lingkungan 5,6 tahun. Budak ni dia kejar sepupu hany yang umur 4tahun. biasalah budak budak nak main sama sama la kan. sekali ayah budak ni ada follow sekali kat belakang. kitorang tak jadi la nak tegur budak ni. ayah dia panggil, dorang keluar, lepas tu masuk lagi, dlaam 3,4 kali lah main keluar dan masuk masuk dapur.

Kali ke5 budak ni masuk, hany pun tanya:

Hany: sapa nama ehhh
budak sweet : Jon
Hany: owhhh jon yer…
budak sweet : iyerrrr jon
Hany : jon, jon dah makan
budak sweet : dah, dah makan dah tadi…

Budak ni memang tak duduk diam, berlari situ sini, memang tak berhentilah. lepas tuh, mak hany pulak yang tanya, macam macam la layan budak ni kan, sambil duk buat kerja kat dapur tuh. last skali, ayah dia panggil ajak keluar. yer lah kan…mesti ayah dia pun rasa tak sedap, macam anak dia ganggu la pulak kan.

Lebih kurang 5minit, sekali si Jon ni masuk lagi, kali ni dia seret tangan seorang perempuan. sambil jerit, “mami, mami…cepat la salam dengan nenek…cepatlah” sambil tarik tangan mami dia ke arah mak hany. pastu mak dia pund atang la salam. mak dia cakap anak dia bising bising tarik dia sebab nak suruh salam dengan nenek. huhu ntah hany rasa sweet sangat moment tuh.

Bagus kan si Jon ni….

 

“sana sini geng blogger ETUZA, SWEET HONESTY. AYUNI, MISYA MIALEN

Budak baik

Assalamualaikum,

Weekend baru ni, hany kan balik kampung, sempena kenduri sepupu hany, sebelah mak. Macam biasa lah kan, kalau kenduri ni, ramai la yang datang kan berkumpul ramai ramai. Yang seronoknya budak budak lah kan. boleh jumpa main main dengan sepupu sepapat semua, walhal duduk dekat jer.

Petang jumaat tuh, ada la pasar malam kat kampung hany. bawak la anak sepupu yang budak budak ni 2orang, hany bagi duit kat budak berdua ni, then dia ikut makcik dia pergi membeli. hany dengan mz. dalam setengah jam, kitorang gerak balik. budak berdua ni ikut hany, mak dia masih kat rumah kenduri lagi. si adik ni beli heli mainan. suka sangat sampai taknak makan.

Sekali, tengah tengah duk main sambil makan, naik la si sepupu sorang lagi. naik naik terus berkenan dengan heli si adik nih. si sepupu ni terus amek mainan nak main jugak. si adik ni tak melawan pun, dia tengok jer, lepas tuh pandang hany. alahaiiii ni mesti mintak hany amek balik heli tuh.

Hany pun pujuk la si adik, cakap tak per, abang pinjam kejap. nanti adik main la. lepas ni adik dah balik abang takleh main dah. biar lah abang main dulu. Ya ALLAH, bagus sangat si adik ni, dia redho jer, lepas tu dia makan burger dia sambil perhatikan si abang main. hishhh ni kalau sesetengah budak ni, takde nya nak mengalah macam ni, mahu nya dia gaduh rebut jugak kan.

Lepas tu, dah lama sangat si abang main, hany pun cakap, ha abang bagi adik pulak main, lepas tu abang lak, gilir gilir la main yer. so far, dua dua baik sangat, tak ada berebut. lepas adik terbangkan heli, abang pulak, lepastu adik…ha giglir gilir macam tu lah. alhamdulillah…sejuk hati tengok.

Dalam hati, jangan lah korang bergaduh, berteriak berebut mainan nih. ahah dah la waktu tu, dekat dekat maghrib.

**adik dan abang ni budakan adik beradik**

 

 

“kawan kawan, mari berkawan, jangan cari lawan…MS VELENTINE, CIK NUR, CHIC NA, LELAMAISARA

Tuesday, March 20, 2012

Semoga sentiasa setabah ini…ameen

Assalamualaikum,

Adat la kan, kawan kawan lama…dah lama tak contact, dah lama tak tanya khabar berita. dah lama tak tahu apa update terkini kan…bila nampak jer online, kat FB ker, kat YM ker kan…zasss laju jer la bertanya khabar…

3-19-2012 5-01-38 PM ahaha yang ni, takde mukaddimah ke aper, terus bagi soalan…

Tak apa lah, maafkan lah dia. dia excited sangat nak tahu kamu dah berapa orang anak tu hany. sebab tu tak nyempat nak bagi salam, tak nyempat nak tanya khabar kamu, terus di tanya nya soalan itu. tak pe tak per…kita jawab…bagi tahu hal sebenar nya kan…

Alhamdulillah, time ni tak der lah sentap hati mak nak…terus je taip jawapan tuh. Alhamdulillah, membe yang ni dah dapat sorang baby perempuan. hany nikah awal setahun dari dia. tapi alhamdulillah rezeki dia sampai dulu kan. ameen…

**semoga sentiasa tabah yer hany…ameen**

 

“Jom terjah mereka jom, DIEYNA, YANA LIBRA, DEQLA MANJEW, 9NOL4

Tahniah suami…

Assalamualaikum,

TAHNIAH buat suami ku. hehehe semalam MZ balik rumah, then bagi la satu cert nih. alaa award apa ntah ni. sebenarnya memang dah tahu dapat cert tu. sebab ada 1 of opismate mz yang tag di FB. masa kat kampung kitorang tengok. kalau tak silap MZ orang ke3 yang dapat cert ni.

IMG_2954 Parallels is product/sistem yang MZ support.

Alhamdulillah, bersama cert ni, dapatlah Parkson Gift Card. dapatlah kita shopping yer;)

IMG_2950 hijau…;)

IMG_2952 Tak banyak, tapi alhamdulillah utk rezeki ini. buleh isteri numpang shopping

TAHNIAH suami ;)

**datacom, bila nak naikkan gaji suami ku, dah dapat cert ni, naikkan la gaji ;) **

 

“Jengah mereka untuk tambah kenalan anda ARINA SHAMSUL, AUTOPUBIZ RELOAD, MISS BANU, AINE AINUN

Monday, March 19, 2012

Salam kenalan…

Assalamualaikum,

Malam ni hany join satu group ni, untuk tambahkan kenalan di alam maya ni. so far hany antara yang terakhir lah masuk group ni. yer lah, baru jer tahu kan. so kawan kawan alam maya yang baru, salam kenalan dari hany di mzhany.com ni. untuk kenali hany, boleh la klik pada tab kat atas header, pada ABOUT. kat situ ada sikit info pasal hany dan blog nih.

Ok, hany selalunya malam baru akan visit blog @blogwalking nih, jarang sangat la nak blogwalking siang tuh. almaklom la kerja, memang la boleh untuk BW siang hari, tapi selalu kalau sianghari, hany just visit and baca entri, dan jarang komen, malam barulah hany komen. so hany lagi suka utk BW waktu malam. boleh baca entri dan komen.

okay, ni list kawan kawan baru tu, malam ni hany akan terjah untuk kenali kawan kawan baru ni, eh jangan risau, kawan kawan lama pun hany terjah la. hehehe.

0.ARINA SHAMSUL
1 AUTOPUBIZ RELOAD
2.MISS BANU
3.AINE AINUN
4.DIEYNA
5.YANA LIBRA
6.DEQLA MANJEW
7.9NOL4
8.MS VELENTINE
9.CIK NUR
10.CHIC NA
11.LELAMAISARA
12.ETUZA.
13.SWEET HONESTY.
14.AYUNI
15.MISYA MIALEN
16.CIK AINI LAVENDER
17.SOLEHAH SHAMSUDIN
18.DYA BUNGA
19.MZHANY

20.CENDOL

**salam kenalan buat semua**

Travel dalam keadaan CIRBIR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah di perantauan ni jam 6ptg semalam. Hari ni hany MC, sakit kepala dan diarrhea. cirbit tu cirit birit;)

hany syak sebab hany makan daging kot. dulu memang kalau lepas makan daging jer mesti sakit perut. tapi sekadar sakit sakit manja gitu jer lah kan, takde lah sampai diarrhea nih ha. maybe jugak sebab makan banyak kot. yer lah tengah hari makan nasi minyak rumah pengantin, malam pun makan nasi minyak lagi. sebab malas la nak masak, tapau sudah.

Semalam, hany bertolak bali ke kl ni jam 11pagi. dan sampai jam 6 ptg. sepanjang tuh 8kali hany cari toilet. hwaaaaa memang sengsara. dahla kitorang ikut jalan kampung, bukan jalan pantai. kalau jalan pantai tu banyak la stesen minyak kan. ha ada satu tempat tuh, dah tak tahan sangat berhenti la kat 1petronas, kira itu petronas last dijumpai, dan akan jumpa lagi dalam 2jam lepas tuh, dengan sakit perut ni, sekali toilet kena share pulak…aaahhhh dah la ramai lelaki tengah menunggu.

Terus paksa mz jalan cari la apa yang ada, nasib baik ada masjid. kalau tak memang menangis lah. lepas tuh, hany tidur jer. then bila sampai kat hentian gambang, stop untuk solat. hany solat dalam keadaan kaki terketar ketar. serius ketara gila kaki tu ketar ketar. yer lah penat siot membuang jer kan. MZ je makan, hany takut nak makan…ahaha

IMG_2946 ubat yang doc bagi..

So far, sekarang dah ok. alhamdulillah. so hari ni kena minum, gantikan air yang hilang;)

**korang ada pengalaman travel dalam keadaan diarrhea nih?**

Thursday, March 15, 2012

Jemputan


Assalamualaikum,
Entri bertulis sahaja tanpa gambar. Mzhany on da way balik ganu nih.Biasalah bulan3 cuti sekolah ni kan musim mengawan kan.kenduri sepupu hany. Esok akad nikah dan sabtu adalah kenduri. Sabtu ada 2kenduri sepupu sebelah mak dan sorang lagi sebelah ayah...

Ha,bercakap pasal jemputan nih, selalulah kita ni dapat jemputan kan,dari sanak saudara,rakan taulan mahupun jiran tetangga. So far sebolehnya kita akan cuba hadirkan diri kan kecuali lah ada hal hal yang tak dapat dielakkan.

Bila kita hadiri jemputan orang jangan la sampai kita cakap,ni alu datang kenduri ko nih,kang aku buat kenduri ko wajib datang sebab aku datang ko punyer. Huisshhh sampai macam tu skali ha. Logiknya membe tu akan ingatla kita pernah pergi kenduri dia,insyaALLAH dia pun akan berbuat yang sama kan. Unless ada hal tak dapat di elakkan. Tak elok lah macam tu.

Lagi satu,pasal kematian, bila mana ada jemputan kenduri dan pada masa yang sama ada juga berita kematian seseorang yang rapat yang kita kenali dan kita dapat hadiri, kita patut DAHULU kan ke tempat yang ada kematian tuh. Si mati tu kita takkan jumpa dah,ni perpisahan yang kekal ni,arwah bakal mengharungi alam lain,seeloknya kita pergi dan sedekahkan alfatihah serta doa buat arwah. Yang kahwin ni,insyaALLAH kita boleh jumpa lain kali.

Okaylah,nak stop makang kejap. Selamat menghadiri kenduri kendara. Buat pasangan pengantin, barakallah...selamat menambah ummat Mohamad....




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 12, 2012

Sembonia itu tak bermutu atau henbeg ko yang berat macam batu?


Assalamualaikum,

Ahaha, masuk kali ni, dah kali ke2 dah hantar henbeg untuk repair, nasib baik ada warranty lagi kan. kalau tak masak kena caj. yer henbeg sembonia. ntahla, takkan henbeg sembonia tak bermutu kot. maybe hany ni main masukkan segala bagai dalam beg tu sampai kan, tak mampu menampung.

Sebelum ni memang tali henbeg tu dah tercabut, tapiiii dek kerana ada WARRANTY kan, Alhamdulillah. pergi je Sembonia JJ Equine tuh, bagitahu kat promoter dia, dia check, terus bagi ganti. Nasib baek la…sebab tak selesa kalau pakai tali yang panjang untuk sling tuh.

IMG_2839 bukan putus, tapi yang hujung besi tu macam loose, jadi dia tercabut la

Dah dapat ganti yang baru, dingdong dingdong alaaa jadi lagik, tapi tak tercabut lagi la. nasib baik terdetik hati nak check warranty card, halamak tinggal lagi 1week. so hany terus pergi hantar. kali ni promoter tu taknak bagi terus stock yang ada. kena tunggu repair jugak. takperlah tapi tunggu lama lah. 3weeks jugak la.

IMG_2837 ni la report yang dibuat…siap lukis lagik ha….good terang dan jelas.

Seriusly, bersyukur la dapat warranty ni, kalau tak agak agak berapa la kena bayar agaknya. sebab tu lah orang suka beli henbeg yang mahal kan, ada warranty bagai. tapi, kalau dah henbeg mahal takkan la boleh rosak pulak kannnn.

**gucci sukey medium, masih dalam wishlist…ntah bila lah buleh dapat**

Saturday, March 10, 2012

Teka Teki Terhebat

1. Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
@Mizz Coki jawab: Jawapan lain salah la

2. Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
@Mizz Coki & @misyamissyou jawab: Stokin tu basah

3. Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
@Mizz Coki jawab: Kerana kalau diletakkan pisang pasti jadi rebutan

4. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
@Mizz Coki jawab: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung burung tidak dapat terbang seperti biasa.

5. Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
@Mizz Coki jawab: Negaraku

6. Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
@Mizz Coki jawab: Kentut

7. Ulat gonggok ader 100 kaki, belok ke kiri tinggal beraper?

8. Burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal?

9. Beza Burung dgn Unta

10. Nampak dibawah cari di atas

@Mizz Coki,
Tahniah! Anda berjaya jumpa website teka teki ni. Macam mana saya tau? sbb jawapannya smpi no.6 je dan tgk gaya jwpn mcm copy and paste huhu. Ade sape2 nak jwb soklan no.7-10?

Friday, March 9, 2012

Tasbih semulajadi, takperlu beli, sentiasa anda bawa kemana mana…

Assalamualaikum,

419200_194822400634039_186960618086884_264265_2014936587_n

Ya ALLAH, untung nya kita manusia ni kan. itulah dia, setiap kejadian kita ni, ada hikmahnya. ada guna nya. DIA sememangnya telah mengaturkan yang terbaek buat kita ummat NYA ini.

Subhanallah…

**gambar amek dari blog ustaz ahzar idrus**

Monday, March 5, 2012

Semoga dimakbulkan...ameen..


Assalamualaikum,
Serius tak ada idea nak bebel kat rumah hijau nih. ahaha memang lama gak tak ber hapdet nih. Kalau suruh MZ lagi la dia taknak hapdet. Dia tu setahun berapa kali je hapdet kan.

Tak ada cerita menarik pun. Macam biasa je hari hari yang dilalui. Masih lagi berusaha untuk memboyotkan perut a.k.a mengandung, nak dapatkan anak. InsyaALLAH, semoga usaha ini di makbulkan oleh ALLAH ameen...

Sekarang ni hidup berpindah randah la,since MZ kerja malam, makanya bini nya pergilah menumpang tidur rumah si dia ni lah,si dia tu lah. Hehehe so far baru 1rumah ni lah yang menjadi perhentian sementara;). Tak suka sangat sebab ye lah rasa macam menumpang je ahaha padahal memang sah sah la menumpang kan. Tapi tu lah rasa tak sedap tau. Mestilah manakan sama dengan RUMAH SENDIRI kannnn.

Hany kan kalau MZ kerja malam kan mesti petang tu hany akan berusaha balik sharp then sampai rumah boleh la jumpa MZ kejap.lepas tu MZ keluar pergi kerja hany pun sama keluar pergi menumpang. Kalau tak jumpa kan, rasa macam lama sangat tak jumpa. Yer lah siang hany kerja then petang MZ dah pergi kerja, bila lagi jumpa kan. So far memang hany berusaha lah balik untuk jumpa kejap. Nasib baik ofis dekat kannnn.

TAHNIAH buat rakan rakan yang menyambut kelahiran anak masing masing. TAHNIAH jugak buat rakan rakan yang tengah mengandung... alhamdulillah rezeki... ameen. jaga diri baik baik yer. Jaga baby jugak. Semoga anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah yang boleh membantu ibu bapa nya kelak... ameen..




- Posted using BlogPress from my iPhone

~TQ Dear~

Followers