Thursday, December 29, 2011

Di saat pemergian nya…

Assalamualaikum,

hurmmm, sikit update pasal arwah ayah hany. dua, tiga hari sebelum pemergian arwah, arwah sering kali memanggil manggil nama mak, ayah arwah (atuk n nenek hany). Lepas tu arwah ada menyebut nama abang dan kakak arwah yang telah tiada. hurmmm itu mungkin tanda tanda nya kan. hany dengan mak memang dah saling berpandangan, dalam hati memang terdetik. tapi taknak cakap seolah mendoakan arwah pergi.

 

Dua tiga hari sebelum pemergian arwah, nurse dan doktor ada jugak cakap, bawak balik la makcik. dah tak boleh buat apa. so Jumaat 16dec, hany dengan mak berbincang untuk bawak balik arwah esoknya iaitu hari sabtu 17dec. dan kebetulan jumaat malam MZ memang dah naik bus nak balik ke Ganu. so ngam ngam la kan.

 

Jumaat malam 16dec,

maghrib hany bacakan surah Yasin tepi katil arwah. masa tu arwah bernafas elok walaupun macam sedikit tersekat. mak kata mungkin sebab lelah, arwah memang ada lelah. Jam 8.30 hany keluar sebab nak fotostat sesuatu untuk urusan keluar dari hospital esoknya. hany balik ke hospital dalam jam 9++, tengok mak hany dah lena sebelah katil. hany biarkan saje, sebab mungkin mak penat kan. hany lap muka ayah, basahkan muka sikit, lepas tu bagi susu untuk makan malam. makan pun thru tiub sebab tak boleh direct nanti susu akan direct pergi paru paru, lagik haru kan.

 

Lepas tu hany tengok Merlin. alaa merlin yang dua jam tuh, jumaat malam. adik sebelah katil arwah pun tengok. kitorang tengok dengan lekanya. tingtongtingtong, kul12. Merlin pun habis. hany tak solat Isya’ lagi nih. adik sebelah dah bersiap nak tido, nurse suruh tutup tv.

 

Elok hany bangun nak pergi solat Isya’, hany tengok arwah bukak mata, bukak mata luas luas, lepas tu macam putih mata tau. masa tuh darah hany berderau. serius berderau lah, hany pandang arwah seketika, then terus ambil surah Yasin yang memang ada atas kepala tidur arwah. tanpa berwudu’ hany terus baca Yasin time tuh jugak. Sambil baca, sambil pandang arwah…nampak dada arwah berombak naik turun,perlahan lahan. Tiba tiba air mata arwah mengalir. hany lap, mengalir lagi. bacaan Yasin memang hany teruskan. dalam hati hany memang dah terdetik mungkin masanya dah tiba,hany doa dalam hati semoga bacaan Yasin ni ALLAH mudahkan arwah “pergi”, itu jer yang ada dalam hati saat tuh. lepas lap air mata, hany letak tapak tangan dekat dada arwah, boleh rasa dengupan makin perlahan. Yasin masih tak habis dan masih hany teruskan jugak baca.

 

Saat tu jugak, hany tak terfikir nak kejutkan mak hany bangun. apa yang hany fikir, habiskan bacaan Yasin sambil berdoa dalam hati semoga arwah “pergi” dengan mudah. itu jer. seiring dengan bacaan Yasin, nafas arwah perlahan lahan di tarik dan dihembus. Elok jer ayat terakhir dalam surah Yasin hany baca, hany tengok dada arwah dah tak berombak naik turun dah. sedang elok Yasin habis, hany tengok arwah pun dah tak bernafas. memang betul betul lah ayat terakhir surah Yasin hany baca, arwah hembuskan nafas terakhir.

 

hany terus bangun dan letak telinga di dada arwah. sah memang takde reaksi langsung. hany pun panggil arwah “POK, POK, POK” (bahasa standard PAK). sambil hany gerakkan bahu arwah. makin lama makin kuat hany panggil. ada sedikit sebak dalam suara hany. Adik kat sebelah pun tak tido lagi, dia pun bangun bila dengar suara hany makin kuat. dah tahu macam tu, hany panggil nurse dan kejutkan mak hany.

 

Nurse datang tengok dan panggil doktor, untuk cek. sambil bawak alat ape benda tah nama. yang macam letrik tuh letak kat dada. hany memang takkan bagi la kalau doktor nak gunakan alat tuh. sebab bagi hany memang arwah dah tak ada. hany memang bersama arwah tadi, dan sememangnya tak perlu untuk gunakan alat tuh. doktor cek, then dia panggil hany bagitahu “Pakcik Hashim dah tak ada ni”, “a’ah doktor saya tahu, tak pelah tak perlu buat apa apa”. Terus nurse simpan semua alat alat dan bersedia untuk prosedur seterusnya.

 

Alhamdulillah, mak hany tak menangis malam tu. hany pun sama. mungkin sebab kitorang dah boleh rasa yang arwah akan pergi malam tu. seriusly, itulah yang hany doakan selama ni, sekiranya arwah nak “pergi” biarlah hany ada di sisi arwah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, kerana izinkan hany ada di sisi arwah saat saat hembusan nafas terakhirnya.

 

doa-untuk-ibu-bapa_1024

Wednesday, December 28, 2011

Terima Kasih sahabat…;)

Assalamualaikum,

Terima kasih buat semua rakan blogger yang komen di entri nih. PERGINYA AYAHANDA KESAYANGAN.

 

qasehraihan
Laili
MOBYDICK
wida
Salbiah bt Karim
ch@
~: nisa :~
apak cikidong
r.i.t.a
nik
fiza amran
RedBerry
IbuDhira
littlehumblelynn
azie
dd dudu
Kella
Lady D'yot
nisa
fiezaradzi
fazitaismail
JaJa'Z
 

 

Dan jugak semua, sahabat yang SMS ucap TAKZIAH…terima kasih sahabat!

Buat Anonymous…

Assalamualaikum,

 

12-28-2011 11-50-02 AM Soalan dari anon

 

Ada anon tanya di entri nih PERANGKAP CICAK.

 

Di sebabkan anon ni tak bagi mail, mahupun ape ape info, jadi hany jawab kat entri nih je lah yer. hany beli perangkap cicak tuh di COSWAY. rasanya COSWAY ni ada kat mana mana jer, rasanya. pergi cakap je nak beli perangkap cicak tuh. mesti pekerja dia tahu lah. kalau tak tahu jugak, suruh dia resign eh ahaha suke suke hati jer. tapi kalau tak silap, dekat JJ pun ada. tapi hany tak pernah beli la di JJ tuh. harga sori yer lupe ;)

 

090120101449

 

ok, harap dapat membantu si anon yer…

 

**akhirnya berupdate jugak blog hijau nih;)**

Wednesday, December 21, 2011

Setiap insan pasti merasa...

Assalamualaikum,
Setiap insan pasti merasa...
Saat perpisahan terakhir...
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa.

Sunday, December 18, 2011

Perginya Ayahanda kesayangan…

Assalamualaikum,

17Dec2011@22muharam1433H, jam12.15pagi, ayah kesayangan hany telah pergi menemuai DIA yang maha ESA. Alhamdulillah hany dan mak ada disisi arwah semasa hembusan nafas terakhir. Syukur sangat pada ALLAH kerana itu yang hany mintak, supaya hany ada disisi sekiranya arwah akan pergi kepada NYA.

 

Upload-12_18_11-10.43.22-AM suami tercinta sentiasa disisi

 

ini je sempat utk hany update. nanti hany sambung yer.

Wednesday, December 14, 2011

Meksi jahat!

Assalamualaikum,

Meksi=nurse/jururawat

Ahaha hany dah dapat gelaran meksi jahat. Ayah hany lah yang panggil meksi jahat.

Sebabnya,masa bagi susu. Ayah hany minum thru tiub tuh.ayah dah bising2 taknak taknak. Hany bagi jugak. Ahaha sebab makan sikit sangat nanti xde tenaga. Sebab tak dengar cakap dia,terus dapat gelaran meksi jahat.

Lepastu, hany lap la mata ayah hany, 2,3kali lap jugak le baru hilang benda2 asing,ayah hany pun marah. Jangan la letak air masin,pedih mata nih. Hany lappp jugak sampai bersih.sudahnya ayah hany tutup mata terus taknak bukak. Huhu sekali lagi kena meksi jahat.

Huhu nak tergelak bila dengar camtu ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

4.45am

Assalamualaikum,
Serius tak tahu nak buat entri pasal ape. Yup hany kat ganu sekarang ni. Sekarang jam 4.45pg. Sah sah la tak tido lagi sebab memang kalau jaga ayah hany malam memang hany tak leh tido. Jawabnya pas subuh nanti hany balik and sambung tido.

Jadi burung hantu lah. Tido siang berjaga malam. Mak hany dan ayah selamat dah tido.

Sengal hany balik mesti ada je barang lupa nak bawak sama. Kali ni lupa bawak sikat, dahla rambut takleh guna sebarang sikat. Huhu basib la. Lepas tu baeak laptop balik,tapi lupa bawak broadband. Ahhhhh tertekan weh.

Sebab tu malas nak update blog. Ok kan alasan tu?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 12, 2011

Selamat kembali...

Assalamualaikum,
Hany sambung cuti lagi.dan masih di kampung nih. Hari ni,keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke Terengganu.

Sambutan ada dibuat di Istana Maziah kalau tak silap. Sebab masa hany lalu ada nampak khemah. Tapi xsure orang awam boleh masuk ke tak.

Soriii entri tak ada sangat. ;)

Friday, December 9, 2011

Untuk anak yang minum FRISO

Assalamualaikum,

Ha, korang yang mana anak minum FRISO tuh, meh sini ada berita besh. hehe soriii lambat post kan hal nih.mungkin ada yang dah tahu kan. so untuk mereka yang nak tahu meh kelik sini meh.

 

12-9-2011 10-57-02 AM kelik sini untuk ke web ni…

 

Korang kena bawak BAR CODE atau TIN FOIL, untuk redeem TIKET MASUK ke SUNWAY LAGOON. tapiii hanya untuk langkah 3 & 4 sahaja yer. Untuk 1BARCODE melayakkan anda untuk dapatkan 3tiket masuk, iaitu untuk ANAK, MAK, BAPAK. ahahaha.

 

Picture 157

 

Untuk redeem tiket, korang kena bawak BARCODE, INVITATION CARD, pastu pergi lah redeem depan pintu masuk SUNWAY LAGOON tuh. tapiiii ingat, konsepnya, sape cepat dia dapat. so kejutkan anak anak sebelum subuh, pastu lepas subuh je terus lah melanguk depan SUNWAY TUH.

 

page Invitation card, pergi download kt link kat atas tuh….

 

So kawan kawan sekalian,pergilah redeem yer. huhu sekarang tiket sunway mahal ke main kan, kalu sorang anak+mak+bapak, dah berapa hengget. 100 lebih kot kan. aperpun, selamat berhujung minggu…

 

**mzhany balik kampong, main air kat pulau duyong jer…;)**

Wednesday, December 7, 2011

Tak Setia @WW

Assalamualaikum,

 

Picture 151

 

**Syalinda, SKII aku tak mampu ahahhaa**

Tuesday, December 6, 2011

iphone 4 case

Assalamualaikum,

Hany suka dan nak sangat case untuk iphone jenis bukak tepi tau, alaaa macam kita selak buku tuh. apa ntah namanya kan. tapi masa hany tengah duk ushar dan cari cari case untuk iphone, kebanyakan nya adalah yang jenis bukak ke bawah, atau jenis flip tuh. ntah la mungkin hany tak cukup cari kot. lagipun hany cari yang mana kat malaysia jer, yang mana kena order from mana mana negara luar, hany takde lah kan.

 

Pastuh, ha sekarang ni ha, melambak la pulak kan dia keluar. eiii gerammm.

 

375330_283792714995841_145307672177680_805876_1069336513_n kaler ha menyala ngko ;)

388889_283330978375348_145307672177680_804871_1114611218_n iphone di pegang dengan 2 cangkuk tuh ha

382650_283327991708980_145307672177680_804865_745031782_n sayang tak dok hijau ;) harga RM48

 

twelvesouth-bookbook-iphone4s-case yang ni nama dia Book Book ;)

bookbook-case-for-iphone-4-by-twelve-south ni macam leather kannnn

P1020255 harga tak tahu, tp pasti mahal.

 

Sudahnya, sekarang ini jer lah yang hany gune huhuhu. Bukan hijau sebab takdak plak kaler hijau. merah ada, putih ada. tapi dua dua hany tak suke. so play safe, amek je lah kaler hitam kan.

 

melkco_black_020nama dia

Melkco Leather Case for Apple iPhone 4 - Jacka Type

hany beli dari iphonecase.com.my

 

** sangat suka Book Book tuh, uuuuuuu**

Monday, December 5, 2011

Takziah buat keluarga Khairul Fahmi Che Mat

Assalamualaikum,
Pasti ramai dah tahu akan pemergian adik khairul fahmi iaitu Mohd Amirul Izzat Che Mat kerana demam panas and denggi.



Gambar kredit to FB kelate.net

Semoga apek tabah dalam mengharungi pelbgai ujian dan dugaan. Al Fatihah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kelebihan Puasa hari 'Asyura'

Assalamualaikum,

 

puasa-asyura

 

 

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

 

dapat kan bacaan lanjut di sini, sini, sini, sini

Friday, December 2, 2011

Balik kampung kembali or teruskan kerja? haishhhh…

Assalamualaikum,

Sepanjang balik kerja, HP memang tak lekang la walau kemana. sebabnya takot la mak hany call kan in case ada apa apa. hehe tapi bukan je masa ayah hany sakit ni je HP tak lekang, memang walau kemana kena lah bawa HP kan, kot kot la ada apa apa emergency kan. so korang yg pemalas bawak HP tu, sila lah berfikir banyak kali yer. bukan mendoakan, tapi baik lah bawak supaya kita tak menyesal in case ada apa apa berlaku.

 

Call mak hany, then dengar lah suara mak hany lain macam. Mak hany demam. tanya punya tanya, sekali mak hany pun cakap. Pagi tu mak hany pulak di bawa ke WAD KECEMASAN. sebab terlampau keletihan, pening kepala. terdiammm jugak lah hany dengar. yer lah mesti mak hany tak cukup tidur, keletihan kan sebab mak hany sorang sorang je jaga ayah hany siang malam. ni nasib baek hari mak hany ke wad kecemasan tu, sepupu hany ada pergi jaga ayah hany. sepupu sebelah ayah hany lah. haissshhhh.

 

serius SERBA SALAH sekarang nih. arghhhh camner nih.;/

Thursday, December 1, 2011

Kembali Bekerja…

Assalamualaikum,

Yer setelah setengah bulan hany bercuti, owhhh bukan saja saja cuti, ayah hany kan masuk hospital. Alhamdulillah, ayah dah sedar, dah keluar dari CCU, tapi sekarang masih di hospital lagi. Ayah hany masih memerlukan oksigen untuk bernafas, kalau cabut je oksigen ayah hany macam susah nak bernafas, tapi doktor memang tengah slow kan oksigen hari demi hari la untuk biasakan ayah hany bernafas secara normal.InsyaALLAH…ameen.

 

Biasanya, hany akan tido di hospital bersama mak hany, so malam hany akan berjaga, mak hany akan tidur. then lepas azan subuh, hany akan bergerak balik rumah, siangnya mak hany jaga, hany membuta la. kadang2 kul12 tengahari baru pergi hospital balik, tapi ada kala kul9pagi dah pergi balik, tengok keadaan ayah hany lah. Ni hany dah kembali bekerja nih, risau jugak nih. yer lah mana tahu mak hany nak apa apa kan, kalau sebelom ni, mak call je hany, hany pergi la cari kat mana mana, apa mak nak. ni risau jugak kan.

 

paling merisaukan adalah kesihatan mak hany sendiri. yer lah sekarang sah sah lah, siang dan malam mak hany yang jaga ayah kan. tapi hany call mak hany, cakap kalau malam tu, elok kul10 tu tidur je lah, jangan duk berjaga, takper lah ayah hany tak leh bangun dah, dia tak kan pergi mana mana. kalau sakit sangat je ayah akan panggil mak hany kan. itu je lah yang boleh. tengok lah, 2,3 hari ni dulu camne, kalau mak hany tak alrat, terpaksa lah hany balik jugak.

 

**yessss susah kan bila kerja jauh mcm ni, dan ada sorang je anak…**

Monday, November 28, 2011

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia


"
Setelah sekian lama menginap di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing bagi mereka.

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini.

Di tempat asing tersebut, para sperma berlumba-lumba pula menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati sang ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.


Setelah mereka berdua bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi zigot. Setelah membesar menjadi embrio, berhijrah pula ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi hingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.

Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan indah. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan bakal terus membesar dan membesar menjadi seorang manusia.

Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...

"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)

hasil karya : www.solihinzubir.com

Kisah di hospital

Assalamualaikum,
Hospital macam macam ragam manusia. Dah masing masing sakit kan.

Abg tu:"busuk weh,bau mende ni"

Abg tu: "ayoh berok ker"
(tanya hany)

Hany: "a'ah ayoh berok"

Abg tu baring,sambil tutup hidung...

Abg tu: "owoh busuknya bau"

Hany: " jap lagi sy tukar la pampers dia bang. Tunggu habis berak dulu"

Selang seminit,serius memang selang seminit jer...

Abg tu: "owoh busuk nya bau"
(sambil pandang hany)

Hany: " Tunggu la kejap bang,jap lagi sy bersihkan"

Terus abg tu baring sambil tutup hidung dgn baju dia. Kecoh. Lepas tu hany br perasan,ada air kencing bawah katil abg tu yg tumpah. Yg patient sblm ni punya.

Hany bagitahu abg tu dan hany bgtahu nurse jugak.abg tu pun start bising bising.

Abg tu: " owoh patut busuk ngat,bawoh katil.berape lama doh air kecing ni.apsal dok buang, apsal tinggal situ. Busuk weh. Hancing weh"

Eiiiii rasa nak lempang je.air kencing manusia biasa ni mana ada wangi bang. Kecoh.

Nak selesa nak besh, pergi private hospital la bang, untung untung kencing ko pun org tadah kan!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 25, 2011

Untuk anda yg menggunakan highway karak

Assalamualaikum,
Rasanya ramai dah tahu kot. Tapi tetap hany nak share kat sini. Ni pun amek info dari membe yg post kt FB.

Opismate hany pun mengalami nya sendiri. Hampir berpusingla kereta seb baek boleh di kawal lagi...



Thursday, November 24, 2011

Tertunggak

Assalamualaikum,
Ahaha rasa nak gak publish entri tertunggak nih. Ha pasai apa lagi,pasai emas sukan sea lah. Ibu segala emas kan. Tak heran la indon dapat beratus biji emas pun,tapi ibu emas kita dapat ye dok. Ahaha saja kan.

Dahtu dorang dapat emas asyik kontroversi je,cth SILAT.bengong nak silat ke nk main kejor2 mcm budak tadika. Alih2 dapat emas. Takperlah thai,malaysia dah malukan dorang depan peminat dorg sendiri.

Mzhany tgk sampai habis lah. Memang both team main dgn bersungguh. Malaysia pn byk peluang tapi penyudah je tak kemas kan.mmg striker malaysia utk bawah23 ni kena asah lagi. Paling tensen tgk yg negro tuh nama ape tah,tapi setiap kali indon dpt free kick,dia akn masuk gol pegang2,goyang2 jaring gol. Titus kot nama dia. Ahaha apek mesti tensen nak luku je kepala mamat tuh. Agaknya g jampi dulu tuh,tapi sokmo tak menjadi, xmasuk pun kan.

Bila tang penalti,takyah cerita la kan. Semua dah tahu nak marah sape. Ahaha alaa dia tu bukan je silap masa penalti,sepanjang game dia tak berape perform kot. Sakit ati tengok. Seb baek apek penyelat gol. Kalu kalah memang ko fuckri kena kutuk kaw kaw...

Hany ada baca satu blog,tapi xjumpa nak cari url nak paste kt sini. Penulis dia indonesian. Dia tulis psl kemenangan Malaysia dari sudut berbeza.dia mmg xulas psl teknik ke ape ke. Tapi dari segi SIFAT KEBENCIAN INDON & DOA MALAYSIA SBG ORG TERANIAYA.

Mungkin ada betul jugak,sebab indon selalu perlekehkan malaysia kutuk keji caci,pijak bendera tu sokmo doh. Dlm stadium katanya semua penyokong indon bersifat benci dgn malaysia. Jadi aura negatif yg terkumpul dr puluhan ribu pemint seterusnya akn sampai ke pemain indon. Ha bila dah negatif paham paham je lah kan.

Dan Malaysia di sini adalah org yg teraniaya sbb dikeji dikutuk dicerca,so bila ramai yg berdoa utk malaysia,maka alhamdulillah Malaysia menang. Wallahuallam..

Aperpun,dalam setiap sukan bermianlah dgn penuh semangat kesukanan,pd yg muslim,jangan lupa solat,sokmolah game time maghrib la asar lah.jangan jadikan itu sebagai alasan. ;)





Ini budak,pulul6ptg sudah sarung baju malaysia. Semangat ok. Paksu dorg pun ada dlm team bwh23,tp simpanan la.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 23, 2011

Kekalkan Kesihatan @WW

Assalamualaikum,



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 22, 2011

Ayah

Assalamualaikum,
Hurmmm saat ni masih lagi di Pulau Duyong,rumahku syurgaku. Masih lagi bercuti. Sebab ayah hany masih lagi di hospital.

Ahad,14nov,ayah hany masuk hospital,mak hany call bagitahu tapi katanya tak ada apa pun just sakit perut je. So oklah mak pn cakap xyahla balik dulu kan. Apa apa mak inform balik.

Isnin hany call tanya keadaan ayah hany,mak cakap tak ada apelah. Biasa je pun macam biasa je sakitnya. Tapi hati hany tak sedap dan terasa sangat nak balik. Pagi isnin tu,banyak kali jugak lah hany call mak hany tanya betul2 kan. Jawapan nya masih sama tak ada ape. Sakit biasa jer. Kebetulan mz cuti isnin selasa khamis. Buat keputusan,isnin pagi gerak terus balik ganu.

Elok je sampai kat pahang. Baru je masuk pahang mak hany call tanya ada kat mana,lambat lagi ke nak sampai bagai kan. Hany dah risau ni kot kot la ada apa apa kan. Then barulah mak bagitahu,s sbnrnya AYAH HANY DAH TAK SEDAR LANGSUNG. Sejak dari pagi lagi. Masa tu tak tahu dah apa nk buat. Makcik hany call cakap bawak kete elok2,hati2 jangan fikir sgt. Ayah hany tak ada ape.

Hany sampai dalam kul8mlm. Terus ke hospital la.ya ALLAH mmg ayah hany tak sedar,brnafas pun pakai tiub pernafasan yg dimasukkan dlm
Mulut tu,kat hidung pn ada tiub. Mesin kiri kanan la. Terus menangis masa tu. Hany cakap kat mak hany,kesian tengok mcm ni,buangla tiub ni semua macam lagi seksa je. Mak hany diam jer.

Sepatutnya ayah hany kena pinsah ke CCU,tapi dek katil penuh kenala tunggu kat wad biasa.sedih kan.xperlah nanti dah siap bangunan baru kt hospital tuh hrap2 tak ada la sesak sgt wad kan.

Tak silap 15nov ayah hany pindah ke CCU. Di CCU memang tak boleh menunggu kan,so hany bawaklah mak hany ulang alik ke hospital. Better tidur kat rumah.at least tidur elok sikit selesa. So that tak ada la masalah xcukup tidur kan.

Masa kat CCU ayah hany antara sedar tak sedar.dengan tiub dalam mulut,hidung, setiap kali ayah hany mcm nk bercakap ya ALLAH seksa sangat. Tapi series hany tak menanges pun,air mata tak menitik pun.mana tah kekuatan tu datang kan.dlm CCU saat tu ayah hany je mcm tu. Yg lain semua elokla boleh brcakap makan kan.

Lepas tu pulak,doctor mintak persetujuan untuk buat dialisis pulak sebab buanh pinggang banyak toksin lak kan. Hany call abang hany tanya macam mana kan walhal hati hany memang setuju jer.lepas mak & abg hany setuju hany sign je lah. Lagi pilu tengok kat perut pulak ada tiub masuk.

Lepas ayah hany dah sedar,tiub dalam mulut pun dah buang, ayah hany duk cakap sakit sakit. Lepas tu ayah hany mintak air pulak.tp doctor xbg minum air dulu. Sangat kesian masa tu duk mintak air je. Mak hany siap keluar dr wad tu sbb tak tahan tengok.

Dan Alhamdulillah,saat ni ayah hany dah beransur pulih.cuma sekarang ada lelah je sikit lagi. Kalau tak dah boleh balik rumah dah.

Hany akan cuti sehingga ayah hany keluar hospital. Sebab kesian mak hany. Nak ape ape tak ada org hantar. Ni pun kira gilir gilir jaga la.

Aperpun redho je lah. Kena lah cuti kan. Dahla hari hari hany tak jaga ayah sbb duk jauh. Time sakit mcm ni lah kena ada kan...

**ingat lagi masa hany demam dulu dulu,hany penakut makan ubat ayah siap hancurkan ubat dlm air panas, supaya hany senang nak mkn ubat**



- Posted using BlogPress from my iPhone

Musim Tengku Joe

Assalamualaikum,
Sekarang dah musimnya. Sekarang hujan je memanjang. Berhenti skejap then sambung lagi. Pakaian semua harapan la nak kering kan. Orang pantai timur patut ada 1pengering setiap rumah. Hehe mahal tak eh?

Tapi,
Yang beshnya musim tengkuJoe nih tidur malam syokkkk sangat sejuk, pastu ada lak orang pelok kan heaven weh! Pastu laporrr memanjang,apa lagi rebus ubi kayu,cicoh nyor lawan nge air kopi. Perhhhhh



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 21, 2011

Kakhijau tak ada takbesh katanya ;)

Assalamualaikum,

Kalau kat blog hijau ni mesti akan ada entri pasal sambutan hari lahir staff. boleh dikatakan setiap bulan ada buat sambutan besday nih. dan dek kerana hany cuti lagi, hany tak dapat hadiri sambutan tersebut, tapiiiii hany kena jugak buat entri ni. tema nya adalah warna OREN. ha geng zahid af nih ;)

 

Tapi hany sikit terkilan sebab tak dapat join, sebab hany suka ambil gambar sendiri untuk setiap sambutan, time sambutan hany memang lah orang lain ambilkan. so gambar untuk entri ni pun tak banyak lah yer. ampun ye dayah, nanti aku start keje, aku korek lagi kot kot ada gambar yg boleh aku publish. ni pun membe transfer satu satu, ahaha kok gune broadband, selow sikit, hujan lak tuh ;)

 

11-21-2011 11-29-47 AM

eh nok jugak letak yang ni…terasa begitu dihargai kahkahkah

 

SDC13747 gile menyelerakan kek ni, new york cheese kan nih? from SR lah yer…

 

SDC13773 besday gurl…;)

 

SDC13791 Mom & son moment, suker wehgambar ni, nanti ada contest aku nak send gmbar nih ;)

 

SDC13851 hai haziq…

 

DSCN0988 Group photo…sikit je kan, haishhh takpe lah. cantik gak oren nih. **soot tak pakai oren pun**;)

 

Okay, itu jer lah untuk entri kali nih, maaf kan daku ye wahai dayah….selamat hari lahir, in advance ;)

Bukan bermaksud anak itu menyusahkan...

Assalamualaikum,
Dah seminggu lebih hany kat kampong ni. Dalam keadaan macam ni memang kena fan patut cuti,walaupun terpaksa cuti lama mahupun unpaid leave. Yerlah dah xde sapa nak jaga kan tinggal hany sorang lagi anak yang ada.

Terima kasih buat suami ketana izinkan isteri dia tinggal di kampung untuk jaga ayah. Jaga mak. Bawak mak ulang alik ke hospital. Terima kasih jugak kerana tinggalkan kereta untuk isteri guna kat sini.

Mak hany ada cakap. Agaknya sebab tu ALLAH tak bagi rezeki ada anak lagi kot. Nak suruh hany jaga ayah dulu. Mak hany duk cakap jugak,kalau ada anak mesti susah jugak nak getak sana sini. ALLAH tu dah tentukan semuanya dengan betul. DIA tahu apa yang terbaek untuk hambanya kan.

Hany diam jer. Dan hany pun ada terfikir apa yang mak hany katakan tuh. Tak ape lah. Mana mana lah. Semuanya rezeki ALLAH. kita ni hamba NYA usaha setakat yang terdaya kan...

Ameen...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 20, 2011

Masih bengkak

Assalamualaikum,

Thursday, November 17, 2011

Salam pagi JUMAAT

Assalamualaikum,
ayah hany masih macam tu. tapi ada benda nak share.

Sepanjang berada di hospital nih. Haruslah menginsafkan kita kan...setiap yg muda pasti akan tua. Setiap yang sihat pasti akan ada masa sakitnya dan mati itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi suatu hari nanti untuk bertemu penciptaNYA.

Sepertimana yg MZ ckp kat hany. Masa sihat kita,penuhilah dengan IBADAH terhadapNYA. Ibadah yg wajib kita tunaikan pada DIA. Paling mudah SOLAT. SOLAT itu tiang agama, sempurna SOLAT seseorang itu maka InsyaALLAH sempurnalah amalan lain nya.

Masa sehat tunaikanlah kewajipan kita seorang umat muslim sebelum datang nya saat saat sakit. Sekiranya dah sakit pasti banyak benda menghalang kita.

Semoga sama sama kita renungkan kembali amalan kita selama ini. Kerana sekelip mata ALLAH boleh menarik nikmat yang kita perolehi ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, November 16, 2011

Kebiasaan yang berubah...

Assalamualaikum,
Terima kasih pada sahabat yang mendoakan ayah hany.terima kasih banyak banyak.

Malam ni kitorang tidur kat rumah. Ayah masih di CCU. And for info untuk CCU tak dibenarkan jaga or tunggu. Dan tiada bilik khas untuk yang menjaga even luar bilik. Hari kitorang berkampung betol2 atas kaki lima luar wad dekat tangga dekat lif. Sudahnya staff mintak jgn bentangkan tikar tepi tu. pegawai atasan tegur. Nak buat camni kan.

Then hany decide bawak mak balik rumah tido. Sebab mak pun asyik sakit kepala sebab tak tidur betol2 kan.kitorang banyak kali pesan kat nurse. Apa apa call. Ahaha nurse tu pn hangguk je la.

Dan,
Malam ni kat rumah,mak hany takleh tidur. Ye lah selalunya tiap tiap malam mak tidur sebelah ayah sambil urut kaki,urut perut kan. Then tiap tiap malam mak duk dengar suara ayah mengadu sakit ni la sakit tu la. Ni tiba tiba tidur senyap,sunyi sepi,dan mak tak lena dek kesunyian ini. Mak ajak hany bersembang sembang. Mungkin nak bagi mengantuk kan...

Itu mak yang dah bertahun dengan ayah kan. Yang hany ni baru je brapa lama ni,tiba tiba rasa gak takleh tidur sebab mz dah balik slangor. Haishhh tak dapat bayangkan perasaan mak yang dah berpuluh tahun tu...

Tabahkan hati kami ya ALLAH. KAU mudahkan segala urusan kami,KAU ringan kan beban ayah ku ya ALLAH...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 15, 2011

Masih di Terengganu

Assalamualaikum,
Hany sekarang di Terengganu. Ayah hany masih di hospital. Condition?hurmm takpe lah cukup lah sekadar hany cakap dalam keadaan stabil.ameen.

Cuti pun takbanyak ni,tapi hany memang direct cuti sampai weekend la buat masa sekarang. Kenalah cuti tak sanggup nk biarkan mak hany jaga sorang2 penat weh. At least gilir gilir ok lah sikit kan. Ni cuti kalau dah habis,terpaksa unpaid pun terpaksa lah. Nak buat macam mana kan. Dahla memang gaji pun ala ala kan,unpaid pulak. Takperlah semoga ada rezeki lain.

Sedih sangat bila kat hospital nih, betol betol menginsafkan lah. Jaga kesihatan betol betol ye kawan kawan. Perokok tu kalau boleh baeklah start kurangkan merokok. Sepanjang jaga ayah kat hospital,dah ada sorang pakcik kembali padaNYA...

Yerlah semua nya ketentuan ILAHI. doakan ayah hany yer. Jika ALLAH nak panjangkan umur ayah,cepatlah semoga ayah kembali stabil dan sedar. Tapi sekiranya ALLAH sudah mahu mengambil ayah,semoga ALLAH kurangkan penderitaan ayah dan hany redho ayah pergi bila bila masa sahaja ameen...

Ok,bya


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 14, 2011

Retak

Assalamualikum,
Retak,tapi tak menanti belah lagi lah. Nauzubillah mintak jauh. Alkisah balik beraya aidiladha baru ni la...follow belakang lori minyak.nakmemotong kereta banyak. Apa lagi teroelanting la baru dari tayar lori. Tengok2 tarak apa apa lagi.

Sejam lebih baru tertengok ada lah crack dekat dengan wiper. Cisss panjang jugakla. Ape nak buat teruskan perjalanan la. Memecut memotong bagai...sejam seterusmya tengok la tang crack tadi demmmm crack tu dah makin panjang.giler laaaa dah separuh bilah wiper panjangnya

Ni kalau pergi check kat puspakom kompom tak lepas nih. Seb baek ada tinted. Mungkin itu yang buatkan masih utuh kot. Dan nasib baek bukan crack yg macam spider web tuh. Kalu dok berkecai laaaa...

Ni masih tak tukar lagi. Dengan harapan tak ada apa apa berlaku ameen sebab sekarang on da way balik ganu.


Majlis Persandingan Anak Tan Sri Rozali (SYABAS)

Assalamualaikum,
Dapat video ni dari CSTPRODUCTION, Serius cantik weihhh video nih. bab persandingan tuh, memang KELASS laaa, anak Tan Sri ko...;) Jom tengok video nih, jangan lupa untuk tengok pelamin nya. superbbbb.


Majlis persandingan Nurdayana & Izzudin




** ada dengar tak pantun dari Puan Sri...hihihi ada makna haaa**

Sunday, November 13, 2011

Macam macam la hai…

Assalamualaikum,

 

image009 Gilo mu, kepit terus anaknya ha, kot ye pun nak ambil gambar,

kelek la sebelah tangan kannn sosak napas anak tu ha.

 

image018 Gitu ha, pergi solat, kena kunci basikal dan sliper kannn,

kang jap lagi hilang pulak selipar tuh ha… serius orang ni sangat berfikir panjang…

 

image017 ahaha ok, boleh diterima akal, kok banyak bawang nak dikupas…

protection itu perlu pak…;)

 

image019 ahaha speechlesss….ahahaa

 

image020 ni kat malaysia pun jadi kan. utk wanita, tapi yang naik nya….

 

image024 waaahhhh rileks nampak ;)

 

**haishhh macam macam**

Friday, November 11, 2011

Amalkan, semoga termakbul…ameen

Assalamualaikum,

Semalam hany ada menonton SEMANIS KURMA, dengan tajuk “REZEKI DI HUJUNG USIA”. REZEKI di sini adalah anugerah ALLAH, iaitu anak. Yer, kalau dah ALLAH nak bagi, umur 41 pun masih pregnant. tu namanya Anugerah ALLAH. Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada kongsikan beberapa ayat untuk kita sama sama amalkan, mudah mudahan dikurniakan anugerah ALLAH ini…ameen…

 

Picture 134

ha tu dia ayatnya…

 

Picture 138

Surah Al Imran ayat 38

 

Picture 139 Surah Al Anbiya’ ayat 89

 

Picture 140 Surah Al Kahfi ayat 39

 

Sama sama lah kita amalkan, InsyaALLAH, di makbulkan ALLAH s.w.t…ameen…

7

Assalamualaikum,

 

Picture 130

 

**nampak tak?rasa macam terlalu besarkan gambar tuh, macam dah pecah**

Thursday, November 10, 2011

Pasti dikunjungi…pasti…

Assalamualaikum,
Setiap kali balik Ganu, pasti akan cuba sedaya upaya untuk mengunjungi kedai nih. pasti lah. pusing lah celah mana, carikla masa walau secoet pun demi nak memuaskan napsu makan. ahaha orang kata, tong besar weh. ahaha tapi untuk kes ni, tong besar ke kecik ker, pasti akan cari jugak weh. bukan senang nak dapat area KL Selangor ni, kalau ada pun, amek syarat jer, ko takkan puas la melantak weh.

Picture 110 Ketam goreng tepung..ahaha series tak pernah try ahahaa

Picture 112 Pari goreng tepung, tak pernah try jugak hohoho

Picture 118 Ha, yang nilah duk kemaruk sangat nih. SOTONG celup tepung….

Picture 120 kepok lekor, haaa ini memang harus lah dicari jugak…

Ha, tu dia yang selalu diidam idamkan. memang balik je ganu, kitorang akan singgah kedai untuk makan sotong celup tepung nih. ni masa balik raya haji tuh, kitorang tak sempat balik rumah pun, pergi cari kedai sotong celup tepung nih dulu. hehee sebabnya dah bajet dah, hari lain tak sempat la nak pergi makan makan nih…

Picture 109 ni lah kedainya…sempoi jer, mengadap laut, angin menyapa muka….

lokasi adalah di Batu Rakit.

~TQ Dear~

Followers