Tuesday, September 23, 2014

Sambungan entri LPPKN & taknak jumpa doktor lelaki :)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay,
dalam entri semalam hany ada mention, Alhamdulillah...ALLAH makbulkan doa hany taknak jumpa doktor lelaki kan. Appoinment hany adalah di bulan Mei 2014. Hany dapat tahu hany mengandung pada Mac 2014

Ini pun setelah last period adalah pada Januari 2014, bulan Februari tak der period tu. Dalam hati hany dah terdetik...adoiiii masalah lama nak kembali lagi ke ni. Untuk info, hany ada masalah period tak normal, 3/4bulan sekali. tapi sejak Mei 2013 sehingga Januari 2014, alhamdulillah elok setiap bulan dia ada.

Bulan februari berakhir, hany cakap kat diri sendiri...kita tunggu bulan 3 ni. Mana tahu ada kan. Honestly, memang tak terdetik langsung yang diri ni PREGNANT, langsung tak terasa nak buat UPT. Sebab selalu -ve je kan. Boleh pulak terdetik yang period kembali bermasalah. Pertengahan Mac 2014, hany buat UPT. Buat pun sebab hany nak minum produk untuk kuruskan badan. hahaha kena lah cek, kan tak pepasal je kan. Itu yang hany tahu hany mengandung. Masa pertengahan Mac tu, dah 6minggu.

Hany ada entri lengkap pasal ni di sini Saat Menatap 2 Line

Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH. Ada jugak yang tanya, ko mengandung sebab treatment LPPKN ker? Ke treatment Az-Zahra? Ke sebab ko amek QASEH GOLD? Seriusly, memang wallahualam...yang pasti REZEKI ALLAH untuk hany dan suami dah sampai. Semua tu adalah usaha dan ikhtiar yang kami lakukan. Jadi nya, kitorang memang boleh share usaha dan ikhtiar kitorang, tapi mana satu yang menjadi wallahualam...hanya ALLAH yang tahu, hanya ALLAH yang izikan...

Jadi, korang kalau nak tahu usaha dan ikhtiar kitorang, boleh tengok di sebelah kanan, ada hany buat senarai. 

**Ingat, ALLAH bagi ujian ni untuk mereka yang DIA nak. DIA tahu apa DIA bagi. Kita mesti kena usaha, DOA, jangan putus asa. Hany pun pernah nak putus asa, tapi bila fikirkan orang lain lagi lama, masih bersemangat usaha...jadi kita pun kena terus berusaha...InsyaALLAH...rezeki tu ada, cuma kita tak tahu bila...**


6 comments:

Anonymous said...

yup2.. x kisah la cmner or kt mane pun , janji kite ikhtiar..

zr ms ngndg amni , xtau la coz of urut ke , maajun ka.. apa ka.. tp yg penting kne usaha.

yg skng ni mmg ngndg psl ngada2 skip2 makan maajun .. kui3

AtieYusof said...

Alhamdulillah...TAHNIAH ya.. betul tu yg penting usaha dan ikhtiar.. sy skrg pun tgh usaha nak bagi adik kat putera sy tu..rindu sgt nak baby..hehe
BTW, salam kenal..follow sni :)

Eyzamiel said...

Alhamdulillah.. rezeki awak dah sampai.. doakan saya jugak yer.. saya dah 7 tahun menanti.. tahniah awak..

Rohani Hashim said...

@Zura
Betul zura usaha,rezeki kan. Ha kiranya maajun tu bkn utk perancang je lah kan...


@Atie
InsyaALLAH atie nnti putera dpt la adik tu.hehe aamiin


@Eyza
Alhamdulillah eyza. insyaALLAH ada rezeki.aamiin.saya doakan utk eyza,semoga ALLAH permudahkan urusan eyza dan kurniakan rezeki anak...aamiin

Unknown said...

Salam. Nak tanya, dr rawatan 1 sampai 3 tu ade makan ubat dr lppkn ke?

Rohani Hashim said...

@Raifana Abdullah
Takde makan ubat lagi,sebab tak jumpa doktor lagi. Ubat diberi oleh doktor bukan nurse. Rawatan 1 hingga 3 semua dengan nurse sahaja. Sebenarnya bukan rawatan lagi,baru check itu ini. Lepas yg ke3, baru ambil appoinment utk jumpa doktor.

~TQ Dear~

Followers