Monday, August 1, 2011

Sehari sebelum puasa, dan hari pertama puasa…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ha, sebelum terlambat…MZHANY ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua Umat ISLAM di seluruh dunia.

Begini ceritanya, Hari AHAD, sehari sebelum berpuasa tuh, hany dengan MZ ada beberapa aktivit la. haisshhh memang kepenatan sangat. tapi tak per lah, sebabnya bukan selalu dan bukan setiap hari kan. Tengahari kitorang bergerak ke PPUM, sebab nak ziarah membe MZ yang kena mercun masa tengok bola tuh. pung pang pung pang, lepas tu gerak pulak ke MINES, jumpa membe blogger. hihihi 1st time ok, jumpa membe yang kenal di alam maya nih. mama si AQIL, ZURA.

Lepas tuh, pergi ke JJ equine pulak, nak cari barang secubit dua keperluan nak bersahur kan. tapi Ya ALLAH, penuh ok. macam nak perang je, semua orang nak membeli barang. ye lah kan, semua pun macam ko la hany. nak beli barang barang nih kan. sudahnya beli sikit jer barang sebab nak kejar lorong yang 8 barang sahaja.

balik rumah, rehat sejam, terus pergi surau untuk terawih pulak. letih emmang letih, tapi tak per jangan merungut ok. dan Alhamdulillah, berjaya habiskan terawih.

ok, HARI PERTAMA PUASA,
Kul2.30 petang ada meeting kat KL. so korang bayangkan kul2.30 baru start meeting habisnya kul berapa kan. dannnn sah sah jem weh. MZ pulak kul6 baru boleh gerak dari ofisnya, maka…kekdahnya tak sempat masak.ok fine, tapi taknak la sampai tak sempat berbuka kat rumah kan. hany decide hany akan beli makanan. sebab kesian MZ dia dah la naik motor kan.

ALhamdulillah hany sampai kat opis +-6.30 petang. so selalunya ke rumah hany paling lama 10minit jer. tu pun kalau trafic lite merah sampai 2kali kan. tapiiiii jemmm jugak nak pergi bazar. sebabnya packing full. terus call MZ, sian, sampai kena stop bawak motor, angkat call hany. kitorang janji nak jumpa kat bazar lagi satu, lagi kecik la tapi dekat dengan rumah.

nak sampai taman tu jem lagi arrhhhh nasib la kan, tapi memang dapat tahan la perasaan bengang marah ke ape. alhamdulillah. sampai jer nampak MZ dah beli makanan. terus parking, bukan setakat double parking, tapi dah masuk triple dah. aaahhh lantak. sudah nya, MZ jaga kereta lak, hany pergi beli.

Macam perang jugak ok. penuh kereta, makanan semua dah nak habis. haishhh nasib baek sempat. sampai rumah jer ngam ngam 15minit sebelum berbuka. itulah kisah nya. tapi alhamdulillah berjaya sudahkan hari pertama…ameen. 29 days to go ;)

11 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kwn MZ kena mercun time tengok bola? Oh bleh mcm tu plak ya Hany... menyeramkan.

No Lan said...

kesian kwn MZ tuh..smg dia cepat sembuh..

mmmm sebut bazar jenuh nya org hany..No jrg beno p baza tu kekdah nya tiap2 hari kene masak hehe..bukan pe hany..dlu kami sll kene makanan tak sedap dan basi huhu..last2 abang serik dah..

wida said...

ish..nasib baik berbuka kat rumah kan.kalau x..kena berbuka kat dlm kereta.

Anonymous said...

mak aii ..mmg pack sunguh hari mu yek ...

biasak le tu , sume org akan serbu bazar ...lg2 1st day kan

Siti Hajar Masri said...

busynya..x pe dugaan..;p

munna said...

KAK MUNNA DN EN ABG MMG AMBIL CUTI KHAS SMLM SEBAB NAK SAMBUT PUASA DGN FAMILY

Rohani Hashim said...

@mm
a'ah MM, memang sangat menyeramkan dan kesian sangat.


@No
haaa nor, betul hany penoh kene dok ahu la hok basi ke dok, tapi memang sekeluarga cirit birit. sabo je lah...


@wida
tu la wida, seb baek sempat berbuka kat rumah.


@zura
ahaha nampak 2 tempat je kan, tapi itu ler mmg mcm penat sgt.


@hajar
hurmm itulah dugaan...;)


@kakmunna
saya tak boleh cuti kakmunna sbb ada meeting tu lah. geram jugak...huhuhu

Ardini Humaira said...

kak... salam ramadhan al-mubarak :)

maaf zahir batin.. hehe dni busy tak sempat ber-bw macam slalu. rindu akak!

Lynn Abd Latib said...

Terpaksalah kan,sama2 keja mmg kelam kabut jdnya.apapun slmt posa hany

fiezaradzi said...

selamat berpuasa hany.. moga terus saBar sepanjang ramadhan ni..

Rohani Hashim said...

@dni
tq dni. ha xpe xpe...selamat berpuasa jugak


@kaklynn
itulah kan kaklyn, nak buat camne kan...


@fiza
tq fiza, ok InsyaALLAH, akan cuba bersabar...;)

~TQ Dear~

Followers