Assalamualaikum,
** sekadar ingatan buat diri sendiri dan juga yang membaca entri nih**
Korang pernah tak, dalam keadaan marah, malu, geram…sampaikan doakan benda buruk buruk pada orang lain. hany pernah. seriusly memang pernah. tipu la kalau hany cakap tak pernah kan, sebab hany ni manusia…sifat tak elok tu ada dalam diri ni.
sebagai contoh la, (ni contoh, kan kalau bagi yang betulkan, ada yang tahu nanti), kite dengar orang mengata la kat kita, “ha tu lah ko ni memang la, tak reti nak jaga anak. anak sorang pun tak boleh jaga, bukan susah pun blablabla”. lepas tu, dalam keadaan bengang ni, yer lah manusia kan, bila dah kena mcm tu melenting lah, terus jer melaser jugak… “ ko sedap mengata aku, tak per tak kena pada ko lagi, satu hari nanti kena kat ko, ko tahu lah macam mana” nampak tak? dia doakan balik jadi kat orang yang mengata tuh kan…
CUba, cuba lah kawal mulut tuh, dan cuba kita balas macam ni… “tak apa lah, benda dah jadi, tak per, aku mintak sangat lepas ni, anak aku ni, akan jadi lebih baik dari anak ko” ahahaha boleh tak macam tu? ahaha tiba tiba si dia yang kata tadi lak hangin, sebab kita compare dengan anak dia pulak. macam pelik je kan contoh ni. okaylah okaylah, hany bagi situasi sebenar lah…pecah rahsia jugak….
Hany ada lah cakap, hany tak leh pakai tudung fareeda, sebab kecik, nanti tak cover tetek. bukan sebab mahal tau…(tang mahal ni gurau senda lah) lepas tu membe hany pun sambung, “kenapa nak cakap tudung tu kecik, kenapa tak cakap ko yang besar, semakin besar” (dengan nada gurau, dan hany tahu dia bergurau, serius tak amek hati pun). sebab dah lali, memang hany makin besar a.k.a tembam.
hany pun jawab “ sampai hati ko cakap macam tuuu…hany doakan semoga (siap tadah tangan berdoa nih), suatu hari nanti hany akan lagi kurus dari kau, ameen”…terus berderai ketawa…gelak ramai ramai.alhamdulillah, hany berjaya kawal perasaan dan tak doakan semoga member tu LAGI GEMUK DARI HANY.
korang faham tak apa yang hany cuba sampaikan. memang la kita akan terasa kan, dan dalam kes hany ni, for sure kalau hati tengah panas geram, mesti lah akan doakan supaya membe tu jadi GEMUK jugak kan. weihhhh GEMUK ni bukan buleh buat mainmain, perkataan sensitif tuh,nak nak pada seorang perempuan kan. kalau boleh la, untuk kes kes macam ni, kita jangan lah lepas mulut doakan buruk buruk pada orang kan. yer memang lah tahu orang sound sedapp je kat kita, nak tahan ker.kalau boleh tahan lah…
satu lagi ha… tolonglah jangan sedap mulut sound kat orang. “ko nih bila lagi nak beranak? planning ker? umur dah berapa? kahwin pun dah lama, tak ada anak lagi”, JANGANNNN MONYET, JANGANNNN…kecik hati membe tuh korang sound macam tu, di buat nya dia doa balik dalam hati dia “alhamdulillah, ko cakap macam ni kat aku, ko ingat sikit, ko tu ada anak perempuan, ha merasa lah ko nanti”…nak cakap apa kan…memang lah kita tak tahu itu dimakbulkan ke tidak, tapi kalau dah ko sakiti hati dia, mana tahu ALLAH makbulkan…
sama sama ingat mengingati…bye;)
**ampun dan maaf hany pohon atas segala kesalahan hany terhadap semua, sama ada secara sedar atau tak…**
25 comments:
Faham2, n pernah mengalaminya...
Hehe, stuju psal tudung fareeda tu..comey blaka..;)
hrmmm. kita jarang kena mcm ni. selalu kalau kena pun bls dlm hati, "takpela, kau tau lah nnt bila kau alaminya sendiri" pastu buat de' je. hehe. sbb kita jns org yg mls sgt nk sibuk2. paling2 stres dlm kreta org tak bg jln. "hah, kedekut tgk2 kau dpn aku jugak. hahahaaa" takpun, "eleh, tadi laju sgt tgk2 kau kat belakang aku, ceh" lebih kpd monolog sendiri. ngeee.
sy tak reti nak sound org.penyudah kalau hati sakit sgt nanges sorang2 je.huhu
pernah mengalaminya. mmg sgt menguji kesabaran. huhu..
pernah juga mengalami..tapi tak selalu la..
penah jgak alaminya...dlm hati doa jgak yg teruk2..sbb skit hati jgak kannn...
tp cool jagk hany nie kan...sgat bernas jwpan hany td tu..hehe
hehehhe
kelakar pon ada..tp dlm gurau2 tu kena jaga gak bahasa kan..:)
kalau sy..selalu simpan dalam hati je..takut bila sy bersuara, lain pulak yg keluar..hehee..
hmmm mmg pernah alaminya...lagi2 bab anak tu...tapi lama2 dh jd lali..mcm skrg ni dh tak rasa apa2 bila org tanya pasal anak lagi2 yg laser...boleh jawab dgn tenang dan buat org tu diam...hehehe...
mmg mulut kena jaga kan... kdg kerana mulut terlepas cakap lain jadinya.... kak munna pun tak boleh pakai tudung fareeda ...singkat dan kecik pada kak munna yg besar ni
hehe..gelihati baca entry nehh.. mmg penah blaku kt sndiri...hihi
hany,perkataan2 sensitif tu memang makan dalam tu beb..huhu..
weh tudung fareeda tu mahai banget weiiiii ...huhuhu...
sdg berlaku sekarang tapi sabor jelahhh kan. kite menangis, orang tak tahu. manusia ni takkan abis soalan smpai kiamat kot. lumrah. ;)
Sebab mulut badan binasa... Berpada-padalah.
dd yg nak marah bole? huk huk
dd pun cari tudung yg at least leh cover situ, hehe
faham2..selalu jugak..kalau dah marah sangat, tak sengaja terdoa pulak =(
sy pun tak pakai tudung fareeda...mmg pendek..wpun sy kurus..huhu
hanyyyy..aku mintak maap yer kalo ko mmg betul2 terasa.. tp niat aku mmg nk bergurau ngn ko je smlm..huhuhu...sowi beb
@rin
alaaa ko nih...tak ada aper lah. tang gemuk tu hany tak heran dah. dah lali, tapi kalau tang anak tu...ummm memang terus register la dlm hati, otak, emosi...
peace no war!!:D..legaaa
betul tu hany, kdg2 sebab dah terbiase, xsedar je kita sedang mendoakan sesuatu yg tidak baik...
lepas ni kena hati.. :)
terima kaseh atas ingatan.. :)
done polow .. :)
Sy same pndapat dgn Irfa.sll menangis je,sbb terlalu baik hati,tp kadang2 hati tu tahan je geramnye.sbb sy xreti nak marah org.
@aineAinun,
tu lah AA, tudung fareeda comey, gerammm tgk, tapi sedar diri lah ;)
@cha
ahahhaa kelakor la cha nih. tp betol gak, kalau time bwk kete tu, mcm2 keluar.huhuu
@Irfa
alahaiii bagusnya irfa ni. kurang kurang, tak ada la nak menjawab dah tambah dosa.
@ChicNa
a'ah memang menguji kesabaran kan
@lelaMaisara
huhuhu...
@fazita
a'ah fazita, mmg mesti akan terdetik jugak la kan nak doa benda yg teruk kan, yer la kita kan manusia.
@Sha
huhuhu stuju tang yg jaga bahasa tuh.
@LadyD
hehehe...baguslah awak ni bleh simpan jer kan...
@Diela
hurmm diela, hany tak sampai lagi mcm tu, ishhh tak dapat lagi nk tenang tuh, mesti akan terpancar la kat muka tuh.
@Munna
hehe btol kakmunna singkat dan kecik kan...
@sweet
hehe gelihati pulak, ummm
@syalinda
ha betol weh, mmg makan dalam. ahaha ate 1ratus lebih harga nya, mahu tak mahai....
@Nola
alaaa banyak bersabar eh....
@JS
hehe betol betol;)
@dd
huhu boleh dd tlg marah kan ;). a'ah kurang kurang cover la tang tu kan...
@munnafendy
ha betol hati tgh marah apepun boleh jadi kan.
@CIkNur
ye ciknur, hany pun tgh nak kawal diri. selalu ingatkan diri sendiri supaya brsabar...
@solehah
bagusnya solehah ni...
mcm dya ngn kawan-kawan dya.. sound dpn2 je.. kdg2 gurau pun pedas je..
@dya
huhu jenis gurau2 tu takpe, ni jenis yg mmg niat dihati nak kasi mkn dalam yg dgr. itu yg haishhh
Post a Comment